Saturday, September 8, 2012
propaganda untuk ayah.
2 3 hari lepas ayah gua pergi perjumpaan bersama dato najib di machang. Ayah cerita betapa die berusaha dicelah ramai utk bersalam dengan dato najib. Tp x dpt sebab rmai sgt org. Gua rs trharu dgn kesngghan ayah, Ayah cerita lagi, majlis sambutan sangat meriah, mcm2 makanan ade, ayah kate kalo xade aral melintng PRU kali ni BN akan rmpas kelantan. Gua buat dengar x dengar je cerita ayah. Yang asyik melayan mak je.
Belah mlm ayah lyn plak berita tv3. Ayah fokus tiap bait kata dari mulut pemberita. Nmpk senyuman di bibir ayah bile ade liputan tentang majlis di Machang siang tadi. Ayah kate kat mak, tahun ni kalo x ade yang tikam blakng dlm Barisan Nasional, Kelantan mesti dapat dirampas.
Esknya pula, pagi-pagi lagi ayah keluar beli utusan. Terpampang didada akhbar serba meriah dan merah, liputan majlis di Machang lagi.. ayah baca smpai abis smbil minum air mineral tajaan umno yang kemas tertulis "Air bersih untk rakyat kelantan."
Ayah sempat mnjeling kpd gua smbil brkate, nnti nk mengundi elok2. Pngkah BN betul2, jgn bg rosak undi, ni untk bngsa kita, kalo org lain perintah susah, kerja xade ekonomi hancur.
"emm.." respon gua sambil tengok TV.
Dalam hati gua berbisik
Wahai ayah, kalolaaa ayah tahu, yang anakmu ini ada pendapat sendiri, ade pendirian sndiri tentang politik.
Gua x berani nk ckp ape. Biarlah ayah dengan perjuangannye. Biarlah ayah dengan pegangannya.
Lepas cakap "emm" sepatah gua blah masuk bilik. Bkn ape, Gua takut nnt ayah gua ajak gua daftar ahli perkasa. bala.
sorang-sorang dalam bilik buat gua terpikir.
betapa kuatnya pengaruh media dan propaganda.
Thursday, August 30, 2012
55 kali Merdeka
Merdeka!
Merdeka!
Merdeka!
kah kah kah!!!
tiap hari telan tipu minum dusta
mata celik jadi buta
telinga dengar jadi tuli
mulut cantik jadi bisu
kata petah jadi lesu
hari-hari angguk
hari-hari ampu
yang pandai jadi bengap
yang cerdik jadi bodoh
steady semua!!!
negara kita Merdeka
jom laung ramai-ramai
Merdeka-Merdeka-Merdeka
buka TV layan Radio baca surat khabar
senyum sendiri senyum puas hati
kata kita sudah perkasa
persetan semua
aku
Merdeka!
esok lusa tulat kena tipu lagii..
:)
Friday, August 24, 2012
Projek - Nyamuk Asmara ep11
Kupu-kupu berahi memang power orangnye. puii.
Alfonso mengibas2 jaket ropol beliau dalam debar, pakai pon
lintang pukang terbalik. gua paham, dalam keadaan macan ni sape yang x berdebar?. Kami buntu, buntu mencari
hala tuju.
“Macammane niii.....?” Alfonso bersuara mcm awek2...
“Kau boleh sabar x??.. “ getus kipu2 berahi..
pergghhh.. x pernah gua tgk kupu-kupu berahi sebegini
serius.
“Hati nurani aku dpt rasa ada bnda sedang memerhatikan kita.”
Kupu-kupu berahi ni dah macam2.. bisik hati gua. Nk ditegur
nntikan x pasal2 kena panah.
Namun, dalam macam-macam kupu kupu berahi ade betulnya, dari
kejauhan di kawasan bukit yang seluas mata memamndang, Sekawan anjing sedang meluru laju ke arah kami, bunyi lolongannya sudah cukup untuk menggentarkan hati sesiapa sahaja, bukit yang hijau nyaman penyejuk mata bertukar menjadi kelabu, mana-mana kawasana yang dijajah oleh anjing-anjing ni akan bertukar warnanya, pokok yang hijau, air yang jernih dan biru semuanya menjadi kelabu...
Gua amik daun cupcake yang semakin menghancur, gulung2 buat
bentuk teropong, ini skill yang tenggiling cinta ajar sebelum kami datang sini,
gua hala teropong ke atas bukit, hati gua bertambah berdebar...
Ape yang gua perati, ni bukan anjing biase2 ni.. ni dh mcm
dubuk pon ade. Anjing cmpur dubuk kot. Lagak gaya dari jauh memang ganas. Berbadan
besar semacam lembu, matanya merah, tulangnya kasar tersembul keluar,
seaakan-akan anjebuk ni tidak berkulit, nampak bayang2 otot kehitaman dengan
jantung jelas berdegup kencang. Ini bukan haiwan kebanyakan yang aku kenal di
alam ini, niatnya Cuma satu, membunuh barangkali.
Bala!!!
Gua tunduk ikat tali kasut kemas2, apa yang pentting bagi
gua sekarang adalah lari laju dari alfonso. At least ape-ape hal dia yang kena
dulu. Gua tengok kupukupu berahi steady je, ditariknya busur panah yang sudah
siap-siap ditukar mata, Dari mata cinta untk panah hati-hati kepada panah tajam
yang runcing,
Woww...
Aku trsnyum dlm hati. Ada can utk kami selamat. Kupu2 berahi
membidik sasaran...
“Steady kupu2..” gua dan alfonso di balik pokok bagi
support. Lebih kurang 12 ekor anjebuk datang meluru, semakin dekat dan dekat......
gua alfonso makin berdebar..
“come on kupu-kupu berahiiiii.. lepaskan anak panah ituuu!!.
.. laung gua kepada kupu-kupu berahi,
nampak gaya dah serupa pemanah olimpik.
Supppppp!!!!
Anak panah dilepaskan... Melayang jauh menuju sasaran.. mata-mata
kami bersinar...
Thupppp!...
Kemas anak panah kupu-kupu berahi terpacak.. terpacak atas
tanah nun jauh tersasar sedang anjebuk masih gagah berlari menuju kearah kami..
Babii!!! Ptuihhh.. gaya je lebih kupu-kupu berahi ni..
Tanpa berlengah lagi. Kami bertiga pecut melarikan diri ke celah cendawan
besar... Anjebuk sudah berada dekat dengan kami.. Xjauh di balik cendawan2 ade
satu akar banir besar
Sesuatu perlu dilakukan, kalo x naya kami.....
Subscribe to:
Posts (Atom)