...................
Krukk krukk..
Perut masing-masing makin deras berbunyi.. masing-masing
muka monyok, fokus sebenar nak cari kunci portal alam mimpi sudah entah
kemana-mana, rasa lapa yang teramat sangat, tekak sudah memahit dan memekat...
kalo dapat minum sungai berperasa oren ni mesti sangat best dan bahagia.
“Kita makan je laaa, aku dah lapar sangat dah ni, Kita makan
je sikit, kalo kebulur nanti nak buat kerja macammane?” bentak Alfonso, muka
serius.
Aku dari tadi menggelupar kelaparan di perdu pohon cupcake,
x jauh dari tempat kami, ade pula kambing panggang yang berlegar2 keriangan. sungguh menggoda, tinggal ambik dan makan je.
Ini dah melampau, perut dah stat pedih-pedih, seolah-olah mengamuk dan memberontak minta diisi
dengan segera.
Kupu-kupu berahi sudah tidah tahan, ditendangnya perdu pohon
cupcake, pohon cupcake tergores, mengalir keluar cecair warne coklat, kami
berpandangan, ingatkan getah pokok, rupenye coklat. Masing-masing telan air
liur.
“Ahhhh.... ape nk jadi jadi la, moh kita makan dulu, nnti lepas makan kite pikir balik,”
cadangan aku disambut
kemas kemin oleh Alfonso dan kupu-kupu berahi, masing-masing tersenyum lebar.
baju beropol Alfonso dijadi alas, kupu-kupu berahi sibuk
memetik cupcake-cupcake dan strawberi yang sudah lame menjadi idaman beliau, Alfonso pula berkejaran dengan kambing panggang. Manakala
aku ke sungai oren, di tebing sungai sudah tersiap daun berbentuk jug, petik dan ceduk sahaja.
Kami bertiga makan dengan gembira, rasa sedap dan kelegaan
tidak dapat nak digambarkan, makin makan makin rasa hanyut dan lalai.
Kami gembira melayan makanan yang terhidang, makin kami
makan makin bertambah makanan, semuanya seolah2 merayu-rayu dan meronta-ronta supaya
dimakan.
Burpppp....
Alfonso sendawa..
Keadaan menjadi senyap, angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa tiba-tiba
terhenti, bunyi-bunyi makanan bergembira tiada lagi. Kami buat endah x entah,
masing-masing masih lagi rakus meratah makanan yang terhidang
Burppp
Kupu-kupu berahi pula yang sendawa, tiba-tiba suasana
bertukar keadaan, langit tiba-tiba mendung, makanan seperti pretzel, pizza, donut dan eskerim bertempiaran lari.
Kami berpandangan, masing-masing berasa tidak sedap hati,
perut kami sudah terlampau kenyang
Burpppp...
Alfonso lagi sekali sendawa....
Masuk sendawa yang ketiga, tiba-tiba pokok2 bergegar, air
berkocak kencang, awan jatuh berguguran, mknan serata alam membusuk, air menjadi
hanyir, mknn yang terhidang di depan kami tiba-tiba jadi lunyai dan penuh dengan ulat, kami panik dan kaget.
mata kupu-kupu berahi aku tengok macam dah merah, menangis ketakutan barangkali, Seluar Alfonso pula dah basah..
aku... masih lagi steadyy...steady dalam debar, kami perlu lari dengan segera, tapi kemana? dalam hati timbul rasa menyesal, menyesal sebab mengingkari pesanan Tenggiling Cinta.
Menyesal
Menyesalll
Menyesalllll!!!!....
No comments:
Post a Comment