Sunday, June 5, 2011

wakaf lichong paradise post.

Gua sudah berada di kampong lebih kurang 2 minggu. Die punye seronok balik kampong ni susah nak cerita, masa mula-mula sampai ke kampong, gua melompat anak-anak tanda gembira, gua rasa agak tenang dengan suasana kampong. Banyak berita yang gua dengar tentang kampong gua, dibawah adalah beberapa benda yang gua nak kongsi.

1) Ayah gua telah dicalonkan sebagai penghulu baru kampung wakaf lichong, gua punya terkejut sampai tersembur tea o ais limau yang sedang asyik gua minum. Pencalonan ayah gua mendapat sokongan majoriti penduduk kampong. Ayah gua dicalonkan kerana dulu ayah gua adalah jurugegas TNB, jadi sape2 ade masalah berkaitan elektrik tiada orang lain dah, memang ayah gua yang dicari, sampaikan ade sekali, generator rosak pun panggil ayah, ayah punya hangin, ayah tendang sampai tergolek generator berkenaan. Namun begitu, rata-rata mereka melahirkan rasa kecewa kerana ayah gua dengan penuh bergaya menolak jawatan berkenaan, dengan alas an, kalo die jadi penghulu, penghulu sekarang nak makan apa? Penghulu sekarang hidup berlandaskan alaun jadi ketua kampung sahaja. Walaupun dikecewakan ayah, rata-rata penduduk kampung menghormati keputusan berkenaan. walaubagaimanapun, pak cu wi, penghulu wakaf lichong sejak zaman bile ntah gagal dihubungi bagi mendapatkan penjelasan lanjut. Menurut sumber yang dipercayai, penolakan terhadap tampuk pimpinan pak cu wi bukan lah berdasarkan laporan korupsi dan juga penyelewengan yang dilontarkan oleh beberapa makcik mulut longkang baru-baru ini.

2) Kampung wakaf lichong dikejutkan dengan adegan seorang makcik yang baru lepas menoreh dirogol secara bergilir oleh remaja kampung. Kejadian ini mengecewakan seluruh penduduk wakaf lichong kerana kedamaian kampung kini sudah ternoda dengan perangai macam bangkai anak sape ntah, bodoh betul. Makcik yang dirogol bukanlah janda bergetah, tapi adalah seorang makcik yang kerja menorah getah, dan diyakini sudah menapouse, bergetah? eeuuuwwww, jauh sekali, tahap nenek dah. Menurut sumber yang boleh dipercayai, remaja-remaja yang terlibat mungkin sekali berada di bawah pengaruh gam. Justeru itu, ahli jawatan kuasa kemajuan kampung menggesa penjualan gam di kampung wakaf lichong dikaji semula bagi mengelakkan kejadian sama dari berulang. Kejadian yang tiada otak dan tidak berprikemanusiaan ini telah sedikit sebanyak menberi kesan kepada bilangan saf perempuan di masjid. Kaum ibu menjadi takut untuk ke masjid terutama waktu malam tanpa ditemani golongan lelaki, gua rasa ini agenda freemason bagi melemahkan ukhwah dan jemaah umat islam, dan juga, gua rasa pemuda-pemuda yang terlibat mungkin sekali terpengaruh dengan akhbar-akhbar seperti utusan dan harian metro yang setiap hari tak abis-abis lapor pasal video seks dan laporan alat2 sulit

3) Seorang lelaki pertengahan usia lembik dibalun dan dibantai dengan batu bata oleh jemaah masjid akibat tindakannya meragut beg ketika orang ramai sedang berjemaah. Kejadian yang berlaku tatkala jemaah masjid sedang menununaikan solat asar, apabila masuk part sujud, lelaki bodoh berkenaan dengan selamba meragut beg seorang jemaah perempuan yang diletakkan dihadapan beliau, namun begitu alangkah bodohnya lelaki berkenaan kerana berlari menyelamatkan diri dengan melalui kawasan jemaah lelaki. Apa lagi, pucuk dicita ulam mendatang, setelah menyedari begnya diragut, jemaah wanita berkenaan terus menjerit dan ianya didengari oleh jemaah lelaki, tinggal pak imam dan beberapa orang lama masjid saja yang meneruskan solat, manakala jemaah2 lain sudah hilang sabar dan pecah jemaah, bertindak mengejar lelaki berkanaan, seorang jemaah lelaki, bekas wakil sekolah acara melontar peluru berjaya menunjukkan skill yang sudah lama terpendam dengan membaling bata tepat menuju ke belakang pesalah, pesalah jatuh menggelupur. Dan seterusnya... adegan belasah membelasah bermula.


4) Beberapa individu menggesa suapaya rondaan kampong di maktu malam dijalan dengan lebih kerap dan efektif bagi memastikan keselamatan kampong terus terjaga dan terpelihara. Rondaan yang lebih bersistematik dan berjadual akan dirancang dengan sebaik mungkin dalam waktu terdekat, ini bagi megelakkan kejadian rondaan macam sebelum-sebelum ini yang disifatkan mcam celaka, ade anggota yang apabila sampai turn beliau untuk meronda, dibantainya balik rumah tido. Kualiti kuih muih juga akan diupgrade, kemungkinan kali ini karipap inti sardine yang panas2 kan dihidangkan, tiada lagi kuih ntah ape2 rasa tepung dan keras macam batu, kali ini juga tiada teo o kosong tawar nak mampus, sebaliknya diganti dengan sunquick sejuk bagi menarik minat orang muda. Makcik2 sedang giat melobi kuih muih mereka di merata kawasan kampong bagi melobi untuk mendapatkan tender membekal kuih, namun begitu, pihak bertanggungjawab sudah menyenaraihitamkan makcik2 yang mulut longkong serta kuih yang janji sedap tapi macam haram.

Sekian saja dari gua sepanjang hampir 2 minggu berada di kamgpung. Nanti apa-apa hal gua akan laporkan dari masa ke semasa. Gua harap kerajaan dapat hidayah dengan menganugerahkan kewudahan wifi percuma kat kampung gua, bolehlah gua melaporkan berita, gua juga harap gua rajin ke cyber cafe, dan ade duit untuk bayar 2.90 sejam, kita jumpe lagi. Arios.

3 comments:

Anonymous said...

yeng..jom gi tok bali

Mumia.Megat.Menjelma said...

bab makcik kne rogol tu benar kah? hahaha

orejatech said...

bab makcik kena rogol tu...SLOW sikit..malu kot org..