Saturday, September 24, 2011

tajuk!? ptuih!

Pap!!

Bahu gua ditepuk dari belakang, gua menoleh dengan ekor mate, gua ingat sape yang macam kurang hajar, rupenye sang pemerhati awan, penampilan berbeza kali ni, janggut shaved. Kami bersalaman.

Lama sudah kau menghilang, soal sang pemerhati awan memulakan bicara,

Gua balas ''emm.." je sambil sambil meraba-raba poket sang pemerhati awan, cari rokok.

Babi!

getus hati gua bile dapat tahu sang pemerhati awansekarang isap surya. Gua kecewa namun diri ini digagah juga mencari lighter.

"Kenapa lama tak update blog?" Soalan maut sang pemerhati awan tanpa berkias tanpa berselindung.

"Xde idea,"

gua jawab simple, tapi padat dan relevan.

"Kenapa tak pergi ke pokok idea di atas awan?"

"Xde transport."

"Lame kat kampung apa kau buat?"

"Kerja."

"Sudah lupa pada pari-pari"

"Tidak"

"Sudah lupa pada alam loba-loba?"

"Tak mungkin lupa."

Kali ni gua sedut dalam-dalam rokok sang pemerhati awan.

"Nyamuk asmara merindui mu,"

Cis!, ayat pancing kata gua dalam hati.

"nyamuk asmara sentiasa ade dalam hati aku."

"X mengapalah, aku ada kerja, nnti aku datang lagi"

kata sang pemerhati awan cuba mengakhiri perbualan.

Aku menganguk lemah, sang pemerhati awan ni bukan boleh pakai sangat, cakap jenis alim tapi jumaat-tak-pergi.

Sebelum berpisah kami bersalaman dan berpelukan, sempat juga sang pemerhati awan membisikkan sesuatu ke telinga gua,katanya minggu depan die nak ke satu tempat istimewa, ada donut cinta dan sepsis nyamuk yang gigit tak gatal tapi makin digigit makin gembira.

Aku tersenyum sambil menganguk.

Dan bakul sampah tempat ashtray gua terbakar.

Babikan.

1 comment:

blog-tips-kurus said...

kenapa merokok? tak suka! tak suka!