“Teneettt..teneetttttt...”
Bunyi alarm nset pukul 8 pagi menerobos kemas ke kedua-dua cuping telinga gua.
Gua bingkas bangun dengan kepala berat dan mengntk tahap super hd.
Gua capai botol air, minum air seteguk, gua intai bawah katil,capai rokok.
Gua krabat tuala bucu katil, buang boxer, lilit tuala kemas2.
Gua bangun ke loker, amik berus gigi yang dah macam celaka dan picit sedikit ubat gigi.
Gua buka tingkap bilik, duduk di kerusi sambil isap rokok.
Gua rasa takjub dengan diri gua, mudah pulak hari ni gua bgn pagi, selalunya bangun pagi untuk ke kelas adalah merupakan suatu perkara yang sukar pada gua.
Gua teringat ketika gua masih lagi di bangku sekolah rendah, Untuk sekadar tidak mahu bangun pagi ke sekolah pelbagai skill gua guna bagi mengabui mata mak ayah gua.
Antara skill feveret gua adalah bangun, buat-buat mengigau dan langgar almari, kemudiannya menggelupur kesakitan, gua berharap ayah gua simpati dengan gua lantas gua dah x payah dah ke sekolah. Hari ni gua langgar almari, esok langgar peti, lusa langgar meja. Tapi semua x menjadi. Mungkin sebab gua langgar tak berapa nak kuat, tapi die punya gelupuran tu lebih daripada orang kena renjatan elektrik.
Pernah juga gua cuba buat-buat skill overslept, gua nekadkan hati xnak buka mata walaupun mak gua panggil kejutkan gua yang gua kira dah macam halilintar. Last2 mak gua amik air jirus badan gua. Terpaksa gua bingkas bangun sebelum ayah gua pula mengamuk. Gua takut ayah mengamuk ayah pijak gua.
Gua juga pernah cuba buat2 tertido dalam bilik air, bahananya ayah gua tendang pintu bilik air dan ketuk gua dengan penyebok. Semenjak dari hari tu, skill tertido dalam bilik air memang gua dah x pakai.
Pernah juga gua buat-buat sakit perut sejurus selepas siap pakai pakaian seragam sekolah, pada hemat gua bnda ni akan menjadi. Tapi mak gua counter dengan teh kelat, gua dipaksa minum. Ayah pula sabar menunggu gua habiskan teh kelat tu dulu walaupun dia tahu, gua sudah lewat ke sekolah dan die juga lewat ke tempat kerja. Punyala nak kan anak kesekolah, memang gua xleh lepas.
Walaubagaimanapun, dalam banyak2 skill, skill paling mujarab yang gua buat tiap2 tahun ialah bile mak gua kejutkan gua untuk ke sekolah, gua cakap..
“hari ni cikgu x mengajar, ade program kat sekolah”
Tapi skill ni, setahun bleh pakai 2 kali je. Sebab kalo bnyak kali nanti mak gua syak. Lepas cakap kena trus sambng tido, sebb nnti kalo bgn buat selamba mak akan tanye lebih2. Silap hari bulan tergagap2 nnti terbongkar.
Tapi itu kisah masa kecik-kecik dulu, mak ayah ade nak kejutkan gua pagi2, sekarang ni yang ade Cuma alarm nset dan juga kesedaran diri untuk bangun ke kelas.
Gua harap gua akan terus gagah. Utk hari ini, esok dan selamanya.
gua habiskan rokok gua, campak keluar tingkap.
Gua pandang ke luar tingkap, mentari pagi senyum kat gua, gua rasa ceria.
No comments:
Post a Comment