Wednesday, September 28, 2011

Projek - Nyamuk Asmara Ep 9

Nyamuk Asmara Ep8

Ade cendawan yang sangat sangat besar dan sangat sangat comel, berwarna merah dan bertompok putih, kami jatuh diatas cendawan berkenaan, jatuh dan kemudiannya melantun-lantun di sepanjang deretan cendawan berkenaan yang kalo tak silap aku sejauh 2kilometer, pada mulanya kami agak kaget, tapi lama kelamaan rasa seronok yang amat sangat.

Habis melantun kami jatuh tergolek pula diatas rerumput hijau yang rasanya seperti kekapas yang sangat lembut, berwarna emas, lain benar dunia di bawah ni, segalanya cantik, dengan air sungai pelbagai warna… pokok-pokok yang rupanya amat pelik. Setelah sekian lama, kami masing2 berpandangan sesame sendiri, ade sesuatu yang luar biasa dengan dunia ini,

semuanya diperbuat dari makanan.

Bayangkan pokok-pokok yang ditumbuhi dengan wafel-wafel , di hujung sana pula donut-donut berkejaran, x lupa jgk pada pretzel-pretzel yang berlari keriangan, dan wowww!.... semuanya adalah betul-betul makanan.

Sedang asyik memerhati kawasan sekeliling aku tengok Alfonso sedang memetik strawberry, sebelum sempat strawberry itu sampai ke gigi beliau, kecepuk! satu tumbukan padu tepat ke rahang alfonso.

“Apakah kamu sudah lupa pesanan tenggiling cinta!?”

Kata aku sebagai peringatan keras kepada alfonso. Alfonso hanya tunduk diam membisu, sambil tangan mengepal kemas strawberry yang dikutipnya, marah la tu.

“Tapi ianya sungguh mengiurkan, lagipun tidakkah kamu semua perasan sesuatu?” alfonso mula berbicara setelah sekian lama memandang mata gua dengan rasa x puas hati.

dalam diam, sambil melontarkan pandangan ke arah sebuah rumak kek, aku tahu apa yang dimaksudkan alfonso,

rasa lapar…………

Sepanjang aku berada di alam loba-loba, tidak pernah aku merasai kelaparan, sehingga la ke saat ini.

Krukk.. krukkk

perut alfonso berbunyi, muka alfonso monyok, lapar katenye. Aku juga lapar, kami bersandar diperdu pokok cupcake, cuba mengatur strategi dan muhasabah diri tentang niat sebenar datang ke sini. iaitu mencari kunci portal mimpi.

Kupu-kupu cinta macam x senang duduk, matanya tajam memandang cupcake yang bergantungan, aku tahu kupu-kupu berahi jenis yang gelojoh. Aku perhatikan sambil berjaga-jaga dengan penumbuk, ditakdirkan kupu-kupu berahi memetik cupcake berkenaan dan makan bersama strawberry, aku nekad utuk merodok perut kupu-kupu berahi dengan kepala tumit.

"Kita datang untuk mengambil kunci portal alam mimpi, ingat tu!"

Kata aku tegas, alfonso mengngguk, begitu jgk kupu2 berahi.

"Tapi sebenarnya aku ade soalann...." sekian lame membisu, kupu-kupu berahi akhirnya membuka mulut.

"Ape!"

balas aku dengan sharp-nya.

"Sebenarnya apa yang akan terjadi kalo kite makan makanan kat sini? Lagi pun kita bertiga sudah lapar benar."

Betul juga apa yang dikata oleh kupu-kupu berahi.

"Apa ade hal kalo makan..?? sape nk marah?.." tambah kupu-kupu berahi lagi sambil memandang tepat cupcake-cupcake yang bergantungan.

Kenapa tenggiling cinta kemain berpesan supya jgn makan ape2 dari alam ni????.

Perut lapa mestilah nak makan..

pelbagai persoalan timbul di benak aku....

Kruukkk..kruuukk..

Perut kami terus berbunyi, bercampur baur dengan dilemma, keputusan tepat perlu diambil. Antara perut lapar dan pesanan tenggiling cinta.

(bersambung)

2 comments:

blog-tips-kurus said...

imaginasimuuuuuuuuu... ;)

si para para said...

bila nak sambung ni bro...
makan ke tak..ahh cepat sambung