Tuesday, October 27, 2009

jangan hisap gam



sedang aku berjalan-jalan menikmati angin petang...

tiba-tiba..

"Bro pinjam 10 ringgit bro.. mak gua sakit, nak bli ubat."

"sakit wak lu!! aku bagi penampar sedas"

aku x layan budak hisap gam....

Saturday, October 24, 2009

nota pendek



kepada ayahanda dan ibunda,
selamat menjalani ibadah haji.....


.................................



Friday, October 16, 2009

Aku betul-betul tak tahu nak buat apa... jadi aku tulis satu cerita, cerita yang bertajuk.. 'Macam Bangsat'


Warrrrrggggghhhhh!!!!!!!!!

Muka Razman sudah berpeluh-peluh, semenjak pulang dari sekolah lagi beliau tidak henti-henti memikirkan tentang misinya pada malam ini, kalo ianya tidak dilaksanakan malam ini, sudah pasti natijah yang akan diterimanya sangat besar. Mungkin sekali beliau akan diboikot oleh rakan-rakan seperjuangan, dan paling teruk dicop sebagai tidak stylo. Kazman dah, zaidi dah, Paijan pun dah… issh!! ni x boleh jadi.. bisik hati Razman kepada dirinya, walau mcmmane pun ianya mesti dilakukan, malam ni jugak…


Razman hanyalah seorang budak biasa, seorang budak tingkatan 2 yang tinggal bersama-sama dengan datuk nya. Menurut cerita datuknya, ibu bapa Razman berhijrah ke London ketika Razman masih lagi kecil, namun Razman sedar itu hanyalah sekadar penceritaan bohong tahap sampah sahaja, … tapi itu bukan soalnya, pada Razman ibu bapanya sudah lama mati, sudah lama berkubur.. pada beliau datuk lah ibu datuk lah bapa walaupun datuk 24jam melepak di kedai kopi, makan pakai diorang berdua pun adalah hasil ehsan orang kg dan juga duit pencen askar yang diterima tiap-tiap bulan.


Dong! Jam menunjukkan pukul satu pagi… dentingan jam loceng yang hampir setengah abad bergantungan di dinding rumah datuknya itu bagaikan satu petanda.. petanda bahawa inilah masanya masanya untuk Razman jalankan misinya.. misi yang tersangat penting, misi yang Razman sifatkan sebagai salah satu caranya untuk menuju kematangan..


Beg sekolah yang lusuh tahap gaban, dipegang kemas Razman.. bau beg yang hapak itu sedikit pun tidak sedikit pun menggangu kefokusan Razman, beg yang kadang-kadang dipakai oleh datuknya untuk mengisi mknn tatkala keluar untuk menoreh sebulan sekali itu dipegang kemas2.. Razman keluar secara perlahan-lahan ke ruang tamu, beliau yakin dan percaya datuknya sudah lama diulit mimpi, derap-derap kaki dijaga agar tidak berkriut memandangkan lantai rumah mereka hanyalah kayu-kayu lama yang sudah berabad dimakan usia.


Perlahan-lahan Razman membuka beg beliau… sekeping objek berbentuk bulat dan nipis dikeluarkan Razman.. sekeping cd yang tidak bertajuk, sekeping cd yang warna asalnya silver namun kandungan dalamnya membiru.. dipegang erat Razman..inilah masanya, Razman cepat-cepat memasang cd player dan tv , volume diperlahankan.. bimbang kalau-kalau datoknya terjaga… Razman kenal sgt dengan datok beliau, maklmlah bekas askar.. cd dimasukkan…… inilah saatnya bisik Razman… tiba-tiba Razman dapat rasakan sesuatu yang berbeza, perasaan yang tidak pernah beliau rasakan selama ini.. jantungnya berdegup kencang seumpama berlari 110 m berpagar.....


rasa marah yang membuak!!!!


“ bangsat Ko Paijan!, cd apa ni!"... terbentng di kaca tv, sifu and tongga… tanpa berlengah, Razman menggigit cd berkenaan sehingga patah 2 sambil menghamburkan kata-kata kesat.



……………………………………………………………………………………………………………………………….




Dengan perasaan yang maarah, Razman bersiap-siap untuk ke sekolah, tujuan pada hari itu hanya satu.. meminta penjelasan yang sejelas-jelasnya dari Paijan.. kenapa cd yang sepatutnya menayangkan cerita satu kaler bertukar menjadi cd cerita bangng dan bodoh iaitu sifu dan tongga.. tetapi baru saja setapak Razman melangkah bahunya ditepuk oleh datuk.. dengan suara yang penuh misteri diselangi dengn snyum yang penuh tanda Tanya datuknya berkata..


Ehem… kalo ada lagi cd mcm 2 bagitau datuk…


Razman terkedu.. Razman sudah dapat meneka, ini bukan salah Paijan.. tapi salah datuk!!!!








Thursday, October 15, 2009

tribute to binja


sape tak kenal buah binja memang king of kodi,
x stylo dan koman tahap dewa



.