Thursday, May 27, 2010

rumah ungu saya


saya suka ungu....

mata saya memberat.. refleks saya semakin lambat...

dan saya terus terbang melayang masuk ke dalam sebuah rumah kecil yang cantik, rumah berwarna ungu yang saya bina betul-betul diatas puncak bukit, disebelah rumah saya ada sepohon pokok yang besar dan rendang, pokok yang sentiasa setia memayungi rumah saya dari hujan dan panas. rumput dikawasan rumah saya semuanya segar menghijau. bunyi burung2 berkicauan begitu menenangkan hati, kelihatan juga 2 3 illama berlari-lari anak. diikuti rapat oleh 3 4 ekor zirafah putih, mereka berlari-lari kesana kemari untuk tujuan apa pun saya tidak pasti, yang penting gelagat mereka mencuit hati dan menenangkan saya.dari kejauhan saya dapat melihat pantai yang pasirnya memutih, ombaknya beralun lembut seolah-olah menari-nari, tidak ubah seperti seorang penari eksotik yang berpengalaman. indahnya saat ini, indahnya rumah ungu saya sehingga otak saya beku untuk mencari ayat-ayat yang sesuai untuk menggambarkan betapa indahnya suasana, jemari saya seaakan-akan kebas... biarlah hanya saya sahaja yang tahu, tahu betapa indahnya rumah ungu itu....

selamat malam dunia fana...

Monday, May 24, 2010

serius.

(Sheikh Muszaphar dah 2 3 kali miscoll gua nk ajak naik ke bulan, isshh!)


Lelaki berkemeja kemas, bertali leher dan berseluar slack itu duduk di suatu sudut di penjuru sebuah bilik. sebuah bilik yang hanya mempunyai sebuah meja dan sebuah kerusi, diatas meja berkenaan ada sebatang pen dakwat hitam, dan sekeping kertas A4, tugas lelaki itu cukup mudah cukup senang, coretkan apa saja yang difahami lelaki oleh lelaki itu tentang persoalan harapan dan impian. tiada had masa yang diberikan. sesungguhnya lelaki itu kebingungan, terpinga-pinga mencari idea tentang impian. sesungguhnya lelaki itu sentiasa gementar dan takut untuk memasang impian yang melangit, takut x tercapai, takut kepada kegagalan, sedangkan langkah pertama menuju impian belum pun lagi dicubanya.

Yang ditulis dalam kertas itu berkenaan impian hanyalah coretan tentang impian yang biasa-biasa orang kebanyakkan coretkan. langsung tidak berani untuk mengimpikan sesuatu yang hebat, takut dikatakan bermimpi disiang hari atau sekadar angan-angan. Sebaliknya, harapan diletakkan setinggi-tinggi gunung, melepasi tahap kemunasabahan. tersenyum nipis lelaki berkenaan, bangga, berasa puas dengan apa yang diharapkan, tanpa menyedari bahawasanya harapan itulah yang sebenarnya membunuh jiwa-jiwa yang malas untuk berjuang dan berusaha. Impian padanya hanya sekadar pengulit tidur di waktu malam.

setelah selesai lelaki itu keluar dari bilik berkenaan dan menjalani hidup seperti biasa... namun, meja,kerusi, kertas dan pen dalam bilik itu masih berharap, berharap agar lelaki itu kembali lagi suatu hari nanti... kembali dengan keberanian dan kematangan untuk mencoretkan impian yang lebih besar, dan tidak hanya sekadar berharap dan terus berharap..