Friday, July 9, 2010

Projek - Nyamuk asmara ep3

Alfonso dengan muka steady mengemudi ferry cinta, tenang menyusuri sungai cinta, dan aku hanya memerhati dari belakang sambil melayan angin di alam loba-loba. Di alam loba-loba segalanya mungkin dan tidak mustahil, burung2 di alam loba-loba hidupnya di air manakala ikan-ikan pula hidup di kalangan awan-awan. Jam awan berfufur, menandakan waktu 768awan, yang membawa maksud jahanam apa aku x tahu, Cuma yang pasti kalo jam awan rosak, semua panic x tentu hala. Perjalanan ku menuju ke istana nyamuk asmara ditemani oleh syair-syair indah nyamuk asmara yang bergema di seluruh alam loba-loba, suara gemersik menusuk kalbu nyamuk asmara disibarkan oleh angin-angin yang berlalu. Syair-syair indah dari nyamuk asmara menenangkan cinta-cinta disebalik kerisauan mereka tentang masa depan alam loba-loba.

Pandangan ku terkunci kearah anak tapir jingga yang tersenyum riang dari kejauhan, bermain2 dengan pokok2 riben. Sungguh riang tapir jingga itu. Aku ajukan pertanyaan kepada alfonso,

“cinta siapakah itu alfonso”

“oo… itulah cinta dato k dengan siti nurhaliza”

aku terdiam, sambil ketawa kecil dalam hati. Alfonso buat2 selamba walaupun aku tahu dia sedang menahan gelak. Aku malas nk ulas sgt psl benda ni, asalkan siti nurhaliza bahagia, aku bahagia.

Kedatangan ku ke istana nyamuk asmara disambut meriah oleh kuli2 istana, ikan lumba-lumba bersayap yang hidupnya menyusuri pelangi 43warna kelihatan galak sekali. X lupa juga paus kelasa berwarna kuning, juga bersayap sedang bermain piano di suatu sudut di taman istana. Semua warga istana seaakan-akan menyambut kedatangan aku. Dan aku, mcm biasa sekadar melemparkan senyuman manis.

Nyamuk asmara hari ini aku tgk sugul semacam, namun dalam kesugulan beliau masih lagi terserlah keayuan yang aku jamin mampu mengugat mana-mana hati di alam nyata. Aku syak selama ini nyamuk asmara sebenarnya ada berkenan dgn aku, Cuma aku je jual mahal dengan nyamuk asmara, mana mgkin selamanya aku hidup dgn nyamuk asmara di alam loba-loba. Aku manusia biasa yang hidupnya di alam nyata, alam reality, alam yang ada nset, potongan KWSP,PTPTN, bil air, bil letrik, mat indon, sampah sarap, korupsi, polis, bomba,ahli politikus, rela dan sebagainya.

Aku tenung mata nyamuk asmara, pengawal2 nyamuk asmara mcm biasa muke x puas hati, diorang jeles dgn aku. Tapi mcm biasa jugak, ade aku kisah?. Tgn nyamuk asmara ku rasakan sejuk, sesejuk embun pagi… mungkin. Anak mata nyamuk asmara sudah menceritakan segalanya, alam loba-loba betul-betul perlukan cinta sejati.

nyamuk asmara meluahkan perasaan, dan aku seperti tunggul tua, sedia untuk mendengar, katanya, setiap hari ada sahaja cinta-cinta baru yang masuk kealam loba-loba, bilangannya juga semakin bertambah tapi yang dibimbangi nyamuk asmara adalah kualiti cinta itu sendiri. Cinta-cinta yang didaftarkan, tolak cinta-cinta monyet dan cinta-cinta nafsu, peratusan cinta yang suci murni agak kecil. Perkara inilah yang membimbangkan nyamuk asmara. Jika ini berterusan alam loba-loba akan hilang seri nya.

Aku hanya diam membisu mendengar pembentangan slide show oleh nyamuk asmara, sambil kaki kanan ku menguis-nguis pepasir alam loba-loba yang berwarna biru. Aku tgk nyamuk asmara dh mcm nk menangis, sesungguhnya aku lemah skit kalo tgk pompuan menangis, lantas aku suarakan jalan yang terbaik untuk mendapatkan cinta sejati.

“Wahai nyamuk asmara, izinkan aku menggunakan panah arjuna cinta, demi alam loba-loba”

Nyamuk asmara agak terkejut dengan permintaan ku. Hampir saja beliau termelatah.

Aku menyuarakan kerisauanku tentang cinta sejati, mana mgkin dapat ku cari tanpa bantuan kupukupu berahi dan panah arjuna cinta. Nyamuk asmara hanya tersenyum, menampakkan susun atur giginya yang kemas, bersih dan tanpa sebarang cela.

Kenapa perlukan panah arjuna cinta sedangkan lafaz kata cintamu aku yakin sudah cukup mencairkan mana-mana hati, lafazkanlah cintamu dgn hati yang ikhlas dan penuh perasaan, balas nyamuk asmara. Kecik je aku tgk nyamuk asmara ni, rasa mcm nk kutil-kutil kepala lutut beliau. Kalo sesenang itu mencari cinta, tak la aku single skrang nih.

Ceritakan saja padaku, xkan tiada gadis yang menarik perhatianmu, tanya nyamuk asmara sambil memegang kucing yang dari tadi asyik menyanyi… agak menggangu perbualan aku dgn nyamuk asmara, tapi nk buat macmmana kucing itu ditangan nyamuk asmara, kalo ditepi kakiku, mmg dah lama ku pijak2…

Ada wahai nyamuk asmara, tapi aku tidak seberani dulu, seberani awal remaja ku, mengatakan cinta kpd sesiapa saja terlintas di fikiran ku. aku kaget apabila berdepan dengan persoalan cinta.

Ahh.. nyamuk asmara menunjukkan reaksi kurang senang, kucing tadi dicampaknya ke luar tingkap, melayang entah kemana, nyanyian kucing berkenaan sayup kedengaran sebelum diakhiri dengan bunyi… thupp!.. aku, Nyamuk asmara, pengawal istana, kuli2, semua buat x kisah.. nyamuk asmara menambah, lafazkan saja cintamu, biarkan cinta mengalir ke dalam setiap urat saraf mu… beranikan dirimu.. aku akan membantu.. percayala…

Degil sungguh nyamuk asmara ni.. nasib baik kiut dan cantik, minta panah arjuna cinta tak lulus. Mustahil untuk aku semberono melafazkan cinta.

Aku tunjuk tanda rebel kepada nyamuk asmara dengan membuat graffiti daun ganja di dinding istana, alfonso turut membantu. Sambil kepala memikirkan tentang persoalan cinta, nyamuk asmara dan alam loba-loba.

(bersambung)