Tuesday, August 31, 2010

Projek - Nyamuk asmara ep5

Melihatkan wajah nyamuk asmara ketika itu entah mengapa tiba-tiba hatiku terusik mindaku terganggu, terganggu dengan memori silam yang datang menjengah. Memori lama yang sepatutnya aku sudah lupakan. kisah cinta yang aku selam dalam, yang aku buang jauh, yang aku tanam dalam-dalam, yang aku tutup rapat datang mengetuk kotak memori.

Suatu ketika dahulu di alam nyata, alam dimana kucing adalah kucing dan langsung tidak boleh untk menyanyi, alam di mana air milo adalah milo, bknnya air oren. Alam dimana jus rimbunan awan adalah hujan dan bukannya berperisa pelbagai, cnthnya berperisa anggur peram. Alam dimana satu campur satu adalah dua, bukan tiga mahupun empat.

Suatu malam di alam nyata, disaat-saat akhir sebelum cintaku ditalkin dan dikuburkan.

“Awak saya nk share something dengan awak, dah sebulan lebih saya asyik mimpikan tentang perkara yang sama, mimpi tentang saya dibawa ke suatu alam yang indah, alam dimana saya dapat melihat cinta kita, tp ini bukan mimpi yg biasa2,segala yang saya rasa, yang saya alami seakan-akan benar. Alam dimana cinta kita bersemi, cinta kita menjadi penyeri,”

Kataku kepada seorang insan yang sedang aku cintai.

“Ini cerita terbaru awak ke, susah kapel ngan org berkepala hotak sastera mcm awak ni.”

“Isshhh!… dengar la dulu, saya x abih cerita lg ni.”

“Awak tahu.. cinta kita kat sana dijelmakan sebagai seruling malam, disana juga ada penjaga.. penjaganya cantik, lawa, orang disana memanggilnya nyamuk asmara. . tapi awak jgn bmbng, die x standing awak, awak x prlu ssh2 nk jeles”.

“Huh! Awaaak… saya x jeles ok..2 hanya mainan mimpi, kalo awak call saya semata-mata nak crite pasal ni baik tak payah, saya x rasa semua ni romantik pun.. dah la, saya ade kerja lain yang nk dibuat”.

“X wak, ini lain, saya cume nk berkngsi. Saya tahu ini cuma mimpi, tapi kenapa sampai nak melenting. Saya masih waras, saya tahu mana satu khayalan mana satu realiti, at least dengar la dulu apa yang saya nak cakap”

“Wak.. ikhlas saya cakap, kalo awak terus mcmni, hidup dalam dunia awak, bersajak berpuisi, menulis cerita yang ntah pape baik awak buat something yang lebih bermakna, lainla kalo karya2 awak ni boleh buat duit..tapi setakat ni yang saya tgk, semuanya mcm sampah… dan lagi satu, pikirkan psl masa depan hubungan kita ni”.

"Haa! Apa awak cakap ni?? Racun apa yang meresap ke dalam jiwa awak ni? Awak ingat saya x serius ke dalam hubngan kita ni? Kan saya dh cakap, percayakn saya."

“Awak saya tgk semakin x terurus, come on la.. ubah diri awak 2. Tgk org lain, mude2 dah ade kete, at least kancil turbo, sdngkan awak?? Ape ade? ke hulu hilir ngn Moto buruk je, mkn awak pn kdng2 saya yg byr. Nnti bler nk kawen, awak nk bagi makan saya ngan puisi2 dan kata2 cinta awak? Gitu?”

“Apa kena dgn awak ni, awak sedar x apa yang awak cakap? Awak dh melampaui batas ni.. bkn kah dh berape kali saya ckp, ni hnya sememntara, awak ingat saya xde perancangan mase dpn ke?”

“Kalo dulu saya terima keromantikan awak, saya suka dgn puisi2 sajak2 dan cerita2 awak, sbb saya ingat itu antara taktik awak semata-mata nk tackle saya, rupanya saya silap. Awak dh jadikan bnda ni sbgai sbhagian hidup awak, saya dh bosan ok.. zaman dh maju.. dan saya bukan gadis yang jiwang untuk lelaki jiwang mcm awak!.. awak 2, facebook pn xde.!”

“Jadi selama ni awak ingat apa yg saya buat, apa yang saya tulis semata-mata nk impress awak?? Awak….”

“Ahh.. dah la awak, saya rs ni saat yng paling sesuai, maafkan saya wak , selamat tinggal.”

Tuuutttt…tuttt…..

Aku pejam kan mata, mengharapkan tidur yang lena dan tidak mengharapkan mimpi yang indah untuk muncul.

…………………………………..

Tiba-tiba bahuku ditepuk alfonso,

“kenapa aku disini?? Bknkah dunia ini hanya boleh di excess dgn cinta? Sdangkan cinta ku sudah hancur.”

“Ya benar,”

alfonso dgn muka selamba mengulas. Suatu ketika dulu alfonso x mcm harini, bajunya tetap beropol tapi tidakla sekencang dan semambu harini.

“tapi kali ini kamu hadir, hadir untuk melihat alam loba-loba untuk kali terakhir. Kamu lihat sekarang, Ianya sunyi, sepi. Tiada lagi seruling malam yang mendendangkan irama-irama yg menyasikkan.”

Kucing2 di alam loba-loba ketika itu juga bersepakat, baik yang berwarna hitam keorengan, jingga, biru dan juga purple menyanyikan lagu sedih-sedih… pohon-pohon yang berbentuk hati semuanya melambai2 mengikut alunan suara kucing2 yang menyanyi.

Mereka semua sudah sedia maklum akan tiadanya lagi seruling malam.

“Jom ikut aku berjumpa nyamuk asmara, mngkin skrang ni nyamuk asmara sedang dalam kerisauan”

“Alfonso, aku rasa itu tidak perlu, maafkan aku… hantarla aku pulng ke alam nyata, ke alam tidurku yang gelap.”

Kesayuan jelas terpandang di seluruh warga alam loba-loba.

“Cukupla alfonso, aku yakin dgn kemampuan nyamuk asmara mentadbir alam loba-loba. mgkin ada lagi cinta-cinta sejati selain dari cinta ku, biarkan aku hidup mcm biasa dan normal di alam nyata. Kalo ada sumur diladang boleh kita menumpang mandi.. kalo ada umur yang pnjang boleh kita jumpe lagi,” kata-kata terakhir ku kepada alfonso dan seluruh warga alam loba-loba….

Alfonso tergamam, tergamam mgkin sbb x pernah dgr org berpantun, aku senyum nipis dalam kesedihan..

Pagi itu di alam nyata hujan renyai-renyai…mentari pagi bersembunyi disebalik awan yang berwarna kelabu pekat, kelabu mcm tahi musang.burung2 yang selalunya menjadi penyeri pagi tidak kedengaran, aku termanggu di depan tngkap, smbil mencoret coretan-coretan sedih…

sambil meraba-raba ashtray, mencari2 sisa-sisa rokok lebihan malam tadi..

Tapi itu dulu..

(bersambung)

Sunday, August 29, 2010

Projek - Nyamuk asmara ep4

Sebentar lagi aku perlu pulang kealam nyata, namun jawapan yang diberikan nyamuk asmara masih lagi tidak dapat memuaskan hatiku, apa sebenarnya yang bermain difikiran nyamuk asmara tiada siapa yang tahu, kucing hitam keorengan masih lagi mendendangkan lagu, suara kucing hitam keorengan ini lebih merdu berbanding kucing2 yang lain warnanya, tapi jiwaku agak tertekan kerana lagu yang sama diulang nyanyi, sehingga kalo x salah perkiraan ku, sudah masuk kali yang ke 40….

“Wahai nyamuk asmara, sebentar lagi aku perlu pulang ke alam nyata, berikan sesuatu untuk aku bawa ke alam nyata demi cinta, tidak hanya kata-kata manis dari mu wahai nyamuk asmara”.

Kataku dengan penuh lembut, penuh kasih sayang, mata nyamuk asmara kutatap kurenung, penuh perasaan sehinggakan aku lupa untuk sekadar berkelip.

Nyamuk asmara memalingkan mukanya yang ayu, berjalan perlahan-lahan memijak lantai istana yang terdiri daripada awan-awan yang putih bersih, lantas termenung di tepi tingkap istana, memandang jauh ke luar tingkap, mata nyamuk asmara bergenang, beliau kemudiannya mengalunkan sebuah lagu, kuli-kuli istana bertempiaran lari mencari alat music untuk mengiringi nyanyian lagu nyamuk asmara. Ikan paus kelasa berwarna kuning buat2 sibuk men-tune piano yg sudah sedia ter-tune. Nyamuk asmara mula menyanyi, menyanyikan sebuah lagu lama, bukan dlm bahasa melayu, bukan juga bahasa inggeris tetapi dlm bahasa alam loba-loba lama yang penuturnya hanya tinggal 3 orang, nyamuk asmara, kupu-kupu berahi dan juga alfonso.

Sepatah haram aku tak faham, namun dari lengguk bahasa dan pitching nyamuk asmara, aku tahu ianya adalah sebuah lagu sedih. Alfonso menangis teresak-esak, sehingga basah ropol-ropol pada lengan baju beliau, mau saja aku hempuk alfonso dengan kerusi besi. Kemerduan nyanyian nyamuk asmara mendiamkan semua kucing2 dia alam loba-loba, termasuklah kucing berwarna hitam keorengan, puas hati aku. Sempat juga aku memberikan sedas pandangan sinis kepada kucing berkenaan.. baru kau tahu.

Nyamuk asmara berhenti menyanyi.

“ada satu lagi cara yang mudah…”

tiba-tiba nyamuk asmara berkata-kata.

aku tersenyum. Hatiku berbunga, jiwaku senang, riak wajahku ceria.

“Apa caranya wahai nyamuk asmara?”

“Tinggal saja disini bersama aku.. kita sama-sama mentadbir alam loba-loba ini.”

Idea nyamuk asmara disambut kencang oleh setiap pelusuk warga istana,ada yang menari ada yang berguling-guling, ada yang melakukan aksi sarkas…. Kucing? Macam biasa, menyanyi..

Tapi..

(seluruh istana senyap, memerhati dengan pandangan tajam kearah aku)

“Aku tidak nmpak mcm mana tindakan aku tinggal disini dapat membantu mencari cinta sejati.. sedangkan aku perlu berada di alam nyata untuk mencari cinta sejati??”

“Ada caranya,”

Nyamuk asmara membalas dgn suara yang agak keras…

Aku hanya diam, menunggu penjelasan…

“ suatu rahsia yang alam loba-loba yang hanya aku sahaja yang tahu.. bukankah kamu tahu yang alam loba-loba lahir daripada mimpi, imaginasi, impian, cita-cita dan cinta manusia. “

“Jadi?”

“Mimpi mereka, impian mereka, cita-cita mereka, cinta mereka semuanya ada di alam loba-loba ini, bantu aku untuk temukan mana-mana insan, kita bersama-sama menyemai mimpi2 indah ke dalam tidur mereka, semaikan bait2 tentang cinta kedalam mimpi mereka, dari mimpi akan timbul keinginan, keinginan untk memiliki, keinginan untuk berkasih sayang, dari situ mgkin perasaan rindu akan menjelma, dari rindu nescaya akan datangnya cinta”

Aku agak terkejut dengan apa yang dikatakan oleh nyamuk asmara, kuteguk jus rembesan awan yang pada kali ini rasanya seakan-akan anggur peram.

“Maksudmu, menyemai benih cinta ke dalam mimpi mereka?”

“Ya.”

“Kalo mcm 2, semaikan saja benih cinta itu kedalam minda ku dan juga minda gadisan yang aku minati?? Bukankah ini akan lebih senang??”

Kataku mempersoalkan tindakan nyamuk asmara, sambil menghempas jus rembesan awan ke kepala alfonso, alfonso redha.

“Kamu adalah kamu!.. lihat sekelililng mu sekarang? Siapa lagi manusia alam nyata yg ke alam loba-loba selain dirimu?.. hanya kamu saja yang tahu kewujudan alam loba-loba, yang lain hanya menganggap ini Cuma mainan tido atau mimpi yang indah sahaja. Benih cinta tidak berkesan keatas mu!”

Aku tergamam, betul apa yang dikatakan oleh nyamuk asmara. Hanya aku satu2nya manusia yang sedar akan kewujudan nyamuk asmara. Hanya aku yang tahu alam loba-loba bukan sekadar mimpi.

Aku kaget, bukan kerana aku tidak bersetuju dengan nyamuk asmara. Tetapi memikirkan alas an yang cukup kukuh, seperti yang aku katakana sebelum ini, alam loba-loba terlampau indah. ianya umpama mimpi yang sempurna. Alam loba-loba tidak boleh disamakan dengan alam nyata, ianya berbeza. Reality hidupku adalah di alam nyata, bukannya di alam loba-loba.

“Wahai nyamuk asmara,”

Kataku lembut, sehalus yang mungkin untuk cuba tidak mengguris hatinya. Halus dan lembut umpama menarik sehelai rambut dari segudang gandum.

“ maafkan aku, aku perlu berada di alam nyata. Tawaranmu sesungguhnya tidak mampu utk aku menolak, tetapi sayang, alam loba-loba bukan untuk ku, hidup ku di alam nyata, kerana sebagai hamba, hamba kepada kekuasaan yang maha besar, aku perlu untuk beribadat.. kerana suatu hari aku akan mati.”

Alfonso buat-buat x dengar, aku dh tau feel perangai alfonso ni, kalo bab2 agama memang kureng skit. Nyamuk asmara tunduk sugul.

(bersambung)

Friday, August 27, 2010

"Unpublish" - Cinta



Tidak tahu kenapa di pagi yang hening ini terdetik dalam benak serta kotak fikiran saya untuk menulis tentang cinta. Bukanlah kerana saya sedang dilamun cinta ataupun sedang dalam proses mengejas seseorang, tetapi sebagai manusia normal kita tidak boleh lari dari berfikir tentang cinta. Pada saya cinta itu subjektif, definisinya bergantung kepada individu, setiap individu mempunyai definisi yang berbeza tentang cinta. Menilai cinta juga bergantung kepada tahap kematangan dan pengalaman seseorang. Secara jujurnya saya jarang membincangkan soal cinta secara terbuka, kerana pada saya ianya suatu persoalan yang berat, sama beratnya dengan soalan matematik tambahan yang tahap kesukarannya boleh merosakkan neuron otak kanak-kanak. Pada saya cinta adalah tanggung jawab dan komitmen, cinta juga bukannya perkara mainan ataupun sebagai hobi bagi mengisi masa lapang, saya bukanlah jenis lelaki yang, hari ni berkenalan, esok kapel, lusa clash. Cinta pada saya juga bukanlah seperti cinta seorang kanak-kanak kepada gula-gula.

Cinta bukanlah suatu eksperimen ataupun percubaan berani mati, dimana asal saja mata berkenan, hati kata okey, terus sebat dan terjun ke alam percintaan. Mngkin pada mereka, dengan adanya cinta semata-mata, halangan serta dugaan yang mendatang dapat dipatahkan. Oh! indahnya, tapi pada saya tidak. Saya melihat jika kita ingin bercinta aspek masa depan harus dipertimbangkan seberat-beratnya, perancangan masa depan perlu ada. Bukan setakat ada, tapi niat serta semangat itu perlu ade. Jgn hanya hanyut melayan cinta sehingga lupa segalanya. Kadang-kadang saya tertawa kecil apabila mendengar ungkapan, cuba dulu, kalo xada jodoh nak buat mcmana.. secara jujurnya mau saja saya lempeng mereka-mereka yang biasa mengungkapkan kata-kata begitu. Mgkin pada mereka perpisahan itu perkara biasa, tapi pada saya tidak. sakitnya kalo dihuraikan secara serius mahupun sinikal mungkin memakan masa sehingga berhari-hari. Lagipun pembendaharaan kata saya dalam menghuraikan kesakitan akibat cinta belum lagi mencapai tahap yang memuaskan, secara mudahnya rasalah sendiri.

Sebelum meneruskan lagi elok saya nyalakan dulu sebatang rokok. Bukan pe, sekadar peneman, peneman saya bknlah teddy bear, bknla ungkapan indah tentang cinta-cinta, bukan juga sajak-sajak maupun puisi indah ttng cinta. peneman saya Cuma rokok dan juga idea-idea yg meliar ttg penulisan blog. Ya menulis kadang2 saya rasakan sebagai suatu yg menenangkan, sebelum saya terbabas jauh elok kita kembali kepada Cinta. Terpulang kepada anda untuk menilai tulisan saya ini, samaada ianya serius ataupun tidak, saya hanya menyuarakan pendapat saya tentang cinta. Saya akui kemanisan cinta itu sangat indah, sehingga kepada suatu tahap mengalah mimpi terindah di alam tido anda. Ya ini adalah benar, mereka yang sedang bercinta tidak perlukan mimpi, alam nyata sudah cukup indah. “dunia hanya milik kita berdua” tag line seorang member suatu ketika dulu, tatkala beliau sedang hangat bercinta, dan saya hanya senyum nipis.

Tapi, saya yakin dan percaya, Sesungguhnya, kejarlah cinta Allah. walaupun secara nyatanya saya juga agak kureng dalam hal2 berkaitan agama dan juga matematik namun, cinta kepada Allah pasti berbalas. Kemanisan dalam mencintai Allah dengan melakukan ibadat terutamanya pada malam-malam terakhir bulan ramadhan ini tidak dapat digambarkan. Cinta kepada manusia ada penghujungnya, kalo berjaya ke jinjang pelamin, di liang lahad terpisah juga. Namun cinta kepada allah. Akan kekal, kekal sehingga alam akhirat.

Pendapat anda mungkin berbeza, xsetuju?

Ade aku kesah?

Monday, August 23, 2010

Selamat berpuasa



selamat berpuasa kepada semua.
belum terlewat lagi rasanya walaupun dh masuk bebelas hari pose,
lagipun aku syak lailatulqadar belum lagi tiba.
kepada sesiapa yang sampai sekarang x hafal-hafal niat puasa
amik ni, sila2 hafal, untuk kebaikan anda sekeluarga.