Friday, April 23, 2010

kerusi kayu, kapur tulis.

'bilik darjah 2 ikhlas'.

joe dah x senang duduk..

ramli dah lama ready..

sadrul dari tadi mengacip-ngacip gigi..

aku???

buat muka bengis....

KRRiiiiiiiiiiiiiNNNNNgggggg!!!!!!

loceng rehat berbunyi...

Kami terus berkejaran ke kantin, meninggalkan cikgu Baharuddin terpinga-pinga...
patut r sampai arini gua lemah matematik, mgkin termakan sumpah cikgu Baharuddin...

Tuesday, April 20, 2010

n.o.r.m.a.l


Pink untuk kamu, tinggalkan saja yang biru itu...



4.30 am.

Andai mengantuk itu dijelmakan sebagai seorang perempuan, akan aku rayu, akan aku pujuk agar ianya datang mendampingiku, tapi sayang, makin ditunggu, makin jauh ianya pergi meninggalkan jasad ini.. yang hadir bertandang cuma angan-angan tentang dunia yang indah, kadang-kadang diselang seli dengan kenangan-kenangan lama, yang sepatutnya aku lupakan. hidup sehari-sehari sudah menjadi rutin yang kronik, mundar mandir di tempat yang sama, bercerita tentang perkara yang sama, bereaksi dengan reaksi yang sama, mengenang kisah yang sama, berfikir ttng perkara yang sama, berharap pada perkara yang sama.....

Melihat mereka-mereka diluar sana yang seaakan-akan gembira meraikan sesuatu, atau teruja menunggu sesuatu. aku pula hanya membisu,kerana tiada apa yang aku tunggu, tiada apa yang perlu diraikan. yang mmpu aku lakukan hanyalah terus berkhayal dalam dunia sendiri, menyusun watak dan menggarap plot, plot yang digarap, watak yang disusun semuanya sempurna dalam fikiran aku, angan-angan indah terus berputar umpama wayang gambar. walaupun ianya sekadar khayalan seseorang yang sudah 3 4 hari tidak tido malam, namun ianya mampu membuatkan aku tersenyum sendiri.

mimpi tidak lagi seperti dulu, kalo bukan hitam pekat yang dimimpikan, hantu-hantu dan jembalang yang muncul,tidak tahu dimana silapnya. mimpi pada aku sekarang umpama pengembaraan ngeri, pengembaraan ngeri yang tidak berkesudahan. tiada lagi mimpi tentang gula-gula seperti zaman kanak-kanak dulu. kadang-kadang aku berharap mesin acuan mimpi ada dijual di pasaran, akan aku bayar berapa saja harganya agar dapat aku masukkan segala khayalan ku kedalam mimpi.....

walaubagaimanapun... aku masih lagi normal.

Wednesday, April 14, 2010

'perempuan itu'



rasid sudah bosan bertemankan angan-angan, sudah bosan dengan imaginasi. gambaran wajah 'perempuan itu' semakin hari semakin galak menggangu minda rasid, rasid rimas. tidak pernah sepanjang hidup rasid merasa begitu 'terganggu' dengan kecantikan wajah mana-mana perempuan, namun 'perempuan itu' telah mencairkan hati rasid. mahu saja rasid bersemuka dengan 'perempuan itu', dan mengungkap bait2 romantis yang mampu mencairkan hati 'perempuan itu', namun itu adalah mustahil bagi rasid. bagi rasid, biarlah segala kata-kata itu disemat kemas dihati beliau, kadang-kadang kertas-kertas kosong menjadi mangsa tempat rasid meluahkan perasaan, kadang-kadang juga ungkapan indah tentang hati dan perasaan rasid terhadap 'perempuan itu' ditulis pada pintu-pintu jamban. ya, rasid sedar, sememangnya beliau seorang yang hopeless romantik.

'perempuan itu'sememangnya sudah menghantui rasid.

gelak tawa 'perempuan itu',
geri geri 'perempuan itu',
senyuman 'perempuan itu'

semuanya sudah menjadi irama dalam minda rasid. tapi sayang seribu kali sayang. rasid hanya berdiam diri apabila bersua dengan 'perempuan itu', hanya mampu tersenyum apabila 'perempuan itu' menyapa, dan hanya mampu tersengih apabila diusik 'perempuan itu'. rasid seaakan hilang akal apabila berdepan dengan 'perempuan itu', mulutnya seaakan-akan terkunci. dadanya seakan-akan ingin meletup dek kerana degupan jantung yang luar biasa kencangnya.... rasid sudah jatuh cinta pada 'perempuan itu'...........

rasid sudah nekad, sampai bila rasid ingin terus begini, sapaan 'perempuan itu' mesti disambut, bukan hanya dengan senyuman, tapi disambut dengan teguran, bertanyakan khabar, nama, dan barang kali jika berkesempatan, mungkin sekali nombor telefon dan tempat tingggal. rasid tersenyum sendiri. rasid nekad, malam ini rasid akan menegur 'perempuan itu', rasid mesti ketepikan debaran yang dirasai, semuanya demi cinta kepada 'perempuan itu'.

seperti biasa, malam jumaat, rasid baru selesai menghadiri kuliah. rasid berjalan perlahan-lahan menyusuri koridor untuk pulang ke asrama, rasid memperlahankan langkah kakinya, rasid berharap agar bertembung dengan 'perempuan itu'. mata rasid bersinar, riak kegembiraan terpancar jelas di wajah rasid. dari kejauhan rasid dapat melihat 'perempuan itu' menuju keaarahnya... dan kali ini, sapaan 'perempuan itu' akan rasid sambut.

''hai''

''hai... bleh kita berbual jap?''

''boleh''

''awak student kat sini ke?''

''tak la''

''dah lama sebenarnya saya nak tegur awak, tapi x berkesempatan, saya rasid, awak??''

'' saya... Puteri Mayang Mengurai''

'' haha, pandai la awak buat lawak, malam jumaat ni....''

''saya x melawak''

rasid terdiam, wajah rasid berubah.. menjadi biru-kebiruan, bukan kerana malu, tapi kerana terkejut melihat 'perempuan itu'. wajah 'perempuan itu' sudah berubah, tiada lagi wajah yang cantik, sebaliknya bertukar dengan wajah hodoh jelmaan syaitan, dengan bau busuk yang meloyakan. lutut-lutut rasid sudah tidak mampu menahan, rasid rebah kebumi menyembah tanah...

tiada lagi imaginasi, tiada lagi impian....

semenjak dari saat itu, rasid lebih suka berseorangan, termenung, dan kadang-kadang bercakap seorang diri. pada rasid, beliau rasa dikhianati... dikhianati oleh hati.. hati yang terlalu mudah menyintai sesuatu yang tidak pasti...

................

Monday, April 12, 2010

entri kosong.

jangan difikirkan apa yang tersirat..
jangan cuba untuk menafsir..
kerana sesungguhnya apa yang dilihat,
itulah hakikat..
yang ada cuma kosong,
tetapi bukan kekosongan...