Monday, March 28, 2011

Projek - Nyamuk Asmara Ep 8

Alfonso dengan gelojoh memarking feri cinta. hampir saja tertumus kami bertiga, Aku Alfonso dan kupu-kupu berahi sudah berada di perhentian 1000 pintu, tempatnye amat kontra dengan apa yang aku bayangkan, tiada flora dan fauna yang berwarna warni, tiada kedengaran nyanyian kucing2, yang ade Cuma aliran sungai yang bercabang-cabang dengan hujungnya sayup-sayup ntah kemana-mana.

“Adakah kita masih lagi di alam loba-loba wahai Alfonso?,”

Tanya gua kepada alfonso sekadar inginkan kepastian, kerana perhentian 1000 pintu ini sangat berlainan, suasana, warna-warna, dan juga bau-bauan nye jauh berlainan daripada alam loba-loba yang aku kenal.

Hentian 1000 pintu ini warna-warna yang dominan hanyalah warna-warna hitam, kelabu dan.. gelap.. ataupun secara senangnya gothic..kot.

“Ya, kita masih di alam loba-loba, penghujung alam loba-loba.”

Kata alfonso dengan nada serius.

Kupu-kupu berahi pula aku tengok tersenyum sorang2, angau la tu, angau cinta dengan si rama-rama cinta, macam gampang aku tengok.

anyway

Hentian 1000 pintu dijaga oleh Tenggiling Cinta, Tenggiling Cinta jauh sekali kalo nak dibandingkan dengan Nyamuk Asmara, pertamanya Tenggiling Cinta ni adalah berjantina lelaki, memiliki penis dan tidak berbuah di bahagian dada.

Lagipun Tenggiling Cinta ni adalah berbentuk tenggiling, yee, common tenggiling, cumanya beliau boleh berkata-kata, tua dan menghisap paip, tapi imej baju beropol-beropol masih lagi kekal, macam babi. Kate aku dalam hati.

Menurut Tenggiling Cinta yang menjaga hentiaan 1000 pintu, untuk mengakses alam mimpi para pencinta, aku memerlukan sebijik kunci, kunci pembuka portal, dan kunci itu terdapat di sebuah alam yang lain, dan alam tersebut hanya dapat diakses oleh beliau.

“Ahhhh.. alam apa lagi niiii.. “

bentak aku sambil buat muka cuak.

“Sabar wahai orang muda, cara untuk kealam tersebut senang sahaja,”

sebaik sahaja Tenggiling Cinta berkata-kata, beliau terus mengangkat bahagian tengah badannya dan membentuk sebuah portal.

Tenggiling cinta ni dah melampau, ni nk mngnjing ke hape. Mau saja aku hayunkan buku lima tepat ke punjuru torso beliau, namun aku pendam kan saja, di alam loba-loba segala yang mustahil jadi x mustahil.

Tenggiling Cinta tencungap-cungap cuba untuk mengekalkan posisi badan beliau. Seksa benar aku tengok tenggiling cinta, yaa, bukan senang untuk seekor tenggiling sebesar beliau untuk membuat posisi itu, posisi dimana bahagian tengah badannya diangkat, mewujudkan semacam ruang untuk kami merangkak masuk.

oleh kerana aku hero dalam cerita ni, Alfonso dan kupu-kupu berahi selamba sahaja menuding jari menyuruh aku dahulu yang masuk.

Aku dah nekad, kalo Tenggiling Cinta buat skill kencing, mmg aku tumbuk.

Sebelum aku, Alfonso dan kupu-kupu berahi masuk, Tenggiling Cinta berkata.

“Di alam sana, alam yang sangat indah, nikmati la ia semahunya, lakukanlah apa yang kamu ingin lakukan, tetapi..

ingat!

Ingat!!

Ingat!!!!

jangan sesekali kamu makan apa2 dari alam berkenaan, kelak kamu akan menyesal…….”

Babi serius punyeTenggiling Cinta, alam loba-loba mane bleh rasa lapa kate aku sekdar dalam hati. X nk suntuk angin Tenggiling Cinta, nantikan terbantut misi aku untuk mengambil kunci pintu mimpi.

Tanpa membuang masa Aku rendahkan badan, lutut ke tanah, kemudian merangkak ke celah badan Tenggiling Cinta.

tiba-tiba…..

aku rasa seolah-olah jatuh ke dalam satu lubang yang sangat dalam…..

diikuti rapat di belakang aku Alfonso dan kupu-kupu berahi, kami sama-sama menjunam jatuh, 2 minit pertama kami terjerit bagai orang gile, rasa gayat yang amat menerjah ke setiap ranggo badan.

Sejam kemudian.

Aku dah strt menyumpah2.. ntah bler lubang ni nk sampai ke hujung. Celaka betul!

Tiba-tiba, dari kejauhan, aku ternampak suatu cahaya, dari sekecil buah dadu, semakin membesar dan terus membesar,

Thummmm!

Kami jatuh……

(bersambung)

Sunday, March 27, 2011

jalan pulang yg jauh.

Pap! Pap! Pap!

Gua ketuk kotak rokok tiga das atas tapak tangan, gua tarik pelan-pelan jalur plastic,kotak dibuka dan gua ambik sebatang lantas gua sematkn di celah bibir. Gua delay dulu fasa pencucuhan. Gua pandang skrin laptop yang berdebu sambil tarik nafas panjang. Tangan kanan gua asyik dengan mouse, merayau-rayau mengetik folder2 esemen yang sudah berjaman belum jugak beres2.

Tangan kiri gua seluk kocek ambik nset, gua tekan unlock button, gua cek tarikh. Ade lebih kurang 3 minggu lagi kuliah sebelum final. Gua tarik nafas dalam2, cepat betul masa berlalu, Gua letak nset tepi laptop, bukan ape, senang nanti kalo si dia mesej, dh 2 3 kali kejadian gua x perasan mesej masuk terjadi.

Gua raba poket selua belah kiri, cari mancis.. ye, gua pakai mancis sekarang untuk cucuh rokok,gua dah x pakai lighter, asyik hilang je,samaada hilang dirembat orang ataupun hilang sebab gua lupa mane gua letak, lebih baik pakai mancis, ekonomikal dan tarikan untuk dirembat orang kurang.

Tassssss!

Bunyi mancis bergesek, cepat2 gua suakan rokok sebelum api nye padam, batang mancis yang kepalanya sudah hangus itu gua campak dalam bakul sampah, gua sekarng belajar hidup bersistem, xnk dah tungang langgang. Sampah walaupun sekecil batang mancis, jgn dibiarkan bertimbun. Kalo sampah bertimbun plus esemen bertimbun-timbun, boleh membawa kepada stress. Sebelum gua stress dan start tido sepanjang hari, baik gua get organized.

Sekarang ni gua rasa lebih selesa duduk terperuk di bilik daripada keluar berpeleseran kemana-mana, bukan ape, hujung-hujung sem macamni gua semacam jadi sensitive, mcmmane x sensitive, poket kosong dan kering. Bler poket kosong, gua jadi x ade nafsu nak bergurau senda ataupun menerima lawak-lawak pedas daripada rakan-rakan. Daripada gua seksa hati gua yang sensitive ni, baik gua duk diam2 dalam bilik siapkan esemen dan juga melayan perasaan.

Sebenarnye gua tengah mencongak planning nanti cuti semester 4 bulan ni gua nak kerja ape, gua sendiri pun heran, ape ke bengap lame sangat cuti sampai 4 bulan??, gua nak cari kerja yang goyang kaki dan duit masuk banyak. Gua rasa nk cari kerja kat kampong, jadi gembala lembu ataupun kambing pun gua x kisah, kadang-kadang kerja yang melibatkan haiwan ni lagi senang dari kerja yang melibatkan manusia.

Ade jugak terlintas dalam fikiran gua nnti cuti ni nk pergi ronda2 kawasan sawah padi depan rumah gua. Sebenarnya baru minggu lepas gua dapat tahu yang ayah gua ade memiliki setengah petak sawah padi, pergghhh! Ini harta, gua yakin, nnti satu hari kalo kerajaan nk buat jalan, termakan setengah petak sawah padi ayah tu, maunye melekat 8 juta. Gua dan adik beradik jugak yang senang nanti. Tapi itu belakang cerita.

sebenarnya gua rasa bersyukur jugak cuti lame sampai 4 bulan, gua pikir nk mendekatkan diri dengan komuniti surau di kampung gua. Scene surau kampung gua, gua tengok xde pelapis, ayam-ayam lame je yang ade dan masih setia, golongn muda macam gua bukannye ade di kampng. Jadi gua pikir bersempena cuti yang panjang gua nk mengimarahkan surau kat kampong gua.

Hidup di kota ni banyak sangat debu hitam, gua rasa hati gua ni barangkali dah hitam legam.

Cumenye gua harap, gua masih ingat jalan ke surau kampung gua….

Tuesday, March 15, 2011

gua harap dia x perasan.

semalam gua keluar dating dengan Dia, dating kecil kecilan sahaja.

dating di cafe kolej yang x seberapa.

seperti biasa, die senyum gua pun senyum.

lepas dating gua terus balik bilik.

gua rasa gatal hidung lantas gua pandang cermin.

babi!

seurat bulu hidung gua terkeluar!

sejak bile ianya tergantung-gantung di luar kawasan?

kalo tergantung semenjak gua ngn Dia sedang seronak-seronak berbual,

mintak2laaaa Dia x perasan.

.

Monday, March 14, 2011

Projek - Nyamuk Asmara Ep 7

Siri Nyamuk Asmara kembali.. kembali dengan crite yang kesudahannya masih lagi berlegar dalam awan.

Pengembaraan dan misi di alam loba-loba belum lagi selesai.

Alfonso, Nyamuk Asmara, Kupu Kupu Berahi masih lagi setia di alam loba-loba.

Babi!.

ceritanya makin terbelit-belit.

…........................................................................................................

(sambungan Nyamuk Asmara ep6)

“Hey hey

You! You!

I don’t like ur armpit

No way no….. (gaya avril)..”

Pang!

Deras tampalan aku hinggap ke muka kucing bertompok hijau, kucing sepisis ni di alam loba-loba memang bodoh skit. Suara dah ade, mantap dan x hancur. Tapi perwatakannya yang selalu menukar lirik sesuka hati memang annoying. Dan kali ini kesabaran ku sudah sampai ke tahap mendidih. Sudah 2 3 kali aku usulkan supaya kucing jenis ni dibuang dari alam loba-loba. tapi Nyamuk Asmara hanya tersengih2 sengih.. barang kali lawak pada hematnya, tapi pada pandangn aku, ianya suatu penciplakan yang menyakitkan hati. Mahu saja aku pijak tali perut kucing bertompok hijau ni.

Anyway,

Nyamuk Asmara memulakan bicara. Langkah kami seiringin, Alfonso dibelakang sambil mengelap-ngelap darah di kepalanya.

"Begini, untuk menyemai cinta kealam mimpi, ianya adalah suatu proses yang tidaklah semudah aku, engkau, Alfonso. kupu kupu Berahi, dan semua makhluk alam loba-loba sangkakan. Ada beberapa perkara penting yang perlu dititik beratkan".

Nyamuk Asmara berbicara dengan nada serius, tangn kami masih lagi kemas bertaut, sambil berjalan seiringin mengelilingi taman Loba Mahkota (name taman depan istana Nyamuk Asmara)

"Yang pertama, subjek a.k.a insan yg dipilih perlulah cukup matang, kerana kuasa cinta ini amat berat untuk dipikul oleh mereka-mereka yang belum cukup umur."

"Kedua, soal pasangan, pasangan hendaklah sekufu. ataupun orang kate setanding, sebab nanti kalo duduk bersanding, tidak la mereka menjadi buah mulut jiran tetangga, kesecocokan mereka itu tidak akan dipersoalkan."

"Secara teorinya prosedur menanam benih cinta ini mudah sahaja, namun praktikalnya amat susah sekali."

panjang benar penjelasan Nyamuk Asmara, aku sekadar dengar untuk amik hati, mata ku di lemparkan ke udara, memerhati dolphin yang galak berterbangan.

"Begini..." Nyamuk Asmara menyambung.

"Di hujung jeti ada satu perlabuhan, disana terdapat satu perhentian, perhentian yang dipanggil jeti 1000 pintu.... disana ade..."

???

sebelum sempat Nyamuk Asmara menghabiskan ceritanya, aku cuit pipi Nyamuk Asmara, Nyamuk Asmara terus terpaku sambil muka menunjuk espresi tanda soal.

“Kenapa??”

tanye Nyamuk Asmara dengan nada konfius

“Bulu hidung awak terkeluar…….  ”

(bersambung)

Wednesday, March 9, 2011

saya tulis ni untuk dia.

Saya tulis ni untuk dia.

Bila saya tak tahu macamana nak buat ayat bagi menggambarkan sesuatu, saya akan cuba untuk lukis, tapi sayang, lukisan yang saya buat selalu hodoh dan langsung tidak menggambarkan apa yang saya nak. Saya akan duduk termenung, memerhati keadaaan sekeliling, samada pandangan ini membatu melihat bilik yang kaku, ataupun digagahi untuk duduk di bangku dan melihat alam yang sudah tua melalui celah tinggap yang langsirnya langsung tidak berseni.

Kemudian saya akan tersenyum, tersenyum gembira melalui celahan tingkap kerana saya melihat sesuatu yang boleh menggambarkan apa yang saya nak dan apa yang saya rasa.

Dan semalam, ditemani cahaya bulan dan bintang, saya lihat bunga ros yang cantik, terselit di celah2 pohon kedondong.

Tepat sekali apa yang saya nak dan saya rasa,

ia menyimbolkan si sia.

Monday, March 7, 2011

pagi yang cemerlang

Seperti pagi2 sebelum ini, celik je mata, baca message dari si dia, gua akan duduk di birai katil, duduk termenung dalam lebih kurang 30 seken, untuk loading kepala hotak, nak bagi sama tune dengan hari yang bakal gua hadapi. Selesai loading gua bingkas bangun capai tuala, capai berus gigi. Gua rasa sedih dengan keadaan berus gigi gua, uzur sangat, bulu berus banyak yang dah tercabut dan penyek. Patutla semenjak dua menjak ni, gua x dapat kepuasaan dalam memberus gigi.

Gua termenung lagi sambil pegang berus gigi, berus gigi colgate warne putih belang hijau. Berus gigi sekarang dah mahal, tak macam dulu, sebatang berus gigi dah boleh beli sepinggan nasik. Gua tak tahu berus gigi mahal ni salah sape, sape yang kawal harga berus gigi di pasaran global pn gua xtau, tp gua memang bertegas nak cadangkan kepada pemerintah supaya berus gigi ni ade harga siling, barula orang mcm gua ni tak tertindas. Ini tidak, barang naik ikut suka dia je, gua peduli apa dengan harga minyak dunia naik??? Capitalist!.

Ubat gigi pun satu hal, time gua kesuntukan matawang la die nak abis, dah sampai ke kepala, sakit ibu jari nak keluarkan cebisan yang terakhir, adela skit, lepas la untuk gua senyum secara berkeyakinan pagi ni.

Pulang sahaja dari tandas, gua tengok jam macam menghala kearah kelewatan. Tanpe berfikir panjang gua terus dress up seperti hendak ke kelas, uniform gua macam biasa, kemeja, jeans dan selipar jepun. Memang xde gaya cikgu-cikgu lansung, tapi gua tak peduli, xkan nak dressup macam Najmi Asar?, datang kelas always tuck in, skima macam mintak pelempang. Huh!.

Masuk je kelas gua duduk macam biasa, gua x rasa nak tegur orang, sekadar senyum tawar je. Tapi entah mengapa memang gua rasa ade yang x kena, tak tahu kenapa, gua rasa ade something yang tak lengkap, tak kena pada tempat. Classmate gua semacam pandang serong je, yang pompuan berbisik sesame sendiri.

Peehhhhhh!!!!!!

Ini tak menarik, gua cek penampilan gua, normal, gua cek button jeans gua, manala tau lupa nak button, tapi ok je. Segalanya normal.

Tapi tiba-tiba gua teringat something.

Gua dah tau kenapa semua pandang semacam kat gua.

Patutla gua sendiri pun rasa tak kena.

Rupanya…

Gua lupa nak mandi!!!

Tadi gua masuk tandas, berus gigi, masuk jamban terus blah..

Babi!

Tuesday, March 1, 2011

ilmu pengasih, ayat tepuk bantal Najmi Asar

Kesejukan air-cond agak menggangu konsentrasi gua untuk ber-assignment, sesungguhnya untuk ber-assignment, suhu yang sesuai amat penting, namun soal suhu, soal assignment belakang cerita, yang gua nk cerita sekarang adalah berkaitan dengan sorang member yang bernama Najmi Asar, yang katanya ada ilmu pengasih. Najmi Asar orang utara, ramai yang kata Najmi Asar ni cakap gebang, putar alam dan sebagainya, tapi malam ni, gebang atau tidak, tajuk yang terpacul dari mulut Najmi Asar amat menarik minat sekali. Mana tidaknya,Najmi Asar beriya-riya untuk berbicara tentang ilmu pengasih. Sedikit sebanyk sebgai seorang lelaki normal mestilah gua agak tertarik.

Ok. Najmi Asar berjaya mencuri perhatian gua.

Menurut Najmi Asar, mengikut pengalamannya sendiri, ayat ini sangat menjadi. Sudah bnyk gadis yang tertewas di tangannya, pergghh.. Najmi Asar dah start nk gebang ayat, gua diam je, fokus gua Cuma satu, nk ayat yang diguna pakai beliau sahaja, bukan apa, sekadar nak tahu. Gua sabar, biar die gebang dulu.

Tap..

gua x tahan sgt dengan gebang Najmi Asar, jauh menyimpang, siap bercerita tentang puteri bunian dan juga alam-alam ghaib, mimpi tujuh lapis, alam ke dua belas, dan ntah pape lagi, gua syak ni pengaruh citer inception.

gua terus pancung bicara asar dengan soalan.

“ok, ayat die ape?.. “

Najmi Asar tersengih, menguis hujung rambutnya yg panjang….
Begini….

Gua dah standby dgn pensil dan kertas A4.

Ayat ni dipanggil ayat tepuk bantal.

Kata Najmi Asar lagi, sebelum hendak tido, tepuk bantal 24 kali, x kisahlah samaada bantal itu beropol atau tidak, janji bantal kegunaan sendiri, bantal tido sendiri yang ditandai oleh air liur basi sendiri, bukan roommate mahupun kenalan yang lain.

Najmi Asar membetulkan sila… berdehem 2 tiga kali..

“Dengar betul2 dan salin”, kate Najmi Asar kepada gua.

Gua diam macam anak tenuk. Gua salin jugak sebagai tanda amik ati Najmi Asar.

“Tepuk bantal, panggil semangat, semangat di panggil dari gunung tujuh. Dalam mimpi aku menepuk jantung hati si polan si polan, rindu kasih rindu sayang, cinta sakti cinta keramat, cinta pandang pertama bukan cinta monyet, hati mu ku gengam, kasih mu ku ikat, datangla dalam mimpiku hadirlah dalam nyata. Silakan aku sang malam, sah si dia menjadi milik ku abadi”

“Lucifer punye Najmi Asar”.. kata gua dalam hati.

Secara jujurnya gua rasa Najmi Asar ni bukan betul orangnya, perbualan dengan sepucuk Najmi Asar ni gua anggap sekadar perkongsian di malam hari, penghilang stress ber-assignment.

Tapi esok katanya Najmi Asar nk ajar gua ilmu lain plak, ilmu kebal katenye.

Ok, Najmi Asar boleh pergi mmpus, gua pnye assignment x siap lagi.

Kalo ilmu pengasih ni dapat digunapakai untuk lecturer, itu lain cerita.