Friday, December 31, 2010

perenggan terakhir tahun 2010

Tinggal beberapa minit lagi 2010 akan melabuhkan tirai. 2011 akan menjengah tiba, tahun 2010 ni kalo aku nak cerita ada naik, ade turun die….. orang kate seimbang. Well, student life what do you expect?. Tapi secara overall aku agak berpuas hati dengan hidup aku sepanjang tahun 2010. Ketepikan cerita Kelantan jadi juara piala Malaysia, Malaysia juara aff Suzuki cup, benda ni dah berlambak orang ulas. Lagipun aku bukanla pengulas sukan, kalo nk hentam secara meraban mungkin boleh, tapi itu bahaya. Banyak azam 2010 yang aku kira berjaya aku gapai tapi itu dari aspek duniawi, tapi untuk bekalan akhirat mungkin jauh lagi. Banyak benda tentang hidup ni yang perlu aku belajar, banyak pengalaman perlu aku timba, banyak jugak lagi keseronokkan-keseronokan duniawi yang aku nak try. Tahun depan azam aku ade lain sikit, setelah post mortem 2 3 hari ni, aku dah capai satu konklusi, konklusi utama, kalo kita nak buat sesuatu, buat kerana diri kita, jangan buat kerana orang lain. Contohnya nak berubah jadi alim. Kita berubah bukan kerana orang lain, tetapi kerana diri kita sendiri. Demi kita untuk kita. Hidup ni terlampau singkat, persetankan makhluk-makhluk lain, if u want to do something, do it now!, consequences? Deal with it later, bunyi macam bangang, bunyi macam rebel, tapi kalo kita rebel pakai akal, kita rempuh pakai akal, insyaallah, hasil die berbaloi… dan secara jujurnya aku rasa 2010 ni berlalu macam pelesit rimba, sekejap je. ……. Ye, aku sedar aku tahu, aku merepek, tapi sebenarnya blog ini juga dibina atas landasan yang merepek, diilhamkan daripada pergerakan awan-awan dan perubahan musim buah-buahan. Untuk tahun 2011, blog ini akan macam ni jugak, akan terus bermain dan berlegar di alam khayalan, akan terus merepek, akan terus hanyut.. x suka, benci, menyampah, repot perhilitan.. ok.
Selamat tahun 2011

Tuesday, December 28, 2010

conteng dinding.

kumpul dosa, kutip pahala.

harap apa yang dikutip melebihi apa yg dikumpul..

Wednesday, December 22, 2010

bukan kita berkira, tapi faham2 la...

Kita buka dompet tengok duit dah kurang, kita masuk 7e, nak beli rokok, kita pun jenis yang ego. Rokok murah kita xnak hisap, bagi kita, nak mati biar bergaya, bergaya belakang parang, kalo dah mati tetap masuk liang lahad, tetap berbalut kapan murah.

Kita beli sekotak dunhill 20, kita hulur rm 10, kemudian kita terkonek-konek menunggu wang baki, sudah banyak kali terbabas, dunhill 20 sekotak harga die rm10, xde bakinya.. kita jadi malu, kita kaver balik depan awek 7e dengan membeli guala-gula 20 sen sambil dalam hati menyumpah seranah, tiap2 tahun naik harga, x fikir ke perasaan kita sebagai pengguna, kita rebel tiap kali rokok naik harga, kita rebel dengan hisap rokok daun, tapi rebel kita ni jenis hangat2 tahi tenuk, selang sari dua, kita masuk dalam system balik, beli jugak walaupun mahal. Kita kalo marah sangat kita hisap dadah tau!

Kita keluar 7e berjalan perlahan-lahan menyeret kaki yang kalau xde duit die jadi lemah. Kita join member2 kita duduk sekali. Tekak kita terliur benar nak order fresh oren, tapi bler kite fikir balik dari sudut ekonomi, kita batalkan niat, kita order je tea o ais. kalau ikut hati,nak je kita order tea o.... ais kita pau rakan-rakan punya. Tapi taknak la, macam bangsat plak.

“pappp… papp…Papp”

Kita ketuk2 rokok yang kita beli kat 7e tadi…. 4 5 orang rakan kita memandang penuh minat, masing2 diam, ade yg buat2 main nset, ade yang buat mengntuk. Ala, kita paham, masing2 tengah gersang duit kan, kita xberkira pun, kita open letak atas meja. Kita x kisah, rokok bukan bleh ganti batu nisan pun. Amik la.
Kita letak atas atas meja, kita cucuh yang kita punya, kita diam je sambil tunggu order. Kita hembus asap pelan2 atas meja.. berkebuk meja.

Sorang rakan kita bukak cerita, katanya sem ni die banyak hutang, rokok2 ni die dh kurang, sbb 2 jarang beli.. die mintak ngn kita sebatang, sekali skala katanya, sebb nk berhenti. Kita bagi sebb kita x berkira, tapi dalam hati.. kita kata.. ini SKILL

Seorang rakan kita buat2 ade rokok sendiri, dikocaknya kotak rokok kosong, nk tunjuk tanda rokoknya abis… walaupun kita tahu, kotak rokok 2 kita nmpak die kutip masa on the way datang lepak td.. tp kita paham, die mintak sebatang, kita bagi…. Dalam hati kita ttp kata.. SKILL

“Huaaarrgghh”..

sorang rakan kita plak buat2 mengntk… sambil bukak cerita malam ni mak die nk telefon, risau takut terlelap, nnti kecik ati mak.. die tersengih2 tengok kita. Kita cakap, amikla….. tapi kita tahu, mak belakang parang!.. ini SKILL….

Tapi kita memang betul2 x kisah, sebab kita pn pnh buat skill, malam ni giliran diorang, xpela. Kita pujuk ati kita, sambil tangn rakan kita yang sorang lagi menyambar kotak rokok kita terus ambik dan cucuh, ni jenis xde skill. Cuma ati kena kering. Tapi betul kita x kisah.. bile kita susah, diorang jgk yg kita cri.

X berapa lama air sampai.. kita sedut tea o ais dalam2 sambil cuba pujuk minda kita supaya menganggap ianya adalah sejenis air yang berperisa fresh oren. Kita janji dengan diri kita, sem depan masuk PTPTN kita nak jimat.

Tiba-tiba

Darah kita meluap

Hati jadi panas

Rakan sebelah kita order fresh oren gelas besar!??..
Die sedut fresh oren dengn gembira sambil menghisap rakus rokok kita yang ke-3!!!!!

terus kita kate "babi" kat die.

Thursday, December 16, 2010

Lain kali ikat kemas2!

“Mak, roti ni dah abih tarikh?? Kenapa simpan lagi.. buang je la”

“Buang je la??, tapi yang ko duk bedal tu pe citer..”

“Sedap la pulak,”

balas aku sambil tersengih2 di suatu pagi yang tak berapa nk pagi.

Rasa mcm duduk di New York pun ade, bangun2 je trus hadap sarapan, nasib baik x terlanjur suruh mak bawa sarapan masuk bilik.. breakfast on the bed org puteh kate. Tapi aku yakin kalo perkara ini dipraktikkan nescaya blakang parangla jawabnya.

Mak berhempas pulas mengutip baju-bajuan kotor untuk dibasuh, ayah entah kemana. Mungkin sedang bercucuk tanam agaknya. Secara jujurnya aku agak khuatir dengan ayah, ayah main bedal je tanam sayur kat tanah lapang tepi rumah. Mengikut geran yang aku tengok, kawasan rumah kami tertakluk dalam batasan rumah yang kami duduk je, tanah sebelah ni bkn tanah kitorang, tp aku tengok ayah rilek je bercucuk tanam, sebagai anak yang prihatin aku agak risau, takut timbul konflik dengan org kampong, tapi aku yakin, kabel ayah kemas, maklumla same2 main pasir dengan ketua kampong dulu. Rakan sepermainan org kate.

Selesai sesi bersarapan bersama roti yang dah sampai tarikh luput aku bingkas bangun menghala ke laman rumah, ambik angin tghari org kate. Sambil membetulkan kain pelikat, dgn tuala tergantung kemas di bahu aku berdiri betul-betul mengadap jalan raya. Pandangan ku lontar jauh-jauh ke tengah sawah di seberang jalan, nyaman 2 boleh dirasa sehingga ke tulang rusuk belah kanan.kalau diikutkan calendar Gregory, masuk tahun 2011, sudah 16 tahun kiranya aku bermaustautin di sini, sepanjng 16 tahun ni, x banyak perubahan yang berlaku, Angin kampong masih lagi segar, syukurla. Nun di seberang jalan, terbentang sawah padi yang indah dengan burung swan rancak kesana kemari. Jalan raya semakin hari semakin sibuk. X macam dulu.

Tiba-tiba…

Braaammmmmm!!!!!..

Sebuah bas menderu laju….. double decker, sani express kalo x silap aku.

laju sungguh bas berkenaan…. Berlalu sambil menyapu dedaun kering di laman rumah gua, juga yang x sedapnye, turut sama menyapu kain pelikat yang gua pakai…terselak pelikat gua,dalam sekilas gua ternampak wajah2 sinis awek2 dalam bas berkenaan, senyum malu2 kearah gua, malu yang gua rasa membara sampai ke cuping telinga, gua lari-lari kiut ala gadis jepun masuk ke dalam rumah terus ke bilik mandi, gua ngadap cermin, jatuh setitik air mata, gua mandi2 kemudian duduk diam2 dalam rumah..Eee… malunya kata gua pada diri sendiri sambil mengigit-gigit bucu tuala…

gua syak anak pak bidin yang rumahnya seberang jalan ade ternampak kejadian tadi.. gua risau takut nanti di black mail.

Memang cis,

masa depan gua dah x menentu skrng!.….

peh! alaska tu.

Lama x update blog, kenapa?

yang aku jawab:

i ade komitmen lain selain dari membeku membatu bercerita tentang mimpi dan fantasi di alam maya, I masih lagi kat Alaska ni, nnti ade masa I uploadla gambar untuk u tengok sambil2 layan cerita korea.. gambar I dengan anak-anak penguin, bkn cute pn anak penguin ni, kiut lagi anak itik kuning kat kampong i. lagi satu, untuk pengetahuan u, jari I hampir reput kena frostbite, tapi nasib baik sempat diselamatkan. Jari manis ok, kalo jari tengah I x kisah pon. By the way, nanti I cerita lagi, I tengah busy mandikan singa laut ni…

Yang sebenarnya:

Aku kat kampong, selamat tinggal internet, selamat tinggal facebook, goodbye blog, Alaska belakang parang! jgnkan Alaska, nk ke pekan pn aku da berdebar, maklumla poket kosong, balik kampong duk rilek-rilek, duk diam-diam. nasib baik bukak tudung saji makanan dah tersedia. Bgn tengahari tersengih2 buka periuk, malam hari layan main PES, maaf la ayah, soryla mak. Bukan anakanda x bersifat ringan tulang membantu apa yang patut, cumenya anakanda nak nikmati nikmat bermalasan di rumah. Kosongkan fikiran, kosongkan minda sebelum berangkat kembali ke kolej nanti.

Monday, December 6, 2010

belek paper buka radio tengok tv

"kurangkan gula dalam makanan, tambahkan manis dalam senyuman"

nak mintak penumbuk?
nak mintak pelempang?
lepas ni apa??

kami di bawah
kamu diatas
kamu suap kami dengan facts and figures
pakcik makcik telan semua dengan takjub
kami emo di kedai kopi
kami mengamuk di alam maya
kamu sengih, kerana kamula raja
jangan ingat kami takut
jangan ingat kami pengecut.

Thursday, November 25, 2010

petang itu aku bersama sang pemerhati awan.

Semalam hujan turun dengan lebat. Banyak kerja yang perlu aku selesaikan, namun apabila saja masuk ke bilik, badan ini secara outomatiknya akan memberat, kemudian diikuti dengan mata, jadi kesudahannya akan berakhir dengan aku dan katil bersama, meninggalkan kerja terkapai-kapai..

Semalam juga, aku berjumpa sang pemerhati awan, katanya semenjak dua menjak ni jarang benar beliau nampak kelibatku di stesen mimpi, soalan cepumas ditanya.

"Eh, lama x nampak?"

"dah lama x bermimpi, jarang tido malam sekarang."

Jawap aku sambil tersengih2…

Sempat juga petang semalam itu aku duduk bersama sang pemerhati awan, bercerita tentang macam-macam, alam loba-loba ade juga disebut oleh sang pemerhati awan, namun aku diamkan sahaja, malas nak ulas. nantila, apabila ada masa aku akan pergi ke alam loba-loba. X banyak benda baru katanya, Cuma ada suatu kisah yang membuatkan aku tersengih.

Kisah di sebuah stesen mimpi.

Ada seorang pakcik, mundar mandir tanpa sebarang arah, tanpa sebarang tujuan. Menggaru-garu kepala yang tidak gatal, seolah-olah konfius dengan matlamat yang ingin dituju.

lalu setelah beberapa lama, pakcik berkenaan meluru ke sebuah kaunter,

"Nak kemana pakcik...."

Tanya penjaga kaunter alam mimpi.

Pakcik nak ke suatu tempat yang ade bidadari
Tempat yang tenang bukan sunyi
Ramai bukan rimas
Tempat tawa tempat senyum bukan hilai melolong
Tempat minum bukan hilang akal hilang waras

gadis penjaga kaunter yang kiut miut yang kalo di alam nyata akan memilih KLCC dowh! ketawa kecil, menampak sepasang lesung pipit milik beliau.

"pakcik, pakcik sekarang di alam mimpi….

Bukan alam barzakh!"

Aku ketawa, sang pemerhati awan ketawa, aku tanyakan soalan… siapa pak cik tu, mengapa aneh benar mimpinya?

menurut sang pemerhati awan, ia adalah mimpi seorang pemabuk yang kecewa dengan mainan cinta.

Dari ketawa yang lebat aku berhenti lalu tersengih. Sang pemerhati awan berlalu pergi.

3 minit kemudian aku tersedar dari tido siang, meraba-raba bungkusan rokok… menyandar di dinding sambil menunggu waktu magrib...

Friday, November 19, 2010

prosess



(gambar ehsan dewa google)

Arini isap berapa batang?

Xtau x kire…

ckp la, xpe, x marah pn, cume nk tau…

err… Kita cakap pasal lain la, pasal harga ayam ke, pasal teknik belajar yang betul ke, pasal perlembagaan ke, pasal hutang PTPTN ke, pasal pemanasan global ke.. x pun pasal Menara Warisan Merdeka, kencang jugak orang duk cakap pasal ni… (smiley)

Emmm…

…………..

Bukan I tak nak berhenti, I dalam proses nak berhenti. Sorryla, hidup I agak kucar kacir lately. Kadang-kadang bler u dah tido, ntah kemana-mana di dalam alam mimpi, I masih lagi berjaga. Bukan taknak tido, jam biologi I rosak agaknya, malam x boleh nk tido, rokok je la peneman I, Disamping nyamuk yang banyak, nyamuk yang I harap kalo besar babi-babi memang dah lama I lempang dan sepak. I tahu u x suka I merokok, I x ambik ringan pasal ni. Serius I dalam proses nk berhenti, proses ni makan masa… I sendiri pn x leh nk jamin berapa lama. Ni bukan alasan, bukan juga coretan kata untuk bagi hati u lega.

Tapi seriously,i dah x isap rokok di alam mimpi, i rasa 2 petunjuk positif….

p/s: tiba-tiba rasa urban bler cakap i u ni..

Thursday, November 18, 2010

aku pemain dam.

Kenapa ni senah?...

I x fahamla dengn perangai die gayah…..

Xfaham macammane senah??, explain skit….

Slow sgt..

Apa yang slow? Slow mcmmane?

Ye la, lambat bertindak, semua benda asyik nak pikir itu, nak pikir ini, dah lame kitorang kawan baik, kononnye la…. Tp I tahu die ade crush ngn I, I just nk die say that words, I love you. Hey come on la.. takkan I dulu yang nk kene bgtau, nnti nmpk mcm I ni desperate ke ape ke…. I dah ready nk bersama die, tubuh dan jiwa I hanya untuk die, tapi I just nak die say that words….

Ooooo

Die ade hobi ke senah?

Ade la gayah ooiiii……

Ape?

Main catur…….

Eeeemmmm... patutla.
…..….

Sunday, November 14, 2010

Dying!




Malas nak cerita panjang,
malas nak cakap lebih2,
nantikan x pasal-pasal bergenangan air mata.

ye, aku homesick!

ye, aku rindu Kampung!

ye, aku x balik raya!

tengok suasana Kampung pakai google memang xreal, xtrue.

argghh.!



......

Friday, November 12, 2010

Blok Terakhir Sebuah Domino

Kisah ini bermula dengan seekor anjing, ye anjing, berkaki empat, berekor dan berbulu, sejenis mamalia. Baka apa, jenis apa tiada siapa yang tahu, kerana cerita ini asalnya dari sebuah alam lain, alam loba-loba mungkin. Bukan kisah cinta, bukan kisah korupsi si pari-pari. Mahupun kisah tikus-tikus berpakaian mahal, berkereta mewah, bernafsu besar dan meminati rancangan bergenre keras konek yang dibintangi oleh maria ozawa.

Seperti yang diceritakan oleh Sang Pemerhati Awan yang kerjanya sepanjang hari mendengar puisi-puisi… kisahnya begini….

Seekor anjing…

merobek sekaki payung, payung seorang Tokey Kedai Moto, Tokey Kedai Moto ada urusan penting yang perlu diselesaikan, langit sudah memendung, Tokey Kedai Moto x peduli, terus meredah hujan, hujan turun menimpa Tokey Kedai Moto yang tidak berpayung, natijahnya Tokey Kedai Moto demam, malam hari Tokey Kedai Moto mencari panadol, panadol xde, habis stok. Keesokkan harinya Tokey Kedai Moto tak dapat buka kedai kerana demam.

Kasmin datang ke kedai Tokey Moto berkenaan, nak baiki brek moto, sudah lama brek moto beliau rosak, tapi kedai moto tak bukak kerana Tokey Kedai Moto demam. Kasmin bercadang untuk baiki brek moto semenjak semlam lagi, tapi duit gaji Kasmin blum masuk lagi, kalaulah kerani di tempat kerja Kasmin cepat buat kerja, kalaulah kerani di tempat kerja Kasmin tidak hanya sibuk dengan facebook, tentu sudah lama Kasmin dapat duit gaji beliau, dan sudah tentu dah lama Kasmin baiki brek. Bukan hari ini.

Satu-satunya bengkel moto di pekan berkenaan, milik Tokey Kedai Moto yang demam itu tutup, Kasmin pulang dengan rasa kecewa, pulang dengan risiko moto yang tak ade brek. Jalan pulang kerumah Kasmin berbeza dari yang kebiasaan, kalaulah bini Kasmin tak mengidam makan nasik kandar, Kasmin x kan pilih jalan yang sibuk itu.
Kalaulah bini Kasmin tahu, Kasmin sedang menunggang motosikal yang x ber-brek, tentu bini Kasmin tak kan call bertanyakan soalan

“sudah beli ke belum”.

kalaulah Kasmin tak menjawab panggilan bininya sambil menunggang motosikal. Kalaulah Kasmin berhenti dulu.

Kalaulah Proton-Wira-Convert-Evo-Macam-Jahanam itu tidak bertindak bodoh melangggar lampu merah, kalaulah pemandu Proton-Waja-Convert- Evo-Macam-Jahanam itu tak tunjuk hebat pada awek disebelah beliau, sudah tentu beliau tidak akan berselisih dengan moto Kasmin yang tidak berbrek.

Natijahnya…..

Kasmin menggelupur kesakitan dengan darah membasahi muka, helmet Kasmin pecah, kaki Kasmin patah. Tangan kasmin juga patah…..

Pemandu Proton-Waja-Cconvert-Evo-Macam-Jahanam terus memecut laju, kasmin bukan sesiapa untuk dibantu, awek disebelah diam membisu sambil membetulkan tali bra, hebat dan machonya pemandu Proton-Waja-Convert- Evo –Macam-Jahanam ni

Tokey kedai moto esoknya buka kedai macam biasa, siapa Kasmin? Manalah dia nk tahu.

Tinggalla bini Kasmin menjanda, anak yang bakal lahir nasib sudah tentu terumbang-ambing dalam keyatiman.

Dan Kasmin? Kasmin adalah blok terakhir sebuah domino kehidupan.

Macammana dengan Sang Pemerhati Awan??

Sang Pemerhati Awan bukanla sesiapa, biarkan dia dalam dunianya terus memerhati, mencorak awan-awan dan mendengar puisi………..

Monday, November 8, 2010

Ayuh Kawan!



Kawan, bangunla, bangkitla,
matahari sudah meninggi,
ayuh cari kehidupan untuk hari ini,
sisa-sisa yang tinggal kita kutip satu percatu.
Kita cantum jadikan ia sesuatu.
Jgn hanya diam membisu,
menjadi hamba kepada kemalasan,
ayuh kawan, tinggal katil itu,
biarla ia terus menggoda umpama pelacur tua
nnti malam menjelma kita ketemu lagi.
Ayuh kawan, nyalakan rokok, nyalakan semangat,
Tinggalkan seketika irama-irama pengulit mimpi
Tinggalkan mimpi-mimpi indah
Kita hadap realiti
Jangan nnti di akhir hari,
Kita termenung sendiri menongkat dagu
Meratapi pemergian hari.

Tuesday, November 2, 2010

november untuk sandra dan aku.

“Dari dulu sampai sekarang, x berubah pe’el perangai paper ni… putar alam.. nonsense!”

Getus aku dgn mrh sambil menghempas paper berheader Kosmo ke meja bulat, seinci saja lagi nk kena kopi `o` dan biskut kering yg terletak bersebelahan….
Kopi yng tinggal separuh itu aku hirup pelan-pelan… pahit kopi menjalar ke segenap ruang anak tekak, acuannya sama, kombinasi gula dan kopi juga sudah tepat, tapi sejauh mana aku mencuba ianya masih tidak mampu menandingi rasa kopi buatan si dia… kurang ummphh! org kate.. aku tersengih sambil menyapu mulut yang belemin..

“Papa papa”

Sandra datang dan trus duduk diriba aku, aku belai dan usap rambut anak kecil itu dengan penuh kasih sayang, wajahnya saling x tumpah mcm mama die….

“Cerita la macammana papa jumpe mama, Sandra nk dengar.”

Aku terkedu....... permintaan anak kecil ni kadang kala kita kenala layan, bukan apa, nnti bler da besar harap2 dia x hantar kita ke rumah org tua…

“ kenapa tiba2 ni?”

Aku cuba mendapatkan kepastian tentang apa yang ditanya oleh Sandra, sebelum ini tidak pernah terpacul dari mulut si kecil ini tentang persoalan-peersoalan mcmni, biasanya aku hanya akan digangggu soalan-soalan sejarah, matematik dan kadang2 terselit soalan metafizik.. yang jawapannya aku bantai ikut suka.. x pe tipu budak, nnti bile da besar, pandai2 la dia cari jawapan sebenar…. Rindukan mama barangkali…. Aku cuba buat kesimpulan sendiri.

“Dulu mama ckp papa jumpe mama dalam facebook, facebook 2 apa papa?”
Kata Sandra sambil buat muka monyok… budak-budak sekarang dh x pakai aplikasi facebook, dunia kian berubah, facebook ni orang kate `it so yesterday` … x urban... berlambak lagi aplikasi lain yang jauh lebih advance.. lebih stylo..

“Apa!!?? Facebook!? hahaha….. Nonsense!….”

Aku menafikan apa yang Sandra katakan.. mane bleh sebuah kisah cinta agung bermula dgn facebook…

cliché…….

“Meh papa cter, cter yang sebenar….

Mcm ni Sandra….”

Mata Sandra berkaca… serius benar anak kecil ini…

Begini……

Ceritanya bermula juga pada bulan november, tarikhnya papa dah x ingat, kerja ingat2 tarikh ni biasanya tugas orang pompuan.....

(pung pang pung pang pung pang pung)

Sandra hanya melopong, tanda khusyuk mendengar.

……… Mata kami berpandangan, papa tepis meja di depan, dan kami bercumbuan, part bercumbu2 ni sengaja aku tambah, nk bagi jelas lagi maksudnya kepada Sandra..

"Waaaaa......."

Respon Sandra sambil bertepuk tgn…

Aku menyambng kembali cerita cinta agung kami berdua…. Dan disitu cinta kami berputik, tapi ni sume salah papa, papa degil.. mama dah bnyk kali pesan.. bhntila merokok, papa buat derk je.. bkn papa x sayang mama, x sayang Sandra.. tapi 2 la.. kerana papa, mama mengidap…………………………………………..

Air mata Sandra bergelinangan, aku tenung dalam-dalam mata anak kecil berkenaan, aku rangkul tubuh kecil itu….

“Papa sayang sandra, maafkan papa”

Aku habiskan sahaja crite aku disitu… biarla, aku tidak mahu rosakkan hari anak kecil ini…

“Papa..”

Suara Sandra lembut menusuk jauh ke dalam hati aku.

“mlm ni jom kita bc yassin, semoga mama tenang di alam sana..”

masuk hari ini,genap setahun mama Sandra meninggalkan kami… namun cintanya sebgai seorang ibu, sebgai seorang isteri.. akan terus dikenang.. tinggalla aku dan Sandra mengharungi bulan November yang sayu untuk kali ini dan juga untuk November yang mendatang……..

P/s `Aku` bukan aku.

Sunday, October 31, 2010

Setan ni kita jangan layan.

Settingnya di sebuah tasik, air tenang, disinari cahaya bulan mengambang.

Saya sayang kamu, kamu sayang saya, mata berpandangan, tangan digenggam erat, bibir bertaut, kasih bersemadi..

Nun di hujung sana, kelihatan pegawai-pegawai jabatan agama islam memandang dari kejauhan, sambil menggeleng-geleng kepala…..

“Ish.. ish budak-budak ni, umo baru tahap picisan dah berani buat bnda-bnda mcmni….. “

Kata ustaz badri.

“ni sume gara-gara Facebook dan bahan-bahan keras konek la ni”

Tambah ismail sambil membetul ekor serban…

masing2 terdiam sambil langkah diatur, kewajipan perlu dilaksana…......

Monday, October 25, 2010

Suatu kisah di hujung Sem.

“minum bos??”

Belum sempat punggung gua bercumbu dgn kerusi kedai, mamak dh datang nk amik order, bnda-benda macamnila yang gua respek ngan mamak, layanan konsisten, kadang-kadang je macam celaka, x mcm `orang kita`.. banner kedai bergegar-gegar, tapi service macam belakang parang, lembab dan bodoh. Celaka sepanjang masa, kadang-kadang je berhemah.

“Te o ais limau Satu”

“Fresh orange ye.”

“Ouhh!, fresh orange, lu mmg stylo bro…”

Kata member gua sambil membelek2 kotak nusantaranya yang kosong, muka dh mcm kancip rokok

“Biasalah..”

Jawab gua ringkas..

“Apasal lu ni bro.. muka mcm ade problem je, cuba story skit.. mane tau bleh bantu, kita kawan-kawan ni dah mcm adik beradik.. pagi sampai malam, gua tgk lu, lu tgk gua… gua rasa muka lu lagi familiar dalam jiwa gua berbanding awek gua”.

“Xde apa la….”

Jawab gua berkias, cuba untuk menyembunyikan rasa gundah dan gelora dijiwa, gua kuis2 tisu atas meja sambil mata terkebil-kebil memandang kedai sate kat sebelah.. perut dari tengahari tadi lagi duk merayu-rayu mintak diisi….

“Masalah pe ni bro, gua dh kenalla lu sape, ade problem cakap la.. masalah cinta?? X mungkin, gua tgk lu da bhagia skarang. Masalah x dapat balik kg cuti sem.. lu bkn x biasa x balik. Lu gua tgk da mcm xde kg.. nyaris2 nk jadi anak durhaka pun ade..kehkeh… masalah program yg tertunda-tunda??, ala… 2 biasala…”

Agak keras statement yang dilontarkan, gua malas nk respon.. nnti x pasal2 gua emo.

“Weh…. Gua tnye lu ni, criter la…!”

Gua sedut dlm2 fresh orange… habis separuh gua sedut.. gua raba-raba poket, manala tau ade lagi rokok yg tersisa.. tapi ciss!, habuk pn xde…

"Sebenarnya…."

Gua memulakan bicara..

“Apa!”..

balas membr gua sambil membetulkan posisi duduk, dada dan bahunya dihadapkan ke arah gua, tanda posisi tubuh memberi perhatian…

“…Gua cek poket gua tadi.. ade 20sen je.. gua tngh berkira2 mcmmane nak bayar fresh orange ni…”

(gua senyum, sambil minta belas ehsan)

Macam cis!..”

………………………………………………………………………………………

Semenjak aritu dalam 2 hari jugak gua x bertegur sapa ngn member gua ni.. bkn salah gua, dh lumrah hujung sem..

Monday, October 18, 2010

Projek - Nyamuk asmara ep6

Aku hampiri nyamuk asmara yang kecewa dengan keengganan aku untuk terus tinggal di alam loba-loba (rujuk episode 5). Aku x byk cakap, aku srh alfonso ambik jus rimbunan awan, ambik yang berdekatan dengan jeti. Kat sana jus nya lebih menarik dan rasanya lebih unpredictable, last aku minum kat sana rasanya mcm Barbican perisa raspberry, bes jgk. Aku hanya diam, tapi bkn diam kosong, diam memujuk. Memujuk dengan reaksi muka dan mata, ku tenung nyamuk asmara sambil membuat mimik muka kesian. Nymk asmara tiba-tiba menangis teresak-esak…

Sepatah kata tiada terkeluar dari mulutku, pngawal istana bersekali dgn platypus putih dari tadi lagi asyik menyuruhku memujuk nyamuk asmara, dgn kata-kata. Namun, aku, aku selaku hero dlm cerita ini masih lagi enggan, bukan kerana ego. Tetapi aku juga sudah letih dgn nyamuk asmara. Mengada2.. aku tenung nyamuk asmara yang teresak esak menangis.. seluruh isatana gelisah bagai dilanda garuda airlines, masing-masing risaukan nyamuk asmara, aku tgk kupukupu berahi lansung tidak risau bahkan sedang asyik bermain dgn siramarama.

23mnt kemudian alfonso dtng, bergegas sehingga hampir tertumus di depan kami di balai penghadapan,

“ini airnya, jus rimbunan awan kawasan jeti”

kata alfonso termengah mengah..

“untuk apakah air ini”,

Tanya alfonso, dengan suara tersekat-sekat cuba mengmbil nafas

aku arahkan alfonso untuk pejam mata, aku pegang tangan alfonso, alfonso bereaksi semacam, aku bawanyanya ketepi tingkap lantas menendang belakang beliau. Beliau jatuh tertiarap didepan istana. Tidak mangapa, alfonso ada kebolehan untuk sembuh sendiri… mngkin..

Melihat kepada keganasan aku, nyamuk asmara terus berhenti menangis, secara lansung berhenti daripada merajuk. Jus rimbunan awan yang dibawa oleh alfonso tadi, aku nikmati bersama nyamuk asmara, org lain?? Ambil la sendiri.
Dan ketika itula aku bersuara

“Wahai nyamuk asmara, ku harap agar kau faham, bahawasanya aku sanggup lakukan apa saja untuk membantumu, tetapi untuk tinggal disini aku tidak sanggp. Jika aku disini jasadku di alam nyata akan kekal tidur untuk seberapa lama aku berada di sini. Aku tidak mahu susahkan sesiapa.”

Nyamuk asmara seakan memahami.

“Jika itu keputusan mu aku hormati.”

Nyamuk asmara senyum, aku senyum dan Kami bercumbuan.
Kucing-kucing kembali menyanyi, kehidupan berjalan normal.. tapi dengan misi yang berbeza, kata sepakat dicapai. Penyelesaian sudah ade. Aku tidak perlu tinggal di alam loba-loba. yang pasti sekrang, aku perlu mambntu nyamk asmara untuk menanam cinta ke dalam mimpi mana-mana insan semoga timbul rasa cinta disamping aku sendiri perlu untk mencari cinta sejati.

Alam loba-loba bakal kembali seperti dulu, getus hatiku sambil berjalan turun ke taman istana bersama nyamuk asmara.

“Kamu ok”

Tanyaku kepada alfonso yang semacam dalam kesakitan akibat jatuh tadi, sambil menyapu-nyapu pepasir dibibir serta di selah-celah ropol pada pakaiannya.

“Ok,tiada tulang yang patah, cume mungkin tengkorak ku retak, tapi siapa yg menolak ku tadi”

Tanya alfonso…

“Kupukupu berahi”

jawabku ringkas sambil memandang jauh ke langit loba-loba, tangan kananku memegang erat tangan nyamuk asmara.

Dan kupukupu berahi, aku syak sudah jatuh cinta dengan sirama-rama.

(bersambung)

Wednesday, October 13, 2010

cerita sebuah alasan

Saya tarik nafas dalam-dalam, dan cuba untuk bertenang walaupun jantung saya berdegup kencang macam keretapi bawah tanah.

Ceritanya begini.

Tepat pukul 6:00 pagi saya sudah bangun, bangun2 je trus saya buka tingkap, mandi, gosok gigi, cuci muka dan terus bersolat subuh. Memandangkan kelas adalah pada pukul 8:00 pagi makanya setelah selesai solat dan berzikir sedikit sebanyak saya terus bersiap2 dengan kemeja dan nota-nota pembelajaran.

7:20 pagi saya sudah berada di atas moto, saya send sekeping mesej selamat pagi kepada orang yang saya cintai, saya nyalakan rokok sebatang sementara menunggu enjin moto panas, penting panaskan enjin kenderaan ni, baik bagi enjin untuk jangka masa panjang orang kata. Walaupun saya sedar moto saya dh tahap barai.

7:30 pagi saya sudah hit the road, Fakulti pendidikan tak jauh pun dari kolej kediaman tempat saya menginap, paling bangang pun ambil masa dalam 15 minit.

Tapi dalam perjalanan…

Betul-betul dekat roundbout pintu masuk utama ke UPM, saya Nampak seekor raksaksa hijau, melihatkan kepada susuk tubuh raksaksa berkenaan tidak syak lagi ianya adalah seekor T-rex, badannya besar, gigi dan kukunya sangat tajam, buktinya bus UPM yang berada berdekatan robek di libas Trex berkenaan.

saya syak ianya mungkin terlepas dari kandang rahsia milik upm di bukit ekspo, bnda-bnda macamni ramai pelajar yang tak tahu. Kita kena ingat, UPM university penyelidikan, x mustahil upm dah capai tahap klon dinasour2 ni, jangan pulak kate ni agenda freemason.

Jadi sekarang, situasinya saya terkepit di celah2 keadaan yang mendebarkan, antara mahu ke kelas, atau terkorban dijirik (pijak) trex berkenaan…

Saya tengok 3,4 orang pak guard sudah cedera parah

3,4 orang tukang kebun bertempiaran lari sehingga tercirit-cirit

Pelajar-pelajar yang ade berdekatan seaakan menjerit ke-histeria-an, terutama pelajar perempuan.

Ada yang cuba jadi hero depan awek dengan membaling sejumlah batu ke arah dinasour berkenaan, tapi saya tengok kesudahannya amat tidak menarik sekali, awek kepada tukang lempar batu berkenaan sekarang dah single, meratapi pemergian kekasih, maklumlah, kaki tirex besar, lempar batu, balasannya tak lain x bukan pijakan yang maha zalim.

Kereta-kereta lecturer dan staff upm semuanya habis hancur, ada yang sampai melambung-lambung ntah kemana, t-rex ni bukan kisah samaaada kereta tu dah abih finance atau belum.…

(saya terus bercerita dengan muka serius)

Tapi saya nekad, saya sayang kan ilmu, saya pulas throttle moto saya sampai habis, jgn pandang enteng dengn kuasa moto saya, tahun lepas habis duit PTPTN saya guna untuk tukar bloc standard kepada block racing, jadi pick up 2 ade. Saya menyelit di celah kaki dinasour berkenaan, sempat juga raksaksa tu nk pijak saya, tapi mujur lah saya sempat mengelak.

Alhamdulillah saya selamat sampai ke kelas.

Dan sekarang 8:40 pagi, saya di depan Dr, bercerita kenapa saya lewat pagi ni, bkn saya reka alasan, tapi menyuarakan kebenaran

(gua cuba buat muka ceria)

…………………………………………………………………………………………….

Gua tgk muka lecturer dh lain, gua syak die tuduh gua menipu, muka macam x berapa nk percaya ngan cerite gua,tapi gua serius, gua cakap benda betul.. gua cakap apa yang gua NAMPAK..

You!!! Get out of my class!

Lecturer itu berkata dengan suara lantang.
Dengan muka down gua berjalan perlahan-lahan,
pulas tombol,
start moto,
balik bilik sambung tido.
Gua rasa alasan yang gua cipta ni dah kemas jalan ceritanya. Kenapa gagal jgk.
Cis.

Tuesday, October 5, 2010

Illustrasi.

Gedegang!!

Pintu bilik ditutup kasar,lampu bilik di pasang, panel kelajuan kipas dipulas sehingga full speed, mendengus laju kearah laptop yang terletak di tengah-tengah meja, nset dicampak kasar ke tilam, mode silent. Jari jemari deras mengetik-ngetik papan kekunci. Satu persatu rasa benci, rasa dendam, rasa marah disalur melalui tulisan. Rokok yang katanya batang terakhir dinyalakan dan disedut rakus, ini yang terakhir, selalu terakhir, terakhir sudh disalah erti dgn permulaan, sentiasa lupa, rakusan sedutan nikotin bukan jawapan kepada kesesakan dada. Tingkap dibuka, deruan nyamuk di kaki dan telinga sekadar dipandang sepi, sudah kebal barangkali setelah sekian lama bergelumang dgn binatang kecil ini. Akal yg rasional cuba untuk menundukkan rasa hati yang sentiasa paranoia, yang sentiasa takut, sentiasa curiga, umpamanya seorang pahlawan silam yang sedang bertarung dgn seekor naga yg besar.

Malam semakin pekat, semakin kelam, guruh berdentum, kilat sabung menyabung, katil yg empuk dilihat semakin menggoda, badan sudah mula tewas, sentiasa tewas. Tapi minda masih lagi bertarung, Masih lagi segar walhal mata sudah merayu-rayu supaya dipejamkan saja. Luahan perasaan yang ditaip dengan arial saiz 11 ber- double spacing sudah berjela-jela pnjngnya. Ditulis dgn tatabahasa yang berterabur, dgn susunan kata yang lintang pukang, bukan untuk tontonan sesiapa, bukan juga untk dijadikan koleksi simpnan, tetapi sekadar tmpat untuk melepaskan segala rasa. Dan apabila sudah stabil, ianya akan terus didelete.

Meja yang berdebu itu bersih atas jasa tgn yg bergesel tatkala menongkat dagu, mouse yang berderai, bersepah di lantai juga atas jasa tangan yang menongkat dagu. Illustrasi-illustrasi kejam alam gelap mengetok-ngetok minda yang tidak stabil, menghasilkan pandngn dan perspektif negatif yang sepatutunya dijauhi. Ini salah, ini silap... jalan pulang perlu dicari segera agar tidak terus menerewang jauh kearah altenaltif yg dibenci dan tidak diredhai.

Jawapan sentiasa ada, sentiasa tersedia, namun hati mungkin bagai batu. Cukupla, langkah diatur, kepala pili dipulas, wudhuk diambil. Sejadah dibentang, solat didirikan, doa dipohon...

Thursday, September 30, 2010

di suatu penlalam

Di suatu penlalam, penlalam adalah waktu ketika matahari hampir sahaja terbenam, disaat itu akan kelihatan awan –awan yang kemerah-merahan. Waktu peralihan daripada siang kepada malam, penlalam hanya diistilahkan kepada mereka yang gemarkan waktu malam.

Saya duduk disuatu sudut lantas menyalakan rokok kelapan saya pada hari itu sambil memerhatikan burung2 yang pulang ke rumah masing-masing

Ketika saya asyik mendongak ke langit mencorak sisa-sisa awan dengan imaginasi saya, sambil tersengih-sengih teringatkan si dia.

Tiba-tiba

Datang seekor gagak besar.

“Woi”

Agak tidak berbudi bahasa gagak berkenaan, penumbuk saya genggam erat-erat just in case jika gagak berkenaan ingin bertindak kasar terhadap saya.

“apehal!??”

Balas saya dengan budi bahasa yang sama level dengan gagak berkenaan

“Gua ade something nk bagitau”

“Apa?”

“Episod 6 nyamuk asmara bler lu nk publish???”

Saya pegang kepala gagak berkenaan, tumbuk rusuk kanan, tendang peha kiri, sejurus gagak berkenaan pengsan, saya panggang dgn lighter.

“Bes jgk rasanye.. “

kata saya dengan penuh rasa puas hati.

Sunday, September 26, 2010

Tuhan Masih Sayangkan Kamu

Di suatu sudut di ibu kota, berdirinya seorang `Aku` dibirai sebuah bangunan 15 tingkat, tingkat teratas, dipayungi awan yang sedang resah dgn asap-asap kota. Nun sayup di bawah sana pula galak dgn para narcissism yang rakus membaham rusuk-rusuk yang tidak berdaya dan juga, mereka-mereka yang sibuk dgn agenda masing2 di kota yang serba hanyir.

“Aku sudah x mmpu, beban dunia ini sudah terlampau berat untuk aku pikul.
Aku nk tamatkan semua ni.
Kalo benar tuhan sayangkan aku, aku akan terbang seperti burung2 di angkasa
Kalo tidak, aku akan terhempas hancur umpama bangkai di bawah sana
Ya, aku sanggup.”

Satu suara dari sebelah kanan cuping telinga.

“Kalo kau mati sekarng, nanti didepan-Nya
apa yang akan kau bawa?
Apa yg akan kau cakap,?
Jgn jadi loser.
Loser di dunia, juga loser diakhirat.”

Rokok dinyalakan, disedut dalam. Dihembus perlahan. Menjauhi birai bangunan. Berlalu masuk menuju ke surau. Wudhuk diambil, solat taubat dilakukan. Air mata bergelinangan.

“Tuhan masih sayangkan aku.”

Wednesday, September 22, 2010

iklan raya perodua, the otherside.

Badrul : Selamat hari raya pak cik

PakCik1 :Selamat hari raya

sadrul :Pegi beraye ke

PakCik1 :Melawat isteri pakcik, Pakcik selalu hantar makanan ni untuk die hari2

sadrul :Isteri pakcik kat mane?

pakcik1 :Die x shat, Dia ada Alzheimer, Kena org jaga

sadrul :Dia masih ingat pakcik lagi?

pakcik1 :Walaupn die dh lupa siapa pakcikTapi pakcik sentiasa ingat dia

sadrul :Sedihnya kisah pakcik, nah pakcik 50 ringggit duit raya

pakcik1 :Eh, ape ni nak

sadrul :Xpe pakcik saya ikhlas ni

pakcik1 :Takpe la kalo camtu pakcik amik, Terime kasih
…………………………………………………………
pakcik2 :Amacam taun ni bro?

pakcik1 :Kehkeh, taun ni bisnes kencang bro.. masuk ni dh 80 org gua lipat,total collection dh nk jejak 2k ni, hebat jgk kisah bini kene alzheimer ni.. mmg touching r.. kau plak? taun ni crite pe ko bawak?

pakcik2 :taun ni aku bwk cter raw, aku ckp psl nk balik kg, dh 8 tahun xblik.. jmpe anak2.. kehkeh

PakCik1 :mmg touching, jom lepak kedai mamak.

PakCik2 : let`s go!


LINK VERSI BERSIH : http://www.youtube.com/watch?v=CvaIHc2n9h4

Tuesday, September 7, 2010

Akhir Ramadhan tahun 2020



Suatu hari di akhir ramadhan (2020)

Aku capai jaket yang sedia tergantung di tepi pintu, jaket yang diperbuat daripada bulu musang artik. Agak mahal harganya, tetapi nasibku agak baik kerana berjaya mendapatkan pada harga borong daripada seorang kawan, seorang kawan yang khabarnya sekarang berada di zarate, Argentina. Seorang kawan yang sentiasa serius. Pintu hadapan ku kuak lembut, perlahan-lahan menuruni tangga yang licin, kedengaran hilai tawa kanak-kanak bermain di halaman rumah.

“Sacha..”

“Amelia..”

“yes papa.”

“Semalam Sacha ngan Amelia ade janji smthing ngan papa kan.. semalam janji nk tolong ibu kat dapur.”

“Tapi papa...” jawab mereka dengan muka monyok.

“Tak de tapi2, semalamkan dah janji nk tolong ibu, ingat tak apa yang papa selalu pesan, lelembu berpegang pada tali, manusia berpegang pada janji. “

Kataku sambil mengukirkan senyuman kepada 2 orng puteri kami yang sememangnya banyak karenah, umur mereka yang baru sahaja menginjak 2 tahun setengah, tapi sudah fasih berbicara, sudah hafal sifir, sudah mahir menggunakan kalkulator saintifik dan juga menunjukkan prestasi cemerlang dalam mengaji al- quran.

“Papa janji, kamu tolong ibu, nnti ade masa papa tolong kamu buat snow man, ok?”

Janji- janji manis perlu ditabur, bisik hati kecil ku.

“Ok papa..”

Balas mereka serentak.

Sacha dan Amelia berlari ke dalam rumah mendapatkan ibu mereka, ibu mereka yakni orang yang aku sayangi hanya tersenyum sambil matanya memandang aku melalui tingkap yang separuh terbuka.. umpama sebuah gambar yang sudah sedia ter-frame.

Aku biarkan diriku membatu di tgh laman rumah sambil dihujani rintisan-rintisan salji, aku tersenyum puas melihat rumah yang kami beli hasil titik peluh sendiri. Di suatu sudut yang lain, terdapat 3 buah kereta mewah, dan juga sebiji moto, bukan moto mewah, tetapi moto yang dulunya aku pakai ketika berijazah di UPM dulu.

“Abang…….”

Lamunan ku terganggu

“ masuk la dulu, sebentar lagi ribut dsalji akan melanda… “

aku hanya tersenyum,

ribut salji akan melanda lagi, sejak kebelakangan ini ribut salji agak kerap berlaku, tapi itu sume sudah tidak menjadi perkara yang pelik lagi, Malaysia telah dilanda kejutan cuaca, menjadi sebuah Negara yang mempunyai 4 musim.. ketika awal2 dulu mmg sukar untuk kami sesuaikan diri, namun setelah sekian lama, berterawikh tatkala ribut salji pn sudah menjadi kebiasaan.

“Abang..”

“Ye..”

“Sayang ingt raya ni nk buat rendang entelope, kita mkn dgn ketupat, lagipun kakak abang dh janji nk bawak kueh samprit.”.

“Ooo.. daging entelope rendang dan ketupat, beserta kueh samprit adalah kombinasi yang sesuai,”

balasku ringkas..

“ Papa… raya tahun ni Amelia ingat nk baju raya kaler purple, sbb dalam saluran pendidikan kat astro, diorang ckp warna purple amat bagus dipakai ketika hari raya kerana mmpu menarik ion-ion positif”

Aku hanya tersenyum nipis.. budak-budak zaman sekarang lain benar pe`el perangainya, Aku dulu di usia sekecil ini, mngkin sekali sedang berbogel sambil berkejaran dgn itik-itk di keliling kampong.

“Sacha buat ape 2… “

“tgh buat prototype papa”

“dh la, tinggalkan dulu, nnti lepas terawikh sambung balik…Waktu berbuka dh dekat ni.. jom..”

Suatu petang yang damai, disebalik amaran ribut salji yang bakal melanda. aku mengangkat tangan memimpin bacaan doa untk berbuka..

tiada alas meja yang fancy-fancy, tiada dekorasi yang melampau-lampau, yang adalah hanyalah, sejambak bunga ros, Aku, Amelia, Sacha dan Orng Yang Aku Sedang Cintai, mengadap menu berbuka yang simple, sambil berbicara tentang hari esok… tentang hari raya di tahun 2020…

kehkehkeh..

Friday, September 3, 2010

Balik Raya The Adventure.

"Barang dh masuk bonet? "

"Dh,"

jwbku ringkas.. malas nk jawab lebih2… Pali tendang2 tayar kereta, check tekanan angin katanya.. aku diam, Roy dgn muka serius cek isi beg duit, berkira-kira duit tol, duit minyak dan duit sahur nnti. Ayie sibuk membebel tentang kasut rayanya yang lari satu saiz.. mcm kasut badut mcdonald katanya. Kitorang buat-buat x dengar. Malas nk layan, padan muke, sape suruh x test dulu masa beli?. Konfiden je ambik.

"Roy! Baca doa.."

sound Pali dengan muka tegas selaku drebar. Nasib baik kerete Pali alim, ade stiker doa menaiki kenderaan tertampal kemas diatas dashboard, itu pn terketar-ketar Roy membacanya, aku syak Roy blm mengenal huruf lagi, mgkin dia juga blm khatam quran. Tapi x mengapalah, kalo disuruhnya aku, konpem aku sebat dlm bahasa melayu. tp xpe yg penting ikhlas.

Kereta Iswara Pali menderu laju meninggalkan upm, rasa sayu juga, sayu kerana berjauhan dgn orang yang aku sedang cintai. Tapi nk buat cmner. Xkan nk beraya sorang2 kat kolej. kalo belajar kat oversea tu lain crite.Roy x abis2 ngan lawak bodoh dan juga idea bodoh. Cadangn untuk ponteng puasa memang tidak lekang dari bibir beliau. Rasa nk lempang2 mmg sentiasa ade. Jalan balik boleh dikatakan agak sibuk, musim raya la katakan. Balik kampong kami kire sebagai wajib ataupun dalam bahasa mudah, balik kampong ni, King Of Balik, tidak ade balik yang se excited dan semeriah balik kampung untuk beraya. mane tak nye, balik kampong jumpe mak, ayah, jumpe sanak saudara, jumpe awek2 kampung dan juga Jumpe tok penghulu yang entah bile akan turun takhta.

Masing-masing x byk cakap, cume Pali je kadang-kadang bercakap soal terowong masa dan teori bing bang, kami bertiga buat layan x layan je. Sekadar mengangguk dan meng-ia-kan aje.. main angin org kate. Masing-masing melayan perasaan. Perasaan bercampur baur. Masuk tahun ni, ini dah kali kedua kami bereempat balik bersama-sama, Roy dan Ayie org Terengganu,generasi penyu yang x berape nk menjadi, aku dan Pali geng2 red warrior. Imej red warrior mmg terserlah sebab kete Pali warna merah. Tapi kitorang x la fanatic sampai sanggup bakar stadium dan juga cabut-cabut kerusi. Stakat lempar botol mineral dan tending mascot pihak lawan itu rasanya normal.

Lagu raya nyanyian sudirman berkumandang dari corong tuas nset Ayie, nak harapkan kaset player Pali.. sound x berapa cntik, xpela.. student life, ade kete pun Alhamdulillah. Mata Roy aku tgk semacm, bergenangan dgn air.. bile ditanya katanya masuk habuk. Aku senyum, aku tahu sekeras-keras Roy hatinya bertaman orked, nmpk je ganas tp minat kepada haiwan comey seperti sugar glider dan platypus. Menurut Roy, dulu zaman sekolah menengah semasa berada di asrama beliau pernah x balik raya, nk tunjuk rebel katanya. Itu apa yang aku dgr, tp menurut suatu sumber yang boleh dipercayai, itu semua dusta, rebel ke tidak, raya adalah raya, sape x balik rumah, memang x stylo.

Topic perbincangan kami sepanjang perjalanan semuanya berkisar tentang perancangan masa depan, tentang perancangan selepas abis berijazah nanti, sambil sesekali dua diselangi dengan lawak bodoh dan juga carutan-carutan kasar, biasalah untuk mencarut, x mencarut rasa mcm kebas plak mulut. Sesekali juga kami bercakap tentang suasana raya dan erti raya pada diri masing-masing. Dulu masa kecik2 raya ingat duit je, skarang bile dh besar, sedikit sebnyk tahu apa itu pengertian raya.

Malam semakin pekat, Pali masih steady dalam aspek pemanduan. Walaupun matanya macam dh sedikit kemerah-merahan. Aku selaku drebar no 2 standby je, kalo2 Pali dah x larat, aku sambng.. aku sandarkan badan kebelakang, merenung kembali perjalanan hidup bersama kawan-kawan sepanjang berada di UPM ni, macam-macam perangai. Aku tersenyum sendiri.

Tiba-tiba…

Pali bersuara.....

"ada sesuatu yang x kena, Ayie! Stop lagu raya jap.. kalo boleh, sape2 yang ade mp3 ayat suci al quran dalam nset, sila pasang.."

aku mengetik-ngetik papan kekunci nset, mencari-cari kalo ade ayat2 suci. Tp sayang yang ade cume koleksi-koleksi lagu The strokes, Placebo dan juga sedikit lagu raya, Roy aku tgk dah berdebar.. cuba juga untuk mencari2 bacaan ayat suci, tapi aku yakin, kalo Roy, yang ade mungkin hanya koleksi pornografi yang lansung tidak membantu.

Mujurlah Ayie menjadi penyelamat, ye.. sebangang-bangang Ayie, dia sentiasa ada disaat memerlukan, bacaan ayat suci dipasang sekuat-kuatnya mengikut kapasiti nset Ayie yang aku kire dh sampai waktu untuk tukar.

Bulu-buluan kami meremang, masing2 tidak berani untuk berkata-kata walaupun sepatah.

"Hah! Aku nmpk!.. "

Roy bersuara... pang! !!! Satu tamparan hinggap ke muka Roy,

" bnda-bnda mcm ni jangan ditegur!.. teruskan berzikir.."

kata Pali dgn serius, Roy tunduk, muka down sambil mulut terkumat kamit…

Kereta kami tiba-tiba meragam, tersedak-sedak membawa ke bibir jalan, semua panic x tentu hala. Satu makhluk berbulu dan tinggi muncul entah dari mana, memandang tajam kearah kami. Mahu saja kami lari bertempiaran, tapi kalo lari macammane dgn kereta, x kan nk tinggal kereta macam 2 saje… tiba-tiba Pali bersuara,

"siapa kamu! Apa niat kamu,?"

Eh, berani semacam je Pali ni, setahu aku Pali tidak pernah bljar mane2 ilmu exorcist pn, ini bhya.!!

"Apa niat kamu!!!???"

Pali a.k.a zulfadli melaung, aku berkira-kira Pali dah hilang akal..

Makhluk berbulu itu yang aku syak sebgai hantu raya sudah bersedia dalam posisi untuk menyerang kami.

Aku hanya redha sambil membaca kembali mesej-mesej indah dari seseorang.

Tiba-tiba Roy membisikkan sesuatu ke telinga kami. Aku, Pali, Ayie, Roy tersenyum..

"Baiklah kawan-kawan,"

kata Pali bersemangat,

ambil posisi masing-masing…

Pali memasang kekuda membentuk huruf “L”

Ayie mengerekotkan badan membentuk “O”

Roy menngangkang sambil kepala dibawah bagi membentuk posisi huruf ‘V”

Dan aku, membentuk “E” sambil menyalakan sebatang rokok..

Baiklah,

Dari kiraan 3… Pali melaung...

3



2



1



SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN!

BERHATI-HATI DI JALAN RAYA!

INGATLAH ORANG YANG ANDA SEDANG SAYANGI!


Makhluk berbulu itu menggelupur kepanasan lalu lenyap menjadi debu. Aku menepuk-nepuk bahu rakan-rakan yang lain sambil mengucapkan tahniah. Air mata kami berjejeran. Kereta Pali kembali normal, dengan gembira kami terus menderu pulang ke kampong halaman..

Thursday, September 2, 2010

Cucuk cucuk kucing



cucuk cucuk kucing

Apa yang kamu buat tu???

Cucuk kucing mak

Ya allah, xkesian ke kat kucing 2!?

X mak

Cucuk cucuk kucing
cucuk cucuk kucing
cucuk cucuk kucing

Dah la.. nanti mak cucuk kamu baru kamu tahu.
Kucing juga makhluk mcm kita, rasa sakit bler di cucuk..

Cucuk cucuk kucing
cucuk cucuk kucing

Kamu nak mak panggil ayah kamu?

X nak mak.

Kalo mcm 2, buang lidi 2, meh masuk.. dh nk mgrib ni.

Tapi mak

Tapi ape lagi?

Saya syng kucing ni.

Kalo kamu sayang kenapa kamu cucuk cucuk?

Sbb sayangla saya cucuk, saya geram. Comel sgt.

Kalo kamu syang kenapa kamu x ambik kcng 2, kamu belai2 die, buknnya cucuk2.

Saya takut mak, takut kucing 2 ggt.. mane kucing 2 nk tau saya suke die?

Hmmm… kalo hati kamu btl2 ikhlas, btl2 sayangkan kucing 2. Insyaallah.. dia xkan ggt..

Btl ke mak?

Btl…

Kalo mcm 2 nk cucuk ayah la…..

Cucuk ayah, malam ni berbiratla badan kamu tu..

Tuesday, August 31, 2010

Projek - Nyamuk asmara ep5

Melihatkan wajah nyamuk asmara ketika itu entah mengapa tiba-tiba hatiku terusik mindaku terganggu, terganggu dengan memori silam yang datang menjengah. Memori lama yang sepatutnya aku sudah lupakan. kisah cinta yang aku selam dalam, yang aku buang jauh, yang aku tanam dalam-dalam, yang aku tutup rapat datang mengetuk kotak memori.

Suatu ketika dahulu di alam nyata, alam dimana kucing adalah kucing dan langsung tidak boleh untk menyanyi, alam di mana air milo adalah milo, bknnya air oren. Alam dimana jus rimbunan awan adalah hujan dan bukannya berperisa pelbagai, cnthnya berperisa anggur peram. Alam dimana satu campur satu adalah dua, bukan tiga mahupun empat.

Suatu malam di alam nyata, disaat-saat akhir sebelum cintaku ditalkin dan dikuburkan.

“Awak saya nk share something dengan awak, dah sebulan lebih saya asyik mimpikan tentang perkara yang sama, mimpi tentang saya dibawa ke suatu alam yang indah, alam dimana saya dapat melihat cinta kita, tp ini bukan mimpi yg biasa2,segala yang saya rasa, yang saya alami seakan-akan benar. Alam dimana cinta kita bersemi, cinta kita menjadi penyeri,”

Kataku kepada seorang insan yang sedang aku cintai.

“Ini cerita terbaru awak ke, susah kapel ngan org berkepala hotak sastera mcm awak ni.”

“Isshhh!… dengar la dulu, saya x abih cerita lg ni.”

“Awak tahu.. cinta kita kat sana dijelmakan sebagai seruling malam, disana juga ada penjaga.. penjaganya cantik, lawa, orang disana memanggilnya nyamuk asmara. . tapi awak jgn bmbng, die x standing awak, awak x prlu ssh2 nk jeles”.

“Huh! Awaaak… saya x jeles ok..2 hanya mainan mimpi, kalo awak call saya semata-mata nak crite pasal ni baik tak payah, saya x rasa semua ni romantik pun.. dah la, saya ade kerja lain yang nk dibuat”.

“X wak, ini lain, saya cume nk berkngsi. Saya tahu ini cuma mimpi, tapi kenapa sampai nak melenting. Saya masih waras, saya tahu mana satu khayalan mana satu realiti, at least dengar la dulu apa yang saya nak cakap”

“Wak.. ikhlas saya cakap, kalo awak terus mcmni, hidup dalam dunia awak, bersajak berpuisi, menulis cerita yang ntah pape baik awak buat something yang lebih bermakna, lainla kalo karya2 awak ni boleh buat duit..tapi setakat ni yang saya tgk, semuanya mcm sampah… dan lagi satu, pikirkan psl masa depan hubungan kita ni”.

"Haa! Apa awak cakap ni?? Racun apa yang meresap ke dalam jiwa awak ni? Awak ingat saya x serius ke dalam hubngan kita ni? Kan saya dh cakap, percayakn saya."

“Awak saya tgk semakin x terurus, come on la.. ubah diri awak 2. Tgk org lain, mude2 dah ade kete, at least kancil turbo, sdngkan awak?? Ape ade? ke hulu hilir ngn Moto buruk je, mkn awak pn kdng2 saya yg byr. Nnti bler nk kawen, awak nk bagi makan saya ngan puisi2 dan kata2 cinta awak? Gitu?”

“Apa kena dgn awak ni, awak sedar x apa yang awak cakap? Awak dh melampaui batas ni.. bkn kah dh berape kali saya ckp, ni hnya sememntara, awak ingat saya xde perancangan mase dpn ke?”

“Kalo dulu saya terima keromantikan awak, saya suka dgn puisi2 sajak2 dan cerita2 awak, sbb saya ingat itu antara taktik awak semata-mata nk tackle saya, rupanya saya silap. Awak dh jadikan bnda ni sbgai sbhagian hidup awak, saya dh bosan ok.. zaman dh maju.. dan saya bukan gadis yang jiwang untuk lelaki jiwang mcm awak!.. awak 2, facebook pn xde.!”

“Jadi selama ni awak ingat apa yg saya buat, apa yang saya tulis semata-mata nk impress awak?? Awak….”

“Ahh.. dah la awak, saya rs ni saat yng paling sesuai, maafkan saya wak , selamat tinggal.”

Tuuutttt…tuttt…..

Aku pejam kan mata, mengharapkan tidur yang lena dan tidak mengharapkan mimpi yang indah untuk muncul.

…………………………………..

Tiba-tiba bahuku ditepuk alfonso,

“kenapa aku disini?? Bknkah dunia ini hanya boleh di excess dgn cinta? Sdangkan cinta ku sudah hancur.”

“Ya benar,”

alfonso dgn muka selamba mengulas. Suatu ketika dulu alfonso x mcm harini, bajunya tetap beropol tapi tidakla sekencang dan semambu harini.

“tapi kali ini kamu hadir, hadir untuk melihat alam loba-loba untuk kali terakhir. Kamu lihat sekarang, Ianya sunyi, sepi. Tiada lagi seruling malam yang mendendangkan irama-irama yg menyasikkan.”

Kucing2 di alam loba-loba ketika itu juga bersepakat, baik yang berwarna hitam keorengan, jingga, biru dan juga purple menyanyikan lagu sedih-sedih… pohon-pohon yang berbentuk hati semuanya melambai2 mengikut alunan suara kucing2 yang menyanyi.

Mereka semua sudah sedia maklum akan tiadanya lagi seruling malam.

“Jom ikut aku berjumpa nyamuk asmara, mngkin skrang ni nyamuk asmara sedang dalam kerisauan”

“Alfonso, aku rasa itu tidak perlu, maafkan aku… hantarla aku pulng ke alam nyata, ke alam tidurku yang gelap.”

Kesayuan jelas terpandang di seluruh warga alam loba-loba.

“Cukupla alfonso, aku yakin dgn kemampuan nyamuk asmara mentadbir alam loba-loba. mgkin ada lagi cinta-cinta sejati selain dari cinta ku, biarkan aku hidup mcm biasa dan normal di alam nyata. Kalo ada sumur diladang boleh kita menumpang mandi.. kalo ada umur yang pnjang boleh kita jumpe lagi,” kata-kata terakhir ku kepada alfonso dan seluruh warga alam loba-loba….

Alfonso tergamam, tergamam mgkin sbb x pernah dgr org berpantun, aku senyum nipis dalam kesedihan..

Pagi itu di alam nyata hujan renyai-renyai…mentari pagi bersembunyi disebalik awan yang berwarna kelabu pekat, kelabu mcm tahi musang.burung2 yang selalunya menjadi penyeri pagi tidak kedengaran, aku termanggu di depan tngkap, smbil mencoret coretan-coretan sedih…

sambil meraba-raba ashtray, mencari2 sisa-sisa rokok lebihan malam tadi..

Tapi itu dulu..

(bersambung)