Saturday, September 8, 2012

propaganda untuk ayah.


2 3 hari lepas ayah gua pergi perjumpaan bersama dato najib di machang. Ayah cerita betapa die berusaha dicelah ramai utk bersalam dengan dato najib. Tp x dpt sebab rmai sgt org. Gua rs trharu dgn kesngghan ayah, Ayah cerita lagi, majlis sambutan sangat meriah, mcm2 makanan ade, ayah kate kalo xade aral melintng PRU kali ni BN akan rmpas kelantan. Gua buat dengar x dengar je cerita ayah. Yang asyik melayan mak je.

Belah mlm ayah lyn plak berita tv3. Ayah fokus tiap bait kata dari mulut pemberita. Nmpk senyuman di bibir ayah bile ade liputan tentang majlis di Machang siang tadi. Ayah kate kat mak, tahun ni kalo x ade yang tikam blakng dlm Barisan Nasional, Kelantan mesti dapat dirampas.

Esknya pula, pagi-pagi lagi ayah keluar beli utusan. Terpampang didada akhbar serba meriah dan merah, liputan majlis di Machang lagi.. ayah baca smpai abis smbil minum air mineral tajaan umno yang kemas tertulis "Air bersih untk rakyat kelantan."

Ayah sempat mnjeling kpd gua smbil brkate, nnti nk mengundi elok2. Pngkah BN betul2, jgn bg rosak undi, ni untk bngsa kita, kalo org lain perintah susah, kerja xade ekonomi hancur.

"emm.." respon gua sambil tengok TV.

Dalam hati gua berbisik

Wahai ayah, kalolaaa ayah tahu, yang anakmu ini ada pendapat sendiri, ade pendirian sndiri tentang politik.

Gua x berani nk ckp ape. Biarlah ayah dengan perjuangannye. Biarlah ayah dengan pegangannya.
Lepas cakap "emm" sepatah gua blah masuk bilik. Bkn ape, Gua takut nnt ayah gua ajak gua daftar ahli perkasa. bala.

sorang-sorang dalam bilik buat gua terpikir.

betapa kuatnya pengaruh media dan propaganda.


 

Thursday, August 30, 2012

55 kali Merdeka


Merdeka!
Merdeka!
Merdeka!

kah kah kah!!!

tiap hari telan tipu minum dusta
mata celik jadi buta
telinga dengar jadi tuli
mulut cantik jadi bisu
kata petah jadi lesu
hari-hari angguk
hari-hari ampu
yang pandai jadi bengap
yang cerdik jadi bodoh

steady semua!!!

negara kita Merdeka
 jom laung ramai-ramai

Merdeka-Merdeka-Merdeka

buka TV layan Radio baca surat khabar
senyum sendiri senyum puas hati
kata kita sudah perkasa
persetan semua
aku
Merdeka!

esok lusa tulat kena tipu lagii..

:)


Friday, August 24, 2012

Projek - Nyamuk Asmara ep11





Kupu-kupu berahi memang power orangnye. puii.


Alfonso mengibas2 jaket ropol beliau dalam debar, pakai pon lintang pukang terbalik. gua paham, dalam keadaan macan ni sape yang x berdebar?. Kami buntu, buntu mencari hala tuju.  

“Macammane niii.....?” Alfonso bersuara mcm awek2...  

“Kau boleh sabar x??.. “ getus kipu2 berahi..   

pergghhh.. x pernah gua tgk kupu-kupu berahi sebegini serius.  

“Hati nurani aku dpt rasa ada bnda sedang memerhatikan kita.”  

Kupu-kupu berahi ni dah macam2.. bisik hati gua. Nk ditegur nntikan x pasal2 kena panah. 

Namun, dalam macam-macam kupu kupu berahi ade betulnya, dari kejauhan di kawasan bukit yang seluas mata memamndang, Sekawan anjing sedang meluru laju ke arah kami, bunyi lolongannya sudah cukup untuk menggentarkan hati sesiapa sahaja, bukit yang hijau nyaman penyejuk mata bertukar menjadi kelabu, mana-mana kawasana yang dijajah oleh anjing-anjing ni akan bertukar warnanya, pokok yang hijau, air yang jernih dan biru semuanya menjadi kelabu...

Gua amik daun cupcake yang semakin menghancur, gulung2 buat bentuk teropong, ini skill yang tenggiling cinta ajar sebelum kami datang sini, gua hala teropong ke atas bukit, hati gua bertambah berdebar...

Ape yang gua perati, ni bukan anjing biase2 ni.. ni dh mcm dubuk pon ade. Anjing cmpur dubuk kot. Lagak gaya dari jauh memang ganas. Berbadan besar semacam lembu, matanya merah, tulangnya kasar tersembul keluar, seaakan-akan anjebuk ni tidak berkulit, nampak bayang2 otot kehitaman dengan jantung jelas berdegup kencang. Ini bukan haiwan kebanyakan yang aku kenal di alam ini, niatnya Cuma satu, membunuh barangkali.

 Bala!!!   

Gua tunduk ikat tali kasut kemas2, apa yang pentting bagi gua sekarang adalah lari laju dari alfonso. At least ape-ape hal dia yang kena dulu. Gua tengok kupukupu berahi steady je, ditariknya busur panah yang sudah siap-siap ditukar mata, Dari mata cinta untk panah hati-hati kepada panah tajam yang runcing,  

Woww...  

Aku trsnyum dlm hati. Ada can utk kami selamat. Kupu2 berahi membidik sasaran...  

“Steady kupu2..” gua dan alfonso di balik pokok bagi support. Lebih kurang 12 ekor anjebuk datang meluru, semakin dekat dan dekat...... gua alfonso makin berdebar..  

“come on kupu-kupu berahiiiii.. lepaskan anak panah ituuu!!. ..  laung gua kepada kupu-kupu berahi, nampak gaya dah serupa pemanah olimpik.

Supppppp!!!!  

Anak panah dilepaskan... Melayang jauh menuju sasaran.. mata-mata kami bersinar...

 Thupppp!...
   
Kemas anak panah kupu-kupu berahi terpacak.. terpacak atas tanah nun jauh tersasar sedang anjebuk masih gagah berlari menuju kearah kami..
   
Babii!!! Ptuihhh.. gaya je lebih kupu-kupu berahi ni.. Tanpa berlengah lagi. Kami bertiga pecut melarikan diri ke celah cendawan besar... Anjebuk sudah berada dekat dengan kami.. Xjauh di balik cendawan2 ade satu akar banir besar

Sesuatu perlu dilakukan, kalo x naya kami.....





Monday, August 20, 2012

Selamat Hari Raya 1433H / 2012


Selamat Hari Raya Semua!



Selamat Hari Raya!!!!

nikmati setiap saat sebelum raya berlalu pergi jadi kenangan.
lupakan kedukaan, cari keceriaan
jom minum air oren dan makan rendang
layan cerita2 raya di TV, kunjungi kawan-kawan dan saudara mara
 kutip duit raya banyak-banyak!!!

yeaaahhhh!!!!



Friday, August 17, 2012

Projek - Nyamuk Asmara Ep 10

Sambungan daripada Nyamuk Asmara Ep 9

...................


Krukk krukk..

Perut masing-masing makin deras berbunyi.. masing-masing muka monyok, fokus sebenar nak cari kunci portal alam mimpi sudah entah kemana-mana, rasa lapa yang teramat sangat, tekak sudah memahit dan memekat... kalo dapat minum sungai berperasa oren ni mesti sangat best dan bahagia.

“Kita makan je laaa, aku dah lapar sangat dah ni, Kita makan je sikit, kalo kebulur nanti nak buat kerja macammane?” bentak Alfonso, muka serius.

Aku dari tadi menggelupar kelaparan di perdu pohon cupcake, x jauh dari tempat kami, ade pula kambing panggang yang berlegar2 keriangan. sungguh menggoda, tinggal ambik dan makan je.

Ini dah melampau, perut dah stat pedih-pedih, seolah-olah mengamuk dan memberontak minta diisi dengan segera.

Kupu-kupu berahi sudah tidah tahan, ditendangnya perdu pohon cupcake, pohon cupcake tergores, mengalir keluar cecair warne coklat, kami berpandangan, ingatkan getah pokok, rupenye coklat. Masing-masing telan air liur.

“Ahhhh.... ape nk jadi jadi la, moh kita makan dulu, nnti lepas makan kite pikir balik,”
cadangan aku disambut kemas kemin oleh Alfonso dan kupu-kupu berahi, masing-masing tersenyum lebar.
baju beropol Alfonso dijadi alas, kupu-kupu berahi sibuk memetik cupcake-cupcake dan strawberi yang sudah lame menjadi idaman beliau, Alfonso pula berkejaran dengan kambing panggang. Manakala aku ke sungai oren, di tebing sungai sudah tersiap daun berbentuk jug, petik dan ceduk sahaja.

Kami bertiga makan dengan gembira, rasa sedap dan kelegaan tidak dapat nak digambarkan, makin makan makin rasa hanyut dan lalai.

Kami gembira melayan makanan yang terhidang, makin kami makan makin bertambah makanan, semuanya  seolah2 merayu-rayu dan meronta-ronta supaya dimakan.

Burpppp....

Alfonso sendawa..
Keadaan menjadi senyap, angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa tiba-tiba terhenti, bunyi-bunyi makanan bergembira tiada lagi. Kami buat endah x entah, masing-masing masih lagi rakus meratah makanan yang terhidang

Burppp

Kupu-kupu berahi pula yang sendawa, tiba-tiba suasana bertukar keadaan, langit tiba-tiba mendung, makanan seperti pretzel, pizza, donut dan eskerim bertempiaran lari.
Kami berpandangan, masing-masing berasa tidak sedap hati, perut kami sudah terlampau kenyang

Burpppp...

Alfonso lagi sekali sendawa....
Masuk sendawa yang ketiga, tiba-tiba pokok2 bergegar, air berkocak kencang, awan jatuh berguguran, mknan serata alam membusuk, air menjadi hanyir, mknn yang terhidang di depan kami tiba-tiba jadi lunyai dan penuh dengan ulat, kami panik dan kaget. 

mata kupu-kupu berahi aku tengok macam dah merah, menangis ketakutan barangkali, Seluar Alfonso pula dah basah.. 

aku... masih lagi steadyy...steady dalam debar, kami perlu lari dengan segera, tapi kemana? dalam hati timbul rasa menyesal, menyesal sebab mengingkari pesanan Tenggiling Cinta.

Menyesal

Menyesalll

Menyesalllll!!!!....





Tuesday, August 14, 2012

Gua Rindu Mercun Ayam


gambar ehsan google:

Ni mercun legend ni, sape yang x tahan suspen xyah main la.

Dekat sepuluh minit gua duk terkais2 betulkan aerial radio cari signal. Nasib baik gua puasa, kalo x dh lama gua selam radio ni dalam aquarium.

Gua jarang dengar radio, tapi kalo macam nak dekat raya macam ni, rajin jugakla gua pasang sedas dua buat layan lagu raya, gua pon x paham kenapa lagu raya yang didengar dari corong radio lagi best dari yang gua download, dengar lagu raya dari radio feel die lain kot.

Puasa makin ke hujung kualiti die makin kurang, gua tengok adik gua sekarang ni dh selamba korek hidung, x macam awal2 puasa. bila gua tegur senang-senang die cakap,

“x pe, korek x dalam pon, di pinggiran je,”

gua respon “huhh “je. Malas nk layan, baik gua layan lagu raya.

Abis sahaja satu lagu, DJ yang bertugas bacakan email dari para pendengar,  kalo x silap gua temanya  tentang Suasana hari raya . biasanya gua buat layan x layan, tapi kali ni gua semacam terpanggil untuk dengar satu email dari seorang surirumah yang bercerita tentang pengalaman beliau sewaktu beraya bersama mak, ayah dan adik beradik di kampug ketika masih lagi anak dara.

Die punya detail description tentang sambutan raya betul2 menggamit memori org kate, sedih dan sayu. Dalam email tu di cerita tentang adik beradik die yang bergotong –royong dalam usaha untuk menyambut lebaran, ade yang lap tingkap, kacau dodol, manakala yang lelaki buat panjut. Malam raya plak x tido sebab nak siapkan kuih muih, risau nanti orang datang xde benda yang nak dihidang, dulu budaya tunjuk menunjuk kuih ni x de, semua main buat je.

Gua teringat balik pengalaman gua tentang sambutan raya,zaman dimana mercun selamba je orang jual pamer atas meja, ade mercun ayam, lebah, katak dan macam2 lagi, mercun meletup atas udara warna warni ni x de lagi, tu bunga api time sambut merdeka je baru bleh tgk. zaman kuih tunjuk2  xde lagi, yang ade pon orang power2 je beli. Orang kebanyakan mcm kami kena berhempas pulas nak beli mahal. Lagipun yang beli x sedap, x asli. zaman dimana esok nk raya malam ni x leh tido sebab excited punya pasal.

Pokoknya, gua cuma tertanya2, ape budaya kita harini? Budaya apa yang kita amalkan untuk kita kongsi dengan generasi bawah kita? X kan nanti, kat anak2 kita kita cerita, malam2 raya ayah dan mak duk depan laptop, update status FB, seronokkkkk.. kami berbalas2 mesej...  smiley smiley...

Gua punya azam, nnti gua dah kawen.. gua nak wujudkan tradisi raya untuk keluarga gua sendiri..
Contohnye, tiap2 tahun, gua, isteri gua, dan anak2 gua semelih kambing di halaman rumah..lepas tu panggang trus.. buat tiap2 tahun smpai anak gua plak yang amik alih.

Tapi entahla.. tu sekadar angan-angan dan impian gua je, sekarang cakap boleh la, nnti bile dah kawen, gua ngn bini gua berkumpul depan tv, anak2 berterabur entah kemana.

Gua mintak jauh.





Benda ni berdebu je, lap skit ok la.

well...

Last entry gua ialah pada 7.10.2011, tanpa gua sedar dah nk dekat setahun gua berhenti blogging. dan entry kali ni adalah entry pertama untuk tahun 2012. gua sendiri pon xde sebab yang kukuh kenapa gua lama x update blog, paling senang gua cakap, gua dah habis idea, gua x tau dah nk tulis pasal ape, rasa seronok menulis dan buat cerita tiba-tiba mati.

tapi semenjak dua menjak ni, bile gua godek-godek balik laptop gua, gua baca balik entry-entry lama, gua rasa sayu, terutama kisah nyamuk-nyamuk asmara yang baru 9 episod. walaupun story line nyamuk asmara berterabur entah kemana2, tapi gua masih ingat ketika first time dapat idea untuk buat nyamuk asmara, rasa kemanisan idea tu menjalar sehinggakan bile gua bukak je laptop, gua senyum sendiri macam orang gila.

gua tarik nafas dalam-dalam, sudah-sudah la bercuti, ayuh tulis dan coret kembali cerita-cerita mengarut, pujuk gua pada diri sendiri. tamatkan kisah nyamuk asmara. gua xnak cerita ni terkubur tanpa kesudahan.

ya betul, gua perlu bangun, gua perlu kuatkan semangat, cerita-cerita ni bukan untuk sesiapa, tetapi untuk diri sendiri, self satisfaction. ape nak kisah blog gua xde org singgah, xde orang baca, yang penting otak gua berjalan dan merayau dalam dunia gua sendiri. mana yang datang singgah, boleh tumpang sekali.

gua yakin, azam baru gua ni, akan berterusan, rasa sayang pada blog mula berputik kembali, harapan gua semoga selepas ini xde dah cuti yang maha lama, smpai ke nk dekat setahun, sedih rasa hati.

sejajar dengan keberkatan ramadhan dan hari raya aidilfitri x lama lagi, gua rasa inila masa yang sempurna untuk blog ni muncul kembali, seperti yang selalu gua tekankan, blog ni gua karang gua gubah khas untuk mereka-meraka yang maha bosan, x tau nak baca apa lagi dah.

jadi amikla masa, rehat dan layan cerita gua.