Monday, May 23, 2011

hijau

Gua sebenarnya baru balik dari hutan lipur jerangkang Pahang, selama 2 minggu gua berkampung kat sana untuk satu program kolej, gua kat sana dari 8hb-22hb. Selama dua minggu gua duk telan air sungai dan makan makanan dalam tin. 2 minggu bersama alam rimba membuatkan gua rasa tenang dan bahagia. Selama 2 minggu juga gua terputus hubungan dengan dunia luar, sumpah gua x tau apa yang sedang berlaku sekarang, begitu juga selama 2 minggu gua terpaksa menanggung rindu terpaksa berpisah dengan si dia

Gua rasa puas sebab dapat celup kaki merasa kesejukan sungai yang mencengkam di pagi hari. Gua rasa tenang, gua rasa lapang. Sudah lama x tido beralaskan tanah berbumbungkan langit dan merasakan kehangatan unggun api.

Tapi sebenarnya ade benda yang buat gua rasa x kena, Rasa x kena yang sukar nak explain. rasa x kena yang seperti makan tembikai cicah cili sos, makan lemang dengan sirap panas, makan nasik panas dengan biskut meri. Gua tengok banyak bukit sudah gondol, banyak benda sudah tiada, semuanya kerana pembalakan. Nasib baik gua tengok sungai belum lagi tercemar. Mana pergi nilai kemanusiaan?, sebegitu mudah dan rakus manusia-manusia ini menelan hutan. Gua bukan aktivis pencinta alam sekitar, jauh sekali ahli mahupun AJK green peace, gua hanya insan biasa yang suka kepada alam semulajadi dan bencikan kerakusan

kalo boleh gua nak ajak tokey2 balak dan pelulus tender pembalakan ni rasa kesejukan air sungai yang sejuk sambil layan suria. Rasa bagaimana kesejukan itu mencengkam tulang dan urat saraf. Rasa sejuk yang bukan sejuk semacam sejuk aircond, kipas mahupun peti sejuk, sejuk semula jadi. Sejuk yang menyegarkan.

Juga gua nak mereka-mereka yang makan duit hasil hutan ni dengar betapa indahnya bunyi deruan sungai sungai yang mengalir. Gua nak mereka teguk air sungai yang bersih, gua nak mereka rasa, rasa dengan hati. Rasa bahawasanya nikmat sebegini tidak akan dapat dikecapi jika asyik sibuk bertuhankan wang ringgit.

Gua nak ajak mereka rasa bagaimana rasa berhujan dalam hutan, biarkan saja baju itu basah, biarkan saja titisan-titisan hujan jatuh mengalir ke muka. Rasa bagaimana air hujan itu menyentuh kulit.

Gua nak mereka rasa malam yang sunyi di dalam hutan bertemankan bulan yang terang, terang sehingga menampakkan bayang2 sendiri.

gua kalo boleh nak ajak pemakan hasil hutan yang rakus ni, dari yang tertinggi sampaila ke bahagian kuli2 dan pencacai untuk melihat kunang-kunang, untuk dengar suara unggas hutan, dengarla, ketepikanla seketika wang ringgit hasil daripada kerakusan membaham hutan, dengar la mereka berbicara. Biler hutan dah tiada nanti, biler semua dan terlambat, taburlan wang berapa juta pun, mereka x kan kembali.

Kalo keadaan berterusan macamni, gua yakin, suatu hari tiada lagi yang tingal untuk kita, pasni anak-anak cucu kita mungkin x tahu apa itu tenuk, apa itu gajah, apa itu kunang2, apa itu unggas, yang tinggal untuk mereka cume rujukan dari buku-buku dan juga himpunan cerita-cerita yang sememangnya xkan sama dengan pengalaman sendiri

Gua tinggalkan jerangkang dengan perasaan bercampur baur, gua berdoa semoga segala haiwan dapat terus survive.Ada jodoh, ade rezeki gua akan datang balik ke jerangkang, dan gua harap sense of tranquillity jerangkang masih lagi ade.

Friday, May 6, 2011

idea itu ada di celah celah awan

Saat idea penulisan datang mencurah2 adalah tatkala tiada pen untuk digapai dan tiada laptop untuk dicapai, segala idea, kisah2 khayalan, kisah2 cinta,kisah2 raksaksa, dan sebagainya dicoret kemas didalam kotak memori, namun apabila saja pen dipegang, ataupun ketika mengadap laptop untuk menterjemahkan idea ke dalam bentuk tulisan, semuanya seaakan-akan hilang, umpama sehelai tisu yang jatuh melayang ke dalam air, larut terurai tanpa kesan.

Benda-benda macam ni mmg buat gua marah, idea yang hilang sukar untuk diseru kembali, kalo pun Berjaya diseru, ia datang dalam bentuk yang sudah tidak complete, berpecah-pecah umpama sebuah puzzle yang besar, idea yang tidak complete adalah idea yang tiada penyudah, susah nak dikembangkan dan tiada punchline. Gua benci benda ni.

Gua teringat tentang suatu cerita, cerita yang gua sendiri tidak tahu mana asal asulnye, tetapi kalo tidak silap gua, cerita ini disampaikan kepada gua melalui angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa ketita gua sedang membeli jeruk kelubi di tepi pantai 2 3 tahun yang lalu, menurut sang angin setiap idea yang kita pikir, idea yang complete, idea yang menarik, berpuchline, akan tercatat di satu tempat dicelah awan. Dicelah awan tersebut ade satu pohon yang besar, dengan daun yang berganda2 besar saiznye, dan idea itu tercatit kemas di atas dedaun yang merimbun lebat. Tidak kirala samaada idea itu deterjemahkan atau tidak, ianya akan kekal disitu untuk suatu tempoh tertentu. Secara teorinya benda itu hak kita, jadi bile saja kita terlupa, kita berhak untuk ke pohon berkenaan, dan memetik kembali idea2 yang tertulis.

Jadinya gua memang berharap dapat pergi ke pohon berkenaan, esok gua nak cari pelepah-pelepah pelbagai jenis burung, gua nak cantum menjadi suatu sesayap yang cukup besar yang mampu bawa gua terbang ke awan. Orang tua2 kata berpijak di awan mesti berhati2, nnti takut terjerlus jatuh terjelepuk di atas tanah, bile jatuh sakit bukan lagi jadi hal, tapi mati adalah pasti. Gua xnak macam tu, orang2 tua yang pernah ke awan juga pernah berkata, di awan jalan mesti perlahan-lahan dan seperti ketam. Tidak mengapalah, kerana yang penting gua dapat petik kembali idea-idea lama, idea-idea yang gua piker ketika sedang berak, ketika bawak moto, ketika dalam gelap, ketika malas dan yang paling penting, gua nak petik idea-idea yang gua pikir ketika gua masih kecil.

Untuk kesana juga seelok eloknya ketika awan sedang merimbun, sedang menggebu, fluffy, dan sewaktu dengan nya. Waktu yang paling dilarang adalah ketika awan hitam berarak, awan hitam sebenarnya adalah gerombolan naga-naga yang sangat ganas, menhambur api biru-kebiruan ke tanah. Apabila awan hitam muncul, baiklah duduk dirumah, minum kopi makan lempeng.

Gua juga ade terdengar, kalo ke awan, jangan lupa petik sekali strawberry strawberry yang tumbuh meliar di bibir awan. Rasanya sangat manis, makan sebiji sudah cukup kenyang, namun sayang, ianya tidak boleh dibungkus untuk dibawa pulang makan di atas tanah. Kerana kesaktiannya akan hilang, di awan strawberry digenggam, namun ditanah, yang digenggam bertukar menjadi buah guli. Dan gua rasa, pencipta guli mendapat ilham daripada strawberry atas awan. Tapi itu tidak mengapalah, hal die, bukan hal gua.

Esok gua harap gua akan ade masa untuk ke awan mencari pohon idea. jika tidak, mungkin sekali gua hanya sekadar terbaring di atas padang rumput, melihat ke atas, mencorak awan menjadi apa saja yang gua suka. Rumah? Kereta? Microwave? Dan bermacam2 lagi sehingga matahari terbenam, sambil menggigit2 hujung kemuncup...........

Thursday, May 5, 2011

Hujan dan Lempeng

Diluar sana hujan mencurah-curah turun, xade lansung tanda-tanda ianya akan berhenti untuk suatu masa yg terdekat, angin menderu masuk melaui celah tingkap bilik gua, gua yang kesejukan hanya mampu duduk diam2 diatas katil sambil memeluk bantal, gua tarik selimut hingga ke paras tengkuk, melindungi badan gua yang tidak berbaju.

Sambil berbaring gua pandang kipas yang berputar dibawah lampu, gua jadi mcm ralit dengan bayang2 kipas yang berpusing-pusing, semacam megulit anak mata gua untuk tido. Tiba-tiba gua rasa lapar, lapa yang macam tak lapar, lapar yang jenis bukan nak nasik, gua teringin nak makan lempeng. Lempeng yang mak gua buat.

Sejajar dengan putaran kipas yang sederhana laju, minda gua berputar ke zaman gua masih lagi kanak-kanak. Dulu masa gua masih lagi kecik, mase belum bersunat, petang-petang time hujan mak akan buat lempeng untuk kami adik beradik. Gua, abang gua, kakak gua akan duduk diam2 depan mak sambil tengok mak buat lempeng. Abang bulat biji mate, gua kecur air liur, kakak pulak x senang duduk sebab tunggu lempeng mak siap.

Gua adik beradik makan lempeng kosong cicah gula, gula terpaksa berebut, cicah sikit-sikit sebab nnti x cukup mak nk masak, mak nak buat air. Kalo time ayah baru dapat gaji, kami makan lempeng sambil minum milo. Segelas besar kongsi ramai2, mak cakap milo ni tak boleh minum bnyak sangat, nnti cacing. bler besar baru gua tahu, mak tipu, mak sebenarnya nak jimat milo, special occasion je bleh minum milo, sebab milo mahal. Kalo ditakdirkan milo xde, kami minum air teh je la.

Tapi gua selalu je x puas ati ngn abang gua, selalu je skill berebut makanan xnak kalah, lempeng die makan paling bnyk, air milo die juga paling bnyk minum. Nasib baik kakak gua baik orangnye, selalu mengalah dengan gua, selalu kesiankan gua, lempeng bahagian die, die bagi kat gua skit. Mak hanya senyum tengok kami adik beradik, mase tu gua belum dapat adik lagi, kire bongsu la.

Bahagian ayah mak dah simpan awal2, mak makan sejemput je. Xpernah pun gua tgk mak makan banyk2 macm kami.

Lepas habis makan, dah kenyang, macam biase ayah akan memainkan peranan beliau dengan menyuruh seluruh isi rumah untuk pergi mandi dan solat maghrib. Seperti seekor robot kami semua akan turuti perintah ayah.

Gua terkebil2 atas katil, mata belum lagi terlelap. Sudah rasa nak muntah dengan bayang-bayang kipas.

Hidup dulu simple, tak se-kompleks macam sekarang.

Dulu x banyak benda, hidup biase, hidup sederhana, gua rindu zaman kanak-kanak, gua kalo boleh nak kembali ke zaman kanak-kanak sbb gua rasa bahagia dan innocent.

....................

Dulu yang putih jelas putihnye

Yang hitam jelas hitamnye.

Sekarang dunia sudah berubah.