Wednesday, November 11, 2009

cakap memang senang.




The easiest way to eliminate stress is by abandoned all your goals





Wednesday, November 4, 2009

Apabila hujan, saya akan termenung sambil menghisap sebatang rokok.


saya ade kawan,
apabila hendak menangis,
dia akan mandi hujan
katanya apabila menangis dalam hujan
tiada siapa yang tahu.



sudah beberapa hari hujan, tiap kali hujan saya akan berasa sayu, pada saya hujan dan kesayuan tidak dapat dipisahkan, banyak memori dalam hidup saya yang berkaitan dengan hujan, tiap kali hujan saya akan menyalakan sebatang rokok dan terus ke jamban, banyak yang saya fikirkan diantara jangka masa utk habiskan sebatang rokok. 2 3 hari ni saya terfikirkan masa depan saya yang bakal bergelar seorang guru. walaupun perjalanan saya di universiti ladang ini masih lagi jauh namun saya tidak dapat mengelak untuk memikirkannya. dulu saya bercita-cita untuk menjadi seorang jurutera, dan kerana itulah saya memasuki sekolah teknik, dengan harapan yang menggunung, saya berharap dapat mengejar cita-cita saya.

tetapi sejajar dengan pepatah melayu, kusangkakan panas sampai ke petang rupanya hujan di tengah hari. SPM saya lingkup, dengan berteraburnya subjek-subjek penting untuk bergelar sebagai seorang jurutera, hati saya hancur. namun begitu saya bersyukur kerana subjek2 yang melibatkan bahasa, saya cemerlang. saya terfikir bagaimana kehidupan saya apabila bergelar sebagai seorang guru nanti. sepanjang umur saya, saya tidak pernah terbayangkan diri saya sebagai seorang guru, mampukah saya mendidik anak angsa? eh.. bangsa?... tugas sebagai seorang guru bahasa inggeris bukanlah semudah guru sekolah memandu yang tugasnya mengajar kereta dan juga memaki hamun pelanggan sesedap rasa..

tidak dapat saya bayangkan bahawa suatu hari nanti saya akan mengajar budak-budak sekolah menengah yang kita sedia maklum perangi macam #@!@#$. kalo dulu semasa diploma, saya hanya mengajar kanak-kanak sekolah rendah sahaja. saya pernah menendang punggung budak darjah enam kerana mereka mengejek-ejek loghat kelantan yang saya gunakan, tapi ianya berbeza apabila apabila melangkah sekolah menengah nanti, saya yakin dan percaya, bukan kate tendang, kalo saya sentuh je punggung diorang gerenti nyawa saya akan berterbangan.

walaupun begitu saya tetap bersyukur, memanglah saya tidak pernah bercita-cita untuk menjadi seorang guru, namun saya yakin dan percaya jalan yang saya tempuhi sekarang adalah yang terbaik untuk saya. sekian terima kasih, rokok saya sudah habis.

Tuesday, November 3, 2009

huaargghh!! (menguap)


2 hari x tido malam,
masuk final pun terhuyung hayang,
jalan terumbang ambing,
macam kambing,
nasib baik tak tumbang.

...........................................