Friday, October 7, 2011

3 masketir.

Johny menjulang tgn ke udara smpai berkata. “kota batu gue cabar lu!”

“Kecebish,”

kepala johny kena hempuk dengan penutup bekas ikan.

“Diamla bodohh.. nntkan x pasal2 imegresen dtng!”.

Kata pengndali bot pancung haram dengan serius. 2 kawan johny marwis dan sapirino masing2 diam membisu smbil pluk beg pakaian.

Kehidupan di kampung halaman sudah tidak menjanji apa2 lagi. Penghijrahan ke Malaysia adalah perkara yang musti dilakukan.

Marwis terkumat kamit membaca ayat2 suci al-quran dan zikir kepada illahi, dengan harapan segalanya lancar. Sudah berjuta rupiah ditaburkan untuk beliau berjaya menjejakkan kaki ke Malaysia, sudah puas marwis ditipu. Sapirino pula kemas memegang cross pusaka milik beliau, Juga terkumat-kamit. Cume johny saje yang tersengih2, melayan deruan angin tanpa rasa debar. Awal2 lagi johny nyaris di humban ke laut akibat berperilaku tidak serius, memetik gitar dikala orang tengah gelisah dan panic.

Johny, marwis dan sapirino membesar bersama di sebuah kg di jawa barat, walaupun berlainan agama, marwis islam, sapirino christian, dan johny sembah zeus namun mereka hidup penuh kekacipan tanpa sebarang prejudis. Kehidupan mereka bertiga cukup susah. Dari dulu lagi mereka mmg berazam nak kemalaysia.

Cerita-cerita tentang mereka2 yang kerja di Malaysia dan membawa pulang berjuta2 rupiah ke kampong menjadi motivasi kepada mereka. Kisah-kisah mereka dicatit kemas di dalam dada dan dijadikan umpama kitab yang perlu diikuti.

“Gue mau cari uang bnyk2, balik nnt gue nk ade bungalow”..

kata sapirino. Marwis dan johny mngngguk, impian itu bkn milik sapirino shj, tapi impian mereka bertiga.

Johny seluk poket cari rokok, sambil mata dilontar jauh ke tgh laut dalam pekat malam. Baru saja johny nk cucuh rokok,

” pap”.

Kepala johny ditipas, johny salah seluk poket pemandu bot pancung. Johny tersengih2.

Sesampai saje di kawasan paya.. mereka bertiga turun.

“Teman2.. kita udah sampei, mulai saat ini kita adalah 3 masketir.!”

Mereka bertiga meredah paya menuju kearah impian..

Tiba-tiba..

tratttt trattttt tarattttt………

Tembakan mesingan bertalu-talu dilepaskan kepada mereka bertiga, johny berguling2 cuba menyelamatkan diri, manakala sapirino dan marwis berlindung di balik pokok bakau.

Tratttt..trattt….

Bnyi mesingan terus bertalu2 ke arah mereka, beg baju marwis sudah berlubang terkena tembakan mesingan.

“Aduhhhh.. bapak polisi, abis gimana ni?????”

Sapirino menyuarakan kebimbangan.

Marwis mendengus bengis, dibukanya beg baju beliau, ade sebilah keris kontot dibalut kain kuning. Marwis menjampi keris tersebut dan meniupnya ke arah bnyi mesingan..

“Ahhh.. arggghhhh,… traarrttttt…… trattttt”

Terdengar bunyi jeritan dan mesingan silih berganti. Tidak lama kemudian, semuanya senyap sunyi..

“Tap…..”

Keris marwis kembali, terpacak kemas di pokok bakau, marwis dengan penuh berhalus membalut kembali keris berkenaan dan menyimpan kemas di dalam beg beliau.

“Tiada apa yang bisa menghalang kita, kita 3 masketirrrr!”

Bergetar hutan bakau dengan suarau marwis…. Mengejutkan burung2 yang sedia terkejut dengan bunyi tembakan sebentar td.

Marwis berjalan di hadapan. Like a boss. Sambil dituruti kemas johny dan sapirino…. Meredah segala menuju impian.



Saturday, October 1, 2011

bangn pagi ni bkn calang2 orang bleh buat.

“Teneettt..teneetttttt...”

Bunyi alarm nset pukul 8 pagi menerobos kemas ke kedua-dua cuping telinga gua.

Gua bingkas bangun dengan kepala berat dan mengntk tahap super hd.

Gua capai botol air, minum air seteguk, gua intai bawah katil,capai rokok.

Gua krabat tuala bucu katil, buang boxer, lilit tuala kemas2.

Gua bangun ke loker, amik berus gigi yang dah macam celaka dan picit sedikit ubat gigi.

Gua buka tingkap bilik, duduk di kerusi sambil isap rokok.

Gua rasa takjub dengan diri gua, mudah pulak hari ni gua bgn pagi, selalunya bangun pagi untuk ke kelas adalah merupakan suatu perkara yang sukar pada gua.

Gua teringat ketika gua masih lagi di bangku sekolah rendah, Untuk sekadar tidak mahu bangun pagi ke sekolah pelbagai skill gua guna bagi mengabui mata mak ayah gua.

Antara skill feveret gua adalah bangun, buat-buat mengigau dan langgar almari, kemudiannya menggelupur kesakitan, gua berharap ayah gua simpati dengan gua lantas gua dah x payah dah ke sekolah. Hari ni gua langgar almari, esok langgar peti, lusa langgar meja. Tapi semua x menjadi. Mungkin sebab gua langgar tak berapa nak kuat, tapi die punya gelupuran tu lebih daripada orang kena renjatan elektrik.

Pernah juga gua cuba buat-buat skill overslept, gua nekadkan hati xnak buka mata walaupun mak gua panggil kejutkan gua yang gua kira dah macam halilintar. Last2 mak gua amik air jirus badan gua. Terpaksa gua bingkas bangun sebelum ayah gua pula mengamuk. Gua takut ayah mengamuk ayah pijak gua.

Gua juga pernah cuba buat2 tertido dalam bilik air, bahananya ayah gua tendang pintu bilik air dan ketuk gua dengan penyebok. Semenjak dari hari tu, skill tertido dalam bilik air memang gua dah x pakai.

Pernah juga gua buat-buat sakit perut sejurus selepas siap pakai pakaian seragam sekolah, pada hemat gua bnda ni akan menjadi. Tapi mak gua counter dengan teh kelat, gua dipaksa minum. Ayah pula sabar menunggu gua habiskan teh kelat tu dulu walaupun dia tahu, gua sudah lewat ke sekolah dan die juga lewat ke tempat kerja. Punyala nak kan anak kesekolah, memang gua xleh lepas.

Walaubagaimanapun, dalam banyak2 skill, skill paling mujarab yang gua buat tiap2 tahun ialah bile mak gua kejutkan gua untuk ke sekolah, gua cakap..

“hari ni cikgu x mengajar, ade program kat sekolah”

Tapi skill ni, setahun bleh pakai 2 kali je. Sebab kalo bnyak kali nanti mak gua syak. Lepas cakap kena trus sambng tido, sebb nnti kalo bgn buat selamba mak akan tanye lebih2. Silap hari bulan tergagap2 nnti terbongkar.

Tapi itu kisah masa kecik-kecik dulu, mak ayah ade nak kejutkan gua pagi2, sekarang ni yang ade Cuma alarm nset dan juga kesedaran diri untuk bangun ke kelas.

Gua harap gua akan terus gagah. Utk hari ini, esok dan selamanya.

gua habiskan rokok gua, campak keluar tingkap.

Gua pandang ke luar tingkap, mentari pagi senyum kat gua, gua rasa ceria.