Saturday, January 29, 2011

kapsul masa


kapsul masa ni saya yang lukis tau! jangan culik!

Ok begini…

Apa akan jadi sekiranya blogspot tetiba nk ditutup?? Xpon, ade meteor hentam ibu pencawang internet seluruh dunia????, kite sbgai pngguna xleh nk eksess account blogspot, fb dan sebagainya, korang x glabah xpe, tp aku glabah. Setiap entry yang aku tulis dalam ni, aku tulis pakai hati, setiap entry yang ade kat sini aku hargai seperti sebuah karya… bukan senang kita nk coret balik, dan bermula dari kosong.

Jadi….

Esok aku akan lancarkan projek kapsul masa, segala karya-karya, bebelan, atau pun apa saja yang pernah aku tulis, pernah aku coret aku akan print, aku kan letak dalam sebuah kapsul, kemudian aku akan tanam. Gambar2 yang aku ade xseberapa keping pn mngkin aku akan masukkan sekali kedalam kapsul tersebut nanti, andai kate, sesuatu berlaku, aku masih lagi ade backup…

Tempat tanam seelok-eloknya aku pikir adalah di bawah rumah aku sendiri, di kampung.

Isshh! X boleh, nnti ayah gali balik, ayah bukan boleh nmpak bnda2 mencurigakan ni, nnti dituduh aku sebgai pengamal ajaran sesat, main tanam2…

Xpela, soal tanam nanti dulu, skrang ade 4 bnda kena settlekn dl…

1) Print hasil tulisan, kumpul gambar

2) Buat kapsul

3) Cari tempat nk tanam, jauh dari hidupan liar, dan prasangka manusia.

4) Makan nasik.

Nanti bler aku da kawin, ade anak, aku akan gali balik.. setiap bebelan dan karya yang aku tulis, ada ceritanya yang tersendiri, aku xnak memori ini lesap, hilang begitu saja. Aku akan ceritakan kisah hidup aku yang tak seberapa ini kepada anak-anak aku nanti, bedtime stories org kate.. Aku nk simpan elok2, dan aku rasa kapsul masa adalah jawapan yang tepat..

Ya aku tahu,

Ini zaman teknologi, zaman serba canggih, main tanam-tanam ni x moden, x real, hey! I just don’t trust technology ok, aku yakin, nnti suatu hari, dunia ini akn dikuasai oleh robot dan machine, x percaya tengokla dokumentari terminator… semua die dh explain..

Wekkk!

mntak2 bile time aku nk gali balik, aku blm lagi nyanyuk…

Papehal, cari nasik dl….

Anyway,

Mane nk cari tukang kimpal kapsul ah?

Thursday, January 27, 2011

ketenangan

dalam keserabutan, kekalutan, segala macam, pelbagai huhahuha sana, huhahuha sini,

aku bangun dari merenung siling, aku gapai sisa-sisa rokok yang berbaki, duduk dikerusi, memandang ke luar tingkap.

aku mahu lari dari segalanya..

lantas jari ku mengetik mencari...




ahhhhhhhh! babi!

kenapa bilik aku banyak nyamuk??

sape bleh explain?..

Tuesday, January 25, 2011

budak tu tak salah, gua yang salah.


ini keret saya yang lukis tau, jgn culik!

Semalam sedang asyik gua makan nasik tengahari, gua nmpak ade sorang brader, pakai kemeje, sluar slack licin, gua syak dia cikgu, melihatkan kepada beliau, gua tiba-tiba teringat kenangan dulu. Kenangan zaman gua berpraktikal.

Dulu masa diploma gua praktikal di sebuah sekolah rendah di Terengganu,

Cara gua mengajar senang sahaja, alat bantu mengajar mesti gempak, dan teknik paling mudah adalah drilling, secara mudahnya, drilling adalah mengulangi sesuatu secara intensif cnthnya perkataan sehingga melekat di dalam otak murid2, die punya thp boring jika ianya diaplikasikan kepada pelajar dewasa, x mustahil guru berkenaan akan dilempang dan dipijak.

Gua ditugaskan untuk mengajar 4 kelas, 2 kelas darjah 3, 2 kelas darjah 5. Ajar bahasa inggeris.

Satu hari gua masuk kelas darjah 3, klas yang gua mengajar ni adalah klas ketegori belakang, tmpat kanak-kanak buas dan tiada harapan, ni bkn gua ckp, tpi cikgu2 kat sekolah 2 cakap, gua mmg dari dulu menentang labeling dalam pendidikan, sukati cikgu je nak cakap diorang xde harapan, kalo anak cikgu sendiri org cakap camtu camner? Cuba jawab???

Berbalik kepada kisah gua..

Ok. Hari ni gua nk ajar pasal sayur-sayuran, malam sebelum gua dah sakit pinggang lukis gambar sayur-mayur nk tunjuk kat budak2.
Antara sayuran yang gua nk drill, nk ajar adalah carrot, spinach, cucumber dan onion.

Tapi pagi yang ceria berkenaan agak terganggu apabila gua jadi hangin kerana seorang murid kelas berkenaan cakap lukisan gua macam celaka, mggu lepas gua tengok budak ni macam cute, macam hamster, tp pagi ni gua rasa nk lempang,
Apa die ingat senang nk lukis sayuran??, menitis air mata gua nk lukis benda alah ni.

Gua terus cakap

Sit down!

Shut ur mouth!

Geram-geram gua nk cakap….

Shut ur fucking mouth, u son of harry potter!! (budak tu pakai kaca mata macam harry potter)

Ok, tinggalkan budak berkenaan, gua nk cerita pasal benda lain sebenarnya…

Begini..

Dalam kelas berkenaan ade sorang budak perempuan, baju kotor, tudung lintang pukang, hidung beringus pekat menghijau.

dalam kelas beliau x banyak songeh, diam je.

Pung pang pung pang.....

Selesai saja sesi pengenalan atau bahasa cikgu2 dipanggil set induksi, gua trus masuk drilling.

Gua drill perkataan carrot!

Gua tunjuk gambar carrot, gua ajar camner nak eja, kemudian gua randomly select murid untuk eja.

Kemudian gua suruh semua murid2 eja, bnyi mcm xde mslah, gua suruh semua peljar lelaki, pun beres, begitu juga dengan semua pelajar perempuan, semua macam beres, gua senyum, diorang dah pandai eja carrot.

Dalam duk mengajar gua jeling budak pompuan yang tudung lintang pukang dan berhingus tadi, die mcm senyap, ni mmg gua marah, dalam kelas gua, gua pentingkan participation. Budak ni dah buat gua rasa x puas hati.

Gua tuding jari tepat kepada budak perempuan berkenaan, memang nasib die aritu. Gua srh die eja carrot

c.a….

c…

c…

c..

tergagap2 budak berkenaan.. muka die dh lain, merah menghala ke biru, sruttt..sruttt, bnyi hingus ditarik semakin deras, gua dah rasa geli geleman.

Barang kali setan dah hasut gua time 2, gua dah hangin, gua tunjuk gambar carrot depan beliau,gua berdiri sambil kaki kanan letak atas kerusi guru, nk bagi nmpak ganas. Budak2 lain muka down.

Carrot!!!!

Gua jerkah sebab da x tahan.

Budak tu menangis… gua buat x layan, ye agak kebinatangan, tapi apa gua kisah?

Nak pandai memang la pedih…

Lepas kelas gua bungks barang trus blah, bdk2 x smpat pn nk ucap terima kasih, pergghh, stylo plak rasa.

Tapi yang sedih……

Hari terakhir baru la gua tahu, budak pompuan 2 ade masalah, die x kenal huruf dan x tahu membaca. Gua sebak, kenapa gua x tau sebelum ni? Kalo gua tahu gua x kan seksa budak tu, gua akan beri perhatian khusus

Gua syak mungkin sebab tuhan nk tunjuk kat gua, lenkali ikhlaskan hati, jgn pikir ganjaran, jgn pikir nak dapat A je, jadi cikgu bukan macam juru kimpal, jadi cikgu kita bermain dengan manusia, bermain dengan minda2 yang masih kecil, minda2 yang minta untuk diisi.

Hari terakhir di sekolah berkenaan gua melangkah layu, sampai sekarang gua x tau apa yang jadi dengan budak tu, gua pohon pada tuhan, semoga die berjaya, nanti satu hari kalo die jumpa gua, jangan dia langgar lari gua sudah.

Keluar result praktikal, gua dapat B. ok la tu.

Saturday, January 22, 2011

perihal ayah.

Semenjak dua menjak ni saya terkenangkan ayah……

Ayah saya adalah merupakan pesara. Ayah penyokong kuat kerajaan, pagi hari baca berita harian, baca utusan, malam hari ayah tonton berita RTM1, saya rasa kalo ayah baca tukar tiub, maunye die mengamuk satu kampug. Ayah sokong kerajaan bukan ape, katanya demi masa depan anak2. Beliau selalu nasihatkan saya jangan turun ke jalan, sokongla kerajaan selalu…. Bla bla bla bla… saya telan kata-kata ayah tanpa sedikit bangkangan…..

Ayah saya bekeng orgnye, mengikut kata mak, zaman muda dulu ayah garang sgt, pernah satu kejadian ayah nak makan nenas, tp mk lmbat kupas sbb sibuk dengan abang dan kakak yang masih kecil. Ayah ambik nenas tersebut dah campak keluar, bersepai nenas berkenaan. Mak menangis teresak-esak bersama abng dan kakak. Tapi selepas keadaan reda, ayah keluar bli lagi satu.

Namun sebekeng-bekeng dan seganas ayah, saya respek kerana ayah tak pernah pun hinggapkan tangan beliau ke tubuh badan mak. Ayah sayang mak, itu saya jamin, kalo x mesti dah lama ayah kawen lagi satu. Tp bab karate kerusi, karate meja itu perkara biasa bagi ayah…. Tapi itu dulu.

ayah pentingkan disiplin, ayah pentingkan pendidikan anak-anak…. Ayah memerintah keluarga stail dictator, apa yang ayah kate kami kena ikut kami kena buat…..
tp itu juga dulu, skrang ayah sudah dimamah usia, teguran beliau tidak lagi selantang dulu, beliau lebih cenderung untuk berdiam diri, ayah sekarang byk habiskan masa di masjid…… tiap kali tiba waktu solat, ayah akan bawa mak ke masjid naik moto Honda c70 yang setahu saya dibeli sama tahun dengan kelahiran saya…. Ayah tenang meniti hari..

“anak-anak semua da besar, pandai la diorang atur hidup masing2”, kata ayah kepada mak pada suatu petang, dekat2 nak maghrib.

Itulah ayah, walau mcmmane pn saya kira ayah telah berkaya memainkan peranan sbgai ketua keluarga, rasa x puas hati 2 memang la ade, sape x pnh rebel terhadap ibu bapa saya anggap sebagai bangang.. x pn robot.

Tapi pada saya……

Saya xnk anak saya nnti takutkan saya sebagaimana saya takut kepada ayah……

Dulu saya takutkan ayah, ya saya benci ayah, tapi sejajar dengan kematangan usia, daripada rasa takut semata-mata timbul rasa hormat terhadap ayah. Byk bnda yg saya x setuju dgn ayah dulu, tp skrng sya dh nmpak rasional disebaliknya. Xlain bagi seorang ayah, hanya mahukan yang terbaik untk anak2.

Teringat saya satu kisah….

Ayah pernah bawa saya dan abang ke taman permainan, satu ketika dulu, saya sendiri pun x ingat bile, saya rasa sgt seronok dapat main papan gelungsur, punggung saya calar sebab bergesel dengan papan kelongsor yang x di servis. Memang pedih, tapi saya diamkan shj sbb saya xnak ayah risau dan buat keputusan untuk pulang saja kerumah pada petang itu.. disebalik kepedihan punggung, saya bahagia.

Kenangan bersama ayah walaupun x banyak yang saya ingat, namun ianya sangat bermakna..

Selamat hari lahir ayah, rasanya bukan hari ni, entah bler pn saya xtau.

Selamat hari bapa ayah, saya juga lupa bler tarikh hari bapa.

Walau apapun…..

Hanya satu yang saya pinta kepada tuhan, saya berharap agar saya dapat berbual secara man to man dengan ayah, sblm ayah pergi untuk selamanya………..

Friday, January 21, 2011

cerita 2 taun lepas.

Semalam gua mimpi, gua mimpi kucing yang gua bunuh secara x sengaja 2 tahun lepas datang cakar labu betis gua… gigit urat keting… gua panik lalu terjaga dari tido… tiba-tiba gua teringat satu kisah…..

2 tahun lalu….

Hidup gua agak terumbang ambing, result diploma gua cukup2 makan, nak kerja tak tahu kemana nk dituju. Jadi gua hanya duduk mencatur nasib depan tv di rumah, penat tengok tv gua cari nasik kat dapur. Tunggu UPU memang seksa, gua mmg dah xde backup plan, gagal UPU memang gua gi beli pisau toreh dan menceburkan diri dalam dunia penorehan.

Xsemena-mena pada petang tu gua rasa nak buat cabinet, tujuan gua buat cabinet sebab nk tunjukkan bahawasanya gua ini insan berguna. berproduktiviti, nk buktikan pada ayah, gua ni ade kemahiran, ade wawasan, nnti bler cabinet ni da siap, bolehla ayah amik buat tempat simpn sepana dan alatan pertukangan yang lain.

Bahagian gergaji-gergaji gua x de masalah, semua settle, terima kasih kepada cikgu kemahiran hidup gua dulu. Namun begitu, bila tiba bahagian untuk tukul menukul semacm ade mslh, gua cek tukul tgk kpla dh longgar, tp gua buat bodoh, sedang asyik gua mengetuk paku, tiba-tiba hasil daripada satu hayunan yang kuat, terpelanting kepala tukuk berkenaan lantas hinggap ke kepala kucing, kucing hitam tompok putih, kucing kesayangan ayah, manala gua nak tau bnda ni akan terjadi.

Kucing berkenaan menggelupur kesakitan, gua kire mmg ngeri.. eeeiii…

Gua panik, kalo nk dibandingkan secara teori, mmg la ayah gua sayangkan gua berbanding kucing berkenaan, tp praktikalnya, kucing tersebut selalu dipeluk2 dan dicium2. … mknn diatur ikut jadual, kalo miss skali, confirm ayah seakan-akan mngamuk.

Ok, waktu tu serius gua panik. Ade 4 pilihan dalam kepala hotak gua

1) Lari dari rumah, tulis nota ckp cari kerja kat singapura
2) Bercerita benar
3) Bunuh diri
4) Diamkan diri, buat bodoh buat x tahu, jangan mengaku…

Setelah gua bertungkus lumus buat timbang tara antara keempat-empat pilihan, gua choose yang ke 4, sebab yang lain gua rasa mcm menghala ke arah jalan bertemakan liang lahad.

Gua rilek jap, gua tgk kucing tu dah berhenti menggelupur… gua deras2 ambil cangkul dan tanam kucing berkenaan dalam semak… lepas tanam kucing berkenaan, gua tanam pohon-pohon kecil nk kaver. Lpas tanam gua masuk dapur bukak tudung saji makan nasik, nak bagi nmpak natural.

Preh.. prehhh..

Gua mmg kenal bnyi tapak kaki ni, ni tapak kaki ayah gua, gua dh berpeluh, makin dkat bnyi tapak kaki, makin deras gua suap nasi. mak gua xsyak pape, ralit basuh baju.

Ayah gua dah balik dari surau, mngikut rutin yg biasa, lpas balik masjid beliau akan peluk kucing.

“Meow.. meowww.. meowww…” Ayah panggil kucing,

15 minit xde respon, muka ayah dah lain,

“Ade nmpk kucing x?” tanye ayah, semacam dh x keruan.

“Ooo.. kucing hitam yang ayah selalu pluk ke?”

“Ye la, kucing mane lagi!”

“Xtau la ayah, tadi ade je nmpk duk main2 kat tepi jalan, mgkin kucing 2 dah……………. Sbb tadi ade bnyi lori brek”

Ayah dah boleh agak apa yang gua cuba sampaikan, ayah tunduk sugul… maafkan anakanda.. hehehe…

Semenjak dari hari itu, 2 3 ari jugk gua tgk ayah asyk duk mundar mandir tepi semak seberang jalan. Katanya, kalo dilanggar lori, mana bangkainya?… ayah gua planning nk buat proper funeral. Gua diam membisu, x nak ckp lebih2, nntikan salah kata disusun, terbongkar kisah sebenar.

Projek kabinet gua hold sampai skrng…

Itu 2 tahun yg lalu.

rasa bersalah terus menghambat gua sampai skrang, Gua planning esok pagi gua nk call ayah… nak crite hal yang sebenar. Gua harap ayah ampunkan gua.

Tuesday, January 11, 2011

kisah gua belajar jawi masa darjah dua tahun 1996 dulu.

masa darjah dua dulu saya seorang murid yang cemerlang, berdisiplin dan berdedikasi. Saya pernah mendapat anugerah pelajar paling berdisiplin ketika awal tahun darjah dua, tapi sayang, kawan-kawan saya tersalah sangka dengn mengatakan saya menang peraduan mewarna kerana pada ketika itu hadiah pelajar berdisiplin disampaikan bersekali dengan hadiah pertandingan mewarna, well, rata2 rakan saya ketika itu masih lagi bodoh, keliru dengan atur cara majlis sehingga saya disalah tafsir. Dan saya kecewa sampai harini.

Mengimbau kembali alam persekolahan saya pada tahun 1996, Honestly speaking, mata pelajaran yang paling saya tak minat dan kalo boleh, rasa ingin melarikan diri ketika itu adalah pendidikan agama islam, bukan nak kate, tapi jauh di sudut hati saya, saya salahkan ustazah saya diatas “level ilmu agama” saya sekarang. Selalunya pendidikan islam adalah pada waktu pagi, setiap hari ahad, 2 slot, maknanya kelas satu jam. Hujung minggu saya gembira, tapi pada sabtu malam saya akan monyok, dan berharap esok sekolah meletup, atau runtuh, tak pun berlaku tanah jerlus sehingga menelan bilik guru besar. Ini semua tidak lain kerana saya terlalu takut dengn ustazah berkenaan.

Secara jujur, saya tidak gemar dengan cara beliau mengajar, menggunakan full authority sebagai seorang guru, setiap kali kelas beliau saya akan terketar-ketar. Salah sikit ditengking, penah sekali saya cuba memperbetulkan kedudukan spender saya ketika beliau sedang mengajar, dan saya dituduh main2……. Saya disuruhnya berdiri sehingga habis satu jam.. luluh hati saya.

Anyway,

Silibus pendidikan islam ketika itu saya tidak ingat, kabur dalam ingatan saya, namun ada satu kenangan yang sampai harini saya x kan lupakan, iaitu ketika slot, mari belajar jawi. Maka slot jawilah slot paling mendebarkan, kerana berbanding rakan-rakan yang lain, saya kira saya agak jauh ketinggalan. Dulu saya ingat jawi ni berasal dari bahasa makhluk asing kerana die punya payah sehingga pedih ulu hati. (itu dulu dan pada saya)…..

Makanya setelah pung pang pung pang ustazah men-drill beberapa perkataan, kami diberikan tugas mudah, tulis 5 ayat dalam jawi berkaitan hobi. Saya senyum kerana itu tugas mudah. Namun ketika mencari idea untuk membina ayat-ayat yang cantik demi menambat hati ustazah, saya jadi konfius tentang ejaan “saya” .

Muncul 2 pilihan dalam minda saya ketika itu

1) Sin alif wau ya

2) Sin alif ya

Oleh kerana kebodohan sombong malu untuk bertanya, saya deras memilih pilihan pertama, iaitu “sin alif wau ya”

Maka karangan saya pun berbunyi…..,

sawi ada hobi,

hobi sawi main bola

hari-hari sawi main bola

bola sawi warna biru

sawi suka bola

Dan ustazah berkenaan membaca kisah saya ke sekelian kelas. Nada suaranya yang lantang saya rasa sampai rapat ke penjuru blok belakang, tempat budak dajjal 6 berkumpul. Terdengar hilai tawa dari kejauhan. Saya sedih dan kecewa, mula-mula saya cool, tapi bler saya jelling tengok kasmah, budak perempuan cantik anak pak deraman, juga ketawa… saya sebak, ego saya jatuh, tanpa saya sedar.. air mata saya mengalir sambil tangan masih lagi membetulkan kedudukan spender, ya.. saya belajar pakai sepender masa drjah dua.. hampir semiggu saya disawikan….. baik oleh rakan sebaya, mahupun budak dajjal 6, x kurang juga 2 3 org guru yang menjeling sinis, diorang ingat kanak-kanak macam saya xde perasaan ke???... (emoticon sedih, mcm ni.. :( )

bermula dari saat itulah saya belajar tentang hakikat kehidupan, bahawasanya, kesilapan kita walaupun sekecil mana sekalipun, orang akan nilai org akan tengok, berbanding dgn kejayaan, walaupun sebesar mana, sehebat mana, payah sekali untuk sekadar diingati.

hanya kerana kisah sawi, anugerah pelajar berdisiplin yang saya terima berhamburan ke dalam longkang. Mudahnya mereka lupa.

xpe la ustazah… what ever happened, jasamu dikenang.

Monday, January 10, 2011

lepas ni saya x kan tunggang unikorn lagi.


gambar ni saya lukis sendiri taw, bukan ehsan dewa google, tengok je, jgn culik!

4.00 a.m

Celake!

Saya tersedar dari tido ketika umat lain sedang nyenyak tido… mungkin. Terjaga di waktu pagi dan x dpt nk sambung balik adalah antara perkara yang paling saya tidak gemari. Tidak tahu nk buat apa, saya akan menggodek2 nset, mmbaca mesej2 lama, sesekali memandang notice board di bilik, rasa sakit hati melihat notice2 kerja yang belum saya selesaikan.

Ahhh!

Saya agak kecewa, ini sepatutnya waktu saya di alam mimpi, bersama pari-pari, bersama dolphin-dolphin kliposes (suatu haiwan mistik ciptaan saya, dolphin ini bersayap dan friendly. Ade paru-paru), tapi sayang, saya berada di alam nyata. Patutla tadi ketika saya sedang asyik menunggang unicorn bersama si dia, tiba-tiba unicorn yang kami tunggangi jatuh terjelepuk. Nk kate x makan mustahil, kerana ketika hendak mula menunggang tadi, saya tengok unicorn berkenaan baru sahaja selesai membaham selonggok rumput halus, yang berkhasiat lagi mengenyangkan. Rumput khas makanan unicorn. (dalam dunia saya ok)

Anyway,

Berbalik kepada hal saya dan dia, sebelum kami terjelepuk jatuh dari unicorn, sempat juga saya dan die bersama-sama menikmati pemandangan mimpi dan memerhati makhluk2 mimpi sambil menunggang seekor unicorn, of course la saya sebagai penunggang. Apa yang menarik segala apa yang kami lihat, apa yang saya dan die tengok adalah hasil ciptaan saya, ya kerana ini adalah mimpi saya.

Saya gembira melihat si dia tertawa dan terpesona dengan alam ciptaan saya, tapi saya agak terkilan apabila si dia mengatakan agak tidak berpuas ati dengan salah seekor makhluk di alam mimpi saya, merujuk kepada seekor haiwan yang saya namakan memonyet senja. Katanya die, monyet ini menakutkan dan sedikit sebanyak merosakkan mood keceriaan yang saya cuba timbulkan.

Well, saya x salahkan die, mungkin benar apa yang dikate, memonyet senja adalah intepritasi sudut gelap dalam diri saya, entah kenapa ianya memasuki mimpi yang sepatutnya indah ini. Tidak mengapa, saya berjanji untuk memusnahkan memonyet senja ini pada masa hadapan, itu janji saya kepada si dia. Kata saya sambil mengukir satu senyum manis.

Si dia tersenyum nipis sambil melontarkan pandangan pada pelangi berspektrum 24 warna.

“jom” kata saya.

“Kemana?” jawab si dia manja.

“Mengejar pelangi!...yeehaaa!” kata saya, dengan aksi ala koboi-koboi, kedua kaki depan unicorn terangkat, dan terus memecut laju.

Tiba-tiba…..

Kecebikkkkkkk!!

Unicorn bodoh berkenaan terjelepuk jatuh!

Saya tersentak lalu tersedar dari tido, lantas mencari nset untk bertanya khbar si dia.

Tp xkan saya nk tanye, Camner tadi? Sakit ke jatuh unicorn???

Dan itu adalah satu kebodohan, adalah bangang berbicara soal unicorn,dolphin kliposes, dan alam mimpi pada mana2 insan pada pukul 4 pagi.

Saya batalkan niat.

Saya lupa, dia jatuh di alam mimpi saya, jadi secara matematiknya, dia ok… sedang enak tido sekarang.

Maka saya bangun nyalakan sebatang rokok dan mencoret saki baki ingatan kisah saya dan dia di alam maya.

Dan si dia?

Terus hanyut di alam mimpi…………………….

Sunday, January 9, 2011

kak limah balik! (review)



2 hari lepas saya ke panggung berdekatan bersama 4 + 1 lagi rakan (yang lagi sorang 2 saya x kacip dengan die kerana jenis yang berhutang x nak bayar) menonton cerita hantu kak limah, cita rasa kami tinggi terutamanya saya, pada saya cerita yang best2 hanyalah buatan Hollywood, kalo nk tengk citer melayu baik download je, bukan x nak sapot. Tapi x nak membazirkan duit untuk menonton cerita melayu di pawagam. Namun begitu, saya dan rakan-rakan dapat merasakan yang cerita hantu kak limah ni unik dan ada tarikannya yang tersendiri.

Saya bukanlah pengkritik filem, atau orang yang arif dalam berbicara tentang filem, namun ini adalah berdasarkan saya punya observation, x setuju, makan tahi ok…. Yang pertama saya tengok adalah line up pelakon, kena dengan selera saya kerana tiada pelakon yang mcm syok sendiri atau bodoh yang melampau-lampau. Keduanya lawak yang dipaparkan saya kire tidak keterlaluan, atau pun emacam desperate untuk membuat penonton ketawa. Lawak-lawak daripada filem ni juga saya kire ade trademarknye yang tersendiri,terutama skali bahagian... "cer crite..."

Saya kata kan ianya lawak kerana rakan saya yang serius mcm hell pn tergelak sakan sehingga terangkat kaki, nyaris tersepak kepala penonton di hadapan, saya ketika itu gelak dalam risau, bimbng berlakunya pergocohan dalm pnggung.

Banyak scene-scene yang saya kire menarik, dan lawaknye berjaya menyentuh neuron kepala hotak saya, ya saya akui, saya melangkah masuk panggung dengan membawa ego yang agak besar, pada saya tiada lagi cerita di tanah melayu ini betul-betul melawakkan. Namun setelah beberapa lama, ditambah dengan adegan johan yang terpaksa pakai saji mengkuang nak kaver punggung dan konek, itu dah cukup membuatkan saya senak perut selama 20 saat.

Filem ini dari satu sudut saya tengok ianya mengajak kita untuk berasa bangga dengan asal-usul kita, I mean, negeri kelahiran, elemn kekampungan dan kemasyarakatn dalam file mini cuba menyingkap kembali tentang nilai-nilai yang sudah lame kita lupakan.. dari sudut bahasa pula, inya sebenarnya cuba untuk menunjukkan kepada kita bahawasanya tida salah dalam mengetengahkan loghat2 yang ade dalam Negara kita, ia nya bukan suatu yang bersifat dalaman lagi, sebaliknya sesuatu yang perlu dikongsi, dan diketengahkan, dan filem kak limah ini adalah suatu medium yang bagus.

Secara keseluruhan saya berpuas hati, walaupun tiket berharga 12 ringgit. Dan aksi tong2 duit depan kaunter tiket memang x gentlemen, kalo mane2 gerombolan awek yang Nampak kami ketika itu, mmg sadis, namun saya berjaya kaver balik dengan membeli popcorn saiz large, heh! Amik….

Ramai yang menonton kak limah, barisan kerusi kami adalan yang ketiga, macam celaka, sakit tengkuk.

Anyways
Untuk kak limah saya bagi 4 bntang dan satu tabik spring.

Tuesday, January 4, 2011

Elemen kebetulan dalam percintaan

Ok, begini……

apabila dilamun cinta, atau dlm proses meng-adjust seseorng, tidak dinafikan elemen kebetulan ini penting, ianya penting bagi menunjukkan seolah-olah anda memang ade jodoh dengan si dia ataupun tidak.. (ya saya tahu jodoh pertemuan di tangan tuhan) semakin byk kebetulan, semakin anda rasakan yang si die mmg ditakdirkan untuk anda, Walaupn jauh disudut hati anda, byk fakta tentang diri anda telah anda seleweng atas name meng-kebetulan-kan fakta demi menekel si die.

Namun begitu bagi anda yang tahap nasibnye same dengan selipar jepun, yakni tidaklah berape bernasib baik, amat sukar untuk kebetulan yang menggembirakan ini terjadi. justeru itu wujudla kita namakan disini elemen kebetulan yang terancang, dengan harapan segala kebetulan ini dapat dijadikan hujah yang kukuh bahawasanya si die mmg ditakdirkan untuk anda, walhal… anda ini seperti celaka, dan si die adalah umpama bidadari. Elemen kebetulan juga amat penting tatkala apabila bercerita di kedai2 mamak khususnya tentang bibit2 pertemuan…

Baiklah, Bercakap pasal kebetulan terancang, dari sudut pandangn seorang lelaki straight dan normal mcm saya, yang meminati warna ungu ini. Saat yang saya kire crucial bagi mencapai ultimate of kebetulan, atau king of kebetulan adalah tatkala pertemuan kali pertama.

Maka disinilah kita melihat, ramai yang ingin meng-kebetulan-kan bibit-bibit pertemuan mereka, sebagai contoh, apabila target di kenal pasti, anda akan mengenalpastikan kawasan mangsa, oopps maaf.. kawasan si die berlegar atau berkeliaran, dan anda seboleh-boleh akan selalu mundar-mandir atau pn org kate mengunjungi kawasan berkenaan dengan berpakaian terbaik dan sehabis wangi, dengan harapan agar terserempak dengn si dia. Dan di waktu itu muncul imaginasi indah tentang bibit2 pertemuan, contohnya bertembung dan buku si dia berselerekan, anda selaku gentlemen akan menolong mengutip buku si dia yang bersepah jatuh, buku dia jatuh dan kertas anda pula berterbangan, menambahkan lagi manis imaginasi, kertas anda yang sudah tercoret dengan sajak-sajak dan syair2 cinta, ditulis diatas kertas yang berbau wangi, jatuh ke tgn si dia. Dan semestinya andai mengharap dia bertanya,

“awak yg tulis semua ni, emmm nice?....” (senyum, sambil menghulurkan kembali kertas anda)

“Ye. Saya yg tulis, tak de la, sekadar isi masa lapang je.. he he he” (gelak manja ala celake)

(perbualan akan berlarutan bergantung atas kreativiti anda…. Paling koman, dapat add fb, kalo x, berhenti ejas awek, pergi balik baca buku!)

Pada die bnda ini kebetulan yg menggembirakan, pada anda ianya suatu perancangan, anda senyum kerana berjaya, die senyum kerana menyangka dirinya bertuah, bukan bertuah kerana bertemu anda, tetapi bertuah dengan cara bertemu anda.. dalam kondisi sebegini, walaupun anda memiliki wajah pecah rumah, namun anda sudah berjaya memenangi sesuku daripada keseluruhan hatinya… jadi langkah follow up seterusnya anda paham-paham sendirila…. Maka kisah bibit pertemuan yang romantic ini akan dijaja si dia hinggga ke dalam mimpi.

Begitula, secara jujurnya, untuk mencapai ultimate dalam aspek kebetulan ni sebenarnya satu dalam sejuta.

Pokok pangkalnye, tidak kisahla ianya dirancang ataupun sememangnya kebetulan yang betul, just don blow it up man…

jgn jadi mcm saya, blows up chances is my expertise.

Setiap kali peluang kebetulan itu hadir, saya bazirkan dengan aksi bangang ataupn gabra gementar yg x tentu hala kemudian saya akan balik ke bilik dan peluk bantal sambil berkata..

Alahai…. Bodohnya aku…

Sunday, January 2, 2011

die sambut tahun 2011

Malam tahun baru.

Malam ni, die dh ready die dah nekad. Malam ni apa nk jadi, jadila. Memang dari dulu lagi die dh planning, kbtulan mlm ni ade teman2 yang ajak. Pucuk dicita ulam mendatang orang kate, muda-muda ni la nk try, nnti dh tua, xde benda nk dicerita nk di bnggakan tatkala melepak di kedai kopi. Dosa?.. katanya die, kite kire belakang… yang penting pengalaman zaman muda. Bukan senang nk buat benda ni, alang2 dpt sambung belajar kat kolumpur ni, ni la masanya. Die budak kampong je, masa duk berpeleseran kat kampong dulu die jugak yang benci benda2 macam ni, kate macam-macam… tapi malam ni, atas pilihan die sendiri, die nekad nak try…

Kebetulan yang manis, malam ni sambutan tahun baru.. sepnjng hidup die, x prnah lagi katanya sambut tahun baru ni kolumpur. Die dh bosan tengok bunga api, bagila bunga api sebesar mana, secantik mane, die xnak, bukan apa, time raya bunga api, time merdeka bunga api.. kalo nk tgk bunga api, kat kampong die sendiri pun berlambak, taun baru kalini, die nk benda lain, die impikan kelainan, walaupun kelainan itu mungkin sekali mendekat kan die dengan gerbang neraka, gamaknya die pikir boleh kawtim dengan malaikat malik. Die berkeras sekeras-keras konek nk benda tu, Kebetulan ada 2 3 ekor teman die yang juga bersekepala dan juga memiliki ilmu agama yang sama level dengan die ajak cuba, ha.. apa lagi, duit ade, bukan xde. Die bukan berkira sgt pasal duit ni kalo nk berhibur, lain la kalo berkaitan akademik, 2 crite lain.

Dalam kereta lagi die dh tersengih2, die bukan jenis yang huha-huha, die bukan jenis yang bersosial tak tentu hala, memiliki akaun facebook itu lain cerita. Sejahil-jahil die, jahil lagi tunggul kayu, bukan die tak tahu dosa pahala. Perkara asas seperti berwuduk dan doa qunut itu semua die tahu. Kadang-kadang kalo kene gaya, die berkemampuan untuk member tazkirah jika perlu. Tapi silapnye entah dimana, die teringin sangat nk cuba benda tu, rasa bersalah die dh buang bersama najis sewaktu hendak turun td. Ni semua mungkin sekali gara-gara iklan dan juga terpengaruh dengan cerita-cerita dari barat, budaya kuning bak kate cikgu tingkatan dua.

Die tersengih dalam debar, benda dah ade depan mata, x kan nk beralih angin beralih nekad sekelip mata, buang dulu rasa bersalah. hadap dulu apa yang ade di depan mata. Rasa sekali cukup la, die amik benda tu, bau skit, kemudian teguk… maka bersatula cecair beralkohol itu kedalam darah daging die… die sengih, laaaa… mcmni ke rsnye. Bukan bes sgt pn. Dalam x bes, teguk demi teguk die cube…. Kepala dah goyang. Kebingitan kelab malam lansung x menggangu die, die dh mula suka dengan benda-benda mcm ni, ni ke kehidupan, waaaaahhhhh! Seronak jugak…..

Perggghhh.. die mmg hebat, tahun baru islam 1 muharram die minum barbican, tahun baru omputeh ni, 2011 die minum minuman ber alcohol… memang die hebat, x sia-sia sambung belajar kat kolumpur, dalam keriuhan segala mcm smbutan, die merasa high, bergelak ketawa smbil melayan kehangatan tubuh pompuan ntah mane2, bergeselan dalam kebingitan music yang ntah pape…. Dlm mabuk-mabuk, sempat juga die berkata, 2012 nk try buat tattoo plak…….

Ikut die la… jgn kate 2020 die nk jadi ateis sudah..