Wednesday, February 23, 2011

pengumuman penting

Ok. Ini pengumuman serius.

Kepada sesiapa yang nak taip surat cinta, surat putus cinta, nota bunuh diri, surat ugutan, surat cacian, surat makian. TAPI mati kutu, mati akal, kurang penbendaharaan kata, lemah tatabahasa, bengap dalam penulisan, buta huruf, bodoh,bebal,tiada pen, cacat anggota dan sebagainya.

Anda jangn risau, jangn runsing, jgn bmbng, gua sedia menolong. Gua menyediakan perkhidmatan taip-menaip secara kecil-kecilan. Kadar upah berkadar terus dengan tahap keseriusan anda. Semakin serius anda, semakin mahal upah yang dikenakan, jangan malu jangan segan, email kan butiran anda kepada gua. Contohnya jika anda ingin bunuh diri, nyatakan tarikh, masa dan sebab anda ingin bunuh diri. Perkhidmatan ini dibuka kepada seluruh lapisan masyarakat, tidak kira samaada anda adalah mat rempit, mat pit, budak shuffle, budak bundle, cikgu tadika, penjawat awam, penjawat swasta, ketua kampong, JKKK kampong, pak jabit, anggota rela, tentera, posmen, pegawai daerah, pengamal rasuah, penyokong Rosmah ataupun pengedar ganja.

Sekian terima kasih.

P/s: Segala fakta dan butiran yang diberikan, gua xkan seleweng, jgn risau.

Saturday, February 19, 2011

malam tranquility


semalam tido dan mimpi saya terganggu dengan gigitan nyamuk yang maha banyak. Terjaga pada pukul 4 pagi adalah perkara yang tidak menyeronokkan. Saya menyesal kerana tidak meluangkan masa dan wang untuk membeli ubat nyamuk pada siangnya. Natijahnya saya terseksa pada malam hari. Saya kuak langsir berwarna coklat bercorak bulat-bulat, ye memang hodoh dan tidak berseni, tapi itu adalah langsir milik pihak kolej kediaman, jadi, terima sajalah.

Dalam kegelapan malam saya lemparkan pandangan saya kearah bintang-bintang di langit, melalui celahan tingkap, saya mengintai bulan yang jauh nun di angkasa. Saya meraba-raba permukaan meja tempat saya jarang2 study, mencari sebatang rokok yang saya beli siang tadi. Rokok sekarang saya beli batang-batang sahaja, bukan lagi sekotak-sekotak seperti dulu, factor kewangan dan juga azam untuk berhenti adalah punca utama. Ironic sungguh, rokok saya ingat untuk beli, tapi ubat nyamuk, haram tidak terlintas dalam fikiran saya.

Saya ketuk2 pangkal rokok ke kuku, nk bagi padat, tapi entah la, the real reason kenapa rokok diketuk2 sampai arini saya x tau, yang jelas ianya semacam habit bagi setiap perokok. Rasa mengantuk saya sudah hilang, tidak berguna jika saya terus melawan takdir dengan bergulung macm tenggiling diatas katil memujuk diri untuk tido, itu tindakan yang mengundang kata2 carutan, ye lah, mcmmana nk tido dengan nyamuk yang berseliratan.

Saya silang kaki kiri keatas paha kanan diatas sebuah kerusi berwarna biru, tersemat kemas sebatang dunhill yang tembakaunya sudah saya padatkan di antara bibir saya yang semakin hari semakin biru menghitam. Kemana pergi bibir saya yang merah dan seksi? Ok, persoalan itu saya tinggalkan jawapannya kepada puntung2 rokok yang bersepah dalam tong sampah. Mata saya masih lagi memandang terus dan tepat kepada sang bulan. Dan rokok yang terselit kemas belum pn lagi tergerak untuk saya nyalakan. Biarkan dulu puntungnya basah diantara bibir saya ini.

Saya tersenyum..

Mungkin inilah yang dikatakan tranquility waktu pagi, disaat haiwan nocturnal meliar menjalani kehidupan malam. Saya berasa tenang dengan suasana yang sunyi ini. Biarkan saja nyamuk ini mengusik di birai ibu jari kaki kanan saya, bermain2 di betis dan juga sesekali melintas di tepi cuping telinga. Sedutlah darah ini, saya tidak mahu saat ketenangan ini rosak dengan nyamuk-nyamuk yang hanya inginkan setitik darah.

Dalam senyum, minda saya berlegar-legar tentang pelbagai persoalan. Saya terus tersenyum kerana tidak saya sangka perkara sekecil ini, keadaan ini, mampu memberikan saya kegembiraan, sebatang rokok di waktu sejuk pagi, ditemani bintang dan bulan, ahhh.. indahnya. Saya tertanya-tanya apa lagi perkara dalam hidup saya yang saya anggap kecil tetapi sebenarnya amat besar maknanya dan mampu memberikan sense of tranquility seperti ini.

Saya tinggalkan seketika lamunan yang tiada penghujung, pandangan saya alihkan dari bulan kepada konteks bilik, mencari lighter. Selesai saja rokok ini dinyalan, saya akan kembali melihat bulan.

Saya sudah lupa dimana saya letak lighter.

Saya cari di segenap penjuru bilik.

di bawah katil.

Di antara celah buku-buku.

Di meja study.

Dalam poket baju, poket seluar.

Bawah tilam.

Ok. Ini tidak menarik, dan ini adalah babi!,

sape rembat lighter gua??

gua memang dah nekad nak santau......

Esok gua nak ke kedai, bli ubat nyamuk, dan beli lighter!, akhir sekali google cara-cara nak santau orang.

cis

Wednesday, February 9, 2011

eskrim di alam slow-mo


eskrim ni saya lukis sendiri tau! jgn culik!


seminggu ni memang hell. makan eskerim pun x sempat.

sibuk serabut.

kalo boleh saya nak tinggalkan semua ni dan lari.

lari ke dunia slow-mo bersama si dia.

ok..

malam kebelakangan ni, sebelum tido, setelah menghantar sekeping mesej ucap selamat malam kepada sidia, saya akan termenung sekejap sambil memandang sayu kipas yang sedang rancak berpusing.

banyak yang saya pikir, saya berharap esok pagi apabila saya bangun dari tido, saya berada di alam slow-mo.

alam slow-mo adalah alam dimana eskrim yang kita makan akan lambat habis, dan setiap saat yang dilalui adalah sangat berharga.

saya mahu bawa dia ke alam slow-mo untuk makan eskrim.

tapi secara jujurnya, saya sudah lupa flavor kegemaran si dia.

ok.. saya memang truk. katakan saja.

tapi kalo si dia suruh saya teka, saya akan jawab vanilla, kerana besenye pompuan suka vanilla. ntah betul ntah tidak itu hanya tnggapan saya.

kalo jawapan saya betul, tekaan saya tepat saya akan beli eskrim vanilla untuk die.

kalo salah tekaan saya, saya akan biarkan dia sendiri yang tentukan. ambikla eskrim apa saja.

ataupn, kami duduk dulu di mana-mana dan cuba tentukan flavor mana yang lagi bes.

ya, kami boleh bercakap soal eskrim sepanjang hari. kerana kami di alam slow-mo

.......

menikmati eskrim bersama si dia sambil berbual-bual tentang perkara remeh-temeh yang lansung tak masuk akal adalah impian saya.

.

Saturday, February 5, 2011

si penanya cinta

Ok. Satu perkara yang babi tentang astro adalah ketika hujan.

Memang mustahil untuk melawan takdir dengan hujan dan angin kuat sebegini. Daripada mencarut x trentu pasal baik gua blah,gua bgn dari kerusi, tendang anak patung tanda rebel, capai kunci kereta ayah dan berjalan perlahan-lahan merapati dinding dapur mengelak tempias hujan menuju bangsal kereta.

Tiba-tiba bunyi derap kaki, pendek2 dan laju2 datang menghampiri gua yang baru saja nak masuk kedalam kete..

“Nak kemana?” Tanya sesusuk tubuh.

“Kedai jap” balas gua ringkas dan padat, menjawab segala persoalan

“Nak ikut”

“X boleh!”

“Nak tanye ni”

“Apa?” balas gua dengan nada lembut tapi keras.

“Apa itu cinta?”

Gua senyum

Senyum melebar…..

sudah lama gua xpikir soal cinta ni.. gua tunda dulu hasrat gua nak ke kedai, gua tarik kerusi mengadap si penanya cinta, gua seluk kocek amik lollipop. Gua dalam proses berhenti rokok, gua harap bnda bodoh ni menjadi, ade 2 lolipop, satu untuk gua, satu lagi gua bagi kat orang yang bertanya pasal cinta depan gua ni.. gua duduk rilek atas kerusi, menyandar sambil sedut lolipop perlahan-lahan, rasa perit menjalar ke dalam tekak. Memang gua kena berhenti dah isap rokok..

“Nak tahu pasal cinta yee….” Kata gua memperjelaskan balik apa yang diigini oleh si penanya cinta

Ok begini..

Gua memulakan bicara tentang cinta di dalam sebuah bangsal yang tidak berdinding hanya berbumbung, si penanya cinta duduk mengadap sambil menghisap rakus lollipop.

Cinta ini secara mudahnya umpama eskrim paddle pop dikala panas terik, air tea o ais limau dikala cuaca menyengat, juadah berbuka di kala bulan puasa dan sebatang dunhill di saat terkacip 3 hari x isap rokok.

“Oooo.. macam tu ke cinta?” balas si penanya cinta semacam x percaya dengan apa yang didengarnya.

“Ye macam tu la cinta, definisi sebenar sebuah cinta..” kata gua dengan bersungguh2. Gua soal cinta memng serius.

“Tapi mak cakap lain” si penanya cinta cube nak betah….

“Ahhh… zaman mak kamu lain…..” gua cuba mempertahankan hujah, kalo masih lagi disanggah, mmg gua angkat penumbuk.

“Tapi……” si penanya cinta masih lagi nk memanjangkan perdebatan.

“Wekkk! Kamu duduk la sini, ayah teh nk gi kedai… “

Balas gua kepada anak sedara gua yang tahun ni baru masuk darjah 4, Alhamdulillah die dapat masuk kelas depan tahun ni, tapi gua syak die dpt masuk kelas pandai pn sebab main kabel, kakak gua mengajar kat sekolah 2... budak-budak, kecik dah diajar main kabel… ishh..

Anyway,

Gua kesiankan budak2 zaman sekarang, dah xde dah zaman main2 pasir, main kawen2 main masak2 pakai api real, bergelumang dengan tanah, selut dan mcm2 lagi. Sekarang budak2 sibuk dengn tv, games ntah pape dan mcm2 lagi la, mane pergi kemahiran personal diorang?.. xpe la, nnti kalo gua dapat anak, kecik2 lagi gua nak ajak main selut belakang rumah kat kg gua.

Peace.