Tuesday, September 29, 2009

Apa ada pada nama.?


anak pakcik salleh dan makcik zaitun..

Anak pak cik salleh dan makcik zaitun hanyalah merupakan seorang pemuda kampung biasa sahaja, tetapi apa yang menjadikan beliau luar biasa adalah kerana namanya, nama yang sememangnya pernah didengar oleh sesiapa sahaja, terutama kepada mereka-mereka yang pntingkan gaya... kalo orang lain pakai nama standard-standard je mcm Ramli, Kassim, Deraman dan sebagainya, namun tidak bagi pak cik salleh dan makcik zaitun, pada mereka biarlah anak mereka gagal dlam bidang pelajaran, biarlah anak mereka membusung dengan pekerjaan sebagai penoreh.. yang penting pada mereka adalah nama yang stylo untuk didengar..

namun begitu tidak siapa yang pasti dari mana pak cik salleh dan makcik zaitun memperoleh ilham untuk menamakan anak mereka begitu... bahkan ketua kg sendiri sudah berbuih hijau bertanyakan sebab dan musabab disebalik nama yang diberikan oleh pak cik salleh dan mak cik zaitun. nak kate pak cik salleh dan mak cik zaitun terpengaruh dengan budaya luar, itu tidak mungkin sama sekali... nk kata pak cik salleh dan mak cik zaitun terpengaruh melalui rancngn2 yang disiarkan oleh pihak astro, itu tidak logik kerana pakcik salleh tidak mempunyai astro, entenna yang ada sekarang ni pun adalah hasil usaha beliau sendiri menggunakan beberapa batang besi dan tudung periuk, siaran yang dapat ditonton pun hanyalah rtm1... perkara ini sudah 2 kali dibangkitkan oleh saudara bustaman merangkap ajk surau kampung berkenaan, namun segala hujah bustaman senang saja di patahkan oleh pak cik salleh.. dengan lagak gaya yang selamba tanpa bnyk fikir, setiap persoalan akan dijawab.. " anak ni, aku dengan si zaitun yang buat, suka hati kitorang r nk namakn apa pun".. mendengar jawapan itu, terdiam lah bustaman.

itu belum lagi kisah pak cik salleh menampar lebai ismail sehingga menyebabkan lebai ismail menderita kencing manis dan kencing malam.. semua ni terjadi akibat nama anak pak cik salleh..
mak cik zaitun juga tidak kurang bangangnya, dari awal perkahwinan sampailah sekarang ketika lambaian kubur sudah dekat, masih lagi berdiri teguh di belakang pak cik salleh, apa yang pakcik salleh arahkan, apa yang pak cik salleh mahukan semuanya dituruti, pernah orang kampung melihat pak cik salleh dan mak cik zaitun bermain bunga api di kawasan kebun sayur milik jiran mereka.. pernah juga orang kampung melihat mereka berdua sepakat memasukkan mercun papan ke dalam dubur seekor kucing.. sungguh tidak senonoh!!....

..................................................


barangkali pak cik salleh dan mak cik zaitun leka dalam dunia ciptaan mereka sendiri sehingga mereka sama sekali tidak menduga apa yang akan menimpa.. suatu petang yang damai, selesai sahaja kerja mereka di kebun pisang milik keluarga zaitun turun temurun, mereka seaakan akan tidak percaya dengan apa yang telah terjadi.. anak kesayangn mereka sudah lari meninggalkan mereka, lebih teruk lagi.. segala bekalan pisang untuk menampung kehidupan mereka juga dibawa lari bersama.. yang tinggal hanyalah sekeping nota kecil terselit di celah peti sejuk.... nota kecil yang besar maknanya, dengan titisan air mata bercampur peluh yang masih lagi berjejeran, mak cik zaitun membaca nota berkenaan sambil pak cik salleh memetik gitar mendendangkan irama lagu salam terakhir...


kehadapan ayahanda dan ibunda,
bukanlah niat anakanda untuk memperlakukan ayahanda dan ibunda sebegini rupa, tetapi pada hari ini anakanda perlu mengambil keputusan demi masa depan kita bersama.. anakanda sudah tidak tahan dengan jelingan dan pandangan orang kampung, anakanda ingin mencari peluang di bandar, cukuplah dengan kerja menoreh ni, anakanda dah pe dap..
maafkan anakanda, halalkan segala makan dan minum anakanda, kalo umor ayanhanda dan ibunda panjang.. kita jumpa lagi..
salam sayang dari anakmu...

MARLBORO BIN SALLEH CHURCHILL









Sunday, September 27, 2009

sejuta bintang di langit.


gambar diatas tiada sedikit perkaitan pun dengan entry aku pada kali ini...

Kromosom xy : Awak…

Kromosom xx : Ye…

Kromosom xy : Jom ikut saya pegi mkn.. saya nk bwak awak makan kat tempat high class,

restoran 5 bintang.. nk?

Kromosom xx : Betul ni?

Kromosom xy : Betul la..

Kromosom xx : Banyak duit awak..

Kromosom xy : Tak pe, duit ptptn saya berlambak lagi… lagipun untuk awak.. x salah.

……………………………………….

Kromosom xy : Bang… bagi tea o ais limau 2…

Kromosom xx : Awak janji nk bawak saya makan kat restoran 5 bintang (nada merajuk)

Kromosom xy : Ye.. saya tahu

Kromosom xx : Habis 2, kenapa awak bawak saya makan kat gerai tepi jalan ni? dahla x

berbumbung

Kromosom xy : Selama ni penah x saya mungkir jnji?

Kromosom xx : X penah..

Kromosom xy : Pada saya, apabila dah berjanji dengan awak.. saya akan cuba sedaya upaya

untuk tunaikan..

Saya jnji nk bawak awak makn kat hotel 5 bntang..

Tp saya ada rancngn yang lebih baik. Cuba awak tgk atas… apa yg awak lihat?

Kromosom xx : Bintang2..(tersenyum)… terima kasih…

Kromosom xy : Awak..

Kromosom xx : Ye…

Kromosom xy : Tolong byr air ni.. saya tertinggal dompet..

Kromosom xx : $%#$%@#$%#@



---------------------------------------


selamat hari raya diucapkan kepada

rakan dan taulan.. belum terlambat lagi rasanya.

Tangan ku susun, kemaafan ku pohon...

juga, jutaan ampun diatas segala janji-janji untuk bertandang ke rumah..

nanti raya tahun depan gua pergi...








Wednesday, September 9, 2009

kelawar

Bermula dari hari pertama puasa sampailah ke hari ini,
susah betul nak tido malam. tapi bile dengar je azan subuh,
barulah kepala start memberat, mata semakin kuyu.
hidup dah macam kelawar.
bile nampak chya bulan, chaya bintang, segar bugar biji mata,
bile nampak je mentari pagi, terus datang rasa mengantuk.
memang sukar untuk betulkan balik timing tido ni.
badan dan hotak aku mngkin dah salah tafsir.
malam berjaga, siang tido.
kalo berterusan macam ni, boleh gila aku.

...............

Saturday, September 5, 2009

Debat Piala TNC KC vs K13


Badan aku dah mula belengas, blazer yang dari td aku pakai rasa nk cmpak dlm longkng je... masuk ni dah 2 btng rokok aku hisap.. dah 2 malm aku tido, pikir kan hari ini, pikirkan perdebatan untuk malam ni..... debaran untuk match kali ni lebih kencang berbanding debat PENDEKAR dulu.. kali ini tentangan pasukan lain lebih kuat... tajuk perdebatan kali ni pun lebih mencabar minda... "perlembagaan negara tidak lagi dijunjung"... mcm nak tercabut jntung aku bile dgr usul ni buat pertama kali, member aku selaku 1st speaker a.k.a PM rilek je tersenyih2, mau saja aku bagi penampar.. liga TNC ni secara mudahnya dilnsungkan secara home away, kali ni kitorang jadi tuan rumah, outomatiknya dapat jadi kerajaan, legala skit sebab pembukaan konsep, pihak kami yang tentukan... aku selaku 3rd speaker a.k.a kaki bidas memang x senang duduk... bukan senang nk cari loopholes dalam hujah ni, pendengarn kene tajam... x leh main sebat je, nnti malu diorang... 1st speaker dan 2nd speaker x pe r, speech dah ade... mcm aku ni kene tggu hujah balas pihak pembangkang baru la bleh berhujah...

lama tunggu akhirnya pihak lawan muncul.. aish! semuanya awek, nampak manis berbaju kurung... kalo ikt hati, mau saja aku mengorat barisan pembngkang, tapi x profesional la...
x boleh jadi ni, kalo kalah malu ni, xstylo r kalah ngan awek.. lgpn lawan kat tempat sendiri di hadapan penyokong sendiri, kalo kalah jugak, alamatnya 2 kali xstylo... berat 2... pihak lawan aku tgk tersenyum2 sambil muka buat2 cool, nk psycho r 2....

perbebatan bermula, member aku bgn dan tanpa berlengah lagi terus berhujah dan membuka konsep... konsep dan cantik dah, x terbabas mcm selalu... kalo terbabas jugak, memang aku cucuk buah pinggang beliau dengan pencil staedler 2b exam grade. Duduk je member aku, Ketua pembangkang pulak bgn... bgn mempertikaikan konsep bawaan kami.. nasib baik ketua pembangkang 2 cute... kalo ikutkan hati mahu saja aku selingkup meja debat dan hempuk kepala ketua pembangkang dengan botol mineral, tapi nasib baik la awek ramai... nnti pe plak kate awek, jatuh r market aku nnti...

..................................................................................................

aku dah mula berdebar, sebentar lagi giliran aku untuk berhujah seterusnya membidas segala hujah2 daripada pihak pembangkang.....hujah timbalan ketua pembangkang dah nk habis, kertas coretan untuk bidasan sudah penuh, penuh dengan omong kosong,penuh dgn hujah kosong tanpa isi..... nyaris2 aku nk lukis ganbar kucing mengawan, tapi nnti x manis la kalo terlihat oleh hakim... lagipn aku x sampai hati nk bidas pembngkang, maklumlah semuanya awek2... pasni dah konfem aku yang kene bgn berhujah... memng bngsat... mental block... aku x dapat nk tngkap sebarang isi yang boleh dibidas

tibala giliran aku........... dengn lagak gaya yang biasa aku guna utk berdebat.. aku mulai hujah dengan "bissmillahirrahmanirrahim, yang dipertua, yang baik kita bagi habuan, yang tidak baik kita bagi rotan dan yang tegar kita buat pembedahan, mari kita sama-sama bedah pihak pembangkang pada hari ini........ terima kasih yang dipertuan dewan, rakan-rakan kerajaan, proksi pembangkang, ahli2 dewan, assalmualaikum, salam sejahtera dan salam perdebatan, pada hari ini saya selaku menteri pertahanan dari barisan kerajaan akan.........................................................................."




...............................................................................................................

selesai perdebatan..

dengan muka serius ketua hakim mengumumkan keputusan.... alhamdulillah, KC menang dengan juri 3-0 margin 1... selamat aku untuk kali ni... untuk mggu2 seterusnya, x tau la mcmmaner.....

terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi datang memberikan sokongan...

Thursday, September 3, 2009

aku bukanlah peminat wonderpet

Line-up asal geng wonderpet,
bermula dari kiri, yang muka mcm bangang 2, Linny, Tuck dan Ming2

Zaman sekarang, dalam dunia yang berkembang maju, sape x kenal wonderpet memang kodi r, dalam erti kata lain xstylo. kanak-kanak kecik baik yang main pasir sampaila yang main psp, kalo x nyanyi lagu wonderpet, memang koman... silap hari bulan kalo x kene boikot, kene pow.. pembawaan cerita wonderpet memang mudah, berbekalkan modal seekor kura2 spesis apa ntah, seekor hamster yang dah mcm platypus dan seekor itik kuning bodoh dan bajet cute x tentu hala mereka mampu menghasilkan suatu cerita selamat menyelamat yang menarik, disamping berupaya mendendangkan lagu bertemakan kerjasama yang sungguh catchy sehinggakan hampir separuh populasi penduduk dunia menjadikan ianya sebagai nada dering... mungkin mereka bajet sempoi agaknya pakai nada dering wonderpet. rasa nak bagi penampar je.

Namun begitu, secara ikhlasnya, aku bukanlah peminat apatah lagi pengikut setia rancangan wonderpet yang keudara setiap hari jam 2.30 ptg ini. Pada hemat aku lebih baik menonton medik tv daripada membangangkan diri menonton wonderpet kalo x pun, lebih baik aku tolong ketua kg aku tanam jagung.x pun tlng Pak Kassim gali kubo. Namun disini, bukan itu soalnya, menurut berita terbaru yang dikeluarkan oleh pihak penerbitan wonderpet.. mereka kini terpaksa mencari pengganti bagi menggantikan watak ming2 (itik bodoh berwarna kuning) berikutan masalah disiplin dan kehidupan sosial ming2 yang tidak terkawal, ming2 dilaporkan di tahan oleh pihak polis San Francisco ekoran memandu di bawah pengaruh gam.

menurut sumber terbabit, ming2 juga disyaki mengedar pelbagai jenis bahan terlarang termasuklah, ectasy, eramine 5, methaphetamine, sorofonin, dendrit, fumakilla, patung ultraman gaia, gambar2 lucah Tuck, screw driver, spanar size4, bola futsal,dan juga beberapa kotak kuih almond london... berikutan penangkapan ming2, jadi pihak pengurusan wonderpet merasakan tidak manislah bagi mereka untuk mengekalkan posisi ming2 selaku anggota wonderpet, kerana ianya sedikit sebanyak akan mencalarkan imej bersih, cute dan innocent mereka selama ini.

berlandaskan hal ini, satu ujibakat tela dijalankan bagi mencari pengganti sesuai untuk watak ming2, seperti biasa imej cute dan innocent menjadi kriteria utama... dan setelah lama mencari dan menapis dari pelbagai pelusuk pencalonan.. keputusannya adalah seperti dibawah...

.
.
.
.
.
.
.



.
.
.
.
.
.
.
.

.


.


.


.


.


.

.


ha... inilah die ahli baru wonderpet yang bakal menggantikan ming2.. jenis binatang ini masih lagi dirahsiakn oleh pihak wonderpet. tetapi mengikut pendedahan paparazi, mgkin sekali ianya adalah kacukan antara musang pulut dan platypus ghana.




b
a
n
g
a
n
g
!