Saturday, August 29, 2009

Retro: pulut panggang, air asam boi



Gambar gua pakai kostum kermit berposing stylo sambil memandang jauh
kearah Statue Of Liberty
masa berpose di New York tahun lepas.

........................................................

teringat pulak kata-kata seorang member yang menyarankan aku untuk update blog tentang kehidupan aku di Universiti Ladang ini. bukan aku tak nak, tapi itulah, pada aku bukan senang untuk mengekspresikan apa yang kita rasa, apa yang kita alami melalui penulisan.... tapi sekadar untuk bercerita dan berkongsi pengalaman mungkin boleh... mungkin..

kalo bercakap soal pengalaman berpuasa disini, amat berlainan sekali, walaupun rutinnya tetap sama, berpuasa dan berterawikh... tapi apa yang dirasa, amat berbeza sekali. teringat pula ketika berpuasa di UDM. ketika itu aku sedang berpraktikal si sebuah sekolah rendah di terengganu. Dulu, balik je berpraktikal, dah sibuk-sibuk pergi ambik kuih dari tokey MLM. Tapak niaga aku sewa dengan pihak pengurusan universiti, kire berniaga dalam U jela. nak untung banyak punya pasal, macm-mcm kueh aku jual, nasib baik tak jual dadah je. tapi dalam banyak-banyak produk, killer produk kami tak lain tak bukan.. pulut panggang dan air asam boi. produk dah ade, tempat dah cantik, harga berpatutan, penjual pun peramah lagi baik hati.

tapi itulah, mungkin kerana terlampau baik dan terlampau mesra alam.. mane2 member yang datang beli gerenti dapat lebih, kalo beli seringgit, sepatutnya dapat 3, member punya pasal dapatlah lebih sebatang. itu belum masuk bab awek lagi, kalo datang yang cantik-cantik, ringan je tangan ni menghulurkan sedekah, kadang2 selamba ayam je aku bagi free 2 batang. member sebelah, a.k.a partner aku start dari 1st day berniaga sampai hari last tak abis2 menjeling. tapi mujurlah, member aku seorang yang baik hati paham jiwa, dia pun tak kisah sebab die pun turut sama tumpang glemer.

kisah dulu, letih mcmmane pun tak terasa. kadang-kadang awek gua datang tolong, kalo die ada gerenti gua jadi profesional, sorry r member, sorry r awek2, nak lebih tanye awek gua..hahaha.

tapi itulah, kisah dulu... kenangan lama yang masih lagi segar dalam ingatan. oleh kerana terlampau baik, terlampau mesra alam, akibatnya modal tah kemana, untung tak dapat, siap berhutang lagi dengan tokey MLM yang supply kueh kat kitorang. tapi macam biasalah, sampai sekarang aku tak bayar2, bukan tak nak bayar, tapi duit hasil perolehan aku dah renbat buat beli baju raya... tak pela, nanti bile aku dah bekerja, aku cari balik tokey 2, bayar hutang... moga-moga tokey tu panjng umo, kalo x, susah aku........








Monday, August 24, 2009

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan


kali ini tiada cerita-cerita kosong,
tiada lagi entry2 merapu,
cuma sekadar ingin mengucapkan
selamat meyambut bulan ramadhan
bulan keberkatan
kepada seluruh umat islam
tidak kira dimana saja anda berada.

juga ditujukan khas kepada rakan-rakan
dan sahabat-sahabat
yang sentiasa jauh dimata
tapi sentiasa, dan akan kekal di dalam hati
tidak dilupakan juga kepada
semua warga kerja PTPTN
baik yang bekerja mahupun yang sekadar makan gaji buta.

-------------------------------------

Pejam celik, tido bangun, lalai.... akhirnya bersua lagi kita dengan bulan yang penuh keberkatan, iaitu bulan ramadhan.. terasa hati ini sayu, sayu mengenangkan betapa bertuahnya diri ini kerana masih lagi diberikan kesempatan oleh Allah, kesempatan untuk bertemu dengan bulan yang sememangnya penuh dengan keberkatan, bulan untuk kita sama-sama mengejar pahala ibadah.

Semenjak dua menjak ini, barangkali sudah menjadi tabiat baru pada aku... iaitu menjadikan helaian2 tisu dari kedai makan sebagai medan untuk aku berblog. terasa minda ini segar apabila segala kata-kata dicoret menggunakan pen beralaskan tisu, terasa tangan ini lincah menggezet patah-patah perkataan berbanding ketika bersengkang mata mengadap laptop... tetapi kebanyakkan yang dicoret semuanya berunsur kejiwangan, jadi tidak manisla untuk dikongsi.. nanti apa pulak kate awek2 diluar sana... xstylo la diri ini apabila dicop mat jiwang... jadi biarlah aku layan jiwang secara individu... tapi apakan daya, di zaman serba canggih ini... memang x stylo la berblog guna tisu.. senang cerita.. malu diorang.. nak taknak, terpaksala aku rembat laptop member hanya sekadar untuk mengupdate blog.... jangn bimbang kawan, bil letrik aku bayar...

kalo ikutkan hati.. ingin saja aku ceritakan tntng sebuah kisah menarik tntng blan ramadhan yang amat molek utuk kita hayati.. tapi sayang... dh tiba waktu aku bersahur... jadi... akhir kata.. selamat berpuasa, selamat bersahur dan selamat berbuka...

( menu gua untuk sahur: nasik kosong, kicap, telur mata, diiringi lagu Harapan Ramadhan)..........

.
.
.
.






Saturday, August 1, 2009

playlist MP3 seorang punk sejati

Mohd Bakhtiar sedar, pengikut2nya sudah semakin bertambah.. rata-rata yang setia dengan idealoginya adalah mereka mereka yang berada pada umur 16 tahun kebawah.. kalo nak citer soal perjuangan Mohd Bakhtiar dalam punk memang pnjng... lagi pnjng kalo nk cerita pasal pengaruh dan idea2 yang di bawa oleh Mohd Bakhtiar...

tapi Mohd Bakhtiar semenjak dulu lagi tidak pernah terpisah dgn mp3nya.. kemana sahaja Mohd Bakhtiar pergi, kemana sahaja Mohd Bakhtiar berpropaganda, mp3 tetap dibawanya... tapi Mohd Bakhtiar cukup berahsia apabila ditanya soal playlist.. silap haribulan siapa yang bertanya secara lebih kurang, mungkin tembus pipi dicucuk Mohd Bakhtiar dgan straw.

seaakan-akan sudah ditakdirkan.. rahsia playlist Mohd Bakhtiar akhirnya terbongkar.. semuanya gara2 dengki dan tidak puas hati para pengikut bawahan yang dah lama ingin melihat Mohd Bakhtiar jatuh... playlist Mohd Bakhtiar kini tidak lagi rahsia... imej Mohd Bakhtiar yang terkenal dengan keganasan, rebel dan bermacam-mcm lagi sudah tiada makna....

mereka seaakan sudah lupa keganasan Mohd Baktiar.. Mohd Bakhtiar dulu secara selamba pernah menampar ketua kampung gara-gara berebut pondok telefon.. Mohd Bakhtiar dulu pernah jadi ahli kumpulan tarik kereta... pernah menjalani latihan intensif PLKN.. dan bermacm-mcm lagi... pendek kate kalo sape x gerun Mohd Bakhtiar memng silap besar...

playlist Mohd Bakhtiar.

Taylor Swift - love story
Letto - Ruang rindu
Letto - sebelum cahaya
Tangga - terbaik untukmu
breakaway - kelly clarkson
welcome to my life - simple plan
my way - frank sinatra
In the end - Linkin Park
Gareth Gates - Foolish
Gareth Gates - Listen to my heart
Acha - sampai menutup mata
Nidji - Akhir cinta abadi
Jet - look what u`ve done.
Ratu - teman tapi mesra
Papa Roach - scars
nickelback - this is how u remind me.
britney spears - Oopss i did it again
Mila - persis mutiara
..................................................................

Bersengguk-sengguk Mohd Bakhtiar melayan Lagu dari mp3nya... dulu pengikut2nya tertanya-tanya lagu apakah yang sering menjadi halwa telinga ketua mereka itu.. tapi sekarang tidak lagi.. semuanya sudah terjawab....

..........
.
.
.
.