Friday, June 17, 2011

Stori Of Pari-Pari: Masih Ada Yang Percaya.

“Eh, awal balik arini?,” tanye Rosmoh

“Apesal pelik benar ko ni Jamilah?, ade masalah ke?. “

Tambah Rosmoh lagi apebila melihat gaya Jamilah yang semacam lesu, dan jawab x jawab je bile orang tanye. Selalunya Jamilah bile balik, mesti berperilaku agak kepoh.

“Ye masalah, orang dh semakin x percayakan pari2..”

Kate Jamilah sambil tongkat saktinya diletakkan di atas rak, menakala sayapnya di tanggalkan dan disangkut kemas di birai pintu.

“Ko pulak mcmmane Rosmoh? Rilek je aku tengok. Dah 2 mnggu ko x klua, amboiiiiii.... dah lupe ke ko tu pari2.. tugas memari mari manusia.” Kata Jamilah melaser.

“Aku bukan ape Jamilah, sayap aku ni ha, robak skit, aku malas nk hantar baiki.” Balas Rosmoh, jawapan yang sekadar alasan untuk melegakan hati sendiri.

Jamilah duduk berteleku mengadap Rosmoh.

“Aku rasa manusia sekarang sudah lupa jasa pari-pari, ko ingat x Razman, anak Cik Kioh? Dulu zaman die mude2 aku la yang tolong die cari bini kemain lawa tu, skrng ni, kemain sombong, anak die baca buku pasal pari-pari pun die nk marah-marah. Kalo ikut hati aku ni Rosmoh, memang aku buzz razman tu ngn tongkat sakti aku ni, bia die tahu aku sape.”

“Janganla macam tu Jamilah,” potongnye Rosmoh

“Kite ni ni pari2 hati mesti baik, x kisah la orang nak percaya ke tidak, itu hak mereka, yang penting tugas kite, kite buat,” kate Rosmoh lagi sambil meraba-raba tembakau rokok celah dinding.

“Emmm.. ye lah Rosmoh, x pela, aku nak mandi ni, jap lagi ni ha, aku nk tgk budak Kassim tu. Nampak macam teringin benar nak pakai moto, aku tgk die duk terkebil2 tengok moto kat kedai, manelah tau aku boleh tolong, sebab aku tengok budak ni ade potensi, selalu jugak aku tengok die begitu teruja menonton sinetron pari-pari.” Kate jamilah yang sudah siap berkemban nak mandi.

“Emmm... Jamilah, aku ingat aku nk balik kampung la esok.”

Jamilah yang baru saje nak mandi agak terkejut, hampir saje terjatuh berus gigi ditangan beliau,

“eh, selalunya ko bab balik kampong ni liat, kenapa tiba-tiba nak balik???”

“Entahla, aku rasa nak balik sangat, tapi kali ni aku nk balik lame skit, aku xtau berapa lama aku akan berada di kampong.”

Melihat kepada gaya Rosmoh menyedut asap rokok tu, Jamilah macam dah boleh mengagak bahawasanya Rosmoh sebenarnya sudah putus asa jadi pari-pari.

“Katekan saja Rosmoh. Kite ni bukan setahun dua kenal, masa first year kat akademi pari-pari lagi kite dah kacip, ko dh x nak jadi pari-pari lagi kan?”

Wajah Rosmoh tiba-tiba berubah, Rosmoh serba salah dengan pertanyaan Jamilah. Rosmoh sedut rokok gulung dalam2, cube mencari kekuatan untuk menjawab soalan Jamilah.

“Yeeee Milah........ Aku sebenarnya dah x nmpak masa depan kita Jamilah, jomla Jamilah, tnggalkan dunia ni. Meh ikut aku balik kampung.”

Mendengarkan jawapan Rosmoh, Jamilah lantas mendongak kepalanya keatas, di tangannya masih lagi tergenggam kemas berus gigi yang sudah robak sambil berkata.

”Tidak Rosmoh, aku akan terus berada disini dan, Aku akan terus menjadi pari-pari selagi ada yang percaya’

Rosmoh, sambil meniup seruling, terjelepuk di suatu sudut, memandang Jamilah yang sedang berkemban dan memegang berus gigi, dengan kuasa sakti kepari-parian mereka.....
lampu menjadi dim disaat Jamilah habis berkata-kata.........

Tuesday, June 14, 2011

burger dan gelap.

Teneetttt..

Teneetttttt......

Alarm jam nset gua berbunyi, gua tengok pukul 2:30 pagi, jadah haram ape alarm ni?, bentak gua tanda x puas hati. gua syak anak sedara gua yang main siang tadi, bnyi alarm yang annoying buat gua x boleh nak smbung tido, hujan lebat diluar sana ditambah kesejukan malam sudah x mampu nak mengulit gua lagi, gua bgn duduk tercongok depan tv, tgk mane2 siaran yag ade.

Perut gua lapa, lantas gua buka langkah menuju ke dapur sambil membetulkan kain pelikat, gua bukak saji, bukak periuk, cari kalo2 ade lagi yang tersisa. Gua hampa x ade apa lagi yang tinggal. Gua bukak freezer, nasib gua agak baik, ade daging beger, terselit celah2 ikan, dah keras membeku. Ade satu tu je. Mmg gua lucky. Gua senyum rapat sampai telinga.

Gua panaskan kuali, lampu dapur gua x bukak, sebab rumah gua jenis yang memanjang, dapur kat tengah, kalo bukak nantikan menggangu adik2 gua yang sedang lena tido, pandangn gua dibantu dengan cahaya akuarium ikan dan juga cahya televisyen, sementara tunggu kuali panas gua layan tv dulu.

Cessssssssssss....

Bunyi daging yang beku bertemu kuali dengan minyak panas, 2 3 renjis minyak panas kena tangan gua, gua buat rilek walaupun sakit. Proses gorengan mcam biase, dalam menunggu bege gua masak, terasa jugak hati ni nak cucuh rokok barang sebatang, tapi deras2 gua tepis jauh2. Air liur gua dah kecur, X sabar nak kecap kesedapan bege.

Gua tengok daging bege gua dah masak, dh elok kalo nak angkat, gua bergegas ambik piring, lapik tisu skit. Tiba2 Hati gua jadi x sedap, dalam samar-samar gua tengok sebelah daging burger gua ade bnda panjang2 duk terbaring. Oleh kerana dagig burger gua dah masak dan gua malas nak pikir gua angkat sekali ngn bnda pnjng terbabit, Gua dh prepared chilli sos, mayonis, dan timun yang hampir kecut 2 3 hiris, gua dah atur dah susunan roti, mmg strategic.

Rasa x sabar dah menjalar ke seluruh tubuh gua.
Gua bawak dengan rasa gembira daging dan roti depan tv. Tp nasib baik, hati gua tergerak nk godek2 benda panjang berkenaan.....

cis sungguh!!!..

Gua dalam dilemma, nak teruskan atau batalkan saja sesi makan burger. Benda lain gua boleh telan, tapi ni dh terlampau obvious.

Memang celaka, benda panjang yang tergoreng skali dengan daging bege gua adalah bapak cicak, dah rangup jadinye gua tengok. Macam keropok panjang. Gua syak ni mesti terjatuh dalam kuali masa gua tengah layan tv td. Kali ikut rasa marah memang gua telan cicak ni. Tapi tu la, nasib baik gua belajar bersabar.

Last2 gua telan roti dan timun dengan rasa marah. Cicak ni mmg babi. Esok pasar minggu, gua nak beli racun cicak...

Dan lainkali, menggngu atau tidak, nak goreng sesuatu, mesti bukak lampu..

Mesti!

Sunday, June 5, 2011

wakaf lichong paradise post.

Gua sudah berada di kampong lebih kurang 2 minggu. Die punye seronok balik kampong ni susah nak cerita, masa mula-mula sampai ke kampong, gua melompat anak-anak tanda gembira, gua rasa agak tenang dengan suasana kampong. Banyak berita yang gua dengar tentang kampong gua, dibawah adalah beberapa benda yang gua nak kongsi.

1) Ayah gua telah dicalonkan sebagai penghulu baru kampung wakaf lichong, gua punya terkejut sampai tersembur tea o ais limau yang sedang asyik gua minum. Pencalonan ayah gua mendapat sokongan majoriti penduduk kampong. Ayah gua dicalonkan kerana dulu ayah gua adalah jurugegas TNB, jadi sape2 ade masalah berkaitan elektrik tiada orang lain dah, memang ayah gua yang dicari, sampaikan ade sekali, generator rosak pun panggil ayah, ayah punya hangin, ayah tendang sampai tergolek generator berkenaan. Namun begitu, rata-rata mereka melahirkan rasa kecewa kerana ayah gua dengan penuh bergaya menolak jawatan berkenaan, dengan alas an, kalo die jadi penghulu, penghulu sekarang nak makan apa? Penghulu sekarang hidup berlandaskan alaun jadi ketua kampung sahaja. Walaupun dikecewakan ayah, rata-rata penduduk kampung menghormati keputusan berkenaan. walaubagaimanapun, pak cu wi, penghulu wakaf lichong sejak zaman bile ntah gagal dihubungi bagi mendapatkan penjelasan lanjut. Menurut sumber yang dipercayai, penolakan terhadap tampuk pimpinan pak cu wi bukan lah berdasarkan laporan korupsi dan juga penyelewengan yang dilontarkan oleh beberapa makcik mulut longkang baru-baru ini.

2) Kampung wakaf lichong dikejutkan dengan adegan seorang makcik yang baru lepas menoreh dirogol secara bergilir oleh remaja kampung. Kejadian ini mengecewakan seluruh penduduk wakaf lichong kerana kedamaian kampung kini sudah ternoda dengan perangai macam bangkai anak sape ntah, bodoh betul. Makcik yang dirogol bukanlah janda bergetah, tapi adalah seorang makcik yang kerja menorah getah, dan diyakini sudah menapouse, bergetah? eeuuuwwww, jauh sekali, tahap nenek dah. Menurut sumber yang boleh dipercayai, remaja-remaja yang terlibat mungkin sekali berada di bawah pengaruh gam. Justeru itu, ahli jawatan kuasa kemajuan kampung menggesa penjualan gam di kampung wakaf lichong dikaji semula bagi mengelakkan kejadian sama dari berulang. Kejadian yang tiada otak dan tidak berprikemanusiaan ini telah sedikit sebanyak menberi kesan kepada bilangan saf perempuan di masjid. Kaum ibu menjadi takut untuk ke masjid terutama waktu malam tanpa ditemani golongan lelaki, gua rasa ini agenda freemason bagi melemahkan ukhwah dan jemaah umat islam, dan juga, gua rasa pemuda-pemuda yang terlibat mungkin sekali terpengaruh dengan akhbar-akhbar seperti utusan dan harian metro yang setiap hari tak abis-abis lapor pasal video seks dan laporan alat2 sulit

3) Seorang lelaki pertengahan usia lembik dibalun dan dibantai dengan batu bata oleh jemaah masjid akibat tindakannya meragut beg ketika orang ramai sedang berjemaah. Kejadian yang berlaku tatkala jemaah masjid sedang menununaikan solat asar, apabila masuk part sujud, lelaki bodoh berkenaan dengan selamba meragut beg seorang jemaah perempuan yang diletakkan dihadapan beliau, namun begitu alangkah bodohnya lelaki berkenaan kerana berlari menyelamatkan diri dengan melalui kawasan jemaah lelaki. Apa lagi, pucuk dicita ulam mendatang, setelah menyedari begnya diragut, jemaah wanita berkenaan terus menjerit dan ianya didengari oleh jemaah lelaki, tinggal pak imam dan beberapa orang lama masjid saja yang meneruskan solat, manakala jemaah2 lain sudah hilang sabar dan pecah jemaah, bertindak mengejar lelaki berkanaan, seorang jemaah lelaki, bekas wakil sekolah acara melontar peluru berjaya menunjukkan skill yang sudah lama terpendam dengan membaling bata tepat menuju ke belakang pesalah, pesalah jatuh menggelupur. Dan seterusnya... adegan belasah membelasah bermula.


4) Beberapa individu menggesa suapaya rondaan kampong di maktu malam dijalan dengan lebih kerap dan efektif bagi memastikan keselamatan kampong terus terjaga dan terpelihara. Rondaan yang lebih bersistematik dan berjadual akan dirancang dengan sebaik mungkin dalam waktu terdekat, ini bagi megelakkan kejadian rondaan macam sebelum-sebelum ini yang disifatkan mcam celaka, ade anggota yang apabila sampai turn beliau untuk meronda, dibantainya balik rumah tido. Kualiti kuih muih juga akan diupgrade, kemungkinan kali ini karipap inti sardine yang panas2 kan dihidangkan, tiada lagi kuih ntah ape2 rasa tepung dan keras macam batu, kali ini juga tiada teo o kosong tawar nak mampus, sebaliknya diganti dengan sunquick sejuk bagi menarik minat orang muda. Makcik2 sedang giat melobi kuih muih mereka di merata kawasan kampong bagi melobi untuk mendapatkan tender membekal kuih, namun begitu, pihak bertanggungjawab sudah menyenaraihitamkan makcik2 yang mulut longkong serta kuih yang janji sedap tapi macam haram.

Sekian saja dari gua sepanjang hampir 2 minggu berada di kamgpung. Nanti apa-apa hal gua akan laporkan dari masa ke semasa. Gua harap kerajaan dapat hidayah dengan menganugerahkan kewudahan wifi percuma kat kampung gua, bolehlah gua melaporkan berita, gua juga harap gua rajin ke cyber cafe, dan ade duit untuk bayar 2.90 sejam, kita jumpe lagi. Arios.