Thursday, July 30, 2009

Out of order!



Bukan kerana aku sombong.
dan bukan juga kerana aku jimat kredit..
tapi nset aku telah bertukar menjadi makhluk bangang..
jadi di kesempatan ini aku ingin memohon ribuan ampun dan maaf..
kepada mane2 mesej yang tidak berbalas... dan juga mane2
panggilan yang tidak berjawab...

nset gua...

Out Of Order.........


Tuesday, July 21, 2009

Kasih Kassim Pada Ramlah.

Kassim dah naik pening melihat keaadaan Ramlah... masuk ni dah 18 kali Ramlah muntah-muntah.... jiwa Kassim kacau, otak kassim bercelaru, hati kassim x tenang... Pd kassim, tiada yang lebih disayanginya melainkan ramlah... tapi bak kata pepatah, terlajak perahu boleh diundur, terlajak perbuatan, tnggungla sendiri... terngiang2 di telingan kassim akan nasihat ketua kampungnya dulu sebelum berhijrah ke kota besar mencari rezeki... "kassim ko jgn... jgn buat perkara yang tak dapt diundur, nnti ko yg susah"...

tapi sayang, seribu kali sayang... kassim hanyut, hanyut dibuai angin kota.... dan kesannya, sgt berat untuk kassim tanggung... kassim teringat kembali saat2 indah perkenalannya dengan ramlah dulu... pada kassim, Ramlah lah yang tercantik, paling manis dan teramat comel.... dan kerana itu, ditambah pula dengan IQ kassim yang bolehlah disamakan dengan seekor penguin hutan, kassim tanpa usul periksa mengajak ramlah untuk tinggal bersama..

barangkali Kassim sudah lupa.. yang beliau bukan CEO syarikat mahupun seseorang yang memiliki kilang cekedis, Kassim hanyalah seorang posmen yang kerjanya sudah tentulah menghantar surat, amatlah mustahil dan tidak logik untuk Kassim menghantar pizza mahupun ayam golek... Pada Kassim, wang tak penting, yang penting cinta dan kasih sayang.. biarlah bergaji kecik, setakat Ramlah, kassim masih lagi mampu...

Skop kehidupan Kassim amatlah mudah... tatkala pulang je dari aktiviti pos mengepos... Kassim akn terus mendapatkan Ramlah, dipeluknya ramlah, dibelainya ramlah... dan Ramlah seperti biasa, melayan saja kehendak kassim.. Pada kassim, tiada yang lebih bahagia selain daripada bersama Ramlah... dunia milik kita bersama, itulah moto yang dibisikkan Kassim secara manja ke telinga Ramlah.. setiap hari, setiap masa dan setiap saat.....

Kassim sedar, dan kassim juga tahu... walaupun kassim x lepas UPSR, dan gagal ujian fardu ain, tapi kassim tahu... kassim tahu yang Ramlah sekarang mengalami sindrom berbadan dua... bukanlah bermaksud Ramlah akan terbelah dua dan menjadi 2 entiti yang berbeza, ataupun belahan dedua, tetapi secara jelas, maksudnya adalah ramlah sekarang sudah Hamil....

Pada Kassim.. bukan pandangan masyarakat yang dibimbangi, tapi yang merunsing fikiran beliau adalah kos tanggungan untuk menyara kehidupan mereka di waktu muka.. tidak sesekali bagi kassim untuk membuang Ramlah.. kassim bukan lah seseoran yang bersifat habis madu sepah dibuang, pada kassim... ramlah sudah menjadi sebahagian dari hidup beliau.. membuang ramlah adalah sesuatu yang sangat2 mustahil... demi ramlah.. Kassim sanggup berbuat apa saja termasuk bersenam seni di khalayak ramai.. asal saja beliau tidak berpisah dari Ramlah.

............................................................................................................................................................

3 kampit whiskers dipegang kemas kemin oleh Kassim..... hajatnya cuma satu.. cepat2 pulang demi Ramlah dan anak2... biarlah.. biarlah kassim menanggung beban, biarlah hampir sesuku gaji Kassim terbarai demi Ramlah dan anak2... biarlah kassim terpaksa ikat perut demi ramlah dan anak2... kerana kassim sedar, Ramlah dan anak2 juga adalah makhluk ciptaan tuhan... mungkin kehidupan ramlah dan anak2 lebih baik jika terus bersama beliau daripada dilepas bebas merayau2 dikota besar yang hati para penghuninya sudah lama mati... sudah lama layu.. layu dengan dengan asap2 kota pembawa dengki dan hanyir dengan sifat pentingkan diri...

kassim juga sedar, sedar yang beliau tidak lagi boleh membiarkan ramlah terus bebas di laman-laman rumah, kassim perlu peka... peka dengan aktiviti ramlah dan anak-anak... cukuplah kejadian kassim terlepas pandang sehingga Ramlah kucing kesayangan beliau mengandung......

Saturday, July 18, 2009

Apabila malam semakin larut....

yang terakhir...........
disedut dalam-dalam..
dihembus pelan-pelan..
kepala melayang-layang..
terbang ntah kemana..
khayal dengan dunia sendiri..
hanyut dalam mimpi..
tenggelam dalam angan-angan..
lemas dalam kenangan..
malam semakin larut..
tilam semakin menggoda..
bantal memanggil-manggil..
mata semakin berat..
semakin mengantuk..
selamat.. malam..

Zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz..........













Monday, July 13, 2009

Kisah Ramli....

Ini bukan sebuah karya rekaan, bukan juga sebuah cerita kosong tanpa isi, ini adalah merupakan sebuah kisah benar, kisah yang terjadi kepada seorang pemuda yang semenjak lahir bernama Ramli. Sudah menjadi kelaziman bagi Ramli untuk pulang lewat tiap2 malam dan kebanyakkan waktu Ramli akan pulang tatkala mendengar azan subuh berkumandang… bukan Ramli sengaja tapi dah tugas Ramli sebagai seorang mat moto yang sejati.

Dunia pada takrifan cetek Ramli adalah berkisar pada moto dan pompuan, dan pada Ramli blog adalah merupakan nama binatang purbakala yang memakan udang2 serta kerang-kerangan di tepi pantai… begitulah gambaran betapa sempitnya fikiran Ramli…mulut mak ramli dah naik cramp melontarkan kata-kata nasihat, tp Ramli lansung tidak memberikan respon yang positif.. ayah Ramli dah lame meninggal, semenjak Ramli merempit pakai beskal tayar mati lagi… dulu Ramli janji bler dah besar, nk cari kerja nk tolong mak.. tapi Ramli macam hampeh.. mulut dan janji manis saje, tindakan xade… mcm bodoh..

Ramli dikurniakan otak yang memang ligat, walaupun dah dibanjiri dengan berkandang-kandang pil sintetik , Ramli masih mampu menghasilkan ayat2 manis dan power untuk mencairkan hati orang pompuan dan juga masih lagi terer dalam bab setting2 moto.Tapi Allah maha berkuasa…pada suatu malam bulan mengambang, ketika sang biawak dan cengkerik2 sibuk berpeleseran, Ramli pula sedang sibuk bersama-sama rakan2jahanam yang lain menelaah komponen-komponen moto untuk diupgrade..mak Ramli telefon… dengan suara tersekat2 mak Ramli mintak tolong Ramli hantar beliau ke hospital…

mak Ramli dari dulu lagi ade masalah kesihatan… semenjak ayah Ramli belum kenal pun lagi dengan mak Ramli….

“ Ramli… balik la jap.. hantar mak ke klinik… ubat asma mak dah habis ni ”

“ Ala mak… ramli sibuk ni.. mak gune la dulu minyak angin wak seman 2… nak senang mak telan je trus minyak tu.. nnti esok pg Ramli hantar…”

Memang ciri-ciri durhaka terserlah jelas pd ramli… sungguh x munasabah disuruhnya mak sendiri telan minyak angin… tapi itulah Ramli…. Sibuk dengan dunia sempitnya… jasa mak yang susah pyh membesarkannya langsung tidak diambil pusing…. Mungkin ramli dah lupa asal usul… mungkin ramli pikir yang die berasal dari buah jambu…. Bukan dari perut seorang ibu… seorang ibu yang sedang bersusah pyh untk bernafas kat rumah….

Azan subuh berkumandang…Ramli macm biasa baru je balik dari opis… Ramli terkejut melihat orang kampg memenuhi perkarangan dan juga rumah beliau.. hati Ramli berdebar2….jantung Ramli bagai disentap2… anggota tubuh Ramli seaakan lemah tiada upaya…. Mata Ramli bergelinangan.. Ramli seakan-akan menyedari ibu yang dikasihi sudah tiada lagi

Maaaaaaaakkkkkk!!!!....

tanpa mempedulikan awek2 yang berkeliaran Ramli terus melangkah masuk ke rumah, hampir saja beliau tersepak ketua kampung…

Mak jangn tinggalkan ramli!!!!!!!!

Tiba-tiba…

Pangggg!!.....Satu das penampar hinggap di muka Ramli….

“yang kau terjerit-jerit macm orang gile ni pehal!, mak hidup lagi la… rumah kita ni ha.. malam tadi masuk perompak.. habis diusungnye peti besi arwah bapak kau… ni sume rombngan ketua kg la ni.. nk melawat tempat kejadian…mak pegi klinik malam tadi… duda kg sebelah yang tlng hantar mak.. nk harapkan kau.. alamatnya arwah dulu la mak ni…”

Dengan linangan air mata yang masih lg belum kering… Ramli bgn dari bertimpuh… Ramli tatap wajah maknye sepuas2 hati… Ramli pegang tangn maknya… Ramli memohon ribuan ampun.. kata Ramli.. tidak pernah seumur hidupnya rasakan debaran sebegini kencang… rempuh road block JPJ pun x rasa adrenalin rush macm ni… kata Ramli dia dh insaf… dia dah x sanggup lagi rasa perasaan ni… perasaan apabila kehilangan seorang emak…......

Aku Juga Manusia Biasa

Aku juga manusia biasa…

Seorang manusia biasa yang tidak boleh lari dari segala macam ragam dan rencam dunia

Aku pernah tewas

Aku pernah gagal

Aku pernah dihina

Aku pernah ditertawakan

Dan aku juga pernah terpedaya

Terpedaya dengan janji-janji manis

Tertipu dengan mainan dunia

yang hanyir dengan segala macam tipu muslihat

aku juga sentiasa lalai

lalai diulit kehendak sendiri

yang tidak pernah mengenal erti cukup…..

dan tidak pernah kenal erti syukur….

……………………………………………………..

Sunday, July 12, 2009

Gua Ejas Awek....

suatu petang yang damai... gua jalan sorang2.. berjalan2 dilorong2 yang gua sendiri tak tau menuju kemana... tiba-tiba.... gua terpandang seorng awek... ni dh kire baik.. gua kunyah chewing gam bg cover bau rokok, tanpa segan silu terus menuju terus kearah awek tersebut..

awak ni studentkan....

emm...

wajah awak dah cantik.. tapi satu je kurang...

ape?

kurang senyuman... kalo awak senyum lagi cantik...

papejelah...

kite buat perjnjian nk?

perjnjian ape?

bagi masa 5 saat untuk saya buat awak tersenyum...
dan kalo berjaya sy nk no tepon awak bleh?

bleh je...

.................................................................


1

2

3

4

5

tenetttt...trenetttt.......... tenenenettttt...... tenenenetttttttttttt............

Biba!..... gua bermimpi rupanye.... aiseh! gampang betul... menyesal set alarm awal2... kalo set alarm lewat 2 minit gerenti dh berawek aku sekarang.... cisss!!!

..........

....
...

.
.

Friday, July 10, 2009

crite dulu....

masuk ni dah lapan batang ronkak aku hisap... bukan kerana stress mahupun kepenatan menelaah nota yang walaupun 18 kali dibaca namun x paham2, bukan juga kerana terkejut dengan nyamuk2 KL yang besar macm mampus.... tapi kerana mencari ilham... ilham untuk penulisan blog... untuk dikongsi bersama-sama... xkan setiap entry aku nk merapu... nnti xstylo la kalo awek2 baca...

tiba-tiba sahaja aku ingin bercerita tentang kisah aku ketika berada di UDM dulu... tahun 2006... kalo x silap aku... time aku berada di semester 2.... dek kerana terkancip duit, nk telepon mak malu... nak pinjam duit ngn member, member pun sesak tahap gampang, nk mintk duit ngn awek... lagila xstylo... jadi aku ambik keputusan untuk menjaja... bukan menjaja kueh mueh mahupun benda-benda haram tetapi menjaja air teh....

cakap mmg senang, tp untuk melaksanakn memng susah... aku dengan selambanya membancuh teh dalam baldi menggunakan air paip... mujurlah time 2 sambutan kemerdekaan baru sahaja berlalu, dapatlah juga aku menggunakan batang bendera untuk dijadikan senduk pengacau.... bukan niat aku untk berbuat demikian, tapi keaadaan memng mendesak.. kalo aku x jual teh mlm 2... alamatnye kebulurlah aku...

plastik2 tea o beng diikat kemas... 30 bungks aku pikul ...malu x yah crite... dari bilik ke bilik aku ketuk.. sebungkus 50sen... ade yg beli kerana kesian.. ade yg beli sebab member2.. ade yg komplin kenapa rasa mcm air paip.. ade yg puji sebab nk ambik hati.... lantk korangla.. jnji duit msuk..

alhamdulillah... 20 bngks lebih terjual... dapatla aku survive utk beberapa hari... teh yang x terjual aku minum smbil kire duit hasil penjualan...tp sekali sedut muka aku dah stat membiru, aku yakin ramai yg tengh menyumpah2.. dan x lupa juga yg marah2...baru aku sedar... aku lupa letak............ gula.....

.............

......
...
..
.




pemandangan baru di tempat baru.

kalo hendak bercerita pasal minggu orientasi.. sampai minggu depan blum tentu habis.. kalo nak citer pasal letih... lagi la letih...
sudah lama x update blog.. sudah lama tidak tahu berita tentang warga2 blog...
bukan kerana aku menarik diri dari dunia pemblogkan tetapi dek kerana kekangan masa dan ketiadaan kemudahan.....

hidup di tempat baru tidak la semudah membeli panadol di kedai2 runcit berdekatan, hakikatnya ianya sgt susah... untuk mengenal seseorang amat mudah, untuk berkawan lagila senang.. tapi untuk bersahabat.... untuk sama-sama susah, untuk sama2 payah.... perlukan masa yang sgt lama...

bile di tempat baru... apabila pintu bilik dibuka, pintu tingkap dibuka... yang dilihat, yang dirasa semuanya berbeza... sangt2 berbeza.... udara yang disedut tidak lagi senyaman dulu... kadang2 terbau bauan yang kurang menyenangkan... bukan kerana timbunan baju yang sudah seminggu tidak berbasuh.. bukan juga bau badan roomate... tapi kerana hati masih lagi berada di tempat dulu....

tapi itulah hakikat... tiada apa yang kekal selamanya... yang penting hadapi perubahan dengan hati terbuka....



.......