Sunday, January 31, 2010

sms.

4.59 a.m

''bro, mggu depan cuti tahun baru cina kitorang nk buat trip, nk join x?''

''Bleh jugak'' aku reply dgn penuh keterujaan

''Tapi ada byran r skit''

''Beres''

''Trip kemana?''

''Texas, 12ribu sorang, kahkah''

''Babi!''


Perangai mcm haram….

Terus aku sambung tido balik…

huh!

Saturday, January 16, 2010

Pensil HB




saya kemas katil, jumpe pensel,mata tumpul,warne merah, pensil HB, bukan exam grade, xleh bawak masuk exam, nk buang terasa sayang.... nk buat kacau teh saya dah ade sudu.. nk guna untuk makn megi, saya x ade megi.. nk guna untuk perhiasan, mcm x cantik.. saya cucuk pensil berkenaan pada tgn, terasa sakit.. saya ambil sekeping kertas, cuba untuk melukis... saya mengeluh, bukan kerana pensil, tetapi sebab saya tiada bakat...

saya cuba untuk mengarang.. sayang, saya kekeringan idea, saya cuba untuk tulis surat layang.. tapi tidak tahu kepada siapa.. surat cinta? jauh sekali.. saya cuba untuk meluahkan perasaan melalui penulisan, tetapi terhalang, bukan kerana pensel tetapi kerana ego.. saya tenung pensel merah berkenaan, bentuknya sudah tentu mcm pensil, xkan mcm senjata api plak.. saya tertawa kecil dalam hati...

tiba-tiba tanpa saya sedar, memori zaman kanak-kanak saya menjelma, dulu saya belajar menulis pakai pensil HB, sebijik mcm yg saya jumpa.. saya pernah bergaduh berebutkan pensil HB, juga sebijik macam yg saya jumpe... saya juga pernah cucuk belakang abang saya dgn pensil HB...dulu pada saya pensil 2B mahal.. bukan x mampu nk beli, tapi sayang nk guna... guna pensil 2B tatkala peperiksaan saja..

tanpa saya sedar jari jemari saya mencoretkan beberapa angka, angka yang cukup sinonim dengan saya... bukan nombor ekor mahupun nombor perkhidmatan sewa kereta... tapi no nset ayah saya... sudah lama saya tidak bertanyakan khabar ayah dan mak di kampung, saya termenung sendirian... termenung megenangkan kembali wajah2 mereka.. terima kasih pensil HB, kerana menyedarkan saya, esok saya berjanji pada diri untuk telefon bertanya khabar ayah dan mak, x lupa juga perkembangan terbaru kampung halaman...

pensil berkenaan akhirnya saya semadi dalam tong sampah......

Thursday, January 14, 2010

membusuk!


sudah sampai masa untuk aku bertindak, tak kan selamanya aku ingin berkeadaan begini, tak kan selamanya aku akan terus menjadi mangsa.. lagu ACAB fight for your right berkumandang, sengaja aku perderaskan volumenya, setiap bait lirik lagu aku hayati, agar ianya meresap jauh ke dalam tulang hitam.... sebagai insan aku ada hak, dan aku juga ada hati dan perasan, aku bukan robot... playlist bertukar.. monoloque, jika ku seekor robot... sudah lama ianya terbiar disitu, sudah lama ianya bermaharajalela, aku sudah tidak sanggup... menghirup udara yang busuk dan hanyir, penuh kebencian...

biarpun ianya sekadar terjelepuk di suatu sudut, memerhati tanpa ekspresi, memandang tanpa apa-apa emosi namun ianya sudah cukup menjijikkan... ya, aku akui dulu jasanya tiada bandingan, manabur bakti tanpa mengenal penat dan lelah, namun sekarang situasi sudah berubah... lagu Bunkface situasi berkumandang... volume tahap sederhana... ini bukan lagi dulu, ini adalah sekarang, dan sekarang aku sudah tidak tahan, tindakan perlu diambil...

kotak rokok diketuk-ketuk, dibuka berhati-hati, sebatang dinyalakan, disedut dalam dalam dihembus pelan-pelan... sambil kepala memikirkan tentang masalah yang sedang berlingkar di depan mata, diatas batang hidung sendiri.. aku sudah letih, sudah penat dengan perkara ini, aku cuma inginkan ketenangan. kalo dulu bilik adalah syurga, namun sekarang tidak lagi...

argghhh!!!! dengan mengorbankan rasa malas yang menghantui diri aku terus ambik tong sampah berkenaan dan letakkannya diluar bilik untuk tindakan seterusnya oleh mak cik cleaner.. beres, kini nafas tidak lagi sesesak dulu, bau busuk sudah tiada... gambaran sumpahan binatang haram juga sudah tiada, maka, bolehlah aku tido dengan lena.. tahniah buat diriku kerana berjaya menyelesaikan masalah yang sudah dua hari membelenggu diri... yessss!!

Sunday, January 10, 2010

Nota Ringkas - XPDC Gunung Nuang

Turun je gunung, balik kolej terus update blog… memang gua hebat!,.. jumaat lepas bertolak dari UPM terus ke Gunung Nuang, kat Ulu Langat.. fuhh!, mencabar jugak trek pendakian kali ni, nasib baik aku dah stanby alat sedutan, kalo x, maunya aku tergolek jatuh dalam gaung.. dengan kekuatan ahli seramai 50 lebih termasuk dengan guider kami bertolak betul2 lepas jumaat… timing memng perfect, mana x nya, sape lambat kene tinggal, sayang woi!!.... 25 hinggit aku bayar…

Semput jugak time naik 2, tapi nasib baik awek ramai, aku buat muka steady… malu la kalo awek Nampak… xstylo… kehkeh… Puncak gunung nuang x seperti apa yang aku sangka, kawasannya sempit je… memang sempit.. tapi berbaloi, bukan senang nk naik…. Terpaksa merangkak-rangkak, tapi Alhamdulillah, sume selamat… tiada kemalangan jiwa yang terjadi melainkan ada seorang dua peserta yang semput-semput kecil…

Yang menarik apabila kat puncak ada batu sempadan antara Pahang dan selangor… macam2 aksi aku buat, antaranya berdiri kat selangor buang angin kat Pahang… pastu aku julurkan lutut, badan kat Selangor lutut kat Pahang… nasib baik aku x shuffle je atas batu 2… aku gelak kecil dalam hati…kihkih!.. kalo sempadan palestin ngn israel dah lama kepala lutut aku terbarai… tapi yang x bes, sedang aku asyik melayan perasaan di puncak gunung, tiba-tiba teringat kerja protocol untuk majlis makan malam kolej, memang bangsat… aku cuba untuk tenangkan hati dengan bermain2 ibu jari… tapi gagal.. walaupun begitu, aku yakin, member se`protocol ‘ an kat kolej dah buat sume kije…lepas ambik2 gambar, main2 ngan batu sempadan 30 minit kemudian kami terpaksa turun ke base camp utama kami…

……………………………………………………………………….

Jumaat sampai kem lolo, base camp kami… sabtu pagi2 dah gerak naik puncak nuang… lebih kurang 30 minit kat puncak nuang turun balik ke kem Lolo.. dan hari ni, hari Ahad… pagi2 lagi dah bertolak balik ke UPM dari kem Lolo… sambung kerja2 protokol… cet!.

Tuesday, January 5, 2010

Azam Saya.



selamat tahun baru kepada semua....

Saya tengok calendar, 5hb januari 2010, saya tengk jam… pukul 3.40 pg, secara matematiknya sudah 5 hari kita ditahun baru… tiba-tiba saya sedih… sedih saya bukan kerana bilik saya banyak nymk mahupun kehabisan stok rokok, tetapi kerana saya lupa untuk memasang azam tahun baru… hati saya sebak…. Saya dah bazirkan 5 hari tahun masihi saya tanpa azam…. saya buka tingkap bilik… cuba untk melayan perasaan, tetapi tiba-tiba saya berasa takut.. saya teringatkan kisah-kisah seram yg sering kali diceritakan oleh kawan-kawan... saya tutup balik tngkp… saya termenung di depan laptop sambil mendengar lagu dendangan Ramli Sarip yang berjudul Basikal Tua…

selalunya sebelum 1 januari saya dah ada azam, maknanya pada hari Christmas saya sudah mempunyai senarai azam-azam yang bakal saya laksanakan pada tahun berikutnya…. Mungkin saya sudah terlewat untuk berbicara soal azam tahun baru… tetapi tidak mengapa, kerana saya percaya walaupun tahun ini saya lewat untuk berazam namun saya yakin menjelang Halloween taun depan azam saya sudah tercapai… pada saya untuk memastikan azam tercapai, kita hendaklah realistic, andai kata jika sekarang ni saya berzam untuk memiliki sebuah rumah mewah, itu semestinya la bangang, kerana pada tahap kewangan saya sekarang ini, jangankan rumah mewah, brek bus pun saya x mampu nak beli…

Azam-azam seperti berhenti merokok, mendapat CGPA 4.0 dan keatas, memiliki awek yang mantop, ada nset mahal, jadi stylo, berhenti tgk imej-imej dan video2 porno, berhenti mengutuk ketua kampong, bgn awal pagi dan sentiasa berbau wangi tidak lagi dlm senarai azam saya pada tahun ini.. buang masa saje, x pnh berjaya pun… macam hampeh!! .....

saya akan pastikan azam saya pada tahun ini tercapai, agar ianya tidak menjadi suatu tradisi yg sia-sia, ataupun sekadar manis dibibr saja, bak kata pepatah umpama menanam tebu di pinggir bibir…. Saya tidak mahu pada penghujung tahun nanti, apabila post mortem dijalankan, saya gagal lagi… malulah saya kepada diri saya nanti… saya sudah letih memberi alasan berhubung kegagalan saya kepada diri saya sendiri… diri saya sendiri pun sudah muak dengan alasan-alasan yg saya berikan…

akhir kata, semoga apa yang saya azamkan tahun ini menjadi kenyataan….

(azam ketua kampong gua tahun ni: bina homestay kat wakaf lichong!, cet, mcm gampang….!!!!)