Monday, December 28, 2009

tidak mungkin ku lupa....


Pisau lipat kemas kemin aku pegang, mmg aku dah nekad.. kalo ditakdir aku masuk jail kerana ni aku x kisah... janji maruah aku x tergadai, lagipun masuk jail sebab tikam orang, ketua kampung aku cakap stylo... Badrul memng melampau... bknnya die x tahu isi hati dan perasaan aku terhadap Samsiah... bukan sehari dua kami berkawan.. sama-sama main pasir, sama-sama main tikam-tikam, sama-sama tong duit beli ding dang... tapi kali ni badrul melampau... melampau-lampau mcm si capik...

Masa darjah satu dulu Badrul dah janji, mane2 awek yg aku berkenaan beliau xkan potong line, tapi ni dah lain, mentang2 la dah jadi pengawas pustaka, terus Badrul berubah, kekacipan antara kami berdua dah semakin renggang.. bagai enggang dengan perenggan.... Badrul dah x pikir kawan, salah guna kuasa, sanggup beliau cuba untk mggoda Samsiah.

Aku sedar siapa aku, sedangkan nk jadi pengawas pustaka, jadi ketua darjah pun x lepas... nak buat mcmmane, aku budak skima... badrul budak serba boleh, hensem, pakai baju canggih, kotak pensil 2 tingkat... ada pistol air.. pendek kata dalam seluruh murid2 darjah 3, Badrul lah paling berkaliber.

selamakeni aku cuba untuk menafikan khabr angin bahawasanya Badrul minat dan sedang berusaha untuk memikat samsiah... kerna aku yakin dan percaya Badrul tidak sejijik itu, Badrul bukan orang yg suka tikam belakang ataupun main belakang... tapi hari ini, saat ini, aku dapat saksikan sendiri Badrul mengaplikasikan skill-skill nya keatas samsiah...

''Samsiah, Bad ade Belebat Ubi ni, mak Bad yg buatkan... Samsiah nk? kite kongsi ekk''

''x nak la Bad, Samsiah dah kenyang ( reaksi mahu tapi malu)''

menyirap darah aku mendengar ungkapan jijik mereka berdua... hari ni aku x kire, bukan saja Badrul aku nk tikam.. dgn Samsiah sekali aku nk rodok.. biar seluruh sekolah ni bermandikn darah mereka berdua... kalo sapa2 berani halang aku, mmg aku ongbak kepala lutut diorang...

''Nazrin, buat pe ngan pisau 2''

''errr..eerrr... nk tajamkan pencil cikgu"

"kan cikgu dah kate jgn guna pisau, bahaya... meh sini pisau 2, cikgu simpan ekk"....

cisss!!... selamat ko Badrul.. kataku dalam hati sambil menyumpah seranah Badrul yg sedang asyik makan belebat ubi dgn Samsiah dalam laci... bangsat..

pelajaran pendidikan seni hari tu diteruskan mcm biasa... dan pada hari itu jugalah pertama kali dalam hidupku aku lukis gambar hati yg pecah berderai umpama kaca yg pecah menghempas lantai.....

Monday, December 21, 2009

aku lupa aku bukan anak mat salleh...


sumpah... gambar aku tiada dalam ni.


disember 1996

hujan rintik-rintik di Wakaf Lichong, suasana normal, tok penghulu mcm biasa, melepak kedai kopi... mintak secawan kopi, duduk dari pagi sampai kepetang... ank tok penghulu weng sana weng sini.. merempit x tentu hala... bongok betul..

aku... bukan seperti kebiasaannya... biasanya kalo x main pasir kat rumah jiran sebelah, aku main kawin2 kat kebun getah tepi rumah.. tapi kali ni berbeza, aku hanya merenung mak aku yang sedang asyik menjahit baju... nak buat baju kelawar kut, bisik hati kecil ku...

aku cuba tonjolkn perasaan kecewa ... ya, sesungguhnya aku cukup kecewa... hati aku hancur, aku xpaham kenapa mak aku sanggup mengecewakn aku... adakah permintaan aku melampau? pelbagai persoalan yang timbul...

mintak eskrim mak bagi..
mintak cekedis mak bagi..
mintak kete dash yankuro mak bagi..
tapi kali ni... permintaan ini, kenapa?.....

teringat lagi kata-kata mak... ha! jangan nk mengarut!...

mengarut ke... mengarut ke apabila seorang anak meminta emaknya menjahit kustom halloween? aku tengok anak omputih dalam tv rilek je....

tapi biarlah... kisah lama x elok dikenang, mgkin ada hikmahnya...

happy halloween...

Thursday, December 17, 2009

Berdialog dengan Abang Dol

ini bukan abang Dol.


Cerita ni aku dengar dari seorang brader ketika menunggu tren KTM, kalo brader ni tipu maknanya cerita ini tidak lain hanya dusta semata-mata…..

Lagak gaya ala-ala mat indon, dengan rokok gudang garam tersemat kemas dibibir, brader ni memulakan bicara dengan penuh yakin, segala ayat dan butir-butir percakapannya disusun kemas dan diatur rapi… perkara ini cukup mempersonakan aku, dek kerana tertarik dengan budi bahasa dan kelembutannya, hati aku terpanggil untuk duduk sebentar bersamanya sambil berbual-bual sementara menunggu tren yang dah mcm gampang, sentiasa lambat.. macam vavi!... menurut brader itu lagi, namanya Dol, berasal dari Pontian Johor, sudah hampir 15 tahun beliau tidak balik kerumah, katanya selama 15 tahun ni, sudah banyak tempat beliau kunjungi, termasuklah Beijing, Pakistan, Uganda, Laut bearing, laut mati, pulau duyung dan juga selat tebrau…

Aku hanya mengangguk, bukan tanda setuju, tapi tanda kagum.. Abang Dol orangnya bagus walaupun memiliki muka macam pecah rumah, beliau mampu untuk memberikan pendapat dan idea-idea yang genius apabila membicarakan tentang sesuatu perkara… Tanya saja, pasti Abang Dol pasti mampu untuk menjawab, baik soal harga ayam dipasaran mahupun tentang pendudukan Israel di palestin.. bahkan abang Dol mampu untuk menghuraikan apa itu konsep 1malaysia yang menjadi ikutan membuta tuli masyarakat kita pada hari ni..

Dalam banyak2 perkara aku tertarik dengan satu cerita.. kata abang Dol beliau berada di jerman tatkala bola sepak piala dunia sedang berlangsung, dalam erti kata lain maknanya pada tahun2006. Bia benar abang Dol ni. Dengan mulut bau macam haram, menurut abang Dol lagi masa match final antara Italy dengan perancis, beliau turut sama meyaksikannya, katanya lagi bola yang tertendang ke tempat penonton sempat dilarikan beliau untuk dijadikan kenangan… aku terlopong mendengar cerita abang Dol… bola 2 masih ada lagi dalam simpanan beliau.. siap ada yg nak beli dengan harga 8 juta, tapi abang Dol tolak….. wow!! Abng Dol memang hebat…. Mahu saja aku bertepuk tgn sambil menyanyikan lagi terbaru Bunkface….

Abng Dol bercerita dengan nada selamba je….Aku rasa abang Dol ni dibawah pengaruh methamphetamine ni, masuk ni dah 3 batang surya die isap. Tapi aku malas r nak buat kesimpulan. X baik salah sangka.

X lama kemudian tren sampai… kami bersalaman, sejuk tgn abang Dol.. sebelum melangkah meninggal kan beliau tiba-tiba abang Dol bersuara…

Emmm dik… pinjam 10 bleh x, abang Dol tertinggal dompet ni.

Nah bang ambik lah, saya x kisah…

Terima kasih..

Sama-sama….

Dalam perjalanan pulang aku rasa mcm kene kencing je, tapi x mengapalah… aku sedaya upaya menafikan perasaan tertipu yg aku rasai… tp pasni kalo jumpe abng Dol. Tobat Gua lari….

Monday, December 14, 2009

jalan mati..



Siapa mereka?
Pedulikan kata-kata mereka..
Mereka hanya tahu menghamburkan kata-kata..
Hanya tahu bermuka-muka..
Melirik senyuman manis, tapi hati penuh racun..
Gembira di saat kita jatuh..
bersorak disaat kita rebah..
Tidak pernah peduli disaat kita hiba…..
tidak pernah hirau tatkala duka mencengkam..
memandang sepi diwaktu kita tergapai-gapai kelemasan..


Kataku dengan wajah serius kpd seekor kucing yang kepeningan akibat hembusan asap rokok… diikuti dengan tendangan sisi pada bahagian abdomen kucing berkenaan...

bukan salah gua, kucing tu melintas tatkala gua tengah emo...

Wednesday, December 2, 2009

Santau!!


Gaya Lebai Dollah tatkala Menghadiri majlis kenduri..



Santau…..

Suatu hari yang normal di kedai kopi Pak Samad …

Bluekkk!! Bluekk!!.... baru secubit nasik masuk ke mulut Badarudin haji Sapie, tapi x sampai ke perut habis semuanya terkeluar…. Berhamburan muntah Badaruddin diatas meja Pak Samad si tokey kedai. Sehingga terpercik mengenai belebat ubi yang turut sama berada ditempat kejadian….

Suasana petang yang tenang setenang air di kali bertukar menjadi kacau….

“Badaruddin dah kene santau!” sampuk ketua kampong yang kerjanya menyampuk x tentu hala… nama je ketua kampong, tapi makan x pernah bayar….

“Betul 2, aku setuju dengan ketua kampung”…. diselangi pula sampukan ismail kering, kaki kipas no 1 ketua kampong, sibuk membodek ketua kampong sehingga seluar dalam pun x sempat nak basuh… jijik sungguh perwatakan Ismail…

Badaruddin terjelepuk diatas kerusi, muka badaruddin pucat, tubuh Badarudin longlai, mata Badarudin kuyu.. nafas Badarudin berbau… seluar Badarudin singkat, rambut Badarudin belah tepi, Badarudin budak skima….

Semua orang dalam kedai kopi berkenaan panik….

Pak Samad panik, Tok Imam panik, Cik Semah panik, Abu panik, Dollah panik, Razman panik, Pak Cu Mat panik, Ramlah panik,Marlboro bin Salleh Churchill panik, aku buat-buat panik, menambahkan lagi kepanikan suasana, kebetulan ketika itu nada dering hanset ketua kampong berbunyi lagu…. panik at the disco….

Arrrghhhhh!!!!

Tiba-tiba lebai dollah bersuara….

Daripada terus panik jom kita berpiknik!!!

Laung lebai dollah kepada seluruh warga kedai kopi..

Saranan daripada Lebai Dollah yang genius disambut dengan keriangan yang kencang oleh warga kedai kopi….

Lalu mereka beramai-ramai menuju ke jeram berdekatan untuk berpiknik sambil memikul Badaruddin yang lembik tidak bermaya.

TAMMAT…..

Macam gampang.