Friday, May 6, 2011

idea itu ada di celah celah awan

Saat idea penulisan datang mencurah2 adalah tatkala tiada pen untuk digapai dan tiada laptop untuk dicapai, segala idea, kisah2 khayalan, kisah2 cinta,kisah2 raksaksa, dan sebagainya dicoret kemas didalam kotak memori, namun apabila saja pen dipegang, ataupun ketika mengadap laptop untuk menterjemahkan idea ke dalam bentuk tulisan, semuanya seaakan-akan hilang, umpama sehelai tisu yang jatuh melayang ke dalam air, larut terurai tanpa kesan.

Benda-benda macam ni mmg buat gua marah, idea yang hilang sukar untuk diseru kembali, kalo pun Berjaya diseru, ia datang dalam bentuk yang sudah tidak complete, berpecah-pecah umpama sebuah puzzle yang besar, idea yang tidak complete adalah idea yang tiada penyudah, susah nak dikembangkan dan tiada punchline. Gua benci benda ni.

Gua teringat tentang suatu cerita, cerita yang gua sendiri tidak tahu mana asal asulnye, tetapi kalo tidak silap gua, cerita ini disampaikan kepada gua melalui angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa ketita gua sedang membeli jeruk kelubi di tepi pantai 2 3 tahun yang lalu, menurut sang angin setiap idea yang kita pikir, idea yang complete, idea yang menarik, berpuchline, akan tercatat di satu tempat dicelah awan. Dicelah awan tersebut ade satu pohon yang besar, dengan daun yang berganda2 besar saiznye, dan idea itu tercatit kemas di atas dedaun yang merimbun lebat. Tidak kirala samaada idea itu deterjemahkan atau tidak, ianya akan kekal disitu untuk suatu tempoh tertentu. Secara teorinya benda itu hak kita, jadi bile saja kita terlupa, kita berhak untuk ke pohon berkenaan, dan memetik kembali idea2 yang tertulis.

Jadinya gua memang berharap dapat pergi ke pohon berkenaan, esok gua nak cari pelepah-pelepah pelbagai jenis burung, gua nak cantum menjadi suatu sesayap yang cukup besar yang mampu bawa gua terbang ke awan. Orang tua2 kata berpijak di awan mesti berhati2, nnti takut terjerlus jatuh terjelepuk di atas tanah, bile jatuh sakit bukan lagi jadi hal, tapi mati adalah pasti. Gua xnak macam tu, orang2 tua yang pernah ke awan juga pernah berkata, di awan jalan mesti perlahan-lahan dan seperti ketam. Tidak mengapalah, kerana yang penting gua dapat petik kembali idea-idea lama, idea-idea yang gua piker ketika sedang berak, ketika bawak moto, ketika dalam gelap, ketika malas dan yang paling penting, gua nak petik idea-idea yang gua pikir ketika gua masih kecil.

Untuk kesana juga seelok eloknya ketika awan sedang merimbun, sedang menggebu, fluffy, dan sewaktu dengan nya. Waktu yang paling dilarang adalah ketika awan hitam berarak, awan hitam sebenarnya adalah gerombolan naga-naga yang sangat ganas, menhambur api biru-kebiruan ke tanah. Apabila awan hitam muncul, baiklah duduk dirumah, minum kopi makan lempeng.

Gua juga ade terdengar, kalo ke awan, jangan lupa petik sekali strawberry strawberry yang tumbuh meliar di bibir awan. Rasanya sangat manis, makan sebiji sudah cukup kenyang, namun sayang, ianya tidak boleh dibungkus untuk dibawa pulang makan di atas tanah. Kerana kesaktiannya akan hilang, di awan strawberry digenggam, namun ditanah, yang digenggam bertukar menjadi buah guli. Dan gua rasa, pencipta guli mendapat ilham daripada strawberry atas awan. Tapi itu tidak mengapalah, hal die, bukan hal gua.

Esok gua harap gua akan ade masa untuk ke awan mencari pohon idea. jika tidak, mungkin sekali gua hanya sekadar terbaring di atas padang rumput, melihat ke atas, mencorak awan menjadi apa saja yang gua suka. Rumah? Kereta? Microwave? Dan bermacam2 lagi sehingga matahari terbenam, sambil menggigit2 hujung kemuncup...........

Thursday, May 5, 2011

Hujan dan Lempeng

Diluar sana hujan mencurah-curah turun, xade lansung tanda-tanda ianya akan berhenti untuk suatu masa yg terdekat, angin menderu masuk melaui celah tingkap bilik gua, gua yang kesejukan hanya mampu duduk diam2 diatas katil sambil memeluk bantal, gua tarik selimut hingga ke paras tengkuk, melindungi badan gua yang tidak berbaju.

Sambil berbaring gua pandang kipas yang berputar dibawah lampu, gua jadi mcm ralit dengan bayang2 kipas yang berpusing-pusing, semacam megulit anak mata gua untuk tido. Tiba-tiba gua rasa lapar, lapa yang macam tak lapar, lapar yang jenis bukan nak nasik, gua teringin nak makan lempeng. Lempeng yang mak gua buat.

Sejajar dengan putaran kipas yang sederhana laju, minda gua berputar ke zaman gua masih lagi kanak-kanak. Dulu masa gua masih lagi kecik, mase belum bersunat, petang-petang time hujan mak akan buat lempeng untuk kami adik beradik. Gua, abang gua, kakak gua akan duduk diam2 depan mak sambil tengok mak buat lempeng. Abang bulat biji mate, gua kecur air liur, kakak pulak x senang duduk sebab tunggu lempeng mak siap.

Gua adik beradik makan lempeng kosong cicah gula, gula terpaksa berebut, cicah sikit-sikit sebab nnti x cukup mak nk masak, mak nak buat air. Kalo time ayah baru dapat gaji, kami makan lempeng sambil minum milo. Segelas besar kongsi ramai2, mak cakap milo ni tak boleh minum bnyak sangat, nnti cacing. bler besar baru gua tahu, mak tipu, mak sebenarnya nak jimat milo, special occasion je bleh minum milo, sebab milo mahal. Kalo ditakdirkan milo xde, kami minum air teh je la.

Tapi gua selalu je x puas ati ngn abang gua, selalu je skill berebut makanan xnak kalah, lempeng die makan paling bnyk, air milo die juga paling bnyk minum. Nasib baik kakak gua baik orangnye, selalu mengalah dengan gua, selalu kesiankan gua, lempeng bahagian die, die bagi kat gua skit. Mak hanya senyum tengok kami adik beradik, mase tu gua belum dapat adik lagi, kire bongsu la.

Bahagian ayah mak dah simpan awal2, mak makan sejemput je. Xpernah pun gua tgk mak makan banyk2 macm kami.

Lepas habis makan, dah kenyang, macam biase ayah akan memainkan peranan beliau dengan menyuruh seluruh isi rumah untuk pergi mandi dan solat maghrib. Seperti seekor robot kami semua akan turuti perintah ayah.

Gua terkebil2 atas katil, mata belum lagi terlelap. Sudah rasa nak muntah dengan bayang-bayang kipas.

Hidup dulu simple, tak se-kompleks macam sekarang.

Dulu x banyak benda, hidup biase, hidup sederhana, gua rindu zaman kanak-kanak, gua kalo boleh nak kembali ke zaman kanak-kanak sbb gua rasa bahagia dan innocent.

....................

Dulu yang putih jelas putihnye

Yang hitam jelas hitamnye.

Sekarang dunia sudah berubah.

Saturday, April 30, 2011

Nasi 2ringggit hidangan pari-pari.

Hidup sebagai seorang student ni susah. Terutama bila tiba hujung sem, bile hujung sem raksaksa akan cenderung untuk datang bertandang tanpa kita undang, Macam yang gua kena baru-baru ni, raksaksa kemain besar datang menyerang, tapi nasib baik gua tahu sikit2 martial art, selamat gua. ancaman lain seperti kecederaan otak akibat study dan juga kemelesetan duit poket, pasal study, gua layan rilek2 je, sebab gua x nak otak gua cedera, tapi sebenarnya, datang la masalah kiri kanan, atas bawah, gua rasa gua boleh maintain lagi, tapi kalo bab kemelesetan duit poket, memang gua hangin. Gua monyok dan gua akan rasa down.

Semenjak dua menjak ni gua rasa bahagia sebab gua jumpa sebuah kedai kecik, bukan kedai pun, pakai meja, pastu canopy lebih kurang, jual nasik yang bes harga 2ringgit. Gua punye happy rasa macam nk jalan pun skill meloncat2. Tengah hari nasi 2 ringgit, malam pn nasik 2ringgit, saving tahap maharaja dh gua rasa. kalo dulu makan kemain mewoh kat kedai2 mamak, tapi skrang bye2 la kedai mamak, gua dh x pandang. Pencekik darah. Boo!

Gua doakan semoga pemilik kedai kecik ni murah rezeki, bertambah sihat dan hidup bergaya, sebab masih lagi ade hati perut pikirkan kami warga student ni, gua pun nak menitis air mate sebab ade lagi peniaga yang jual nasik kemain bnyk RM2. Dh la nasik murah, sedap plak tu, tiap kali pergi beli kalo ade kueh yang x abis, die akan bagi, paling kurang seplastik. Walaupun bagi yang x abih, tapi ape salahnye?, daripada buang saje2.

Semalam seperti biasa lepas maghrib gua pergi beli nasik tersebut. Kedai die ni tepi jalan je, sebelah traffic light, harga nasik masih lagi macam biase RM2, gua bayar cash tanpa hutang, seplastik kueh yang beraneka jenis pula gua bayar dengan secangkir senyuman manis, gua harap makcik tu x salah tafsir senyuman ikhlas gua.

Baru saja gua nak start muto untuk pulang, tiba-tiba bahu gua ditempuk dari belakang, gua lantas menoleh, tersengih2 sorang lelaki pertengahan usia berkemeja putih berseluar slack putih, rambut sikat tepi, lelaki berkenaan lantas membongkok kan badan cuba untuk berbisik ke telinga gua, walhal die dah perasan gua pakai helmet time tu.

“Bengap” kate gua dalam hati.

“Mahukah kamu merasa hidangan sang pari2”, kate orang lelaki pertengahan usia berkenaan kepada gua.

Gua menganguk2 tanda setuju...

sambil tangan kepal penumbuk, bukan buleh kire orang zaman sekarang, kalo dicapainye nasik dalam raga moto gua, memang gua tumbuk torso pakcik ni, lantak la soal budi bahasa ni, nasik gua hak gua!..

lelaki pertengahan usia berkenaan tersenyum lantas mengeluarkan sebilah tongkat yang tetiba muncul dari mana entah, terkumat kamit membaca sesuatu yang gua syak mentera.

tiba-tiba,

semacam ade elektrik keluar dari tongkat beliau, sembur gua punya nasik.

balik2 sahaja gua buka nasik gua dah jadi lain, nasik2 dah membesar, ayam yang kecik pn jadi makin memontok. Perghh, gua makn penuh berselera, kenyang berganda2. Gua senyum kekenyangan lepas habis sebungkus nasik, gua duduk bersila sambil menjilat2 jari. Gua senyum kecil tanda puas, rasa puas yang macam baru lepas menang bertumbuk.

Esok gua planning nak bawak botol, gua nak tangkap brader berbaju putih berseluar putih tersebut, yang gua syak adalah pari2. Gua nak suh die besarkan moto gua jadi superbike. Mintak2 la die ade berkeliaran kat sana.