Monday, March 28, 2011

Projek - Nyamuk Asmara Ep 8

Alfonso dengan gelojoh memarking feri cinta. hampir saja tertumus kami bertiga, Aku Alfonso dan kupu-kupu berahi sudah berada di perhentian 1000 pintu, tempatnye amat kontra dengan apa yang aku bayangkan, tiada flora dan fauna yang berwarna warni, tiada kedengaran nyanyian kucing2, yang ade Cuma aliran sungai yang bercabang-cabang dengan hujungnya sayup-sayup ntah kemana-mana.

“Adakah kita masih lagi di alam loba-loba wahai Alfonso?,”

Tanya gua kepada alfonso sekadar inginkan kepastian, kerana perhentian 1000 pintu ini sangat berlainan, suasana, warna-warna, dan juga bau-bauan nye jauh berlainan daripada alam loba-loba yang aku kenal.

Hentian 1000 pintu ini warna-warna yang dominan hanyalah warna-warna hitam, kelabu dan.. gelap.. ataupun secara senangnya gothic..kot.

“Ya, kita masih di alam loba-loba, penghujung alam loba-loba.”

Kata alfonso dengan nada serius.

Kupu-kupu berahi pula aku tengok tersenyum sorang2, angau la tu, angau cinta dengan si rama-rama cinta, macam gampang aku tengok.

anyway

Hentian 1000 pintu dijaga oleh Tenggiling Cinta, Tenggiling Cinta jauh sekali kalo nak dibandingkan dengan Nyamuk Asmara, pertamanya Tenggiling Cinta ni adalah berjantina lelaki, memiliki penis dan tidak berbuah di bahagian dada.

Lagipun Tenggiling Cinta ni adalah berbentuk tenggiling, yee, common tenggiling, cumanya beliau boleh berkata-kata, tua dan menghisap paip, tapi imej baju beropol-beropol masih lagi kekal, macam babi. Kate aku dalam hati.

Menurut Tenggiling Cinta yang menjaga hentiaan 1000 pintu, untuk mengakses alam mimpi para pencinta, aku memerlukan sebijik kunci, kunci pembuka portal, dan kunci itu terdapat di sebuah alam yang lain, dan alam tersebut hanya dapat diakses oleh beliau.

“Ahhhh.. alam apa lagi niiii.. “

bentak aku sambil buat muka cuak.

“Sabar wahai orang muda, cara untuk kealam tersebut senang sahaja,”

sebaik sahaja Tenggiling Cinta berkata-kata, beliau terus mengangkat bahagian tengah badannya dan membentuk sebuah portal.

Tenggiling cinta ni dah melampau, ni nk mngnjing ke hape. Mau saja aku hayunkan buku lima tepat ke punjuru torso beliau, namun aku pendam kan saja, di alam loba-loba segala yang mustahil jadi x mustahil.

Tenggiling Cinta tencungap-cungap cuba untuk mengekalkan posisi badan beliau. Seksa benar aku tengok tenggiling cinta, yaa, bukan senang untuk seekor tenggiling sebesar beliau untuk membuat posisi itu, posisi dimana bahagian tengah badannya diangkat, mewujudkan semacam ruang untuk kami merangkak masuk.

oleh kerana aku hero dalam cerita ni, Alfonso dan kupu-kupu berahi selamba sahaja menuding jari menyuruh aku dahulu yang masuk.

Aku dah nekad, kalo Tenggiling Cinta buat skill kencing, mmg aku tumbuk.

Sebelum aku, Alfonso dan kupu-kupu berahi masuk, Tenggiling Cinta berkata.

“Di alam sana, alam yang sangat indah, nikmati la ia semahunya, lakukanlah apa yang kamu ingin lakukan, tetapi..

ingat!

Ingat!!

Ingat!!!!

jangan sesekali kamu makan apa2 dari alam berkenaan, kelak kamu akan menyesal…….”

Babi serius punyeTenggiling Cinta, alam loba-loba mane bleh rasa lapa kate aku sekdar dalam hati. X nk suntuk angin Tenggiling Cinta, nantikan terbantut misi aku untuk mengambil kunci pintu mimpi.

Tanpa membuang masa Aku rendahkan badan, lutut ke tanah, kemudian merangkak ke celah badan Tenggiling Cinta.

tiba-tiba…..

aku rasa seolah-olah jatuh ke dalam satu lubang yang sangat dalam…..

diikuti rapat di belakang aku Alfonso dan kupu-kupu berahi, kami sama-sama menjunam jatuh, 2 minit pertama kami terjerit bagai orang gile, rasa gayat yang amat menerjah ke setiap ranggo badan.

Sejam kemudian.

Aku dah strt menyumpah2.. ntah bler lubang ni nk sampai ke hujung. Celaka betul!

Tiba-tiba, dari kejauhan, aku ternampak suatu cahaya, dari sekecil buah dadu, semakin membesar dan terus membesar,

Thummmm!

Kami jatuh……

(bersambung)

Sunday, March 27, 2011

jalan pulang yg jauh.

Pap! Pap! Pap!

Gua ketuk kotak rokok tiga das atas tapak tangan, gua tarik pelan-pelan jalur plastic,kotak dibuka dan gua ambik sebatang lantas gua sematkn di celah bibir. Gua delay dulu fasa pencucuhan. Gua pandang skrin laptop yang berdebu sambil tarik nafas panjang. Tangan kanan gua asyik dengan mouse, merayau-rayau mengetik folder2 esemen yang sudah berjaman belum jugak beres2.

Tangan kiri gua seluk kocek ambik nset, gua tekan unlock button, gua cek tarikh. Ade lebih kurang 3 minggu lagi kuliah sebelum final. Gua tarik nafas dalam2, cepat betul masa berlalu, Gua letak nset tepi laptop, bukan ape, senang nanti kalo si dia mesej, dh 2 3 kali kejadian gua x perasan mesej masuk terjadi.

Gua raba poket selua belah kiri, cari mancis.. ye, gua pakai mancis sekarang untuk cucuh rokok,gua dah x pakai lighter, asyik hilang je,samaada hilang dirembat orang ataupun hilang sebab gua lupa mane gua letak, lebih baik pakai mancis, ekonomikal dan tarikan untuk dirembat orang kurang.

Tassssss!

Bunyi mancis bergesek, cepat2 gua suakan rokok sebelum api nye padam, batang mancis yang kepalanya sudah hangus itu gua campak dalam bakul sampah, gua sekarng belajar hidup bersistem, xnk dah tungang langgang. Sampah walaupun sekecil batang mancis, jgn dibiarkan bertimbun. Kalo sampah bertimbun plus esemen bertimbun-timbun, boleh membawa kepada stress. Sebelum gua stress dan start tido sepanjang hari, baik gua get organized.

Sekarang ni gua rasa lebih selesa duduk terperuk di bilik daripada keluar berpeleseran kemana-mana, bukan ape, hujung-hujung sem macamni gua semacam jadi sensitive, mcmmane x sensitive, poket kosong dan kering. Bler poket kosong, gua jadi x ade nafsu nak bergurau senda ataupun menerima lawak-lawak pedas daripada rakan-rakan. Daripada gua seksa hati gua yang sensitive ni, baik gua duk diam2 dalam bilik siapkan esemen dan juga melayan perasaan.

Sebenarnye gua tengah mencongak planning nanti cuti semester 4 bulan ni gua nak kerja ape, gua sendiri pun heran, ape ke bengap lame sangat cuti sampai 4 bulan??, gua nak cari kerja yang goyang kaki dan duit masuk banyak. Gua rasa nk cari kerja kat kampong, jadi gembala lembu ataupun kambing pun gua x kisah, kadang-kadang kerja yang melibatkan haiwan ni lagi senang dari kerja yang melibatkan manusia.

Ade jugak terlintas dalam fikiran gua nnti cuti ni nk pergi ronda2 kawasan sawah padi depan rumah gua. Sebenarnya baru minggu lepas gua dapat tahu yang ayah gua ade memiliki setengah petak sawah padi, pergghhh! Ini harta, gua yakin, nnti satu hari kalo kerajaan nk buat jalan, termakan setengah petak sawah padi ayah tu, maunye melekat 8 juta. Gua dan adik beradik jugak yang senang nanti. Tapi itu belakang cerita.

sebenarnya gua rasa bersyukur jugak cuti lame sampai 4 bulan, gua pikir nk mendekatkan diri dengan komuniti surau di kampung gua. Scene surau kampung gua, gua tengok xde pelapis, ayam-ayam lame je yang ade dan masih setia, golongn muda macam gua bukannye ade di kampng. Jadi gua pikir bersempena cuti yang panjang gua nk mengimarahkan surau kat kampong gua.

Hidup di kota ni banyak sangat debu hitam, gua rasa hati gua ni barangkali dah hitam legam.

Cumenye gua harap, gua masih ingat jalan ke surau kampung gua….

Tuesday, March 15, 2011

gua harap dia x perasan.

semalam gua keluar dating dengan Dia, dating kecil kecilan sahaja.

dating di cafe kolej yang x seberapa.

seperti biasa, die senyum gua pun senyum.

lepas dating gua terus balik bilik.

gua rasa gatal hidung lantas gua pandang cermin.

babi!

seurat bulu hidung gua terkeluar!

sejak bile ianya tergantung-gantung di luar kawasan?

kalo tergantung semenjak gua ngn Dia sedang seronak-seronak berbual,

mintak2laaaa Dia x perasan.

.