Thursday, December 17, 2009

Berdialog dengan Abang Dol

ini bukan abang Dol.


Cerita ni aku dengar dari seorang brader ketika menunggu tren KTM, kalo brader ni tipu maknanya cerita ini tidak lain hanya dusta semata-mata…..

Lagak gaya ala-ala mat indon, dengan rokok gudang garam tersemat kemas dibibir, brader ni memulakan bicara dengan penuh yakin, segala ayat dan butir-butir percakapannya disusun kemas dan diatur rapi… perkara ini cukup mempersonakan aku, dek kerana tertarik dengan budi bahasa dan kelembutannya, hati aku terpanggil untuk duduk sebentar bersamanya sambil berbual-bual sementara menunggu tren yang dah mcm gampang, sentiasa lambat.. macam vavi!... menurut brader itu lagi, namanya Dol, berasal dari Pontian Johor, sudah hampir 15 tahun beliau tidak balik kerumah, katanya selama 15 tahun ni, sudah banyak tempat beliau kunjungi, termasuklah Beijing, Pakistan, Uganda, Laut bearing, laut mati, pulau duyung dan juga selat tebrau…

Aku hanya mengangguk, bukan tanda setuju, tapi tanda kagum.. Abang Dol orangnya bagus walaupun memiliki muka macam pecah rumah, beliau mampu untuk memberikan pendapat dan idea-idea yang genius apabila membicarakan tentang sesuatu perkara… Tanya saja, pasti Abang Dol pasti mampu untuk menjawab, baik soal harga ayam dipasaran mahupun tentang pendudukan Israel di palestin.. bahkan abang Dol mampu untuk menghuraikan apa itu konsep 1malaysia yang menjadi ikutan membuta tuli masyarakat kita pada hari ni..

Dalam banyak2 perkara aku tertarik dengan satu cerita.. kata abang Dol beliau berada di jerman tatkala bola sepak piala dunia sedang berlangsung, dalam erti kata lain maknanya pada tahun2006. Bia benar abang Dol ni. Dengan mulut bau macam haram, menurut abang Dol lagi masa match final antara Italy dengan perancis, beliau turut sama meyaksikannya, katanya lagi bola yang tertendang ke tempat penonton sempat dilarikan beliau untuk dijadikan kenangan… aku terlopong mendengar cerita abang Dol… bola 2 masih ada lagi dalam simpanan beliau.. siap ada yg nak beli dengan harga 8 juta, tapi abang Dol tolak….. wow!! Abng Dol memang hebat…. Mahu saja aku bertepuk tgn sambil menyanyikan lagi terbaru Bunkface….

Abng Dol bercerita dengan nada selamba je….Aku rasa abang Dol ni dibawah pengaruh methamphetamine ni, masuk ni dah 3 batang surya die isap. Tapi aku malas r nak buat kesimpulan. X baik salah sangka.

X lama kemudian tren sampai… kami bersalaman, sejuk tgn abang Dol.. sebelum melangkah meninggal kan beliau tiba-tiba abang Dol bersuara…

Emmm dik… pinjam 10 bleh x, abang Dol tertinggal dompet ni.

Nah bang ambik lah, saya x kisah…

Terima kasih..

Sama-sama….

Dalam perjalanan pulang aku rasa mcm kene kencing je, tapi x mengapalah… aku sedaya upaya menafikan perasaan tertipu yg aku rasai… tp pasni kalo jumpe abng Dol. Tobat Gua lari….

5 comments:

buku kira kira said...

mmg sah aku rasa ko kene kencing haha

zanetti_be said...

Bakpo mu ngan roy kuat eh keno kencing.tue la dulu kenicing berdiri, bile dah besar kene kencing kat stesen KTM, stesen bas.

46ers said...

Hahaha...kene kencing gitu takpe...jangan dia betul=betul pegi kencing kat ko dah...jenuh plak nak menyamak...hahaha...(Devilish laugh)

Azwandy Bin Muhamad said...

Aku ade kawan namanye samdol...
Mcm ko jugak... Selalu kne kenching...hahaha...

hafizshinchan said...

demm
bola 8 juta
ahahhaa


btw, ktm mmg lancau. lambat je sali