Wednesday, April 14, 2010

'perempuan itu'



rasid sudah bosan bertemankan angan-angan, sudah bosan dengan imaginasi. gambaran wajah 'perempuan itu' semakin hari semakin galak menggangu minda rasid, rasid rimas. tidak pernah sepanjang hidup rasid merasa begitu 'terganggu' dengan kecantikan wajah mana-mana perempuan, namun 'perempuan itu' telah mencairkan hati rasid. mahu saja rasid bersemuka dengan 'perempuan itu', dan mengungkap bait2 romantis yang mampu mencairkan hati 'perempuan itu', namun itu adalah mustahil bagi rasid. bagi rasid, biarlah segala kata-kata itu disemat kemas dihati beliau, kadang-kadang kertas-kertas kosong menjadi mangsa tempat rasid meluahkan perasaan, kadang-kadang juga ungkapan indah tentang hati dan perasaan rasid terhadap 'perempuan itu' ditulis pada pintu-pintu jamban. ya, rasid sedar, sememangnya beliau seorang yang hopeless romantik.

'perempuan itu'sememangnya sudah menghantui rasid.

gelak tawa 'perempuan itu',
geri geri 'perempuan itu',
senyuman 'perempuan itu'

semuanya sudah menjadi irama dalam minda rasid. tapi sayang seribu kali sayang. rasid hanya berdiam diri apabila bersua dengan 'perempuan itu', hanya mampu tersenyum apabila 'perempuan itu' menyapa, dan hanya mampu tersengih apabila diusik 'perempuan itu'. rasid seaakan hilang akal apabila berdepan dengan 'perempuan itu', mulutnya seaakan-akan terkunci. dadanya seakan-akan ingin meletup dek kerana degupan jantung yang luar biasa kencangnya.... rasid sudah jatuh cinta pada 'perempuan itu'...........

rasid sudah nekad, sampai bila rasid ingin terus begini, sapaan 'perempuan itu' mesti disambut, bukan hanya dengan senyuman, tapi disambut dengan teguran, bertanyakan khabar, nama, dan barang kali jika berkesempatan, mungkin sekali nombor telefon dan tempat tingggal. rasid tersenyum sendiri. rasid nekad, malam ini rasid akan menegur 'perempuan itu', rasid mesti ketepikan debaran yang dirasai, semuanya demi cinta kepada 'perempuan itu'.

seperti biasa, malam jumaat, rasid baru selesai menghadiri kuliah. rasid berjalan perlahan-lahan menyusuri koridor untuk pulang ke asrama, rasid memperlahankan langkah kakinya, rasid berharap agar bertembung dengan 'perempuan itu'. mata rasid bersinar, riak kegembiraan terpancar jelas di wajah rasid. dari kejauhan rasid dapat melihat 'perempuan itu' menuju keaarahnya... dan kali ini, sapaan 'perempuan itu' akan rasid sambut.

''hai''

''hai... bleh kita berbual jap?''

''boleh''

''awak student kat sini ke?''

''tak la''

''dah lama sebenarnya saya nak tegur awak, tapi x berkesempatan, saya rasid, awak??''

'' saya... Puteri Mayang Mengurai''

'' haha, pandai la awak buat lawak, malam jumaat ni....''

''saya x melawak''

rasid terdiam, wajah rasid berubah.. menjadi biru-kebiruan, bukan kerana malu, tapi kerana terkejut melihat 'perempuan itu'. wajah 'perempuan itu' sudah berubah, tiada lagi wajah yang cantik, sebaliknya bertukar dengan wajah hodoh jelmaan syaitan, dengan bau busuk yang meloyakan. lutut-lutut rasid sudah tidak mampu menahan, rasid rebah kebumi menyembah tanah...

tiada lagi imaginasi, tiada lagi impian....

semenjak dari saat itu, rasid lebih suka berseorangan, termenung, dan kadang-kadang bercakap seorang diri. pada rasid, beliau rasa dikhianati... dikhianati oleh hati.. hati yang terlalu mudah menyintai sesuatu yang tidak pasti...

................

5 comments:

intaq said...

cito sunggoh ko ni mat yeng?

wdj owner said...

dop..nipu tuh..mujur matyeng berani .hahah

nurul izzah aziz said...

cite hantu ke cite cinta?mat yeng tolong jwb.

Jalilah Jali said...

mu nie Yeng mace2 cit0 erk..ish3..

y said...

taq: ho snggh!!!

wdj meroh: aku brani lie

izzah: izzah rase cter ni genre gapo? bler baca rase seram, cter antula, tp bc rasa mcm diawangan, kish cnta la...kehkeh

jaa: kaicip!