Tuesday, February 2, 2010

Ramon Ebilic, Maria Lorec dan Lembu.



Pagi di Liberec sungguh menceriakan buat Ramon Ebilic, kehidupan di pinggir Bandar yang tenang dengan rumput menghijau menyejukkan hati Ramon Ebilic… seperti biasa Ramon Ebilic akan ke padang ragut memerhatikan lembu peliharaan beliau, lembu kacukan german dan Israel yang dibelinya dari pasar berhampiran setahun yang lalu kini sudah cukup matang, dan bler2 masa saja bleh di pasarkan… Ramon Ebilic duduk di atas tunggul pohon sambil membuka bekal sarapan yang dibungkus cantik dalam Tupperware oleh ibunya yang tercinta… nasi lemak sambal sotong dibham rakus Ramon Ebilic sambil alunan music era 80an menghangatkan suasana nyaman di waktu pagi…. Lembu-lembu Ramon Ebilic yang berjumlah 4 ekor semuanya tampak rakus meragut rumput… kelihatan juga 2 3 ekor lontong menari2 keceriaan di persekitaran…

Ahhh… semuanya sudah cukup sempurna, apa lagi yang aku mahupun, bisik Ramon Ebilic sambil menyedut perlahan-lahan rokok surya, inilah kehidupan… kehidupan yang tenang tanpa perlu memikirkan persoalan dunia.

Sedang asyik Ramon Ebilic memerhati tingkah laku lembu-lembunya tiba-tiba matanya terpaku pada suatu susuk tubuh yang mengiurkan…

‘’Maria Lorec’’

Hati Ramon bergetar melihat Maria Lorec, cepat2 Ramon mengeluar Listerine dari poket seluar, setelah berkumur sedas dua, deras2 Ramon ke tempat Maria Lorec yg kelihatan sedang memetik bunga-bunga segar untuk dijual dipasar berdekatan, bunga yang tidak terjual akan dijadikan juadah oleh Maria Lorec… bangang sungguh Maria, makan bunga, tapi itu tidak menjadi masalah kepada Ramon…. Mungkin sebab makan bunga la Maria Lorec jadi menawan, getus hati kecil Ramon Ebilic…

Ramon Ebilic sudah lama berkenan pada Maria, Cuma kesibukan menjaga lembu dan kemaluannya yang menebal selalu menjadi penghalang buat Ramon Ebilic, tetapi pada hari ni, nafsu Ramon untuk menegur Maria Lorec sudah tidak tertahan, Ramon memberanikan diri untuk mendekati Maria Lorec…

‘’Arrgghhh!!!...........aduh!!!!’’

Ramon Ebilic berpura-pura jatuh di hadapan Maria Lorec yang sedang kusyuk menikmati haruman bunga.

‘’ Ramon Ebilic!!!!… awak ok?’’

‘’Ok je…. Cuma kaki ni, terseliuh skit’’

‘’Meh saya tlng urutkan’’

Ramon Ebilic tersenyum riang dalam hati…..

‘’Maria’’

‘’Ye’’

‘’Saya suka awak’’

Muka Maria merah padam.Ramon Ebilic tahu beliau tidak bertepuk sebelah tangan. Mereka berpandangan, lembu Ramon Ebilic termuntah2, lontong yang tadi menari keceriaan lintang pukang lari ke hutan.. sume lembu2 Ebilic tahu siapa Maria Lorec, Ramon Ebilic je buta…

Ramon Ebilic menepis bakul bunga Maria, lalu mereka berdua bercumbuan… panah-panah cinta bertubi-tubi menusuk jiwa mereka, mujurlah cuaca pd hari itu baik-baik sahaja, kalo tidak mungkin sekali panahan petir turut sama menyambar mereka…

Tiba-tiba Maria Lorec bangun dan kemudiannya bertempiaran lari meninggal Ramon sambil berkata

‘’Maafkan saya, saya tidak boleh menerima cinta awak!!’’

‘’Saya tidak layak… ‘’

Berguguran air mata Ramon, sedih bercampur keliru, pelbagai andaian timbul, adakah kerana badannya berbau lembu? Adakah kerana beliau tidak pandai bercumbu? Atau adakah kerana Maria Lorec malu dengan lembu?…

Ramon sedih, berbekalkan hati yg hancur…. Ramon mengutip kembali sisa-sisa bunga yg ditinggalkan oleh Maria Lorec, satu persatu dikutipnya masuk ke dalam bakul…
Sedang asyik melayan perasaan dan mencari sebab kenapa cintanya ditolak, tiba-tiba Ramon ternampak purse Maria Lorec yg terselit di celah bakul bunga… hati Ramon tergerak untuk membuka purse Maria, mgkin Maria sudah berpunya, mgkin Maria ada menyimpan gambar kekasihnya…. bisik hati kecil Ramon…

Ramon terkejut, dirasa mahu saja dikerat2 bibir sendiri.. bibir yg pernah mencium Maria Lorec… Ramon, gamam, ya… betul sangkaan Ramon, mmg benar ada gambar seorang lelaki… tetapi bukan kekasih Maria Lorec, bukan juga bapa Maria Lorec apatah lagi bapa baptis Maria Lorec. Gambar lelaki yang berada di tangan Ramon Ebilic adalah…..

Maria Lorec!!!!!!

Kelihatan dari kejauhan, lembu-lembu Ramon Liberec sedang mengawan sambil memandang sinis keaarah Ramon, Ramon kecewa. Tidak disangka Maria Lorec adalah seorang….

Lelaki….

Malam tu juga Ramon naik bus cari kerja lain kat Bandar…

3 comments:

Frodo Baggins said...

wakakkakakakka ~
gay lah best!!!
huakakakkaka .. klaka beb!
lembu jugak yg jadi saksi ...

Azwandy Bin Muhamad said...

maria...jom kita tidur..
hahaha....

y said...

froddo: gile ko bes... berdosa..

wandy: ayat abang din 2...hahaha