Thursday, May 27, 2010

rumah ungu saya


saya suka ungu....

mata saya memberat.. refleks saya semakin lambat...

dan saya terus terbang melayang masuk ke dalam sebuah rumah kecil yang cantik, rumah berwarna ungu yang saya bina betul-betul diatas puncak bukit, disebelah rumah saya ada sepohon pokok yang besar dan rendang, pokok yang sentiasa setia memayungi rumah saya dari hujan dan panas. rumput dikawasan rumah saya semuanya segar menghijau. bunyi burung2 berkicauan begitu menenangkan hati, kelihatan juga 2 3 illama berlari-lari anak. diikuti rapat oleh 3 4 ekor zirafah putih, mereka berlari-lari kesana kemari untuk tujuan apa pun saya tidak pasti, yang penting gelagat mereka mencuit hati dan menenangkan saya.dari kejauhan saya dapat melihat pantai yang pasirnya memutih, ombaknya beralun lembut seolah-olah menari-nari, tidak ubah seperti seorang penari eksotik yang berpengalaman. indahnya saat ini, indahnya rumah ungu saya sehingga otak saya beku untuk mencari ayat-ayat yang sesuai untuk menggambarkan betapa indahnya suasana, jemari saya seaakan-akan kebas... biarlah hanya saya sahaja yang tahu, tahu betapa indahnya rumah ungu itu....

selamat malam dunia fana...

4 comments:

wdj owner said...

dulu aku masa sekolah menengah, aku masuk rumah biru sebagai rumah sukan. Nama rumah sukan aku, rumah Mahathir tapi aku tak sokong Mahathir pun.hahah.relate ke nie?

Viva La zuLL said...

effek rumah unggu. namo band kito katgi

http://ohserius.blogspot.com

Hampasnyior said...

pali: 2 rumoh sukn lie, lnsng xdok kaitan.

roy: aku setuju dgn namo band 2, cumenye, genre muzik gapo kita nk bawak ni?

Viva La zuLL said...

Lagu bergenre hiphop rock kangkang

http://ohserius.blogspot.com/2010/06/brader-lawak.html