Friday, May 6, 2011

idea itu ada di celah celah awan

Saat idea penulisan datang mencurah2 adalah tatkala tiada pen untuk digapai dan tiada laptop untuk dicapai, segala idea, kisah2 khayalan, kisah2 cinta,kisah2 raksaksa, dan sebagainya dicoret kemas didalam kotak memori, namun apabila saja pen dipegang, ataupun ketika mengadap laptop untuk menterjemahkan idea ke dalam bentuk tulisan, semuanya seaakan-akan hilang, umpama sehelai tisu yang jatuh melayang ke dalam air, larut terurai tanpa kesan.

Benda-benda macam ni mmg buat gua marah, idea yang hilang sukar untuk diseru kembali, kalo pun Berjaya diseru, ia datang dalam bentuk yang sudah tidak complete, berpecah-pecah umpama sebuah puzzle yang besar, idea yang tidak complete adalah idea yang tiada penyudah, susah nak dikembangkan dan tiada punchline. Gua benci benda ni.

Gua teringat tentang suatu cerita, cerita yang gua sendiri tidak tahu mana asal asulnye, tetapi kalo tidak silap gua, cerita ini disampaikan kepada gua melalui angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa ketita gua sedang membeli jeruk kelubi di tepi pantai 2 3 tahun yang lalu, menurut sang angin setiap idea yang kita pikir, idea yang complete, idea yang menarik, berpuchline, akan tercatat di satu tempat dicelah awan. Dicelah awan tersebut ade satu pohon yang besar, dengan daun yang berganda2 besar saiznye, dan idea itu tercatit kemas di atas dedaun yang merimbun lebat. Tidak kirala samaada idea itu deterjemahkan atau tidak, ianya akan kekal disitu untuk suatu tempoh tertentu. Secara teorinya benda itu hak kita, jadi bile saja kita terlupa, kita berhak untuk ke pohon berkenaan, dan memetik kembali idea2 yang tertulis.

Jadinya gua memang berharap dapat pergi ke pohon berkenaan, esok gua nak cari pelepah-pelepah pelbagai jenis burung, gua nak cantum menjadi suatu sesayap yang cukup besar yang mampu bawa gua terbang ke awan. Orang tua2 kata berpijak di awan mesti berhati2, nnti takut terjerlus jatuh terjelepuk di atas tanah, bile jatuh sakit bukan lagi jadi hal, tapi mati adalah pasti. Gua xnak macam tu, orang2 tua yang pernah ke awan juga pernah berkata, di awan jalan mesti perlahan-lahan dan seperti ketam. Tidak mengapalah, kerana yang penting gua dapat petik kembali idea-idea lama, idea-idea yang gua piker ketika sedang berak, ketika bawak moto, ketika dalam gelap, ketika malas dan yang paling penting, gua nak petik idea-idea yang gua pikir ketika gua masih kecil.

Untuk kesana juga seelok eloknya ketika awan sedang merimbun, sedang menggebu, fluffy, dan sewaktu dengan nya. Waktu yang paling dilarang adalah ketika awan hitam berarak, awan hitam sebenarnya adalah gerombolan naga-naga yang sangat ganas, menhambur api biru-kebiruan ke tanah. Apabila awan hitam muncul, baiklah duduk dirumah, minum kopi makan lempeng.

Gua juga ade terdengar, kalo ke awan, jangan lupa petik sekali strawberry strawberry yang tumbuh meliar di bibir awan. Rasanya sangat manis, makan sebiji sudah cukup kenyang, namun sayang, ianya tidak boleh dibungkus untuk dibawa pulang makan di atas tanah. Kerana kesaktiannya akan hilang, di awan strawberry digenggam, namun ditanah, yang digenggam bertukar menjadi buah guli. Dan gua rasa, pencipta guli mendapat ilham daripada strawberry atas awan. Tapi itu tidak mengapalah, hal die, bukan hal gua.

Esok gua harap gua akan ade masa untuk ke awan mencari pohon idea. jika tidak, mungkin sekali gua hanya sekadar terbaring di atas padang rumput, melihat ke atas, mencorak awan menjadi apa saja yang gua suka. Rumah? Kereta? Microwave? Dan bermacam2 lagi sehingga matahari terbenam, sambil menggigit2 hujung kemuncup...........

3 comments:

middle name complicated said...

kawe masih lagi konpius...
kawe tahu blog deme ni merapu, tapi kawe baca jugak.
konpius.

chah~ said...

yeng gak eh.. walopun mung ngabei, tp aku mari sokmo baco entri mung.

wat pengubat duka. ahahhaahahaa

gud luck my fren!

si para para said...

hehe kalau tak dapat ke negara atas awan, dapat tengok awan pun jadi la..

err dah pergi ke belum ni.. tolong ambik aku punya idea sekali eh kalau ada..