Friday, June 25, 2010

Projek - Nyamuk asmara ep1

malam jumaat.

perjalanan ke alam loba-loba tidaklah selancar yang aku sangkakan, tambahan pula malam jumaat alam loba-loba agak sesak sedikit, maklumlah ramai yang mengambil kesempatan untuk mengekpresikan cinta mereka.Alam loba-loba sudah berubah, ianya tidak semeriah ketika kali terakhir aku datang ke sini, cinta yang dijelmakan disini tidak lagi seindah dulu, sehinggakan ada cinta yang dijelmakan sebagai sesuatu yang sangat menjijikkan dan busuk, mugkin sekali kerana nafsu. Aku termenung di hadapan jam awan di hentian terakhir stesen ferry cinta, sambil melihat seekor anak zirafah putih yang sangat comel berlari kesana kemari, aku tertawa kecil. Masih ada lagi cinta yang sesuci ini, aku tertanya-tanya siapakah pemilik cinta itu. jam awan menunjukkan pukul 456awan, aku sendiri pun tidak faham tentang jam awan ini, masa diukur bukan pada paksi alam, atau pada putaran orbit, tetapi diukur berlandaskan hati dan perasaan para pencinta, rasionalnya, masa pada mereka yang sedang dilamun cinta umpama awan, terapung melayan angin, seolah-olah tiada penghujung. aku tersenyum sambil menggaru-garu hidung yang tidak gatal, tetapi secara ringkasnya, yang aku tahu waktu alam loba-loba berkisar disaat aku pejamkan mata dan berfikir tentang cinta sehingga terdengarnya azan subuh.

lamunanku diganggu oleh sapaan Alfonso, penunggu ferry cinta, kami bersalaman, dunia loba-loba sudah berubah, kata Alfonso.. air sungai cinta sudah semakin tercemar. Aku hanya tersenyum, teringat kembali diwaktu dulu, di saat aku sedang dilamun cinta, dan cintaku di alam loba-loba dijelmakan seumpama seruling malam yang tidak putus-putus mendendangkan alunan musik yang sungguh mengasyikkan, yang membelai setiap cinta-cinta di alam loba-loba. cinta sejatiku menjadi penyeri di alam loba-loba, tapi itu dulu. Kata Alfonso lagi, semenjak aku mengundur diri dari alam loba-loba bersama cinta yang sudah mati, dunia loba-loba seaakan-akan sunyi tanpa sebarang frekuensi.

Jam awan berfufur(berdetik)menandakan sekejap lagi subuh akan menjelma dan alam loba-loba akan hilang, sebarang urusan berkaitan alam loba-loba akan terhenti. mereka-mereka yang ke alam loba-loba perlu berada di perhentian ferry cinta sebelum subuh, jika tidak, jiwa, hati, perasaan dan cinta mereka akan terus terperangkap di alam loba-loba.Akibatnya, cinta mereka di alam nyata akan hilang begitu saja. kelibat nyamuk asmara belum pun lagi kelihatan dan aku sudah mula risau, merokok di alam Loba-loba adalah dilarang, kerana membahayakan cinta.

Serius benar nyamuk asmara, semenjak dua menjak ini, patutla bilik ku di alam nyata penuh dengan nyamuk, sehingga menyukarkan aku untuk tido, rupanya ia mesej dari nyamuk asmara supaya lekas ke dunia loba-loba. sudah setahun lebih aku tidak memasuki alam loba-loba, semenjak hilangnya seruling malam.

Segala cinta-cinta di alam loba-loba ini ditadbir oleh nyamuk asmara, baik cinta yang berlandaskan hawa nafsu, mahupun cinta dusta. tidak terkecuali cinta-cinta monyet, cinta ditadbir dengan penuh kasih sayang, cinta di alam loba-loba di baja dan disiram dengan puisi2 indah oleh Nyamuk Asmara.Sedang aku asyik meneguk jus rimbunan awan, sejenis minuman sepesel di alam loba-loba, tiba-tiba seluruh awan di alam loba-loba bertukar warna, hijau kebiru-biruan, platipus putih berpelepah terbang riang kesana kemari. aku tersenyum, itulah petanda nyamuk asmara sudah sampai.nyamuk asmara, bukanlah dijelmakan dari cinta sesiapa, dia adalah dia.. kecantikan nyamuk asmara memang tiada bandingan, tetapi sayang, nyamuk asmara hanya boleh hidup di alam loba-loba sahaja kerana di alam nyata dia tidak lebih hanya sekadar nyamuk bodoh yag takutkan ridsect.

Aku dan nyamuk asmara bercumbuan, memang kami sudah lama kenal.. lagipun sudah setahun lebih tidak berjumpa, jadi tiada salah pada hematku untuk melepaskan rindu. kelihatan 2 3 pengawal nyamuk asmara buat muke x puas hati. tapi ada aku kisah?. setelah habis sesi melepaskan rindu, aku dan nyamuk asmara duduk di sebuah rimbunan pepohon berbentuk hati, di belakang kami ada seekor kucing yang pandai menyanyi. mata kami bertentang, kata nyamuk asmara, beliau sedih dgn alam loba-loba, dan kesal dengan alam nyata. aku faham maksud nyamuk asmara, dan aku tahu nyamuk asmara bimbangkan alam loba-loba.Cumanya,aku adalah insan biasa apa yang aku mmpu lakukan.

hanya ada satu cara yang dapat menyelamatkan alam loba-loba, getus nyamuk asmara, aku diam membisu, aku sudah dapat membaca isi hati nyamuk asmara. alam loba-loba perlukan...

cinta sejati..

Ya cinta sejati... cinta sejati yang mampu dijelmakan sebagai seruling malam di alam loba-loba, seperti dulu-dulu, disaat hati mu umpama bunga yang memekar, kata nyamuk asmara, dan aku, aku perlu mencari cinta sejati itu...aku tersenyum tawar, sambil dalam hati rasa nk lempang je nyamuk asmara, apa dia ingat cinta sejati ni bleh dijumpai di mana-mana saja? dia ingat cinta sejati boleh di cari dengan hanya menggunakan mata?... Mata nyamuk asmara membutang, mengharapkan simpati dari aku. aku tewas dgn godaan nyamuk asmara. dan aku bersetuju untuk mencari cinta sejati di alam nyata demi menyelamatkan alam loba-loba yang pincang dengan segala macam cinta hawa nafsu dan cinta dusta.

Mampukah aku mencari cinta sejati? dapatkah aku mencari cinta sesejati seruling malam? aku termenung sendiri di subuh hari sambil mencari2 ubat nyamuk.

Thursday, June 24, 2010

Mereka berdua yang salah



Gambar koleksi peribadi Saiful

Prap! Kerusi plastic ditendang2 saiful, terserlah kejantanan saiful didepan puluhan penduduk kampung dalam dewan kecil tepi rumah ketua kampung.. mulut saiful x henti2 memaki hamun dan mencarut, semuanya dalam bahasa inggeris, ramai yang tidak sangka saiful pandai berbahasa inggeris walaupun ianya sekadar makian dan carutan. saiful memang bijak, pandai memilih, mujur kerusi yang dipilih untuk disepak adalah kerusi plastik, andai kata saiful tersalah ambik kerusi besi yang terletak bersebelahan, nescaya cerita ini tidak mungkin tidak dapat dipublish.. ramai yang terkejut, x kurang juga yang memandang penuh sinis, ada yang ketawa kecil, ada juga yang sekadar diam membisu… bendahari dah mula pegang kalkulator, kerusi plastic 1 tambah dgn pasu besar tepi dewan yg baru saja di cucuk saiful dengan batang paip besi sehingga retak, semuanya perlu diganti….

Pak Do Ya, bekas guru silat bingkas bangun, kesabaran beliau sudah sampai ke kemuncak… dewan tiba-tiba menjadi gamat… biskut merry juadah ringan untuk AJK habis berterabur atas lantai dan bnyak juga yang masuk mulut ketua kampong… Saiful pada Pak Do Ya bagaikan anaknya sendiri, saiful adalah anak murid pak do ya yg paling bijak dan paling cepat tangkap, x heranlah kadang2 hubungan mereka telah banyak kali disalah erti sebgai pasangan gay, mana x nya, bergurau senda di bawah pohon buluh tatkala penduduk kg sibuk bersiap-siap untuk solat jumaat, penah juga 2 3 orang penduduk kg melihat foto mereka berpelukan tanpa memakai baju, hanya ber-boxer…. X ada siapa berani ulas, tok imam boneka sekadar diam, x berani menegur. Janji cukup bulan ada byaran sume beres.

Kenapa saiful mengamuk? Apa kaitan amukan saiful dengan pak do ya? Kenapa ketua kampong buat muka x bersalah? kenapa penduduk kampong memberikan reaksi pelbagai? Kenapa ajk masjid ponteng semayang jumaat?

……………………………………………………………………….

( 2 minggu sebelum kejadian)

Mata saiful terpaku pd sekeping kertas yang tertampal kemas di dinding warung pak samad, jelas kelihatan dibawahnya cop mohor ketua kampong, hebahan tentang suatu pertandingan yang bakal berlansung, 2 minggu dari tarikh saiful meneguk air teh kelat pada hari berkenaan.. hati saiful berbunga, inilah masanya untuk beliau buktikan kepada seluruh penduduk kampong betapa hebatnya ilmu persilatan yang diwarisi daripada pak do ya, berkat usaha yang berterusan hasil daripada tunjuk ajar pak do ya, ditambah dengan rujukan daripada buku anak-anak wira serta youtube, saiful yakin pertandingan ini adalah ketegori kacang sahaja…

Latihan saiful jgn ckp la… latihan intensif tahap komando, mana tak nya, hadiah yang ditawarkan bukan sekadar hamper sebesar ibu panda, tapi sekali dengan calculator Besta berkuasa solar tambah plak dengan poster dr fazlee yg sebesar trekter… tapi bagi saiful, hadiah bukan soalnya, tapi yang penting adalah maruah kampong dan juga imej pak do ya, guru kesayangan beliau. Pada beliau jika tiada hadiah sekalipun, beliau x kisah.. yang penting menang, menang adalah segala-galanya.

Hari pertandingan…

Saiful lengkap berbaju kuning, ala-ala pengantin, pak do ya apa kurangnya… berbaju batik mengalahkan ketua kampong, masing2 tertumpu pada saiful dan pak do ya. Orang kampong sudah ada yang memandang sinis perwatakan dan pembawaaan diri kedu-dua beranak itu. Tetapi mereka sekadar memerhati, sepatah kata yang terkeluar andai tidak berkenan di hati pak do ya dan saiful, nahas mgkin terjadi. Apa yang penting bagi penduduk kampong sekarang adalah… safety.

Tiba-tiba..

Mulut saiful terlopong, darah beliau menyirap, begitu juga pak doya… para peserta yang hadir pada hari berkenaan jauh dari jangkaan mereka. semuanya muka skima, skima tahap lipan bara… marah sungguh saiful. said Ajk pelaksana pertandingn muncul di depan saiful…. dan menjelaskan kepada saiful dan pak do ya bahawa ini bukan pertandingan seni mempertahankan diri, tetapi…

PERTANDINGAN SUDOKU

tambah said lagi, sudoku bukanlah sejenis pertandingan yang melibatkan mana2 genre atau cabang2 ilmu mempertahankan diri. Mungkin kerana ingin mengcover malu, kepala hotak Said dikarate secara membuta tuli oleh saiful…… dan aksi mengamuk saiful berlanjutan sehingga ke tengah malam… semenjak dari detik itu saiful tidak lagi kelihatan, nama saiful dan pak do ya juga tidak lagi meniti di mana2 bibir penduduk kampong..

Wednesday, June 23, 2010

bebulu mata



gua cube untuk ekspresikan betapa xstylonya blog gua.. jgn salah faham.

tiap kali buka blog sendiri, gua rasa nk muntah... awek-awek yang buka blog gua pun konpem rasa nk muntah, bukan pe, gua pikir nk rebranding balik la gua punya blog. blog gua sekrang ni mcm x urban je... menghala ke arah bangang, nilai2 stylo dh hilang. tapi bab2 servis blog ni mmg gua liat sikit.. tambahan plak kepakaran gua dlm bidang ni di bawah tahap beku, nasib baik la gua ade member yang memang serius dalam hal-hal berkaitan blogging dan juga metafizik...

akhir kata, semoga bertemu lagi di kemudian hari, dgn wajah yang baru... arios..