Thursday, June 24, 2010

Mereka berdua yang salah



Gambar koleksi peribadi Saiful

Prap! Kerusi plastic ditendang2 saiful, terserlah kejantanan saiful didepan puluhan penduduk kampung dalam dewan kecil tepi rumah ketua kampung.. mulut saiful x henti2 memaki hamun dan mencarut, semuanya dalam bahasa inggeris, ramai yang tidak sangka saiful pandai berbahasa inggeris walaupun ianya sekadar makian dan carutan. saiful memang bijak, pandai memilih, mujur kerusi yang dipilih untuk disepak adalah kerusi plastik, andai kata saiful tersalah ambik kerusi besi yang terletak bersebelahan, nescaya cerita ini tidak mungkin tidak dapat dipublish.. ramai yang terkejut, x kurang juga yang memandang penuh sinis, ada yang ketawa kecil, ada juga yang sekadar diam membisu… bendahari dah mula pegang kalkulator, kerusi plastic 1 tambah dgn pasu besar tepi dewan yg baru saja di cucuk saiful dengan batang paip besi sehingga retak, semuanya perlu diganti….

Pak Do Ya, bekas guru silat bingkas bangun, kesabaran beliau sudah sampai ke kemuncak… dewan tiba-tiba menjadi gamat… biskut merry juadah ringan untuk AJK habis berterabur atas lantai dan bnyak juga yang masuk mulut ketua kampong… Saiful pada Pak Do Ya bagaikan anaknya sendiri, saiful adalah anak murid pak do ya yg paling bijak dan paling cepat tangkap, x heranlah kadang2 hubungan mereka telah banyak kali disalah erti sebgai pasangan gay, mana x nya, bergurau senda di bawah pohon buluh tatkala penduduk kg sibuk bersiap-siap untuk solat jumaat, penah juga 2 3 orang penduduk kg melihat foto mereka berpelukan tanpa memakai baju, hanya ber-boxer…. X ada siapa berani ulas, tok imam boneka sekadar diam, x berani menegur. Janji cukup bulan ada byaran sume beres.

Kenapa saiful mengamuk? Apa kaitan amukan saiful dengan pak do ya? Kenapa ketua kampong buat muka x bersalah? kenapa penduduk kampong memberikan reaksi pelbagai? Kenapa ajk masjid ponteng semayang jumaat?

……………………………………………………………………….

( 2 minggu sebelum kejadian)

Mata saiful terpaku pd sekeping kertas yang tertampal kemas di dinding warung pak samad, jelas kelihatan dibawahnya cop mohor ketua kampong, hebahan tentang suatu pertandingan yang bakal berlansung, 2 minggu dari tarikh saiful meneguk air teh kelat pada hari berkenaan.. hati saiful berbunga, inilah masanya untuk beliau buktikan kepada seluruh penduduk kampong betapa hebatnya ilmu persilatan yang diwarisi daripada pak do ya, berkat usaha yang berterusan hasil daripada tunjuk ajar pak do ya, ditambah dengan rujukan daripada buku anak-anak wira serta youtube, saiful yakin pertandingan ini adalah ketegori kacang sahaja…

Latihan saiful jgn ckp la… latihan intensif tahap komando, mana tak nya, hadiah yang ditawarkan bukan sekadar hamper sebesar ibu panda, tapi sekali dengan calculator Besta berkuasa solar tambah plak dengan poster dr fazlee yg sebesar trekter… tapi bagi saiful, hadiah bukan soalnya, tapi yang penting adalah maruah kampong dan juga imej pak do ya, guru kesayangan beliau. Pada beliau jika tiada hadiah sekalipun, beliau x kisah.. yang penting menang, menang adalah segala-galanya.

Hari pertandingan…

Saiful lengkap berbaju kuning, ala-ala pengantin, pak do ya apa kurangnya… berbaju batik mengalahkan ketua kampong, masing2 tertumpu pada saiful dan pak do ya. Orang kampong sudah ada yang memandang sinis perwatakan dan pembawaaan diri kedu-dua beranak itu. Tetapi mereka sekadar memerhati, sepatah kata yang terkeluar andai tidak berkenan di hati pak do ya dan saiful, nahas mgkin terjadi. Apa yang penting bagi penduduk kampong sekarang adalah… safety.

Tiba-tiba..

Mulut saiful terlopong, darah beliau menyirap, begitu juga pak doya… para peserta yang hadir pada hari berkenaan jauh dari jangkaan mereka. semuanya muka skima, skima tahap lipan bara… marah sungguh saiful. said Ajk pelaksana pertandingn muncul di depan saiful…. dan menjelaskan kepada saiful dan pak do ya bahawa ini bukan pertandingan seni mempertahankan diri, tetapi…

PERTANDINGAN SUDOKU

tambah said lagi, sudoku bukanlah sejenis pertandingan yang melibatkan mana2 genre atau cabang2 ilmu mempertahankan diri. Mungkin kerana ingin mengcover malu, kepala hotak Said dikarate secara membuta tuli oleh saiful…… dan aksi mengamuk saiful berlanjutan sehingga ke tengah malam… semenjak dari detik itu saiful tidak lagi kelihatan, nama saiful dan pak do ya juga tidak lagi meniti di mana2 bibir penduduk kampong..

5 comments:

miEmi zahari said...

ape kne ni yeng...pic sensored sokmo nih...haish

Viva La zuLL said...

yeng minat lelaki ko loni?

roki @ yeng said...

mie: sensored thp terkawal lagi mie. kehkeh

roy: aku normal.

wdj owner said...

natam nie.pic gilo ajo. gay doh ko sejak gi pangkor nie? ko frust doh

nas said...

hamboih..nyamok..pehal seksi sangat tue??? geli aku...ngeh2