Friday, May 8, 2009

Rasukan Lembaga Misteri....

gambar kamaruddin ketika dirasuk lembaga misteri



Badan Kamaruddin semenjak dua menjak ni asyik seram sejuk… kadang2 meremang xtentu pasal.. kadang2 Kamaruddin termenung keseorangan, nak kate kamaruddin putus cinta.. x mungkin… kali terakhir Kamaruddin bercinta adalah ketika tingkatan 5.. itu pn x kekal lama… x kekal lama sebab kamarudin mulut je seksi, tp ayat x power, ayat skema… awek x suke ayat skema… tp bukan salah kamarudin, kerana ayat skema la Kamaruddin berjaya merebut jawatan presiden kelab bahasa melayu dulu….

Mak timah bimbnagkan keadaan Kamaruddin, mane x bimbng… Kamaruddin lah harapan keluarga… Kamaruddin lah intan, Kamaruddin lah permata..ditambah pulak Kamaruddin adalah satu2nya anak yang terhasil daripada berpuluh2 tahun perkahwinan dengan Pak Cu Mat…. Luluh hati Mak Timah melihat keadaan Kamaruddin.. sepatah ditanya, sepatah yang dijawab.. bila ditanya kenapa bermuram durja, Kamaruddin lari masuk bilik.. macam ank dara…

Pak Cu Mat plak nampak je rilek, padahal dalam hati lebih bergelojak daripada Mak Timah… keadaan Kamaruddin anak kesayangan yang mcm hilang punca turut sama menjejaskan aktiviti Pak Cu Mat… reputasi Pak Cu Mat sebagai raja papan dam di kedai kopi Sahar sudah tergugat, dek kerana xdapat mempertahankan kejuaraan akibat emosi tergangu kerana memikirkan Kamaruddin... tp Pak Cu Mat memang terrer bahagian cover… die mmg kalah, tp kalh dengan bermaruah, kalah untk membuka peluang kepada orng baru… kata-kata bersemangat Pak Cu Mat diselangi dengan laungan BLAH LA LU PAK CU MAT!.. kata2 dari warga kedai kopi sahar yang dh bosan melihat kelibat Pak Cu Mat yg dh mcm x de rumah, 24jam kedai kopi...

Mak Timah dan Pak Cu Mat dh nekad, perkara ni mesti di bawa ketengah.. bukan ketengah kebun getah maupun ladang jagung… tp dibawa ketengah untk diselesaikan… Mak Timah dan Pak Cu Mat memang pasangan secocok walaupun kahwin paksa kerana tertangkap basah dibwah pohon jambu… depan rumah pak imam… cantekk!!... Mak Timah mengusulkan supaya membawa Pak Lebai Hitam datang kerumah mereka... Pak Lebai Hitam..seorang bomoh yg cukup tersohor, bomoh yg suka suki melantik diri sebagai pak lebai walaupun x pnh ke msjid hatta untk sambutan maulud sekalipun…. Pak Cu Mat sekadar mengangguk manja.. tanda setuju…

Warrghhh!!!!..WArghhh!!!.. Lembaga..lembaga… Kamaruddin melaung2 mcm orng bangang…. Tgn kaki Kamarudin diikat kemas oleh Pak Lebai Hitam, tubuh Kamaruddin habis lebam lebam dan berbirat2 dilibas serta dicucuk pak lebai hitam dengan buluh yg diracik kemas.. pak cu mat bimbg, bmbng kalau2 buatnye pak lebai hitam tertikam ank kesayangnnya ngan buluh tersebut…. Haru biru la kehidupan die ngan mak timah nanti… bukan senag bg pak cu mat nk buat ank secomel kamaruddin..

“Haish, ada lembaga yg menggangu ank kau ni mat”, kata lebai hitam dengan suara macho dan penuh keyakinan.. mulut kamaruddin diikat kejap dengan kain pengelap jambn.. semuanya atas cdngan bangang lebai hitam.. kononnya sebagai pelemah tenaga lembaga yg merasuk badn kamaruddin….Mak timah dan pak cu mat dah x senang duduk, mau sahaja mereka berdua lari keselatan Thailand.. tp demi ank tercinta.. mereka sabar…

Sedang asyik lebai hitam membaca jampi seranah.. jampi yg katanya datang dari sebuah banjaran di czechlovakia, jampi khs penghalau lembaga… tiba-tiba… Saripah, anak saudara pak cu mat yang menjadi gilaan anak muda seluruh kampung datang.. datang dan terus tanpa banyk soal menghala kebilik kamaruddin.. mak timah, pak cu mat dan lebai hitam kebingungan dan terpinga-pinga… saripah keluar dengan membawa sebuah kotak kuning, kotak rahsia kamaruddin.. kata saripah, segala apa yang menganggu kamaruddin ada dalam kotak kuning tersebut..

Saripah menjadi org yg dipertanggungjawabkan untk membuka kotak berkenaan… kotak dibuka..sepucuk surat adalah jwpn kpd segala-galanya.. . segala yang kusut kini terurai.. segala yang kelam kini dah terjawab… segala misteri yg menghantui kamarudin sudah terungkai… muka lebai hitam membiru.. mungkin kerana malu.. mak timah berpura-pura main mesej walaupun semua orng tau mak timah buta kayu, buta huruf… pak cu mat sudah lesap.. lesap menghala ke kedai kopi sahar sambil menyumpah-yumpah…. Barula semua tahu.. lembaga yang menghantui hidup kamarudin adalah..

LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI…

Sekian…

Terima kasih…

6 comments:

fizah said...

haha...lawak betul la cerita ni..nnt post la lg cerita lawak2 ye..

panggil aku shEh said...

adoiii...
beria otak aku imagine mcm2..
sadis btol!

raihan said...

Hampeh tol yeng. Bt suspen je (wlpn xla suspen sgt cz dh bjet dh lwk bdoh ko hehe). Pape pn, bt la lg cter lwk, leh la ilgkn ckit rs bsn n sedih huhu. Pape pn, keep doing it k.

miEmi zahari said...

hahaha ngaruk sokmo mat yeng gak eh.... jd la lawok mu2...hehehe

anis said...

lucu sokmo cito mg yeng...haha..
selamat berkarya lagi..hehehe

zuLL said...

kamarudin. saim demo ko?