Tuesday, September 29, 2009

Apa ada pada nama.?


anak pakcik salleh dan makcik zaitun..

Anak pak cik salleh dan makcik zaitun hanyalah merupakan seorang pemuda kampung biasa sahaja, tetapi apa yang menjadikan beliau luar biasa adalah kerana namanya, nama yang sememangnya pernah didengar oleh sesiapa sahaja, terutama kepada mereka-mereka yang pntingkan gaya... kalo orang lain pakai nama standard-standard je mcm Ramli, Kassim, Deraman dan sebagainya, namun tidak bagi pak cik salleh dan makcik zaitun, pada mereka biarlah anak mereka gagal dlam bidang pelajaran, biarlah anak mereka membusung dengan pekerjaan sebagai penoreh.. yang penting pada mereka adalah nama yang stylo untuk didengar..

namun begitu tidak siapa yang pasti dari mana pak cik salleh dan makcik zaitun memperoleh ilham untuk menamakan anak mereka begitu... bahkan ketua kg sendiri sudah berbuih hijau bertanyakan sebab dan musabab disebalik nama yang diberikan oleh pak cik salleh dan mak cik zaitun. nak kate pak cik salleh dan mak cik zaitun terpengaruh dengan budaya luar, itu tidak mungkin sama sekali... nk kata pak cik salleh dan mak cik zaitun terpengaruh melalui rancngn2 yang disiarkan oleh pihak astro, itu tidak logik kerana pakcik salleh tidak mempunyai astro, entenna yang ada sekarang ni pun adalah hasil usaha beliau sendiri menggunakan beberapa batang besi dan tudung periuk, siaran yang dapat ditonton pun hanyalah rtm1... perkara ini sudah 2 kali dibangkitkan oleh saudara bustaman merangkap ajk surau kampung berkenaan, namun segala hujah bustaman senang saja di patahkan oleh pak cik salleh.. dengan lagak gaya yang selamba tanpa bnyk fikir, setiap persoalan akan dijawab.. " anak ni, aku dengan si zaitun yang buat, suka hati kitorang r nk namakn apa pun".. mendengar jawapan itu, terdiam lah bustaman.

itu belum lagi kisah pak cik salleh menampar lebai ismail sehingga menyebabkan lebai ismail menderita kencing manis dan kencing malam.. semua ni terjadi akibat nama anak pak cik salleh..
mak cik zaitun juga tidak kurang bangangnya, dari awal perkahwinan sampailah sekarang ketika lambaian kubur sudah dekat, masih lagi berdiri teguh di belakang pak cik salleh, apa yang pakcik salleh arahkan, apa yang pak cik salleh mahukan semuanya dituruti, pernah orang kampung melihat pak cik salleh dan mak cik zaitun bermain bunga api di kawasan kebun sayur milik jiran mereka.. pernah juga orang kampung melihat mereka berdua sepakat memasukkan mercun papan ke dalam dubur seekor kucing.. sungguh tidak senonoh!!....

..................................................


barangkali pak cik salleh dan mak cik zaitun leka dalam dunia ciptaan mereka sendiri sehingga mereka sama sekali tidak menduga apa yang akan menimpa.. suatu petang yang damai, selesai sahaja kerja mereka di kebun pisang milik keluarga zaitun turun temurun, mereka seaakan akan tidak percaya dengan apa yang telah terjadi.. anak kesayangn mereka sudah lari meninggalkan mereka, lebih teruk lagi.. segala bekalan pisang untuk menampung kehidupan mereka juga dibawa lari bersama.. yang tinggal hanyalah sekeping nota kecil terselit di celah peti sejuk.... nota kecil yang besar maknanya, dengan titisan air mata bercampur peluh yang masih lagi berjejeran, mak cik zaitun membaca nota berkenaan sambil pak cik salleh memetik gitar mendendangkan irama lagu salam terakhir...


kehadapan ayahanda dan ibunda,
bukanlah niat anakanda untuk memperlakukan ayahanda dan ibunda sebegini rupa, tetapi pada hari ini anakanda perlu mengambil keputusan demi masa depan kita bersama.. anakanda sudah tidak tahan dengan jelingan dan pandangan orang kampung, anakanda ingin mencari peluang di bandar, cukuplah dengan kerja menoreh ni, anakanda dah pe dap..
maafkan anakanda, halalkan segala makan dan minum anakanda, kalo umor ayanhanda dan ibunda panjang.. kita jumpa lagi..
salam sayang dari anakmu...

MARLBORO BIN SALLEH CHURCHILL









8 comments:

yanayeir said...

dgr lagu ramli sarip-bkn krn nama...

wdj owner said...

mengikut statistik kekerapan mu mengemaskini blog skang ini amat tinggi.hahahahowner

yeng said...

yana: pakcik salleh x tau kord lagu 2.hahaha

kasi calar wdj: natam pali...!

~piNkylixiOuz~ said...

hy en nazrin,,
huhu..
wah,semakin kerap mengupdate blog??
syabas2..
hehe

+_-

46ers said...

Mu toksey bui namo g2 ko anok mu seksok ko yeng?hahaha...(devilish laugh)

raihan said...

mu ni yeng memg kreatif ar..
bley dh mu masuk team mjalah ujang haha
cnfirm tiap2 bulan aku bli mjalah 2..

A d'Z said...

mn mamat tu skrg? nk wat geng r bro...

MeGat said...

spesis soft pack ko?? nok so...