Saturday, February 19, 2011

malam tranquility


semalam tido dan mimpi saya terganggu dengan gigitan nyamuk yang maha banyak. Terjaga pada pukul 4 pagi adalah perkara yang tidak menyeronokkan. Saya menyesal kerana tidak meluangkan masa dan wang untuk membeli ubat nyamuk pada siangnya. Natijahnya saya terseksa pada malam hari. Saya kuak langsir berwarna coklat bercorak bulat-bulat, ye memang hodoh dan tidak berseni, tapi itu adalah langsir milik pihak kolej kediaman, jadi, terima sajalah.

Dalam kegelapan malam saya lemparkan pandangan saya kearah bintang-bintang di langit, melalui celahan tingkap, saya mengintai bulan yang jauh nun di angkasa. Saya meraba-raba permukaan meja tempat saya jarang2 study, mencari sebatang rokok yang saya beli siang tadi. Rokok sekarang saya beli batang-batang sahaja, bukan lagi sekotak-sekotak seperti dulu, factor kewangan dan juga azam untuk berhenti adalah punca utama. Ironic sungguh, rokok saya ingat untuk beli, tapi ubat nyamuk, haram tidak terlintas dalam fikiran saya.

Saya ketuk2 pangkal rokok ke kuku, nk bagi padat, tapi entah la, the real reason kenapa rokok diketuk2 sampai arini saya x tau, yang jelas ianya semacam habit bagi setiap perokok. Rasa mengantuk saya sudah hilang, tidak berguna jika saya terus melawan takdir dengan bergulung macm tenggiling diatas katil memujuk diri untuk tido, itu tindakan yang mengundang kata2 carutan, ye lah, mcmmana nk tido dengan nyamuk yang berseliratan.

Saya silang kaki kiri keatas paha kanan diatas sebuah kerusi berwarna biru, tersemat kemas sebatang dunhill yang tembakaunya sudah saya padatkan di antara bibir saya yang semakin hari semakin biru menghitam. Kemana pergi bibir saya yang merah dan seksi? Ok, persoalan itu saya tinggalkan jawapannya kepada puntung2 rokok yang bersepah dalam tong sampah. Mata saya masih lagi memandang terus dan tepat kepada sang bulan. Dan rokok yang terselit kemas belum pn lagi tergerak untuk saya nyalakan. Biarkan dulu puntungnya basah diantara bibir saya ini.

Saya tersenyum..

Mungkin inilah yang dikatakan tranquility waktu pagi, disaat haiwan nocturnal meliar menjalani kehidupan malam. Saya berasa tenang dengan suasana yang sunyi ini. Biarkan saja nyamuk ini mengusik di birai ibu jari kaki kanan saya, bermain2 di betis dan juga sesekali melintas di tepi cuping telinga. Sedutlah darah ini, saya tidak mahu saat ketenangan ini rosak dengan nyamuk-nyamuk yang hanya inginkan setitik darah.

Dalam senyum, minda saya berlegar-legar tentang pelbagai persoalan. Saya terus tersenyum kerana tidak saya sangka perkara sekecil ini, keadaan ini, mampu memberikan saya kegembiraan, sebatang rokok di waktu sejuk pagi, ditemani bintang dan bulan, ahhh.. indahnya. Saya tertanya-tanya apa lagi perkara dalam hidup saya yang saya anggap kecil tetapi sebenarnya amat besar maknanya dan mampu memberikan sense of tranquility seperti ini.

Saya tinggalkan seketika lamunan yang tiada penghujung, pandangan saya alihkan dari bulan kepada konteks bilik, mencari lighter. Selesai saja rokok ini dinyalan, saya akan kembali melihat bulan.

Saya sudah lupa dimana saya letak lighter.

Saya cari di segenap penjuru bilik.

di bawah katil.

Di antara celah buku-buku.

Di meja study.

Dalam poket baju, poket seluar.

Bawah tilam.

Ok. Ini tidak menarik, dan ini adalah babi!,

sape rembat lighter gua??

gua memang dah nekad nak santau......

Esok gua nak ke kedai, bli ubat nyamuk, dan beli lighter!, akhir sekali google cara-cara nak santau orang.

cis

2 comments:

LINDA ALEEQA said...

santau haram...pe kata bunuh jer...
p/s:saya tak kenal sape awak...tp entry awk mmg saya nanti...tgah study?maybe pgkat adik...so...truskan berblog yer...awk brbakat dlm penulisan...(kata2 skema)

Unknown said...

Salam,

LAWAK PETANG!
blog yg buat me gelak non stop sampai sakit pewot dipetang yang tegang ini.

syabas kepada tuan blog. terima kasih kerana membuat me lupa masalah sebentar :)