Tuesday, April 19, 2011

berlawan dengan raksaksa

Prang!!!!!

Berterabur cermin tingkap bilik gua, seekor raksaksa semacam naga entah dari mane entah x semena-mena menerjah tingkap bilik gua, kepala raksaksa berkenaan tersangkut di tingkap, mengelupar mahu melepaskan diri.

Taringnya panjang, lebih kurang panjang 2 batang pen. Mata sebelah merah sebelah lagi biru, lidah bercabang macam biawak. Badan bersisik persis seekor ular, sayapnya pula lebar lebih kurang 2 depa. Badan bersaiz lebih kurang sebesar lembu jantan, menpunyai ekor yang sangat tajam, seolah2 seperti pedang. Raksaksa itu Berdesis-desis dengan lidah yang terjelir-jelir, pedih la tu tercucuk kaca tingkap yang bersepahan.

Gua yang terkejut berundur setapak, tapi masih berdiri teguh dan tidak keluar dari bilik.Gua bukak loker gua dan ambik pisau belati, ntah dari mana tiba2 muncul pisau belati pun gua x tau, xpe la, benda dah ade, soal dari mana kite pikir kemudian.

Tanpa berlengah lagi gua maju kedepan dan menumbuk mata raksaksa yang tersepit di geriji tingkap itu, raksaksa berkenaan berdesis kuat, tanda marah. Ekornya yang tajam cuba ditusuk ke badan gua, namun gua sempat bergolek2 ke bawah katil. Jup! Jup! Bunyi tusukan ekor raksaksa berkenaan mengenai lembek rumet gua.. nasib baik rumet gua xde, kalo x susah nanti gua nak bertarung ngn raksaksa ini

Gua capai pisau belati yang terjatuh masa asyik duk bergolek tadi, gua melompat lantas sekali harung mencantas tengkuk raksaksa berkenaan,putus berderai tengkuk raksaksa berkenaan, darah memercik membasahi segenap penjuru bilik, kepala raksaksa berkenaan gua gantung kat kepala katil, iktibar unruk raksaksa2 lain.

Last skali gua bakar raksaksa berkenaan dan berlalu pergi, raksaksa berkenaan meletup, api menjulang sehingga tiga puluh kaki ke udara, tapi gua terus berjalan membelakangi letupan berkenaan, x menoleh walaupun sedikit... gaya macam pilem2 hollywood. Sambil rokok terselit kemas di celah bibir.

Banyak betul dugaan time nak study.. susah betul, time gua duk rilek2 takde pula raksaksa yang datang bertandang. Asal bukak je buka nota serba serbi datang... ishhhh2 susah2.... ni la antara factor yang gua malas nak study.

Minggu depan dah start final, harapan gua agar raksaksa jenis ni dah serik.

7 comments:

Lurunna said...

gud luck exam!!! tak yoh caro ngat la ko raksasa tu... hahaha

maher lamm said...

rocky gilo....gilo....gilo...

are jim said...

lembek??
haha..berigak..

ZAMRE AB WAHAB said...

hihihi gedebe weh
- Zamre Ab. Wahab

Che Sakinah said...

hahahaa... macam cerita merlin.. ada raksaksa pulak.. raksaksa tu tak mengeluarkan api sebagai tindak balas berlawan dngan ko.. sah ko mmg terer! ;p

s.u.h.a said...

kamu ultraman?

si para para said...

wah aku rasa ko orangnya yang berada di sebalik kostum atromen tu kan..
kagum2