Wednesday, April 6, 2011

Cikgu Rahimah yang baik

Baiklah.

Sebelum gua panjang lebar bercerita kisah cikgu Rahimah ni, manis kiranye jika gua umpil sedikit tentang perihal cikgu Rahimah.

Sebenarnya, watak cikgu Rahimah adalah fiksyen, rekaan semata-mata, tapi bukan gua yang cipta, bukan gua yang wujudkan, tapi lecturer gua, nama dr Jaya. Apa yang menarik tentang cikgu Rahimah adalah beliau tidak hidup atau wujud di dalam ataupun secara lansung dari cerita. Tetapi beliau wujud apabila lecturer gua nak bagi contoh tentang sesuatu perkara.

By the way,

Dr Jaya adalah lecturer gua untuk subjek Teaching Material (subjek pendidikan). Memandangkan cikgu Rahimah tidak wujud secara lansung melalui sebuah cerita yang complete, tetapi hanya contoh-contoh dari mulut dr Jaya, maka gua cuba cantumkan contoh2 berkenaan menjadi sebuah cerita, ya cerita yang sedang gua taip ni.

Baiklah, gua teruskan kepada kisah cikgu Rahimah.

Cikgu Rahimah adalah cikgu sekolah menengah yang bagus, baik dan berkaliber. Cikgu Rahimah sentiasa mementingkan anak murid beliau mendahului dasar-dasar pentadbiran sekolah yang lintang pukang, dan juga guru-guru lain yang dilihat hanya tunggu gaji, makan gaji buta, bincang hal dalam kain kat bilik guru, me-label anak murid, jua biskut, dan kaki kipas. Bagi cikgu Rahimah, murid umpama amanah seperti anak-anak dirumah yang memerlukan sesorang guru itu mengajar bukan sibuk nak buat MLM.

Cikgu Rahimah mempunyai 3 orang musuh ketat, ataupun pendengki yang sentiasa memandang serong keatas beliau, cikgu berkenaan dinamakan dr Jaya sebagai, cikgu Rohaida, cikgu Siew Lan, dan cikgu Tilagawati.

Apa saja yang cikgu Rahimah buat serba tidak kena, cikgu Rahimah belanja murid, cikgu Rahimah bawa pendekatan baru yang lebih segar dan bertenaga berbanding teknik mengajar konvensional yang bapak bosan pun dipandang serba x kena. Nak buat macammana, waktu di bilik guru cikgu Rahimah sibuk memikirkan strategi pengajaran, berbanding cikgu Rohaida, cikgu Siew Lan dan cikgu telagawai yang sibuk bergosip dan bercakap soal hal ehwal rumah tangga orang lain. Oleh kerana cikgu Rahimah x “click” dengan diorang, maka cikgu Rahimah bolehlah dipandang secara serong.

Cikgu Rahimah sampai ke sudah tidak berpeluang untuk naik pangkat apatah lagi untuk memiliki sebilah sijil penghargaan dari pengetua kerana beliau banyak menghabiskan masa dan wang ringgit demi anak anak murid berbanding cikkgu-cikgu lain yang sibuk mengipas.

Seperti yang gua jelaskan tadi, cerita cikgu Rahimah ini tidaklah diceritakan secara direct seperti penglipur lara, cumanya diceritakan melalui contoh. Sebenarnya gua risau tentang masa depan cikgu Rahimah.

Gua kenal cikgu Rahimah masa minggu kedua kuliah. Minggu depan minggu ke-14, maknanya kelas gua dengan dr Jaya akan berahkir, gua yakin lecturer gua ini akan tamatkan siri cikgu Rahimah pada minggu depan.

Seingat gua, rumah tangga cikgu Rahimah tidak la kukuh mane, sebab dr Jaya ade mengatakan bahawasanaya, jadi seorang guru, kita perlu pandai bahagikan masa, masa antara keluarga dan juga tugas sebagai seorang guru, jangan jadi macam cikgu rahimah, terlalu fokus pada tugas, sehingga keperluan seksual suami terabai.

Ura-ura mengatakan bahawasanya cikgu Rahimah akan mati, mati akibat stress yang berlebihan, stress dengan segala macam kepincangan.

Gua harap dr Jaya ubah fikiran dan tukar ending cerita cikgu Rahimah ni…..

1 comment:

si para para said...

tu la...
bila buat baik orang pndang serong..
tapi selalunya..orang buat baik ni..hati dia senang,,tenang...sebab orang baik Allah sayang..
kalau tak hari ni..esok..