Mengadap laptop sambil memujuk mata untuk tido, tidola sang mata, cukupla mengadap dunia. Tp die degil. Selalu saja degil. Mungkin sebab fikiran asyik melayang entah kemana-mana, sesekali menerjah gerbang masa meninjau masa hadapan, yang lebih bersifat khayalan berbanding reality.
Sesekali memori berputar ke masa lampau, ketawa sendiri mengimbau kebodohan dan kesilapan sendiri, timbul rasa sebak dengan selama masa yang dibazirkan, tapi itulah dunia, yang penting bangun kembali dan hadapi hari dengan tabah. pandngn tdak lpas dari merenung hanset yang kebetulannya malam ini senyap sahaja tanpa mesej sidia. Tertido barangkali.
Di hujung sana, ntah dimna-mana terdengar hilai tawa riang entah sesiapa, gelak jenis yang mengada-ngada,gembira study week sudah menjengah tiba. Selamat tinggal buku2 untuk sementara, masa untuk bersama rakan dan teman, bergelak ketawa hingga ke pagi.
Tinggal gua disini, bertemankan gelap malam dan cahaya laptop, membaca apa saja yang terhidang di depan mata. Kesibukan esemen yang gua kira sebgai seorang student kalo rasa x tertekan malaupun sedikit adalah umpama seekor kambing, sudah berlalu membawa kalo x banyak pun, sekelumit kelegaan. Yang mendatang adalah final.
Hari berganti hari, masa berganti masa, bertahun menuntut ilmu, dari darjah satu sampai sekarang, sesetengahnya dari tadika, yee.. gua x masuk tadika.gua asyik terpikir apa yang gua dapat?. Kenapa sebegitu banyak yang diajar, sebegitu banyak yang di pelajari, masih lagi rasa seperti seketul tin kosong, ilmu2 ni bilenye kita akan pakai? Pakai untuk jawab exam? Pakai untuk hidup? Pakai untuk dapat kerja?.... ye gua x paham.. gua bengap skit pasal ni, mendewakan system sehingga kita lupa apa yang sebenarnya kita perlukan. Benda ni la yang mak, ayah, abg, adik, kakak, maksu, mak teh, ramly, ramlah, penarik beca, menteri2 x paham.
Gua rasa dah sampai masanye gua mendekatkan diri untuk jenis2 ilmu yang lain, ilmu yang boleh buat kubur gua bau wangi, ilmu yang boleh buat penimbang tara gua berat hala ke kebaikan. Gua bukan selalunya muda dan cergas macam sekarang, suatu hari nanti gua akan terjelepuk atas katil minta belas ihsan orang lain, makan pun bersuap, xpun lagi teruk mungkin pakai tiub, xkan sampainya ari tersebut baru gua terhegeh2 nak cari ilmu ni?.
Cukupla, gua dah penat, gua dah letih, gua dah lelah. System ni bullshit, gua nak selamatkan diri gua, gua masih ingat, dalam kepala gua dulu, gua pikir duit adalah segalanya, meningkat usia, gua pikir duit second, yang penting kebahagiaan, ok sekarang gua sedar itu semua karut. Yang gua nak sekarang adalah keberkatan.
Gua pohon sebelum terlamabt, janganla nanti gua ditanam seperti tin kosong, nnti apala yang nak gua jawab. Gua kena start mencari.....
2 comments:
dtg mengembara kat sini :)
aku suka entri ko yang ni...
betul tu... kita datang dengan putih.. balik pun kena putih jugak..
Post a Comment