Tuesday, August 14, 2012

Benda ni berdebu je, lap skit ok la.

well...

Last entry gua ialah pada 7.10.2011, tanpa gua sedar dah nk dekat setahun gua berhenti blogging. dan entry kali ni adalah entry pertama untuk tahun 2012. gua sendiri pon xde sebab yang kukuh kenapa gua lama x update blog, paling senang gua cakap, gua dah habis idea, gua x tau dah nk tulis pasal ape, rasa seronok menulis dan buat cerita tiba-tiba mati.

tapi semenjak dua menjak ni, bile gua godek-godek balik laptop gua, gua baca balik entry-entry lama, gua rasa sayu, terutama kisah nyamuk-nyamuk asmara yang baru 9 episod. walaupun story line nyamuk asmara berterabur entah kemana2, tapi gua masih ingat ketika first time dapat idea untuk buat nyamuk asmara, rasa kemanisan idea tu menjalar sehinggakan bile gua bukak je laptop, gua senyum sendiri macam orang gila.

gua tarik nafas dalam-dalam, sudah-sudah la bercuti, ayuh tulis dan coret kembali cerita-cerita mengarut, pujuk gua pada diri sendiri. tamatkan kisah nyamuk asmara. gua xnak cerita ni terkubur tanpa kesudahan.

ya betul, gua perlu bangun, gua perlu kuatkan semangat, cerita-cerita ni bukan untuk sesiapa, tetapi untuk diri sendiri, self satisfaction. ape nak kisah blog gua xde org singgah, xde orang baca, yang penting otak gua berjalan dan merayau dalam dunia gua sendiri. mana yang datang singgah, boleh tumpang sekali.

gua yakin, azam baru gua ni, akan berterusan, rasa sayang pada blog mula berputik kembali, harapan gua semoga selepas ini xde dah cuti yang maha lama, smpai ke nk dekat setahun, sedih rasa hati.

sejajar dengan keberkatan ramadhan dan hari raya aidilfitri x lama lagi, gua rasa inila masa yang sempurna untuk blog ni muncul kembali, seperti yang selalu gua tekankan, blog ni gua karang gua gubah khas untuk mereka-meraka yang maha bosan, x tau nak baca apa lagi dah.

jadi amikla masa, rehat dan layan cerita gua.


2 comments:

Nurul Aznil said...

Yeah! Dia sudah kembali...
dari tak ngandung ke ngandung sampai anak akak dah 6 bulan dok tunggu dik :P

Hampasnyior said...

kahkah.... tahniah kak, walaupon dh lewat... behenti jap kak, cari ketenangan org kate, nnt bolehla akak amik mane2 cerita yang sesuai buat bedtime story utk anak akak nnti.. haha.. salam, selamat hari raya.