Tuesday, August 14, 2012

Gua Rindu Mercun Ayam


gambar ehsan google:

Ni mercun legend ni, sape yang x tahan suspen xyah main la.

Dekat sepuluh minit gua duk terkais2 betulkan aerial radio cari signal. Nasib baik gua puasa, kalo x dh lama gua selam radio ni dalam aquarium.

Gua jarang dengar radio, tapi kalo macam nak dekat raya macam ni, rajin jugakla gua pasang sedas dua buat layan lagu raya, gua pon x paham kenapa lagu raya yang didengar dari corong radio lagi best dari yang gua download, dengar lagu raya dari radio feel die lain kot.

Puasa makin ke hujung kualiti die makin kurang, gua tengok adik gua sekarang ni dh selamba korek hidung, x macam awal2 puasa. bila gua tegur senang-senang die cakap,

“x pe, korek x dalam pon, di pinggiran je,”

gua respon “huhh “je. Malas nk layan, baik gua layan lagu raya.

Abis sahaja satu lagu, DJ yang bertugas bacakan email dari para pendengar,  kalo x silap gua temanya  tentang Suasana hari raya . biasanya gua buat layan x layan, tapi kali ni gua semacam terpanggil untuk dengar satu email dari seorang surirumah yang bercerita tentang pengalaman beliau sewaktu beraya bersama mak, ayah dan adik beradik di kampug ketika masih lagi anak dara.

Die punya detail description tentang sambutan raya betul2 menggamit memori org kate, sedih dan sayu. Dalam email tu di cerita tentang adik beradik die yang bergotong –royong dalam usaha untuk menyambut lebaran, ade yang lap tingkap, kacau dodol, manakala yang lelaki buat panjut. Malam raya plak x tido sebab nak siapkan kuih muih, risau nanti orang datang xde benda yang nak dihidang, dulu budaya tunjuk menunjuk kuih ni x de, semua main buat je.

Gua teringat balik pengalaman gua tentang sambutan raya,zaman dimana mercun selamba je orang jual pamer atas meja, ade mercun ayam, lebah, katak dan macam2 lagi, mercun meletup atas udara warna warni ni x de lagi, tu bunga api time sambut merdeka je baru bleh tgk. zaman kuih tunjuk2  xde lagi, yang ade pon orang power2 je beli. Orang kebanyakan mcm kami kena berhempas pulas nak beli mahal. Lagipun yang beli x sedap, x asli. zaman dimana esok nk raya malam ni x leh tido sebab excited punya pasal.

Pokoknya, gua cuma tertanya2, ape budaya kita harini? Budaya apa yang kita amalkan untuk kita kongsi dengan generasi bawah kita? X kan nanti, kat anak2 kita kita cerita, malam2 raya ayah dan mak duk depan laptop, update status FB, seronokkkkk.. kami berbalas2 mesej...  smiley smiley...

Gua punya azam, nnti gua dah kawen.. gua nak wujudkan tradisi raya untuk keluarga gua sendiri..
Contohnye, tiap2 tahun, gua, isteri gua, dan anak2 gua semelih kambing di halaman rumah..lepas tu panggang trus.. buat tiap2 tahun smpai anak gua plak yang amik alih.

Tapi entahla.. tu sekadar angan-angan dan impian gua je, sekarang cakap boleh la, nnti bile dah kawen, gua ngn bini gua berkumpul depan tv, anak2 berterabur entah kemana.

Gua mintak jauh.





2 comments:

Unknown said...

tak suka mercun ni. serik kena hambat. bukan sekali, berkali-kali plak tu... garang seh. mmg mcm ibu ayam betul :P

sembelih kambing tu!
kami just pasang pelita dan buat marhaban rumah ke rumah... lain tak sempat (*read MALAS)

Hampasnyior said...

haha.. susah nk cari skrang barg rare ni..


semelih kambing tu contoh je kak.. hahaha... bagusla, at least ade something utk anak akak kenang nnt..