Wednesday, April 29, 2009

CikguDeraman si guru muzik yg bangang.

Ini adalah kisah benar, kisah yang terjadi ketika aku masih lagi di bangku sekolah... waktu tu aku berada dlm darjah 3....ianya berkisar tentang seorang guru.. seorng guru yng berjiwa seni.. seorng guru yang sentiasa menjadi buah mulut warga sekolah, termasuk kelindan2 bus dan mak cik kantin...nama ckgu berkenaan deraman.. skop kerja beliau adalah mengajar muzik... cikgu deraman seorang yang baik, sayang budak2 perempuan dan kasih budak2 lelaki... asal usul ckgu deraman tiada siapa yg tau...

menurut guru besar yang skema ayam, ckgu deraman adalah pencen KGB dan merupakn pengikut setia yuri gagarin.... semua budak2 termasuk ketua pengawas sekolah yang bangang tahap gampang, korup.. pembaham RMT sekolah, menindas golongan x berjawatan...masuk tndas x bc doa, sifir tujuh x lepas... pn takut dan gerun dengan kelibat cikgu deraman...

tp ini sume x penting, yang penting cerita yang terjadi pada ckgu deraman.... xde apa yang pelik dgn cikgu deraman pada hari itu, seluar mcm biasa, atas pusat.. rambut belah tepi dengan buku rancangan mengjr tersisip kemas dicelah ketiak.. tp.. ada suatu kelainan pd wajah cikgu deraman.. wajah penuh kegusaran, wajah cemas, wajah yang penuh kebimbangang...

tiada siapa antara kami berani utk menegur ckgu deraman... memang benar cikgu deraman orang yang baik...berjiwa seni.. tp kami x kan lupa.. xkan lupa tragedi cikgu deraman mengamuk dlm kelas bdk drjh dua ekoran lagu nyanyian beliau yang berjudul ank itik tok wi dijadikan bhn ketawa oleh murid2.. aku xslahkan budak2 tersebut.. siapa yng x tertawa mendengar suara seorang guru yang dah mcm bunyi biawak pasir dengan seluar yg tidak berzip sehingga menampak sluar dlm yang berwarna merah jambu.. ptut pn ckgu deraman mengamuk.. mngkin psl nk cover malu...

memang lain benar cikgu deraman hari tu... gerak langkah dan perilaku cikgu deraman ternyata amat jauh berbeza, sehinggakan beliau termengajar subjek matematik sedangkn beliau hanyalh guru muzik... bukan tujuan aku nk buruk-burukan cikgu deraman, tp hakikatnya, cikgu deraman, sifir 4 pn ingt separuh je.. kalkulator pn xpndai gune.. inikn plak nk ajr matematik...pelbagai andaian dan segla mcm teori bermain dikepala hotak aku berhbung dengan perilaku pelik cikgu deraman....

tidak tahan dengan keadaan yang bercelaru dan penuh kekeliruan... ketua darjah aku bangun... aku kagum dengan dengan leadership yang ditonjolkn oleh ketua darjah, walaupun die sedar kemungkinan untuk ditendang cikgu deraman tinggi... tetapi dia tetap sanggup untk mengmbil risiko... ketua darjah yang lurus benduk mcm batang paip PVC itu tanpa ada langsung ayat-ayat kiasan, bertanya secara direct kepada cikguderaman ttng apa yang terjadi sehingga cikgu deraman gagal memberikan fokus sepenuhnya terhadap proses pengajaran....

muka cikguderaman terus berubah... muka ketua darjah bertambah pucat... cikgu deraman seolah2 dh sedia untuk mengamuk.. aku yakin.. orang pertama yang jd mngsa sudah tentu si ketua darjah, orang kedua selepas ketua darjah x lain x bukn.. mmg aku, sebab aku duduk sebelah ketua darjah.. tanpa bnyk soal dan budi bicara... ckguderaman trus mengkarate meja ketua darjah.. cikgu deraman dh stat mengamuk.. dikungfunya batang penyapu sehingga terbelah 3..

tp mujurla, umo kami masih pnjng.. aku, ketua darjah dan rakan2 yang lain sempat menyelamatkan diri.. sampai hari ini punca sebenar cikgu deraman mengamuk mcm kingkong masih lagi menjadi tanda tanya.. menurut guru besar yang memang kaki putar alam, katanya cikgu deraman frust dengan kerani sekolah berkenaan kerana melanggar sumpah dan janji untk berkahwin dengan dengan beliau... tp itula, hanya sekadar...
cerita...............









6 comments:

dnieAlias said...

bazir masa aku je bace cite mu..baik aku baca PAS.hikhik

Anonymous said...

hahahah.betul2.sekadar cerita.penglipur lara

us 211 said...

penglipur lara yang mampu meningkat naik.untuk semua manusia. USM..hahah.

miEmi zahari said...

2la.. memg penglipur lara la mung mat yeng... hahhaa

roy said...

weh! bapak sedara belah adik gua nama deraman! lu jgn maen2!

panggil aku shEh said...

aish..contoh ank murid derhaka ade disini yer para blogger1
hahkhakhak...