Monday, July 13, 2009

Kisah Ramli....

Ini bukan sebuah karya rekaan, bukan juga sebuah cerita kosong tanpa isi, ini adalah merupakan sebuah kisah benar, kisah yang terjadi kepada seorang pemuda yang semenjak lahir bernama Ramli. Sudah menjadi kelaziman bagi Ramli untuk pulang lewat tiap2 malam dan kebanyakkan waktu Ramli akan pulang tatkala mendengar azan subuh berkumandang… bukan Ramli sengaja tapi dah tugas Ramli sebagai seorang mat moto yang sejati.

Dunia pada takrifan cetek Ramli adalah berkisar pada moto dan pompuan, dan pada Ramli blog adalah merupakan nama binatang purbakala yang memakan udang2 serta kerang-kerangan di tepi pantai… begitulah gambaran betapa sempitnya fikiran Ramli…mulut mak ramli dah naik cramp melontarkan kata-kata nasihat, tp Ramli lansung tidak memberikan respon yang positif.. ayah Ramli dah lame meninggal, semenjak Ramli merempit pakai beskal tayar mati lagi… dulu Ramli janji bler dah besar, nk cari kerja nk tolong mak.. tapi Ramli macam hampeh.. mulut dan janji manis saje, tindakan xade… mcm bodoh..

Ramli dikurniakan otak yang memang ligat, walaupun dah dibanjiri dengan berkandang-kandang pil sintetik , Ramli masih mampu menghasilkan ayat2 manis dan power untuk mencairkan hati orang pompuan dan juga masih lagi terer dalam bab setting2 moto.Tapi Allah maha berkuasa…pada suatu malam bulan mengambang, ketika sang biawak dan cengkerik2 sibuk berpeleseran, Ramli pula sedang sibuk bersama-sama rakan2jahanam yang lain menelaah komponen-komponen moto untuk diupgrade..mak Ramli telefon… dengan suara tersekat2 mak Ramli mintak tolong Ramli hantar beliau ke hospital…

mak Ramli dari dulu lagi ade masalah kesihatan… semenjak ayah Ramli belum kenal pun lagi dengan mak Ramli….

“ Ramli… balik la jap.. hantar mak ke klinik… ubat asma mak dah habis ni ”

“ Ala mak… ramli sibuk ni.. mak gune la dulu minyak angin wak seman 2… nak senang mak telan je trus minyak tu.. nnti esok pg Ramli hantar…”

Memang ciri-ciri durhaka terserlah jelas pd ramli… sungguh x munasabah disuruhnya mak sendiri telan minyak angin… tapi itulah Ramli…. Sibuk dengan dunia sempitnya… jasa mak yang susah pyh membesarkannya langsung tidak diambil pusing…. Mungkin ramli dah lupa asal usul… mungkin ramli pikir yang die berasal dari buah jambu…. Bukan dari perut seorang ibu… seorang ibu yang sedang bersusah pyh untk bernafas kat rumah….

Azan subuh berkumandang…Ramli macm biasa baru je balik dari opis… Ramli terkejut melihat orang kampg memenuhi perkarangan dan juga rumah beliau.. hati Ramli berdebar2….jantung Ramli bagai disentap2… anggota tubuh Ramli seaakan lemah tiada upaya…. Mata Ramli bergelinangan.. Ramli seakan-akan menyedari ibu yang dikasihi sudah tiada lagi

Maaaaaaaakkkkkk!!!!....

tanpa mempedulikan awek2 yang berkeliaran Ramli terus melangkah masuk ke rumah, hampir saja beliau tersepak ketua kampung…

Mak jangn tinggalkan ramli!!!!!!!!

Tiba-tiba…

Pangggg!!.....Satu das penampar hinggap di muka Ramli….

“yang kau terjerit-jerit macm orang gile ni pehal!, mak hidup lagi la… rumah kita ni ha.. malam tadi masuk perompak.. habis diusungnye peti besi arwah bapak kau… ni sume rombngan ketua kg la ni.. nk melawat tempat kejadian…mak pegi klinik malam tadi… duda kg sebelah yang tlng hantar mak.. nk harapkan kau.. alamatnya arwah dulu la mak ni…”

Dengan linangan air mata yang masih lg belum kering… Ramli bgn dari bertimpuh… Ramli tatap wajah maknye sepuas2 hati… Ramli pegang tangn maknya… Ramli memohon ribuan ampun.. kata Ramli.. tidak pernah seumur hidupnya rasakan debaran sebegini kencang… rempuh road block JPJ pun x rasa adrenalin rush macm ni… kata Ramli dia dh insaf… dia dah x sanggup lagi rasa perasaan ni… perasaan apabila kehilangan seorang emak…......

12 comments:

[ Goodbye zuLL ] said...

kuat demo lo nieh post blog.huahua.kawe sero desktop duk umoh.tau aa ado saing2 baru lo nieh

A d'Z said...

fuh... gempak gler ayt KL lu beb...

panggil aku shEh said...

dalam byk2 buah..
aku heran nape si ramli asal dari buah jambu??...haih!

anahor said...

cter btol ke x ni???bguslah kalu ramli dh insaff..kim slm kat ramli 2...

chah~ said...

ramli.. ramli.. insaf gak ko..
nice story though.

popcorn said...
This comment has been removed by the author.
Hampasnyior said...

roy: aku baru beli laptop nie..

jack: ni baru skit... x tunjuk lagi ayat betul2 kolumpo..hahaha

sheh: hehehe.... jgn pikir lain sheh

anahor: msti r cter betul... amat jarang aku menipu.

chah: ramli manusia jgk... ade hati dan perasaan...

comment deleted: kenapa perlu delete??

popcorn said...

apa guna jd mat rempit??mati katak x sempat nk mengucap

♥♥cHeNta_tiEha♥♥ said...

crite best..


wah!lappy baru...???



*angkatangkat kening*

[ Goodbye zuLL ] said...

laptop baru ! demo memg up.!~

yeng said...

kahkahkah.... aku bli laptop ngan meal plan..hahaha

[ Goodbye zuLL ] said...

bodoh.. belilah muto selalu