Saturday, January 16, 2010

Pensil HB




saya kemas katil, jumpe pensel,mata tumpul,warne merah, pensil HB, bukan exam grade, xleh bawak masuk exam, nk buang terasa sayang.... nk buat kacau teh saya dah ade sudu.. nk guna untuk makn megi, saya x ade megi.. nk guna untuk perhiasan, mcm x cantik.. saya cucuk pensil berkenaan pada tgn, terasa sakit.. saya ambil sekeping kertas, cuba untuk melukis... saya mengeluh, bukan kerana pensil, tetapi sebab saya tiada bakat...

saya cuba untuk mengarang.. sayang, saya kekeringan idea, saya cuba untuk tulis surat layang.. tapi tidak tahu kepada siapa.. surat cinta? jauh sekali.. saya cuba untuk meluahkan perasaan melalui penulisan, tetapi terhalang, bukan kerana pensel tetapi kerana ego.. saya tenung pensel merah berkenaan, bentuknya sudah tentu mcm pensil, xkan mcm senjata api plak.. saya tertawa kecil dalam hati...

tiba-tiba tanpa saya sedar, memori zaman kanak-kanak saya menjelma, dulu saya belajar menulis pakai pensil HB, sebijik mcm yg saya jumpa.. saya pernah bergaduh berebutkan pensil HB, juga sebijik macam yg saya jumpe... saya juga pernah cucuk belakang abang saya dgn pensil HB...dulu pada saya pensil 2B mahal.. bukan x mampu nk beli, tapi sayang nk guna... guna pensil 2B tatkala peperiksaan saja..

tanpa saya sedar jari jemari saya mencoretkan beberapa angka, angka yang cukup sinonim dengan saya... bukan nombor ekor mahupun nombor perkhidmatan sewa kereta... tapi no nset ayah saya... sudah lama saya tidak bertanyakan khabar ayah dan mak di kampung, saya termenung sendirian... termenung megenangkan kembali wajah2 mereka.. terima kasih pensil HB, kerana menyedarkan saya, esok saya berjanji pada diri untuk telefon bertanya khabar ayah dan mak, x lupa juga perkembangan terbaru kampung halaman...

pensil berkenaan akhirnya saya semadi dalam tong sampah......

8 comments:

zuLL said...

emo

Jalilah Jali said...

bagus r kerana pensel HB mu igt ker mak ay0h mu kg..huhu

A d'Z said...

same as roy. haha

Unknown said...

ore guna mechanical pencil lo nie

budak ciput said...

hye~
kenal kn?
nice entry..

lalala~

encikzamru said...

pensil hb mura je dulu harganya

chah~ said...
This comment has been removed by the author.
intaq said...

kah3..penangan pensel hb!