Friday, November 12, 2010

Blok Terakhir Sebuah Domino

Kisah ini bermula dengan seekor anjing, ye anjing, berkaki empat, berekor dan berbulu, sejenis mamalia. Baka apa, jenis apa tiada siapa yang tahu, kerana cerita ini asalnya dari sebuah alam lain, alam loba-loba mungkin. Bukan kisah cinta, bukan kisah korupsi si pari-pari. Mahupun kisah tikus-tikus berpakaian mahal, berkereta mewah, bernafsu besar dan meminati rancangan bergenre keras konek yang dibintangi oleh maria ozawa.

Seperti yang diceritakan oleh Sang Pemerhati Awan yang kerjanya sepanjang hari mendengar puisi-puisi… kisahnya begini….

Seekor anjing…

merobek sekaki payung, payung seorang Tokey Kedai Moto, Tokey Kedai Moto ada urusan penting yang perlu diselesaikan, langit sudah memendung, Tokey Kedai Moto x peduli, terus meredah hujan, hujan turun menimpa Tokey Kedai Moto yang tidak berpayung, natijahnya Tokey Kedai Moto demam, malam hari Tokey Kedai Moto mencari panadol, panadol xde, habis stok. Keesokkan harinya Tokey Kedai Moto tak dapat buka kedai kerana demam.

Kasmin datang ke kedai Tokey Moto berkenaan, nak baiki brek moto, sudah lama brek moto beliau rosak, tapi kedai moto tak bukak kerana Tokey Kedai Moto demam. Kasmin bercadang untuk baiki brek moto semenjak semlam lagi, tapi duit gaji Kasmin blum masuk lagi, kalaulah kerani di tempat kerja Kasmin cepat buat kerja, kalaulah kerani di tempat kerja Kasmin tidak hanya sibuk dengan facebook, tentu sudah lama Kasmin dapat duit gaji beliau, dan sudah tentu dah lama Kasmin baiki brek. Bukan hari ini.

Satu-satunya bengkel moto di pekan berkenaan, milik Tokey Kedai Moto yang demam itu tutup, Kasmin pulang dengan rasa kecewa, pulang dengan risiko moto yang tak ade brek. Jalan pulang kerumah Kasmin berbeza dari yang kebiasaan, kalaulah bini Kasmin tak mengidam makan nasik kandar, Kasmin x kan pilih jalan yang sibuk itu.
Kalaulah bini Kasmin tahu, Kasmin sedang menunggang motosikal yang x ber-brek, tentu bini Kasmin tak kan call bertanyakan soalan

“sudah beli ke belum”.

kalaulah Kasmin tak menjawab panggilan bininya sambil menunggang motosikal. Kalaulah Kasmin berhenti dulu.

Kalaulah Proton-Wira-Convert-Evo-Macam-Jahanam itu tidak bertindak bodoh melangggar lampu merah, kalaulah pemandu Proton-Waja-Convert- Evo-Macam-Jahanam itu tak tunjuk hebat pada awek disebelah beliau, sudah tentu beliau tidak akan berselisih dengan moto Kasmin yang tidak berbrek.

Natijahnya…..

Kasmin menggelupur kesakitan dengan darah membasahi muka, helmet Kasmin pecah, kaki Kasmin patah. Tangan kasmin juga patah…..

Pemandu Proton-Waja-Cconvert-Evo-Macam-Jahanam terus memecut laju, kasmin bukan sesiapa untuk dibantu, awek disebelah diam membisu sambil membetulkan tali bra, hebat dan machonya pemandu Proton-Waja-Convert- Evo –Macam-Jahanam ni

Tokey kedai moto esoknya buka kedai macam biasa, siapa Kasmin? Manalah dia nk tahu.

Tinggalla bini Kasmin menjanda, anak yang bakal lahir nasib sudah tentu terumbang-ambing dalam keyatiman.

Dan Kasmin? Kasmin adalah blok terakhir sebuah domino kehidupan.

Macammana dengan Sang Pemerhati Awan??

Sang Pemerhati Awan bukanla sesiapa, biarkan dia dalam dunianya terus memerhati, mencorak awan-awan dan mendengar puisi………..

3 comments:

Anonymous said...

aku harap aku la kasmin.

Hampasnyior said...

jgn buat celaka....!, mati bukan main2..

Anonymous said...

kau ape tau nazrin?
kau dah tolak cinta aku.
kau nak halang aku buat celaka plak??