Thursday, September 3, 2009

aku bukanlah peminat wonderpet

Line-up asal geng wonderpet,
bermula dari kiri, yang muka mcm bangang 2, Linny, Tuck dan Ming2

Zaman sekarang, dalam dunia yang berkembang maju, sape x kenal wonderpet memang kodi r, dalam erti kata lain xstylo. kanak-kanak kecik baik yang main pasir sampaila yang main psp, kalo x nyanyi lagu wonderpet, memang koman... silap hari bulan kalo x kene boikot, kene pow.. pembawaan cerita wonderpet memang mudah, berbekalkan modal seekor kura2 spesis apa ntah, seekor hamster yang dah mcm platypus dan seekor itik kuning bodoh dan bajet cute x tentu hala mereka mampu menghasilkan suatu cerita selamat menyelamat yang menarik, disamping berupaya mendendangkan lagu bertemakan kerjasama yang sungguh catchy sehinggakan hampir separuh populasi penduduk dunia menjadikan ianya sebagai nada dering... mungkin mereka bajet sempoi agaknya pakai nada dering wonderpet. rasa nak bagi penampar je.

Namun begitu, secara ikhlasnya, aku bukanlah peminat apatah lagi pengikut setia rancangan wonderpet yang keudara setiap hari jam 2.30 ptg ini. Pada hemat aku lebih baik menonton medik tv daripada membangangkan diri menonton wonderpet kalo x pun, lebih baik aku tolong ketua kg aku tanam jagung.x pun tlng Pak Kassim gali kubo. Namun disini, bukan itu soalnya, menurut berita terbaru yang dikeluarkan oleh pihak penerbitan wonderpet.. mereka kini terpaksa mencari pengganti bagi menggantikan watak ming2 (itik bodoh berwarna kuning) berikutan masalah disiplin dan kehidupan sosial ming2 yang tidak terkawal, ming2 dilaporkan di tahan oleh pihak polis San Francisco ekoran memandu di bawah pengaruh gam.

menurut sumber terbabit, ming2 juga disyaki mengedar pelbagai jenis bahan terlarang termasuklah, ectasy, eramine 5, methaphetamine, sorofonin, dendrit, fumakilla, patung ultraman gaia, gambar2 lucah Tuck, screw driver, spanar size4, bola futsal,dan juga beberapa kotak kuih almond london... berikutan penangkapan ming2, jadi pihak pengurusan wonderpet merasakan tidak manislah bagi mereka untuk mengekalkan posisi ming2 selaku anggota wonderpet, kerana ianya sedikit sebanyak akan mencalarkan imej bersih, cute dan innocent mereka selama ini.

berlandaskan hal ini, satu ujibakat tela dijalankan bagi mencari pengganti sesuai untuk watak ming2, seperti biasa imej cute dan innocent menjadi kriteria utama... dan setelah lama mencari dan menapis dari pelbagai pelusuk pencalonan.. keputusannya adalah seperti dibawah...

.
.
.
.
.
.
.



.
.
.
.
.
.
.
.

.


.


.


.


.


.

.


ha... inilah die ahli baru wonderpet yang bakal menggantikan ming2.. jenis binatang ini masih lagi dirahsiakn oleh pihak wonderpet. tetapi mengikut pendedahan paparazi, mgkin sekali ianya adalah kacukan antara musang pulut dan platypus ghana.




b
a
n
g
a
n
g
!

2 comments:

free2rite said...

aku rase mg ptut g uji bakat yeng,dah la kiut,muka baby face plak....mce abe angkt demo...hahahaha

ayinn said...

hahahhaa,.. mengong je,..
mmg kiut siutttt,..