Tuesday, January 25, 2011

budak tu tak salah, gua yang salah.


ini keret saya yang lukis tau, jgn culik!

Semalam sedang asyik gua makan nasik tengahari, gua nmpak ade sorang brader, pakai kemeje, sluar slack licin, gua syak dia cikgu, melihatkan kepada beliau, gua tiba-tiba teringat kenangan dulu. Kenangan zaman gua berpraktikal.

Dulu masa diploma gua praktikal di sebuah sekolah rendah di Terengganu,

Cara gua mengajar senang sahaja, alat bantu mengajar mesti gempak, dan teknik paling mudah adalah drilling, secara mudahnya, drilling adalah mengulangi sesuatu secara intensif cnthnya perkataan sehingga melekat di dalam otak murid2, die punya thp boring jika ianya diaplikasikan kepada pelajar dewasa, x mustahil guru berkenaan akan dilempang dan dipijak.

Gua ditugaskan untuk mengajar 4 kelas, 2 kelas darjah 3, 2 kelas darjah 5. Ajar bahasa inggeris.

Satu hari gua masuk kelas darjah 3, klas yang gua mengajar ni adalah klas ketegori belakang, tmpat kanak-kanak buas dan tiada harapan, ni bkn gua ckp, tpi cikgu2 kat sekolah 2 cakap, gua mmg dari dulu menentang labeling dalam pendidikan, sukati cikgu je nak cakap diorang xde harapan, kalo anak cikgu sendiri org cakap camtu camner? Cuba jawab???

Berbalik kepada kisah gua..

Ok. Hari ni gua nk ajar pasal sayur-sayuran, malam sebelum gua dah sakit pinggang lukis gambar sayur-mayur nk tunjuk kat budak2.
Antara sayuran yang gua nk drill, nk ajar adalah carrot, spinach, cucumber dan onion.

Tapi pagi yang ceria berkenaan agak terganggu apabila gua jadi hangin kerana seorang murid kelas berkenaan cakap lukisan gua macam celaka, mggu lepas gua tengok budak ni macam cute, macam hamster, tp pagi ni gua rasa nk lempang,
Apa die ingat senang nk lukis sayuran??, menitis air mata gua nk lukis benda alah ni.

Gua terus cakap

Sit down!

Shut ur mouth!

Geram-geram gua nk cakap….

Shut ur fucking mouth, u son of harry potter!! (budak tu pakai kaca mata macam harry potter)

Ok, tinggalkan budak berkenaan, gua nk cerita pasal benda lain sebenarnya…

Begini..

Dalam kelas berkenaan ade sorang budak perempuan, baju kotor, tudung lintang pukang, hidung beringus pekat menghijau.

dalam kelas beliau x banyak songeh, diam je.

Pung pang pung pang.....

Selesai saja sesi pengenalan atau bahasa cikgu2 dipanggil set induksi, gua trus masuk drilling.

Gua drill perkataan carrot!

Gua tunjuk gambar carrot, gua ajar camner nak eja, kemudian gua randomly select murid untuk eja.

Kemudian gua suruh semua murid2 eja, bnyi mcm xde mslah, gua suruh semua peljar lelaki, pun beres, begitu juga dengan semua pelajar perempuan, semua macam beres, gua senyum, diorang dah pandai eja carrot.

Dalam duk mengajar gua jeling budak pompuan yang tudung lintang pukang dan berhingus tadi, die mcm senyap, ni mmg gua marah, dalam kelas gua, gua pentingkan participation. Budak ni dah buat gua rasa x puas hati.

Gua tuding jari tepat kepada budak perempuan berkenaan, memang nasib die aritu. Gua srh die eja carrot

c.a….

c…

c…

c..

tergagap2 budak berkenaan.. muka die dh lain, merah menghala ke biru, sruttt..sruttt, bnyi hingus ditarik semakin deras, gua dah rasa geli geleman.

Barang kali setan dah hasut gua time 2, gua dah hangin, gua tunjuk gambar carrot depan beliau,gua berdiri sambil kaki kanan letak atas kerusi guru, nk bagi nmpak ganas. Budak2 lain muka down.

Carrot!!!!

Gua jerkah sebab da x tahan.

Budak tu menangis… gua buat x layan, ye agak kebinatangan, tapi apa gua kisah?

Nak pandai memang la pedih…

Lepas kelas gua bungks barang trus blah, bdk2 x smpat pn nk ucap terima kasih, pergghh, stylo plak rasa.

Tapi yang sedih……

Hari terakhir baru la gua tahu, budak pompuan 2 ade masalah, die x kenal huruf dan x tahu membaca. Gua sebak, kenapa gua x tau sebelum ni? Kalo gua tahu gua x kan seksa budak tu, gua akan beri perhatian khusus

Gua syak mungkin sebab tuhan nk tunjuk kat gua, lenkali ikhlaskan hati, jgn pikir ganjaran, jgn pikir nak dapat A je, jadi cikgu bukan macam juru kimpal, jadi cikgu kita bermain dengan manusia, bermain dengan minda2 yang masih kecil, minda2 yang minta untuk diisi.

Hari terakhir di sekolah berkenaan gua melangkah layu, sampai sekarang gua x tau apa yang jadi dengan budak tu, gua pohon pada tuhan, semoga die berjaya, nanti satu hari kalo die jumpa gua, jangan dia langgar lari gua sudah.

Keluar result praktikal, gua dapat B. ok la tu.

15 comments:

MegaBlue said...

anda bersalah! hahaha..

Mr. Asada said...

kejam ko. sadis lak ngan budak tu. mesti dia ingat sampai sekarang..

pernah gak jumpa budak yang susah kenal huruf masa mengajar dulu. setengah jam mengajar naik kering tekak, tak masuk2 jugak. kalau duk dengar takpe la jugak. orang lain baca dia duk main. uhh!

intaq said...

wahh...t'sentuh gua brader....hahaa
penulis thebat la mu mat yeng!;D

BUNGA said...

isyh.. kesian budak pompuan tu cikgu.. :P

Anonymous said...

mu tak salah. guru besar salah pasal x bagitau

Anonymous said...

mu tak salah. guru besar salah pasal x bagitau

LINDA ALEEQA said...

tiada sesapa yg salah...!

Unknown said...

Salam,

Cikgu sebelum ni la salah tak letak remark kata budak tu 'special case'.

eZmALiZa said...

kesian dier taw.....


srroottt!! sambil sedut ingus..hahha.. :D

Jue Nara said...

sedeynyerr.. nk menangis bc.. kejam la weyy.. huhu.. tolong la pegi blk kat sekolah tu, jumpa balk bdk yg kasihan itew.. huhu

Adil sunbae said...

gile garang cikgu neh.. haha :D

AziE said...

nasib baik cikgu praktikal aku dulu ok

Aku said...

hoih...
garangnya ~

Farid said...

Cikgu kene banyak bersabar...
Mungkin lepas ini akan lebih baik...

MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

hans said...

kesian budak tu

Vote Hans Bernombor 10 Diruangan Komen