Tuesday, January 4, 2011

Elemen kebetulan dalam percintaan

Ok, begini……

apabila dilamun cinta, atau dlm proses meng-adjust seseorng, tidak dinafikan elemen kebetulan ini penting, ianya penting bagi menunjukkan seolah-olah anda memang ade jodoh dengan si dia ataupun tidak.. (ya saya tahu jodoh pertemuan di tangan tuhan) semakin byk kebetulan, semakin anda rasakan yang si die mmg ditakdirkan untuk anda, Walaupn jauh disudut hati anda, byk fakta tentang diri anda telah anda seleweng atas name meng-kebetulan-kan fakta demi menekel si die.

Namun begitu bagi anda yang tahap nasibnye same dengan selipar jepun, yakni tidaklah berape bernasib baik, amat sukar untuk kebetulan yang menggembirakan ini terjadi. justeru itu wujudla kita namakan disini elemen kebetulan yang terancang, dengan harapan segala kebetulan ini dapat dijadikan hujah yang kukuh bahawasanya si die mmg ditakdirkan untuk anda, walhal… anda ini seperti celaka, dan si die adalah umpama bidadari. Elemen kebetulan juga amat penting tatkala apabila bercerita di kedai2 mamak khususnya tentang bibit2 pertemuan…

Baiklah, Bercakap pasal kebetulan terancang, dari sudut pandangn seorang lelaki straight dan normal mcm saya, yang meminati warna ungu ini. Saat yang saya kire crucial bagi mencapai ultimate of kebetulan, atau king of kebetulan adalah tatkala pertemuan kali pertama.

Maka disinilah kita melihat, ramai yang ingin meng-kebetulan-kan bibit-bibit pertemuan mereka, sebagai contoh, apabila target di kenal pasti, anda akan mengenalpastikan kawasan mangsa, oopps maaf.. kawasan si die berlegar atau berkeliaran, dan anda seboleh-boleh akan selalu mundar-mandir atau pn org kate mengunjungi kawasan berkenaan dengan berpakaian terbaik dan sehabis wangi, dengan harapan agar terserempak dengn si dia. Dan di waktu itu muncul imaginasi indah tentang bibit2 pertemuan, contohnya bertembung dan buku si dia berselerekan, anda selaku gentlemen akan menolong mengutip buku si dia yang bersepah jatuh, buku dia jatuh dan kertas anda pula berterbangan, menambahkan lagi manis imaginasi, kertas anda yang sudah tercoret dengan sajak-sajak dan syair2 cinta, ditulis diatas kertas yang berbau wangi, jatuh ke tgn si dia. Dan semestinya andai mengharap dia bertanya,

“awak yg tulis semua ni, emmm nice?....” (senyum, sambil menghulurkan kembali kertas anda)

“Ye. Saya yg tulis, tak de la, sekadar isi masa lapang je.. he he he” (gelak manja ala celake)

(perbualan akan berlarutan bergantung atas kreativiti anda…. Paling koman, dapat add fb, kalo x, berhenti ejas awek, pergi balik baca buku!)

Pada die bnda ini kebetulan yg menggembirakan, pada anda ianya suatu perancangan, anda senyum kerana berjaya, die senyum kerana menyangka dirinya bertuah, bukan bertuah kerana bertemu anda, tetapi bertuah dengan cara bertemu anda.. dalam kondisi sebegini, walaupun anda memiliki wajah pecah rumah, namun anda sudah berjaya memenangi sesuku daripada keseluruhan hatinya… jadi langkah follow up seterusnya anda paham-paham sendirila…. Maka kisah bibit pertemuan yang romantic ini akan dijaja si dia hinggga ke dalam mimpi.

Begitula, secara jujurnya, untuk mencapai ultimate dalam aspek kebetulan ni sebenarnya satu dalam sejuta.

Pokok pangkalnye, tidak kisahla ianya dirancang ataupun sememangnya kebetulan yang betul, just don blow it up man…

jgn jadi mcm saya, blows up chances is my expertise.

Setiap kali peluang kebetulan itu hadir, saya bazirkan dengan aksi bangang ataupn gabra gementar yg x tentu hala kemudian saya akan balik ke bilik dan peluk bantal sambil berkata..

Alahai…. Bodohnya aku…

4 comments:

Oda Willy said...

kahkahkah...

ZieSakura said...

ahahha..aku suka entri nih..

sumpah mcm zaman budak2

gelak manje2 ala celaka aku x buat ok??

hahah

Anonymous said...

aihh.macam kebetulan je citer mu nie yeng.hahah.ke kebetulan je kenal budak baru.hahahaha

iamzulfadli said...

wow