Sunday, January 9, 2011

kak limah balik! (review)



2 hari lepas saya ke panggung berdekatan bersama 4 + 1 lagi rakan (yang lagi sorang 2 saya x kacip dengan die kerana jenis yang berhutang x nak bayar) menonton cerita hantu kak limah, cita rasa kami tinggi terutamanya saya, pada saya cerita yang best2 hanyalah buatan Hollywood, kalo nk tengk citer melayu baik download je, bukan x nak sapot. Tapi x nak membazirkan duit untuk menonton cerita melayu di pawagam. Namun begitu, saya dan rakan-rakan dapat merasakan yang cerita hantu kak limah ni unik dan ada tarikannya yang tersendiri.

Saya bukanlah pengkritik filem, atau orang yang arif dalam berbicara tentang filem, namun ini adalah berdasarkan saya punya observation, x setuju, makan tahi ok…. Yang pertama saya tengok adalah line up pelakon, kena dengan selera saya kerana tiada pelakon yang mcm syok sendiri atau bodoh yang melampau-lampau. Keduanya lawak yang dipaparkan saya kire tidak keterlaluan, atau pun emacam desperate untuk membuat penonton ketawa. Lawak-lawak daripada filem ni juga saya kire ade trademarknye yang tersendiri,terutama skali bahagian... "cer crite..."

Saya kata kan ianya lawak kerana rakan saya yang serius mcm hell pn tergelak sakan sehingga terangkat kaki, nyaris tersepak kepala penonton di hadapan, saya ketika itu gelak dalam risau, bimbng berlakunya pergocohan dalm pnggung.

Banyak scene-scene yang saya kire menarik, dan lawaknye berjaya menyentuh neuron kepala hotak saya, ya saya akui, saya melangkah masuk panggung dengan membawa ego yang agak besar, pada saya tiada lagi cerita di tanah melayu ini betul-betul melawakkan. Namun setelah beberapa lama, ditambah dengan adegan johan yang terpaksa pakai saji mengkuang nak kaver punggung dan konek, itu dah cukup membuatkan saya senak perut selama 20 saat.

Filem ini dari satu sudut saya tengok ianya mengajak kita untuk berasa bangga dengan asal-usul kita, I mean, negeri kelahiran, elemn kekampungan dan kemasyarakatn dalam file mini cuba menyingkap kembali tentang nilai-nilai yang sudah lame kita lupakan.. dari sudut bahasa pula, inya sebenarnya cuba untuk menunjukkan kepada kita bahawasanya tida salah dalam mengetengahkan loghat2 yang ade dalam Negara kita, ia nya bukan suatu yang bersifat dalaman lagi, sebaliknya sesuatu yang perlu dikongsi, dan diketengahkan, dan filem kak limah ini adalah suatu medium yang bagus.

Secara keseluruhan saya berpuas hati, walaupun tiket berharga 12 ringgit. Dan aksi tong2 duit depan kaunter tiket memang x gentlemen, kalo mane2 gerombolan awek yang Nampak kami ketika itu, mmg sadis, namun saya berjaya kaver balik dengan membeli popcorn saiz large, heh! Amik….

Ramai yang menonton kak limah, barisan kerusi kami adalan yang ketiga, macam celaka, sakit tengkuk.

Anyways
Untuk kak limah saya bagi 4 bntang dan satu tabik spring.

3 comments:

Mumia.Megat.Menjelma said...

terus memancooooorrrrr....yeah!...

Anonymous said...

gitu aa mu yeng.gi tgk muvie tok ajok doh

ZieSakura said...

4+1 ??

diskriminasiiii..hahaha..

tapi mmg patut kena pinggir..dia bayor ke dop tiket tu??